keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Monday, January 23, 2012

dah abes exam

Assalamualaikum. Salam 1 ummat!



Alhamdulillah, syukur bebanyak kepada Allah rabb kita. tuhan yang telah ciptakan kita, yang memelihara kita dan memberi kita rezeki.


Dengan kehendak Allah maka aku telah tamat peperiksaan akhir pada hari jumaat lepas. Mudah-mudahan Allah bagi lulus dan keputusan yang baik kepada saya. Justeru, menjadikan keputusan exam itu asbab hidayat untuk umat seluruh alam. Ameen ya rabb!


Dan syukur lagi kepada Allah, kerna telah sudi menghantar 2 jamaah dakwah tabligh yang terdiri daripada beberapa orang islam dari pelbagai latar belakang. Salah seorangnya ialah remaja bisu(orang bisu pun buat dakwah tuan2!). 1 di taman saya dan 1 lagi di kampong depan taman saya. Kalau korang tau ‘taman setia klang’..ha itulah taman tempat saya membesar. Haha.


Sepatutnya aku bersama-sama mereka. Tapi sebab iman lemah…Allahurabbi. Allah telah hadiahkan saya sesuatu semasa exam lepas. Ya, iaitu ujian penarikkan sedikit nikmat. Allah bagi sakit kaki. So, hidayat sikit. Then, mak aku tak syorkan untuk keluar lah (tak bagi sebenarnya), sebab takut melarat (iman lemah). Inilah hadiah yang terbaik daripada Allah. Selama ini aku telah banyak buat dosa dan maksiat, tapi tak reti-reti nak minta ampun dari Allah. Syukur Allah maha pengasih dan maha pengampun. Allah bagi sakit kat kita sebab Dia nak ampunkan dosa kita sebenarnya. Allah tak zalim. Yakinlah!


Walaupun dalam tak sehat sangat nih. Syukur sebab Allah pilih aku untuk nusrah jamaah yang datang. Dapatlah nusrah gash/ziarah rumah ke rumah. Bila nak gash, jemaah akan dibentuk kepada dua iaitu jemaah dalam masjid dan luar masjid. Sepatutnya aku jadi rahaba/penunjuk jalan tapi asbab kelemahan kaki ini, syukur Allah bagi jadi zakirin. Sorang jadi takrir dan makmur takrir. Ini jamaah dalam masjid yang berfungsi menghidupkan amalan masjid nabi saw.. di zaman nabi saw masjid nabi saw hidup dengan amalan-amalan yang menarik hidayah Allah. Antaranya ialah ada majlis dakwah iman, taklim wa taklum, ibadat yang merangkumi solat, tilawah, zikir dan lain-lain, dan amalan khidmat. Ini ialah amalan-amalan khusus untuk berhubung dengan Allah (hablum minallah). Jemaah di luar pula akan menghidupkan amalan hablumminannass, iaitu sesame manusia. Jumpa semua sedara-sadara kita dan hubungkan mereka dengan masjid dan amalan masjid. Cetuskan dalam hati sedara-sedara kita supaya tunduk dengan kebesaran Allah. Yakin kehidupan akhirat. Hidupkan sunnah nabi saw dan usaha dakwah nabi saw.. ini sebahagian jer, kalau korang nak tau boleh join sekali. Best!


Masa aku tengah belajar-belajar zikir tadi, tukang takrir tu memang bersemangat dalam menyampaikan atau menceritakan ceramahnya. Jadi aku pun terdengar dan terakamlah suatu kisah yang aku kira aku pernah dengar sebelum ini. Ish3, Nampak benor tak tawajuh..ampunkan saya ya Allah!


Kisah 2 orang lelaki di zaman bani israil.

Suatu masa di zaman bani Israel, terdapat dua orang lelaki yang sedang memancing ikan di suatu tempat yang sama. Salah seorang dari mereka ialah hamba Allah yang syirik kepadaNya. Seorang lagi ialah hamba Allah yang soleh. Kedua-dua mereka pun memancing…

Nak dikatakan, sepanjang hari tersebut mereka berdua telah memancing. Hamba yang soleh ini sabar memancing namun seekor ikan pun dia tidak perolehi. Sebaliknya, lelaki yang syirik itu pula telah Berjaya menaikkan banyak ikan-ikan dari kolam tersebut.

Begitulah keadaannya sepanjang hari tersebut. Hingga akhirnya hamba yang soleh ini dapat menaikkan seekor ikan. Tetapi malang sekali, ikan yang seekor itu pulak berjaya disebat oleh seekor kucing. Akhirnya dia pulang tanpa hasil.

Lalu, malaikat berasa hairan dan bertanya kepada Allah tentang mereka berdua. Mengapakah hamba yang soleh itu tidak mendapat hasil sedangkan hamba yang syirik begitu lumayan tangkapannya. Lalu Allah memberitahu malaikat bahawa hambaNya yang soleh ini dahulu pernah membuat dosa dan dia terlupa untuk memohon ampun dariKu, lalu aku telah menarik rezkinya hari ini kerana aku ingin memaafkannya. Iaitu sebagai kafarah bagi kesalahannya. Dan aku memberi rezki yang banyak kepada si musyrik itu kerana walaupun dia tidak beriman namun dia suka untuk membuat kebaikkan, lalu aku suka dan memberinya tangkapan yang banyak, tetapi tiada ganjaran untuknya di akhirat.

