keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Sunday, December 18, 2011

doa dengan yakin



nahmaduhu wa nusolli a'la rosulihil karim wa a'la alihi wa sohbihi ajamain. amma ba'du





alhamdulillah. di halaqah saya sekarang dikunjungi oleh 2 jemaah dakwah tabligh yang sedang belajar2 usaha atas iman dan amal. satu jemaah 40 hari daripada melaka (adik yardd ada kat dlm jamaah ni). satu lagi jemaah masturat dpd uttar pradesh, india. moga Allah buka pintu hidayat seluas-luasnya dan tutup pintu murtad serapa-rapatnya. ameen.


kongsi sikit cite pasal doa dan yakin



hajjaj bin yusuf al-thaqofi ialah seorang yang agak terkenal di dalam dunia pemerintahan Islam. beliau adalah seorang penguasa yang tegas dan sangat keras. seorang panglima tentera dan gabenor yang membabi-buta dalam mentaati khalifah. oleh kerana sifatnya yang zalim telah menakutkan ramai rakyatnya. di antara kezaliman beliau ialah ramai sahabat-sahabat nabi saw telah dibunuh di bawah pemerintahan beliau. banyak pertumpahan darah semasa pemerintahan hajjaj.

pada suatu hari hajjaj bin yusuf telah melalui atau berada di masjidil haram dan hampir dengan kaabah. lalu dia terlihat seorang tua sedang duduk berdoa di hadapan kaabah. lalu beliau mendapatkan orang tua itu serta mendapati ia adalah seorang yang buta dan menegurnya.

"wahai orang tua, apakah yang engkau doakan?"

orang tua itu tanpa mengetahui siapa yang bertanyanya telah menjawab. "aku berdoa kepada Allah supaya diberikan penglihatan kepada aku"

hajjaj bertanya lagi "berapa lamakah kau berdoa di sini?"

si tua itu menjawab "lebih kurang 5 ke 6 jam aku berdoa pada masa ini, di sini setiap hari, berdoa supaya Allah beri penglihatan kepadaku"

hajjaj bertanya lagi "sejak bilakah kau berdoa?"

si tua itu memberitahu bahawa dia telah berdoa sejak bertahun-tahun lamanya di tempat yang sama, pada masa yang sama.

hajjaj berkata kepada si tua itu "wahai si tua, tahukah engkau bahawa dengan siapa engkau bercakap??"

"aku tidak tahu, siapakah engkau?" jawab si tua sambil menyoal kembali.

"akulah hajjaj bin yusuf!!!" jawab hajjaj.

mendengarkan ini terus menggeletar seluruh tubuh si tua itu tadi lantaran takutnya kepada hajjaj bin yusuf.

hajjaj telah berkata kepada si tua itu bahawa dia akan datang lagi pada esok hari dan ingin memenggal kepalanya jika esok dia masih dalam keadaan buta.

"esok aku ingin berjumpa engkau di sini, pada masa yang sama. dan jika engkau aku lihat masih buta, akan aku pancung kepala engkau!" bentak si hajjaj.

si tua itu terpaksa bersetuju kerana ketakutan yang amat.

keeseokkan harinya hajjaj datang seperti yang dijanjikan. dan dia melihat bahawa si tua itu telah dapat melihat.



targhib diri:

orang tua itu telah berdoa bertahun-tahun tapi tidak dimakbulkan juga. akan tetapi dalam masa satu hari beliau telah berdoa dengan bersungguh-sungguh maka Allah telah menzahirkan kudratnya dengan menyembuhkan penglihatan si tua itu dengan tunai. desakan si hajjaj telah menyebabkan yakin, harap, gantung (tawakal) si tua itu bulat kepada Allah.

maka bila kita berdoa kena yakin betul2 bahawa Allah lah rabb kita, yang pelihara kita, yang boleh sempurnakan hajat dan keperluan kita.

maulana umar palampuri rah. berkata bahawa 3 perkara yang menyebabkan doa tidak diterima oleh Allah. pertama ialah berdoa dalam keadaan ghaflah iaitu lalai (tak khusyuk). kedua, muamalat yang haram. ketiga, meninggalkan kerja dakwah nabi saw.


memuji dan bercakap kebesaran Allah juga adalah doa. afdolu du'a Alhamdulillah.









p/s : hajjaj ialah mertua kepada muhammad bin qosim iaitu ketua tentera islam yang dikeluarkan oleh khalifah al-walid asbab kerisauannya kepada agama Allah. bila sampai di india hajjaj menyuruh jemaah ini pulang. ulama beritahu kalaulah hajjaj tidak panggil jemaah ini pulang ke arab pasti islam akan tersebar sampai ke negeri jepun.





2 comments:

  1. diri masih bnyak berharap pada makhluk..

    doa pada Allah, tapi berharap makhluk akan bantu..

    astagfirullah...

    ReplyDelete
  2. saya la tue...isk3

    teruknye aku..

    moga Allah maafkan aku. ameen

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...