keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Wednesday, May 18, 2011

hikmah anjing



bismillah...


ini cerita petang tadi.

selepas habis kuliah tadi pegi asar kat Pusat Islam UiTM.

lepas tu terus gerak menghala ke hospital kat seksen 20.

dalam perjalanan aku pun merempit dengan kuda putihku yang baru tukar mentol biru sebelah kiri dan throtle racing warna biru metalicc dan insyallah akan masuk ekzos racing tak lama lagi.

kelajuan dalam 90-100 km/j...maleh laju2 sgt. karang orang tak perasan kuda putih aku yg hensem nih...(gila riak!...padahal motor takleh blah!)

cite nye camni sebenarnya.

tengah syok aku rempit tiba2 aku dikejutkan oleh satu lembaga bewarna hitam terdampar di tgh jalan.

setelah diamati baru aku sedar bahawa ianya ialah makhluk Allah yang takde kuasa.

ianya ialah makhluk yg bernama anjing A. mungkin baru lepas kena langgar.

huhu. (insaf sebentar...sambil memperlahankan kuda putih)

yang mengharukan...

rupa2nya anjing tersebut tak keseorangan. ada member dia kat tengah2 pembahagi jalan. anjing B
(makwe dia kot...takpun adik dia)

masyallah...

korang tau apa dia buat?

aku rasa dia sedang berusaha hendak menyelamatkan kawan dia yang dah terbaring tengah jalan tu. huhu (mungkin sambil menangis2 kot)

dia ialah kawan yang baik...emm

tiba2 suasana hiba menguasai diri.

tersentuh tengok gelagat binatang yang Allah takdirkan tu...subhanallah!




isk3...tapi tidaklah se"dramatic" macam ni...



pelajaran yang diperolehi:

syukur
syukur sebab Allah masih izinkan aku bernafas walaupun aku selalu lalai. dan aku syukur sangat2 sebab Allah kurniakan nikmat iman dan islam. tidak ada nikmat lebih besar dari nikmat iman. kalau kita menguasai satu dunia ini sekalipun takkan dapat lawan nikmat iman. sebab kalau kita mati membawa iman walau sebesar zarah ganjarannya syurga 10x ganda.

sabar
sabar bila Allah uji kita. lebih2 lagi rempit cam aku ni memang takleh sabar kalau bawak motor. Allah suruh aku sabar seperti mana anjing B sabar membantu anjing A. dalam keadaan kenderaan sibuk. dan aku juga kena sabar mungkin kalau aku tak sabar akan terima nasib mcm anjing A. (mana ada mungkin2...isk3)


setia
contohi anjing B, tetap setia dalam keadaan susah dan senang ingin membantu sahabatnya anjing A. macam tu jugak aku kena lebih setia kepada parent, ahli keluarga dan sahabat2. umumnya pada seluruh umat islam. dan setia yang paling besar ialah setia mentaati Allah dan rasulullah saw. (Saya akan setia kat isteri jugak)

risau
kerisauan yang ada pada anjing B terhadap rakanya. aku juga kena risau bagaimana keluarga, sahabat2 dan seluruh umat ini dapat mentaati Allah dan rasulullah. sepertimana anjing B risau keadaan kawannya walaupun sudah mati. aku juga mesti risau supaya umat ini tidak mati di sisi Allah. aku juga kena risau tentang dosa2 aku yang dah menggunung ni, kalau gempa abis aku...

kasih sayang
aku tak tau la apa hubungan antara anjing tu..mungkin adik-beradik atau laki-bini atau mungkin juga sedara dia. tapi yg penting dia memang sayang kat anjing A yg kene langgar tu. dia seolah-olah tak sedia nak tinggalkan anjing A di atas jalanraya, isk3 (menyayat hati). aku rasa aku pun kene belajar sifat ni jugak. kasih-sayang sesama sedara islam.



isk3...moga Allah beri hidayah kat saya.




kuda putih berehat di tepi kolej perindu






2 comments:

  1. ko mmg layak jadi pikirman..tengok..anjing mati pon bole pikir risau..ni la kelebihan ko yang aku x de..allahuakbar..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...