Begitulah kisahnya..hopefully jelas dengan moral of the story nye ye..


Ok, aku kongsi sikit kakuzari/laporan tentang pengeluaran jemaah dakwah daripada ijtimak tonggi baru-baru ini.

1. Taskil khuruj 1 tahun = 5 jemaah

2. Taskil khuruj 4 bulan = 321 jemaah

3. Taskil khuruj 40 hari =2015 jemaah

4. Taskil khuruj 10-15 hari = 51 jemaah


Taskil daripada bangsa arab ada 280 jemaah. Taskil daripada Malaysia sebanyak 34 jemaah. Kehadiran semua terdiri daripada 89 buah Negara. Dianggarkan kehadiran ummat islam seramai 1.5 juta orang. Hadirin daripada luar Negara Bangladesh lebih kurang 15000 orang. Dan ijtimak ini telah dihadiri oleh semua masyaikh. ijtimak ini pusingan yang pertama. ijtimak pusingan kedua dianggarkan 4 ke 5 juta akan hadir. insyallah.


elders pernah kata bahawa "usaha dakwah ini lebih laju daripada jet pejuang". dan aku masih tak paham tentang maksud ayat itu...huhu


Ini yang aku catit semasa kakuzari mesyuarat halaqah yang lepas. Mungkin tuan2 yang pergi ada kakuzari yang lebih tepat dan lengkap.

Mudah-mudahan kita dapat gunakan diri dan harta kita untuk sukakan Allah dan nabi saw. Ulamak bagitahu kalau kita hendak maju dalam usaha agama ada 2 cara, kita kena ikhlas dalam usaha kita semata-mata untuk sukakan Allah dan berterusan tingkatkan pengorbanan diri, masa dan harta. Dan tanda seseorang itu maju dalam usaha agama ada 2, yakin kepada Allah bertambah dan yakin kepada asbab berkurang, kedua, gunakan diri, masa dan harta untuk kepentingan agama Allah.



Mudah-mudahan saya sendiri dapat amal apa yang saya tulis. Semoga Allah beri saya hidayah dan taufiq untuk amalkan agama. Ameen.


kita lihat kebesaran Allah!

(sebenarnya nk rakam sound je, tp x reti. so tepaksa video. istigfar)










p/s: bila sakit teringat zaman josh2 kat uitm segamat...karkun2 ni sume suruh taskil sakit tu kuar jalan Allah…haha..”wahai sakit, Allah maha kuasa, kamu tak boleh buat apa-apa!”.

Sunday, January 15, 2012

kesempatan

Alhamdulillah.


Walaupun sekarang nih sepatutnya aku tengah study tapi masih sempat menggunakan peluang yang terhidang depan mata untuk mengonline kat makmal computer di PTAR 2 fakulti business yang bakal dirindui selepas ini.


Sebenarnya aku dah lama tak online sebab Allah berhentikan internet kat rumah buat sementara waktu (selamanya..ameen) . so, selama aku kat rumah memang aku dah tak online. So kepada rakan2 fb mesti rindu kat aku plus yang selalu jadi stalker aku. Perasan sungguh, hampeh!


Selama masa ketiadaan internet dan fb selama inilah aku rasa tenang yang lain. Aku harap lepas ni tak payah ada internet lagi kat rumah (ceh, poyo betoi).



Actually, aku tengah study for paper tomorrow. Alu rasa lagi setengah jam nak asar. So, aku standby kat lab ni je la (org standby kat saf, teruknya aku). Alang-alang aku online ni, aku update la blog buduh nih.

sebenar malam tadi, yes, sabtu malam ahad Allah pilih aku pergi malam markas. Syukur. Ustaz amir hamzah yang bayan. Ustaz yang bayan semasa jor uitm shah alam tempoh hari.


Dalam bayan ustaz ada bagitahu pasal rezki yang berkat.

1. Ramai orang faham

Sikit tapi cukup. Ini makna umum yang semua orang faham. Rezki yang sedikit tapi mencukupi. Contohnya bapak kerja gaji RM1000 sebulan. Sara anak 12 orang. Alhamdulillah cukup.

Satu lagi, sewaktu khuruj. Time ta’am. Korban RM5 utk sehari. Tengok makanan macam sikit, tukang makan ramai. Tapi cukup. Allah bagi cukup!

2. Sikit orang faham

Rezki yang mana akan memudahkan dia untuk ibadat kepada Allah. Orang selalu fikir rezki murah tu berkat, sikit tapi cukup tu berkat. Yang dimaksudkan rezki yang berkat ialah, bila seseorang itu makan, maka dengan makanan itu tadi mudah untuk dia pergi solat berjemaah (bagi laki-laki), dengan makanan yang masuk perut itu, mudah bagi seseorang itu bangun tahajud, zikir, quran. Dengan gaji yang diterima tiap2 bulan maka bertambah-tambah sunnah dihidupkan dalam kehidupan.

“memanglah rezki sikit tapi cukup, tapi lepas makan terbongkang depan tv, solat jemaah tak pergi ape kes???”





Tu dia! Lu pikiaq la sendiri no!




Ya Allah, ampunkan saya. Banyak dosa saya ni.




Kepada sahabat2. Mohon anda selitkan nama saya setiap kali doa lepas solat supaya Allah mudahkan saya hadapi exam. Trimas!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...