keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Friday, September 30, 2011

setiap ummat untuk sekalian ummat


bismillah, kami puji ALLAH, selawat dan salam istimewa buat nabi saw. dan ke atas ahli keluarga baginda saw, sahabat2 r.a dan mereka2 yang terus mengikuti jejak baginda saw hingga kiamat.


Alhamdulillah, Allah telah jadikan kita manusia. dan Allah telah kurniakan kita iman. mafhum hadis nabi saw bahawa 'seseorang yang mati membawa iman walaupun sebesar zarrah, akan dikurniakan surga, 10 KALI LIPAT DUNIA'. dan setiap orang yang beriman ialah bakal raja di akhirat kelak (bila mati dengan iman). insyallah.


Setiap umat islam ialah bersaudara. Setiap umat islam bertanggungjawab ke atas saudara islam yang lain. Tidak kira dia berlainan bangsa, warna kulit, berbeza asal-usul, berlainan bahasa dan apa sahaja. Tidak kira di mana ia berada. Tanpa mengira masa.


Setiap kita umpama sebuah badan. Suatu hari kaki kita terseliuh kerana salah tidur. Bagaimana kita bisa bergerak dengan baik. Mata tidak boleh pejam kerana kesakitan. Mulut tidak bisa diam. Akal terus berfikir apa cara untuk kesembuhan kaki. Tangan lincah mengambil minyak panas untuk disapu. Tidak cukup, datang bantuan dari ibu untuk mengurutkan kaki. Rakan-rakan sibuk memberi nasihat menerusi FB. Ada juga yang menelefon dan ada yang ziarah. Hingga kakinya sembuh. Semuanya berfikir, risau dan berusaha bagaimana kaki yang sakit tadi dapat sembuh dengan segera.



“Di suatu tempat yakni di suatu sudut di hujung-hujung dunia sana. Yang mana tiada sesiapa mengetahui dan tak pernah terfikir tentangnya. Di hujung kampong, merentasi semak-samun ada sebuah rumah usang. Dan di dalam rumah itu tinggal seorang wanita tua Islam. Wanita itu hanya keseorangan tanpa peneman. Dan di saat ini wanita itu terdampar di atas tilam buruk dek kerana keuzuran yang amat sangat. Wanita itu tidak mampu berbuat apa-apa hatta untuk menggaru tapak tangan. Dan saat ini dia hanya menunggu saat ajalnya tiba.”



“WANITA TUA ITU BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEMUA UMMAT NABI SAW.”

Dan

“SETIAP UMAT NABI SAW BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS WANITA TUA ITU”


Wanita tua itu (nenek) itu bertanggungjawab ke atas seluruh umat nabi saw selagimana dia mempunyai iman di dalam hati. Walaupun dia dalam keadaan keuzuran dan tenat, dia kekurangan ilmu, dia ketakutan, dia tidak mampu untuk bergerak untuk mengajak manusia kepada Allah. Dia bertanggungjawab untuk fikir dan risau di dalam hati tentang bagaimana ummat nabi saw dapat beriman kepada Allah dan mentaati perintah Allah dan sunnah nabi saw.. Nenek itu kena fikir bagaimana orang-orang di Amerika, di Afrika, Australia, Jepun, Korea Utara, Baghdad, Timor Leste dan seluruh alam. Hatta di bulan sekalipun jika di sana ada manusia. Bagaimana umat ini dapat beriman, mentaati Allah dan rasulullah sekaligus selamat dari azab Allah swt.

Begitu juga dengan seluruh umat islam. Seluruh umat islam bertanggungjawab untuk hidayat setiap umat nabi saw tak kira dia islam ataupun belum islam. Seluruh umat islam bertanggungjawab untuk hidayat nenek tua tersebut. Walaupun kita tak kenal nenek itu. Kita tak pernah tahu pun tentang kewujudan nenek tersebut. Tak pernah tahu pun adanya orang tinggal di kawasan itu. Kita bertanggungjawab untuk hidayat nenek tersebut. Adakah nenek itu telah beriman dengan sebenar-benar iman. Adakah nenek itu telah solat 5 waktu. Adakah nenek itu telah amal sunnah-sunnah nabi saw.. adakah nenek itu mentaati perintah-perintah Allah. adakah nenek itu dapat mati dengan akhir kalamnya mengucap “la ilaha illallah”.


