keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Wednesday, March 10, 2010

org islam vs org bkn islam

Hadith-Hadith Yang Mewajibkan Memelihara Janggut Atau Jambang

Antara hadith-hadith sahih dari Nabi s.a.w yang menunjukkan wajibnya memelihara janggut dan jambang kemudian mewajibkan orang-orang lelaki beriman supaya memotong atau menipiskan misai mereka serta pengharaman dari mencukur atau memotong janggut mereka ialah:

1. "Abdullah bin Umar berkata telah bersabda Rasulullah s.a.w :
"Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu." (H/R al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi)

2. Dari Abi Imamah bahawa telah bersabda Rasulullah s.a.w :
"Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab." (Hadith sahih, H/R Ahmad dan at Tabrani)

3. Dari Aisyah R.ha berkata bahawa telah bersabda Rasulullah s.a.w :
"Sepuluh perkara dari fitrah (dari sunnah nabi-nabi) di antaranya ialah mencukur misai dan memelihara janggut." (H/R Ahmad, Muslim, Abu Daud, at Turmizi, an Nasaii dan Ibn Majah)

Bagi individu yang menjiwai hadith di atas pasti mampu memahami bahawa Nabi Muhammad s.a.w melarang setiap mukmin dari meniru atau menyerupai suluk (tatacara) orang-orang kafir sama ada dari golongan Yahudi, Nasrani, Majusi atau munafik.

Antara penyerupaan yang dilarang oleh baginda ialah berupa pengharaman ke atas setiap orang lelaki yang beriman dari mencukur janggut dan jambang mereka. Kemudian baginda melarang pula dari memelihara misai (kumis) kerana dengan memelihara misai kemudian mencukur janggut telah menyerupai perbuatan semua golongan orang-orang kafir.

Antara motif utama dari larangan baginda itu ialah agar orang-orang yang beriman dapat mengekalkan sunnah supaya tidak mudah pupus di samping mengharamkan setiap orang yang beriman dari meniru tata-etika, amalan dan tata-cara orang-orang kafir atau jahiliah.

Larangan yang berupa penegasan dari syara ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui hadith-hadith baginda. Terlalu sukar untuk ditolak atau dinafikan tentang pengharaman mencukur janggut ini kerana terlalu banyak hadith-hadith sahih yang telah membuktikannya dengan terang tentang pengharaman tersebut.

Memang tidak dapat diragukan, antara penyerupaan yang diharamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah meniru perbuatan orang-orang kafir yang kebanyakan dari mereka lebih gemar mencukur janggut dan jambang mereka kemudian membiarkan (memelihara) misai mereka sebagai hiasan. Ketegasan larangan mencukur janggut yang membawa kepada penyerupaan masih dapat difahami melalui hadith-hadith baginda yang seterusnya sebagaimana di bawah ini:

1. Dari Ibn Umar ra berkata bahawa, telah bersabda Rasulullah s.a.w :
"Sesiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka." (H/R Ahmad, Abu Daud dan at Tabrani)

2. Dari Abi Hurairah ra bahawa telah bersabda Rasulullah s.a.w :
"Bahawasanya ahli syirik memelihara misainya dan memotong janggutnya, maka janganlah meniru mereka, peliharalah janggut kamu dan potonglah misai kamu." (H/R al Bazzar)

3. Bersabda Rasulullah s.a.w :
"Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai mereka." (H/R Muslim)

4.
"Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu. Di riwayat yang lain pula : Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu."(H/R al Bukhari)

5. Dari Abi Hurairah berkata telah bersabda Rasulullah s.a.w :
"Di antara fitrah dalam Islam ialah memotong misai dan memelihara janggut, bahawasanya orang-orang Majusi memelihara misai mereka dan memotong janggut mereka, maka janganlah kamu menyerupai mereka, hendaklah kamu potong misai kamu dan peliharalah janggut kamu." (H/R Ibn Habban)

5. Dari Abdullah bin Umar berkata bahawa pernah disebut kepada Rasulullah s.a.w seorang Majusi maka beliau bersabda :
"Mereka (orang-orang Majusi) memelihara misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka (janganlah menyerupai cara mereka) tinggalkan cara mereka."(H/R al Baihaqi)

6. Dari Ibn Umar ra berkata
"kami diperintah supaya memelihara janggut"(H/R Muslim)

7. Dari Abi Hurairah bahawa tlah bersabda Rasulullah s.a.w :
"Cukurlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu". (H/R Muslim)

8. Dari Abi Hurairah berkata bahawa telah bersabda Rasulullah s.a.w :
"Peliharalah janggut kamu dan cukurlah misai kamu, janganlah kamu meniru (menyerupai) Yahudi dan Nasrani". (H/R Ahmad)

9. Dari Ibn Abbas berkata :
"Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu meniru (menyerupai) 'Ajam (orang asing dan ), maka peliharalah janggut kamu". (H/R al Bazzar)

Jumhur ulama (ulama tafsir, hadith dan fiqah) menegaskan bahawa suruhan yang terdapat pada hadith-hadith (tentang janggut) adalah menunjukkan suruhan yang wajib bukan sunnah kerana ia menggunakan lafaz atau kalimah: ‘ "nada (gaya) suruhan" yang tegas, jelas (dan diulang-ulang).

Lihat : Adib Saleh. Jld. 2 m/s 241.

Larangan Nabi Muhammad s.a.w agar orang-orang yang beriman tidak mencukur janggut mereka dan tidak menyerupai Yahudi, Nasrani atau Majusi telah dilahirkan oleh baginda melalui sabdanya dengan beberapa gaya bahasa dan ungkapan yang jelas, terang dan tegas. Sebagaimana hadith-hadith sahih di bawah ini:

1.
"Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu". (H/R al-Bukhari dan Muslim)

2.
"Tinggalkan cara mereka (jangan meniru orang-orang musyrik) peliharalah janggut kamu dan cukurlah misai kamu". (H/R al-Bazzar)

3.
"Tinggalkan cara Majusi (jangan meniru Majusi)". (H/R Muslim)

4.
"Dan janganlah kamu sekalian menyerupai Yahudi dan Nasrani". (H/R Ahmad)

5.
"Janganlah kamu sekalian menyerupai orang-orang yang bukan Islam, peliharalah janggut kamu". (H/R al-Bazzar)

Hadith-hadith di atas amat jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah mewajibkan kepada setiap orang-orang yang beriman agar memelihara janggut mereka kemudian memotong atau menipiskin misai mereka. Di samping itu mengharamkan mereka dari meniru perbuatan orang-orang kafir, sama ada golongan Yahudi, Nasrani, Majusi, munafik atau orang fasiq yang mengingkari surahan dan melanggar larangan yang terdapat di dalam hadith-hadith sahih tentang janggut dan penyerupaan sebagaimana kenyataan dari hadith-hadith sahih di atas tadi.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...