keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Sunday, January 15, 2012

kesempatan

Alhamdulillah.


Walaupun sekarang nih sepatutnya aku tengah study tapi masih sempat menggunakan peluang yang terhidang depan mata untuk mengonline kat makmal computer di PTAR 2 fakulti business yang bakal dirindui selepas ini.


Sebenarnya aku dah lama tak online sebab Allah berhentikan internet kat rumah buat sementara waktu (selamanya..ameen) . so, selama aku kat rumah memang aku dah tak online. So kepada rakan2 fb mesti rindu kat aku plus yang selalu jadi stalker aku. Perasan sungguh, hampeh!


Selama masa ketiadaan internet dan fb selama inilah aku rasa tenang yang lain. Aku harap lepas ni tak payah ada internet lagi kat rumah (ceh, poyo betoi).



Actually, aku tengah study for paper tomorrow. Alu rasa lagi setengah jam nak asar. So, aku standby kat lab ni je la (org standby kat saf, teruknya aku). Alang-alang aku online ni, aku update la blog buduh nih.

sebenar malam tadi, yes, sabtu malam ahad Allah pilih aku pergi malam markas. Syukur. Ustaz amir hamzah yang bayan. Ustaz yang bayan semasa jor uitm shah alam tempoh hari.


Dalam bayan ustaz ada bagitahu pasal rezki yang berkat.

1. Ramai orang faham

Sikit tapi cukup. Ini makna umum yang semua orang faham. Rezki yang sedikit tapi mencukupi. Contohnya bapak kerja gaji RM1000 sebulan. Sara anak 12 orang. Alhamdulillah cukup.

Satu lagi, sewaktu khuruj. Time ta’am. Korban RM5 utk sehari. Tengok makanan macam sikit, tukang makan ramai. Tapi cukup. Allah bagi cukup!

2. Sikit orang faham

Rezki yang mana akan memudahkan dia untuk ibadat kepada Allah. Orang selalu fikir rezki murah tu berkat, sikit tapi cukup tu berkat. Yang dimaksudkan rezki yang berkat ialah, bila seseorang itu makan, maka dengan makanan itu tadi mudah untuk dia pergi solat berjemaah (bagi laki-laki), dengan makanan yang masuk perut itu, mudah bagi seseorang itu bangun tahajud, zikir, quran. Dengan gaji yang diterima tiap2 bulan maka bertambah-tambah sunnah dihidupkan dalam kehidupan.

“memanglah rezki sikit tapi cukup, tapi lepas makan terbongkang depan tv, solat jemaah tak pergi ape kes???”





Tu dia! Lu pikiaq la sendiri no!




Ya Allah, ampunkan saya. Banyak dosa saya ni.




Kepada sahabat2. Mohon anda selitkan nama saya setiap kali doa lepas solat supaya Allah mudahkan saya hadapi exam. Trimas!

4 comments:

  1. sempat lagi ko...dh siap bepo jemaaah dah utk takaza cuti Sem nie..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Teringat zaman menapak dari kolej kediaman ke ptar-ptar di Uitm tu semata-mata mencari buku2 yang berkaitan dengan subjek yang di ambil. Paling menyampah menapak ke ptar 2..huhuu

    Semoga Allah swt mudahkan urusan tuan esok.

    ReplyDelete
  4. Moga Allah permudahkan urusan akhirat dunia.
    Belajar faham erti berkat di dini. (0_0)y

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...