keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Saturday, September 25, 2010

tuan mufti?

balik rumah nanti jangan jadi mufti, tv haram, gambar haram, itu haram ini haram. jangan keluarkan fatwa sewenang-wenangnye...banyakkan ikram keluarga (pesan tukang bayan wopsi)). wahai kawan, ingat pesanan tu betol-betol. balik jangan jadi mufti..ok? (oh, pesanan utk diriku yg slalu buat fatwa sewenang2nyer)

aku dan beberapa askar2 (3 org jer) sedang bekerja keras untuk menyiapkan tugasan usul fikh yang diberi lecturer yang bertajuk FATWA....hahaha. inilah barisan mufti2 yg akan berfatwa tentang fatwa hahaha..(aku ngarut jer...) untuk pengetahuan group aku ni spesel sikit sebab tajuk fatwa ni takde dlm silibus. disebabkan ahli kumpulan aku ni semua dress up bajet ustaz so terpilih la untuk diberi tugasan ini.

baik, apakah yg dimaksudkan dgn fatwa? ahli majlis fatwa kami pun bersidang utk memikirkannya...huhu
sebelum tuan2 berfatwa tuan2 sume kene tahu apakah maksud fatwa taw.

fatwa:
pada bahasa ialah memberikan jawapan bagi sesuatu masalah.

pada syarak ialah memberikan penjelasan hukum syarak bagi sesuatu masalah sebagai jawapan bagi sesiapa yang bertanya, baik secara bersendirian ataupun berjemaah.

(dr.yusuf qardhawi)

korang paham tak? tak paham...aku pun tak paham...hehe

nak wat fatwa ni pun kene ade adab dan akhlak beb, bukan hentam jer bro...


Akhlak dan adab seorang mufti
Menurut pandangan Imam Ahmad seseorang tidak wajar mengeluarkan fatwa kecuali jika ia memiliki 5 perkara iaitu:

1) Mempunyai niat mendapat keredhaan Allah s.w.t. ia tidak harus memberi fatwa semata-mata kerana tamakkan harta atau kemegahan dan tidak jujur kerana takut kan pihak berkuasa.

2) Berilmu, berlapang dada,tenang dan waqar(tegas). Keperluan terhadap ilmu adalah jelas iaitu sesiapa mengeluarkan fatwa tanpa ilmu akan mendapat siksaan Allah kerana ia telah berbohong kepada Allah s.w.t. manakala sikap berlapang dada ibarat pakaian dan perhiasan ilmu dan waqar pula merupakan hasil daripada sikap mulia ini.

3) Menguasai ilmu pengetahuan yang membolehkannye mengeluarkan fatwa.

4) Mempunyai sumber kehidupan yang mencukupi.ini bermakna, ia tidak memerlukan bantuan orang ramai dalam menjalani kehidupan. Dengan sumber kehidupan yang mencukupi, ia akan berjaya menghidupkan dan mengembangkan ilmunya. Sesiapa yang menghulurkan tangan meminta bantuan orang lain, ia sesungguhnya merendahkan martabat ilmunya dan ia akan menjadi sasaran celaan manusia.

5) Mengetahui keadaan manusia. Ini bererti, orang yang jahil tentang keadaan manusia, fatwanya akan lebih banyak mendatangkan kerosakkan kepada manusia, berbanding kebaikan. Kejahilan tersebut akan meningkatkan penipuan iaitu apabila orang yang zalim akan berlagak seperti orang yang dizalimi dan orang yang melakukan perkara yang batil berlagak seolah-olah melakukan perkara yang benar.

ha...amacam? ada lagi beb...sebelum kita nk jadi mufti kite juge mesti memenuhi syarat2 yg ditetapkan...

Syarat-syarat menjadi mufti
1)seorang yg alim serta berwibawa dan kewibawaannya tidak boleh dipertikaikan.

2) baligh, tidak lah menjadi syarat sebagai mufti. Oleh demikian kanak kanak yang berakal boleh mengeluarkan fatwa. Namun demikian ada juga pihak yang menjadikan baligh sebagai syarat.

3)berakal, Ulama sepakat mengatakan bahawa, seseorang mufti hendaklah berakal. Orang gila dan kanak yang tidak berakal tidak boleh mengeluarkan fatwa.

4)beriman, Tidak terdapat yg jeas menunjukkan bahawa seseorang mufti hendaklah seorng yang beriman tetapi realiti menunjukkan bahawa fatwa diminta kepada umat islam sahaja. Tambahan pula, fatwa merupakan hukum syara’.sewajarnya hukum syara ini diistinbat dan dikeluarkan dari sumbernya oleh orang yang beriman. Tentu tidak wajar bagi kita berpegang pada fatwa tentang agama islam daripada orang yang tidak beriman. Jika dirujuk syarat kadi, ternyata islam turut menjadi syaratnya. Demikianlah juga bagi mufti.

5) adil, juga menjadi syarat seorang mufti. Ini kerana, mufti yang tidak adil tentulah tidak wajar menjadi tempat rujukan dan pertanyaan behubung hukum syarak. Ulama telah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar. Walaupun ada yang berpendapat bahawa fatwa seorang fasiq boleh diterima tetapi pendapat ini merupakan pendapat yang lemah dan tidak disokong dengan dalil serta hujah. Jika kita merujuk kepada syarat kadi, ternyata bahawa ia hendaklah seorang yang adil dan demikianlah seorang mufti.

6)merdeka, tidak menjadi syarat untuk menjadi mufti dan seseorang yang tidak merdeka boleh memberikan fatwa.

itulah dia sikit sebanyak tentang apa yg aku nk wat. banyak lagi tapi maleh nk sumbat kat blog. sebab aku sumbat pon sebab dah lama tak sumbat ape2 kat blog.

jd yg baik jadikan tauladan yg buruk jdkn sempadan k...

p/s :
Oh... dalam dunia
Oh... kita raja
Oh... jangan lupa
Oh... Jangan gila...

...Gila darjat, Gila nama, Gila kuasa, Gila Harta, Semua gila..

Buat baik berpada-pada
Kata org tua
Buat jahat jangan sekali
Engkau takkan rugi

Mulia dibalas syurga
Dosa kan sengsara
Ini hukum karma

(kopi dan pastri dari pos facebook azharjaafar...hehe)

4 comments:

  1. adeihhh,so blk 40h xleh jd mufti lagi la kot,hehe

    ReplyDelete
  2. hehe...igt byn wopsi baek2, jgn jd muf ti...

    ReplyDelete
  3. woi usul FIQH la!!! bukan FIKH

    ReplyDelete
  4. oh, maapkan saya maulana...
    usul fiqh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...