keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Thursday, November 10, 2011

aku terharu





malam markas minggu lepas ialah malam markas yang mana aku rasa terharu sangat. (eceh, xleh blah)



sebelum malam markas iaitu jumaat malam ialah mesyuarat usaha agama halakah jalan kebun. semua rakan-rakan seusaha akan berkumpul (kalau semua rasanya ada la dalam 100 lebih). tak semua sebenarnya, hanya yang diberi taufiq dan pilihan Allah semata-mata.

jadi mesyuarat ni sebenarnya ialah perintah Allah dan sunnah nabi saw. maksud mesyuarat ialah untuk satukan fikir dan satukan hati. asbab mesyuarat Allah akan satukan hati di antara ahli mesyuarat. mesyuarat cara nabi saw pasti menyatukan umat. dalam mesyuarat ada seorang amir. segala keputusan di tangan amir. kakuzari daripada mahala masing-masing, bagaimana perkembangan usaha agama di kawasan masing-masing. takaza-takaza agama akan dibentangkan. segala permasalahan akan dimesyuaratkan. semua yang hadir ialah ahli mesyuarat. amir akan minta syor daripada semua yang hadir. amir boleh minta syor dari siapa-siapa saja dan amir boleh putus tanpa minta syor. sesiapa yang diminta memberi syor maka hendaklah dia memberi syor yang terbaik dengan meletakkan kepentingan agama di hadapannya dan membelakangkan kepentingan dunia dan dirinya sendiri. tidak ada langsung bangkang-membangkang di antara ahli mesyuarat.


mesyuarat ust. md rasul dan student di madrasah jln kebun



tiada juga sistem majoriti menang dan minoriti kalah. syor yang diterima maka orang yang memberi syor hendaklah beristigfar kerana takut-takut syornya menjadi asbab mudarat amnya. siapa yang syornya tidak diterima maka dia hendaklah ucap "alhamdulillah" kerna syukur dan risau kalau-kalau syornya diterima juga akan jadi asbab mudarat amnya. semasa amir hendak membuat keputusan maka dia dan ahli mesyuarat akan berselawat sebanyaknya mohon supaya Allah beri ilham yang baik kepada amir. apa keputusan amir itulah keputusan jemaah. kelebihan mesyuarat sangatlah banyak. antaranya jika Allah nak turunkan azab Allah akan tangguh dulu dan jika Allah nak turunkan rahmat Allah akan percepatkan. banyaklah lagi adab-adab sunnah mesyuarat. kena korban lagi dan lagi nanti Allah tambah lagi.

jadi malam itu antara yang dimuzakarahkan ialah tentang malam markas. kalau sebelum ni kebanyakan rakan usaha pergi secara infradi (sendirian). maka amir menekankan supaya setiap rakan usaha berusaha supaya pergi secara ijtimai iaitu berjemaah.

amirsab juga pesan supaya rakan usaha datang membawa bekalan makanan sendiri dari rumah. itu juga antara pesanan orang-orang tua kita. apabila tiba di markas maka bolehlah rakan-rakan usaha bergabung makanan di antara satu sama lain. hehe. dan amir minta supaya rakan usaha di jalan kebun akan makan bersama-sama dan iktikaf berjemaah di masjid sri petaling.

jadi hari sabtu tu aku pun bersemangat nak pergi. aku teringat pesanan amir tentang makan. iaitu kena bawa makanan dari rumah. bukan apa, kat masjid ada je kantin cuma nak mujahadah lebih kot.

sebelum bertolak dalam pukul 5 petang aku dah semangat dengan uniform serba putih. mestilah uniform nabi saw...aku tengok dalam tudung saji. emm, ada terung goreng. aku pun bungkus nasi putih dan terung tersebut. tiba-tiba mak aku perasan.


telur dadar



"eh, ko nak bawak ke mana tu?" mak

"nak bawak pergi masjid la. ustaz suruh bawak bekal makanan dari rumah. nanti sampai sana kita kongsi-kongsi dengan kawan" aku

"eh, ko tak malu. orang lain sume bawak macam-macam, ko bawak itu aje. kejap aku goreng telur dadar. apela ko ni" mak

"wah telur dadar. ok ok" aku

"mak, banyaknya telur dadar??" aku

"takpe, sampai sana ko makan dengan kawan" mak

"orang 3 orang je la" aku

"takpe.." mak



lepas dah siap semua aku pun pergi ambil rakan usaha yang menunggu dari tadi. aku terlewat sikit sebab mak aku sibuk pulak nak masakkan telur dadar special. aku cakap kat bapak yang aku nak pakai kereta kancil. bapak aku tak cakap apa-apa terus pergi kat kereta kemas-kemas. pastu check enjin bagai.

mak aku hantar aku sampai ke pintu pagar masa aku nak pergi masjid sri petaling.



NAMPAK TAK BETAPA TERHARUNYA AKU!!! haha


sebelum ni bila aku nak pergi markas hanya dua saja reaksi mereka.

1. buat tak tahu
2. tak bagi pergi (tapi aku pergi jugak)




malam itu selepas bacaan hayatussahabah oleh ustaz kami bertiga makan sampai lebam. huh. istigfar3. kami ada 3 orang.


terung goreng google




rakan 1 = nasi + telur dadar + terung goreng + ikan bulu ayam
rakan 2 = nasi + rendang ayam
rakan 3 = nasi + ikan-ikan goreng + ikan kicap + sayur

semua lauk-lauk ni bedebush dalam 1 talam. haha.








p/s : insyallah, nanti dah kawen boleh mintak zaujah sediakan bekalan utk ke malam markas. woha!


11 comments:

  1. assalamualaikum wbt..

    mak n ayah dah makin paham..

    mestilah mak ayah suka anak-anaknya dekat dengan Allah dan buat perkara baik.. (",)..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, kongsi sebak & gembira

    ReplyDelete
  3. nam:

    - wslm wbt.

    amin amin amin...harap begitu


    karanglaut:

    - alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. november zulu:

    - hehe, 1st time dengar ek. ish3.

    cube try selam kat google. insyallah jumpe.


    ank_ayah:

    - terharu juga?

    doa karo

    ReplyDelete
  5. Kata masyaikh ,perkara pertama yg perlu dibawa dlm mesyuarat ialah,kerisauan ummat bertambah..

    ReplyDelete
  6. terharu siot.. tp yg pasti zaujah ko mesti masak lagi special..huhu

    ReplyDelete
  7. APK:

    - BENAR TUAN!


    Hidayatullah:

    - jgn haru biru sudah...

    syukran ala dua, masak kerana Allah pasti sedap. moga Allah kurniakn zaujah yg baik kpd tn.

    ReplyDelete
  8. subhanAllah,,,rse nk nangis je,,,moga Allah pilih lagi dan lagi,,,insyaAllah,,,moga Allah beri kefahaman pd sume umat,,:)

    ReplyDelete
  9. bgs r mcm tu..kuar air mata aku bca ceta ne...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...