keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Friday, April 1, 2011

nasib si pengembara?

assalamualaikum kpd seluruh pembaca beragama islam. dan buat yg belum islam, pleasse come to Islam as soon as posible.





fuhh! semenjak dua, tiga dan empat menjak ni aku asyik pening2 jer. dah nak mati kowt...(ya Allah, amal sy masih sgt kurang...maafkn saya).

stress dengan dunia. oh! malangnya...

2 bulan lepas ade satu jemaah dakwah tabligh dpd sijangkang telah mengunjungi taman perumahan aku. masyallah.

bayangkan sebuah perumahan lebih kurang 1000 pintu. sebuah surau warna hijau di tepi padang bola. kenderaan sibuk. budak2 kecik main besikal. budak2 remaja merempit. ade makcik jual goreng pisang dan air tebu.

aku sangat seronok tapi sangat sedih sebab tak dapat bersama2 dengan mereka. cuma sempat sepetang saja. dapatlah jugak merasa teh pakistan. huhu.

sepanjang jemaah berusaha. sepupu aku telah bersama dengan mereka. dan sepupu aku telah meriwayatkan sebuah kisah dpd seorang brader (brader??...pakcik kot..) yg bersama jemaah itu.




******************************************************************************

al-ihsan...erk...


al-kisah...tersebutlah kisah sang kancil bla bla bla...


(bayangkan diri anda di zaman 80 an di Australia)


pada zaman era 80 an terdapatlah seorang manusia di muka bumi Allah ni yang mempunyai hobi mengembara. beliau ialah seorang warga australia. telah berbagai2 tempat beliau pergi. beliau telah memasang tekad untuk menjelajah ke seluruh pelusuk negara (jauh perjalanan luas pengalaman...huhu) .

untuk maksud itu beliau telah membuat perancangan. akan bermula darimana dan akan sampai di mana. negara demi negara semuanya telah disusun dalam jadual perjalanan. dan beliaupun telah mengorbankan diri, masa dan harta yang ada untuk tujuan mengembara...huhu (beliau ni bukan islam).

salah satu route ialah Turki yang dianggap olehnya sebuah negara islam mungkin. sewaktu mengembara di Turki beliau telah singgah di satu pub. beliau pun melepaskan dahaga...(taktau dia minum air ape..).


pada saat itu dia telah terlihat seorang yang beragama islam turut bersama di dalam pub dan sambil minum arak (tak tau la wain atau beer....todi kot?). beliau konfius. terbit soalan di mulutnya "setahu saya orang islam tidak minum arak?". seseorang telah berkata kepada beliau. "wahai tuan, kalau tuan mahu lihat orang islam tuan pergilah ke Pakistan"


dipendekkan cerita. setelah beberapa route. negara demi negara. kampung demi kampung dan bandar demi bandar (mungkin...huhu).


akhirnya tibalah route Pakistan.


jeng jeng jeng!. (bayangkan diri anda di pakistan tauu 80 an)


dia pun sampai ke pakistan.


hinggalah suatu masa Allah telah takdirkan beliau untuk menaiki sebuah bas.


sewaktu menaiki bas tersebut beliau telah duduk di sebelah seorang yang tua dan berjanggut panjaanng.


korang tahu sape pakcik tue??? haha...


sepanjang perjalanan dia melihat pakcik tersebut tanpa berkata apa2..(tekesan kot dgn rohaniat pakcik tuh...huhu).


hinggalah satu saat di mana pakcik itu telah bertanya kepada mamat australia ni. "siapakah anda? darimana? dan buat apa?"


mamat ni pun mengenalkan diri dan bagitahu bahawa dia ialah pengembara yang ingin menjelajah ke seluruh dunia.


lalu, dengan kehendak Allah swt pakcik berjanggut itupun telah mengajak mamat ni bermalam di kampungnya untuk 3 hari. mamat ni pun bersetuju.

apabila sampai sahaja di perkampungan tersebut. beliau telah diperkenalkan oleh pakcik berjanggut tadi kepada seluruh orang kampung. kehadiran mamat ni disambut dengan kegembiraan oleh penduduk kampung.


bermula sejak hari pertama, disebabkan penduduk kampung ini terlalu gembira maka mamat ni telah dilayan sehabis baik. makan. jalan-jalan. dan macam2 lagi. mamat ni dilayan seperti anak raja laa orang kata.


beliau sangat suka dengan penduduk kampung itu. suasana islam hidup di kampung itu. manusia saling sayang-menyayangi. semua orang baik2 dan berlumba2 buat baik. penduduk kampung telah melayan tetamu itu dengan sebaik mungkin. hari kedua. sampai hari ketiga. (pendek cerita mmg ikram tahap gaban laa...)

sehingga mamat tu terkesan dengan keadaan tersebut. hati beliau telah terkesan dengan amalan penduduk kampung. hati merasa tenang dan seronok. sehinggalah pada hari terakhir. iaitu hari yang ketiga.


beliau tidak tahan dengan sikap baik penduduk kampung itu. hinggalah terkeluar daripada mulut beliau. bertanya kepada pakcik tua berjanggut panjang.

"wahai tuan, tuan sangat baik dengan saya. apa yang tuan mahu sebenarnya?"

lalu, pakcik itu pun menyatakan hasrat yang terpendam. "wahai pemuda (perawi lupa nama), saya cuma inginkan satu saja daripada kamu?"


mamat jawab. "apa dia wahai tuan?"


pakcik "kamu ucaplah la ilaha illallah"


mamat tersebut terus ucap dan bergembiralah orang2 kampung.


asalnya nak lepak kat kampung tu untuk 3 hari jew. korang tahu akhirnya?



akhirnya 3 TAHUN dia lepak kat kampung tersebut.


dia tinggal di kampung tersebut untuk belajar mengenai agama. sehinggalah kemuncaknya dia telah keluar di jalan Allah 4 bulan ke India, Pakistan dan Bangladesh untuk belajar usaha dakwah nabi saw.

hingga beberapa masa. beliau terfikir akan nasib makwe dan keluarga di Australia. bagaimana mereka juga dapat beriman dengan Allah. beliau membuat keputusan untuk pulang ke Australia untuk mendakwahkan umat di sana kepada rabb yang maha agung iaitu ALLAH!

pendekkan cerita. sewaktu perjalanan untuk ke Australia, penerbangan telah transit di Singapore. dan ketika itu sedang berlansungnya jor ataupun ijtimak ataupun perhimpunan dakwah orang islam di singapore. mamat ni pun turut serta.

apabila tashkil dibuat maka mamat ni terus menyambut takaza!

dia telah dihantar untuk keluar 40 hari di sekitar Kuala Lumpur. jemaah tersebut dianggotai oleh orang2 baru. dan mamat tu telah bersama dengan sorang brader (x igt nama...huhu) ni dan telah menceritakan pengalamannya. dan brader ni telah kuar kat taman aku dan bersama sepupu aku. dan diriwayatkan kepada aku oleh sepupu aku.


dan dengar cerita nama beliau ialah Abdullah bin Abdullah (selepas islam). dan sekarang dia di antara pemikir umat di Australia.




*********************************************************************************




masyallah tuan! azam insyallah!








p/s: 10 april 2011 ni ade jor student kat masjid padang jawa klang/shah alam. sume jemput hadir.

kisah di atas telah ditokok tambah oleh aku dari segi penyampaian. yang penting maksud cerita sebenar.

2 comments:

  1. MasyaAllah..
    kalau Allah nak pilih, pasti akan dapat jugak
    ada org senang2 leh belajar ushaa,pun paayh nak dapat
    semua pilihan Allah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...