Imam Ghazali berkata bahawa mafhumnya “jika di hujung-hujung dunia sana ada seseorang telah mati tanpa iman, maka seluruh umat yang hidup ketika itu akan dipersoalkan di akhirat kelak”


“kamu (wahai umat Muhammad saw) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (manfaat/kebaikkan) seluruh umat manusia (kerana) kamu mengajak kepada segala perkara kebaikkan dan mencegah perkara mungkar (buruk dan keji) serta kamu beriman kepada Allah” (Ali-‘Imran: 110)


Ummat nabi saw. istimewa kerana satu kerja. Semua manusia yang ada iman. Tanpa mengira apa bangsa, pangkat, darjat, keturunan, budaya, warna kulit, bahasa dan apa saja. Kemuliaan dia hanya kerana 1 kerja. Iaitu kerja dakwah sepertimana yang diajar oleh nabi saw.


Hazrat Abu Said al-Khudri r.a berkata bahawa saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda, “sesiapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mengubah dengan lidahnya dan kalau itupun dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan *hatinya . yang sedemikian itu adalah iman yang selemah-lemahnya.” (at-targhib, HR Muslim, Tirmizi Nasai, Ibnu Majah)

*dengan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah supaya pelaku maksiat itu mendapat hidayah dan berubah.


Satu orang dia rasa tenang kerana dapat solat, bayar zakat, berpuasa, haji, tilawah quran, zikir dan sebagainya. Dia merasa sangat dekat dengan Allah. Dan setelah itu dia hidup dengan gembira bersama keluarga, makan makanan sedap-sedap hingga kekenyangan, tidur dengan lena, bercuti dan sebagainya. Kata ulama’ ini bukan tanda iman seseorang itu telah sempurna.

Bagaimana dia boleh hidup dengan gembira, makan makanan sedap-sedap hingga kekenyangan, tidur dengan lena, bercuti dan sebagainya sedangkan saudara seislamnya sendiri pada masa ini ramai yang sedang menjauh dari agama. Sedang jauh daripada ALLAH!. Yakni sedang mengabaikan perintah-perintah Allah dan meninggalkan sunnah-sunnah nabi saw. hatta sehelai janggut.


Bagaimana kita bisa lega?




Suatu masa nabi Daud a.s bertanya pada Allah swt. “wahai Allah, siapakah orang yang sangat dekat engkau?” jawab Allah swt. “orang yang paling dekat dengan aku ialah orang yang mengajak orang lain dekat kepada aku”.





Saya bertanggung jawab ke atas tuan-tuan dan ummat seluruh alam.

Tuan-tuan dan ummat islam seluruh alam bertanggung jawab ke atas diri saya.

kita mesti lapangkan diri kita untuk buat kerja dakwah nabi saw.













p/s: kaki gua nyut2 membuatkan gua takleh tidor semalam. seluruh badan bergerak untuk selamatkan kaki gua dari sakit nyut2. huhu.

p/s 2: 9/10/2011 ni insyallah ada jor student. mohon doa tuan2 sekalian.

p/s 3: kerja nabi saw bermula dari masjid, keluar dari masjid bawa orang datang masjid.

4 comments:

  1. YaAllah hidayat YaAllah.. Kami lemah yaAllah.. X(

    ReplyDelete
  2. Ya Allah ampunkan kami atas sifat leka kami Ya Allah.. :'(

    p/s: kaki nyut2 tue apa? hehe...

    ReplyDelete
  3. ameen ya rabb.

    Allah bagi sakit kaki semalam. dosa dah terlalu byk agaknya. isk3.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...