keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Monday, May 23, 2011

langkah pertama kita?


assalamualaikum....

(sebarkan salam syiarkan islam)



Diceritakan oleh Nadhr bin Abdullah.

"Pada suatu hari ketika Anas masih hidup cuaca telah menjadi kelam. Saya pergi berjumpa dengannya sambil bertanya: "Pernah kau lihat perkara yang seperti ini berlaku semasa hayatRasullullah s.a.w.?" Dia menjawab:"Aku berlindung dengan Allah s.w.t.. Pada masa itu kalau berlaku angin ribut kami akan bersegera kemasjid takut kalau-kalau berlaku hari kiamat."Abu Darda bercerita: "Apabila angin kencang bertiup Nabi Muhammad s.a.w. akan berasa cemas.Baginda s.a.w. akan pergi kemasjid."


(kakuzari ringkas dpd ustaz time kat uitm segamat: beberapa masa sebelum kejadian tsunami di acheh sorang peniaga laki2 mendapati cuaca seperti berangin dan berasa tak sedap hati. lantas teringat amalan nabi saw langsung menuju ke masjid dan solat 2 rakaat. selesai solat 2 rakaat beliau keluar masjid lalu mendapati segala2nya telah musnah. Allahuakbar!. dalam sunnah ada kejayaan.)




kisah ini bertepatan seperti yang ditekankan dalam bayan hazrat Maulana Saad d.barakatuh sewaktu di ijtimak Nilai yang mana bila berlaku saja apa2 masalah kita hendaklah terus berlari ke masjid dan mohon bantuan Allah dengan perantaraan amal. ke depankan amal kemudian baru kita ikhtiar. di setiap perkara ujian oleh Allah, Allah ingin lihat ke mana langkah pertama kita, samada berlari kepada amal atau terus kepada asbab.

.



dlm sebuah kisah tamsilan:

ada sorang budak nama dia Abu. budak kecik je. satu hari dia dengan bapak dia pergi ke pasar raya. dalam perjalanan dia bertemu dengan kawan bernama Ali. Ali tanya Abu, "Abu, kau nak pegi mana?" Abu jawab, "saya mau pergi pasar...nak beli basikaaaallll". Ali berkata "eleh...kau ada duit ke?" Abu jawab "takda". Ali gelak "takda duit nak beli basikal....hahaha". Abu pun jawab dengan yakin "saya takda duit tapi ayah saya ada!...ayah saya bersama saya!"



kalau kita lihat sahabat2 r.a, mereka punya karib atau dekatnya dengan Allah dalam setiap apa perkara mereka akan menuju kepada Allah. apa2 hal terus minta kpd Allah. umpama karibnya Abu dengan bapak dia. bahkan lebih lagi!



kita (aku sebenarnya)

masih gantung pada baki. bila kita check poket rasa2...."oh, alhamdulillah ada duit lagi" cube tgk dompet "oh, masih ada lagi". kita lega bila ada baki. klu takde baru ingat Allah. huuh...sedihnya.



sahabat

langsung pada Baaqi. apa2 hal terus jumpa Allah. Dialah yg kekal. khazanah Allah yang takkan habis bahkan tak pernah berkurang. sahabat r.a bila ada baki apa jadi? mereka perabis sume di jalan Allah. berasa risau bila baki bersama mereka. Allahuakbar!





"hasbunallah wa ni'mal wakil, ni'mal mawla wa ni'man nashir"




ya Allah beri taufik pada saya utk tiru sahabat2 r.a..amin



No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...