keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Wednesday, March 31, 2010

SediHNYa.....
hari ni banyak sangat aku dengar pasal masalah-masalah sosial berlaku dalam dan luar negara.
nak muak aku dengar, melimpah-limpah kisah-kisah yang berkait dengan gejala-gejala tidak menyenangkan ini. macam-macam kes. Antaranya;
-dera anaklah
-rogol
-cabul
-curi
-rompak
-gaduh
-dera orang gaji
-seks bebas
-pergaulan bebas
-buli
-lumba haram
-judi
-rasuah
-riba
-rempit
-gengster
-lepak2
-minah rempit
-video lucah tempatan oleh anak bangsa
-minum arak
-mengumpat
-fitnah-memfitnah(gossip)
-ragut
-buang anak
-buang ayah
-buang emak
-buang sampah merata-rata
-bunuh ibu, bapa, isteri, suami, anak, saudara
-bunuh orang lain
-tak hormat antara manusia(apa lagi alam sekitar)
-jenayah juvana
-maksiat bersepah
-disco
-dangdut
-pusat2 hiburan
-kurang ajar dengan ibubapa
-kurang ajar dengan guru


banyak lagi aku nak listkan tapi tak ingat...(huhu). ini semua terjadi kerana apa?

Hari ni kes2 di atas berlaku banyak disebabkan oleh;
-ibubapa sibuk dengan kerjaya
-AGAMA ada diajar di sekolah dan tidak diamalkan
-pendidikan akademik penting dan utama
-kita keluarga susah...siti kene blajar pandai2 supaya boleh kaya
-takut miskin
-sayang anak tapi sebenarnya benci (kesian nak marah anak tak solat, tak tutup aurat)
-dan macam2 lagi

perkara2 macam nih bahaya betul....ini adalah antara asas manusia jauh dari AGAMA.


kembali kepada pangkalnya. Kejayaan manusia hanyalah di dalam AGAMA. Dan hari ini kita dapat lihat bahawa ramai daripada umat ini jauh dari AGAMA(saya la tu...). Hari ini ramai orang mengatakan bahawa kejayaan terletak pada tingginya level education seseorang itu (akulah orgnye tu), tingginya pangkat kerjaya, sejauhmana hormat masyarakat pada diri, pada pingat jasa bakti (akulah tu).
Aku pening nk pikir benda2 cam ni. Benda2 cam ni lah yang berpotensi untuk menjauhkan kita dari AGAMA.

Bila kita mengamalkan AGAMA Allah swt akan hapuskan semua perkara2 di atas.

Allah swt. maha adil lagi bijaksana. Dan Allah telah letakkan kejayaan manusia hanya di dalam AGAMA. Dan ini merujuk kepada sejauhmana kita taat perintah Allah dan ikut sunnah(cara) Rasullullah saw. Allah tidak letak kejayaan pada ilmu, pada kerjaya, pada harta, pada jasabakti atau pada nama. Kalau Allah buat begitu bermakna Allah tidak adil dan ada kecacatan.
-Hanya orang kaya yg akan berjaya dan orang miskin gagal.
-Hanya orang pandai yg akan berjaya dan orang tak pandai gagal.

takaza agama dtg.....sambung lagi lepas ni....

ok kite sambung balik....ujan lebat sekarang nih...doa2...

-Hanya orang terhormat yang akan berjaya dan orang biasa dipandang hina.
-Hanya orang berjasa akan dikenang dan sebaliknya.

Jadi, Allah dengan rahimNya, sayangNya telah meletakkan kejayaan di dalam AGAMA.
1 orang miskin amal AGAMA dia telah berJAYA.
1 orang kaya amal AGAMA berjaya.
1 orang yang dipandang hina oleh masyarakat amal AGAMA berjaya.


Apabila manusia mengamalkan AGAMA dengan sempurna maka segala yang haqq dan kebaikan akan terbina dengan sendiri atau automatik. Segala kejahilan atau ketidakpandaian akan hilang dan lenyap
dengan sendiri atau automatik. Semua orang mesti kena rasa syukur sebab Allah dengan ehsan dan sayangNya telah berikan kepada kita AGAMA. Amal AGAMA yang sempurna mestilah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan ditokok tambah.




2 comments:

  1. huuu josh je maulana ni...terkesan pencacai macam saya ni..

    ReplyDelete
  2. maap bang....ni blog pencacai la....sy ni bodoh...abang boleh tgk blog maulana kat link karkun ek...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...