keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Monday, August 1, 2011

kronologi bersama polis malaysia




assalamualaikum dan sobah al-khoir.



selamat berpuasa kepada kawan2. semoga Allah mengganjari segala susah-payah kita. ameen.




sebenarnya kan. sepanjang aku hidup kat muka bumi Allah ni. belum pernah lagi aku kena saman dengan polis. iya. betul. baiknye aku. hehe.. polis ni baik sebenarnya. (tetiba cite pasal polis..pengaruh entry keretamayat la ni). pakcik aku polis, tak pernah marah aku. hehe.



betul.



ok. aku cerita pengalaman aku bersama polis malaysia.




malam tahun baru

malam new year tahun lepas. gua dengan budak2 rempit gua (ayat takleh blah) pergi kecoh kat shah alam sana. haha. puas pusing shah alam kitorang masuk alam megah dan lepak kat satu tempat tu. budak2 lain pun ramai jugak la. tapi gua rempit baik beb. hehe. ditakdirkan Allah ada satu roadblock. jadi budak2 pun ada yang patah balik lari. gua pun ingat nak cabut jugak. tapi tak jadi sebab gua rempit baik. hehe lagi. gua baca2 la sikit bila nak berhenti tu. gua pekena ayat 9 surah yasin untuk gua dan member2 gua. gua pun berhenti dengan sopan dan bagi salam sambil melemparkan senyuman manis ke arah polis bertugas. polis tu pun senyum kat gua dan mintak ic dan lesen dengan sopan santun. dia tengok ic dia pandang gua. tetiba dia tanya. awak ni yang kerja kat mahkamah tu ye? hehe. polis tu buat lawak agaknya. dia pun bagi jalan. sume lepas. yang ada slack sikit pun lepas. baik betul polis tu.

alamak otek!

road block lagi

kali ni aku sorang diri je. dari jauh aku tengok kereta dah jame. aku dah suspek ni mesti ada otek(polis)buat road block ni. aku pun renew ayat 9 surah yasin. sebab aku malas nak tempuhi kesusahan dengan otek ni. dari jauh polis nampak aku dengan kuda aku yang hensem sambil melambai tangan suruh berenti tepi. aku pun berenti. aku senyum. dia pun senyum. dia datang. aku dah sedia nak kuarkan lesen. sekali dia pegi kat motor belakang aku. aku tengok dia buat bodoh dengan aku. aku blah la. haha. baik kan polis tu. buat2 tak perasan. atau memang tak perasan sebab aku baca ayat 9 surah yasin?


federal highway

satu hari tu aku dari uitm nak ke mana aku tak pasti. samada ke hospital atau ke masjid SP. aku malas nak lalu jalan motor. aku pun rembat jalan kereta la. haha. macam biasa. setiap kali aku naik kenderaan aku akan baca doa naik kenderaan dan beberapa zikir perjalanan dan aku pakejkan dengan ayat 9 surah yasin. bila aku masuk je lebuhraya aku renew ayat 9 surah yasin. tengah aku syok rempit kat lane tengah tetiba ada polis tengah tahan motor kat tepi jalan. terkejut aku. aku pun himpit lorong paling kanan dan terus memecut dengan pantas. habis kereta2 aku tinggalkan. aku pun lega dan sangka polis tu mesti dah tetinggal jauh. rupa2nya meleset. tiba2 dia dah kat sebelah aku. teperanjat jugak la. aku dengan malu2 bukak vyzer dan lemparkan senyuman. nak bagi salam takut tak dengar sebab atas motor. ko tau polis tu kata apa. dia just cakap. "jalan motor kat belah sana. sekarang ko bawak kat dalam line kecemasan". then dia terus speed. hehe. baik kan polis.


salah parking

baru2 ni aku bawak mak aku pergi bank. aku pun parking kereta kat tepi jalan yang aku sangkakan boleh. sebab banyak kereta parking. so, aku sangka baiklah. macam biasa. aku kalau tinggalkan kenderaan pun baca ayat 9 surah yasin. kot2 ada penyangak nak rembat kereta ke. Allah kaburkan mata mereka. haha. rupa2nya tempat tu takleh letak kereta. Allah nak tolong aku. Allah hantar sorang pakcik masuk dalam bank lantas bersuara. "siapa ada parking kat tepi jalan, ada polis tengah saman". mak aku pun terkejut sambil suruh aku lekas2 alih kereta. tapi aku tetap cool. sebab aku dah baca2 kan. aku pun lincah pergi ke kereta. sesampai je kat kereta aku tengok ada 2 orang polis tengah khusyuk menulis surat saman untuk kereta di sebelah kiri dan kanan kereta bapak aku. aku pasti, selepas ini mesti giliran kereta aku. tanpa buang masa aku pun berjalan dengan tenang. masuk kereta start enjin. bye2 pak polisi. hahaha.

salah parking.



sri petaling(SP)

setiap kali aku nak ke malam markas. aku dah paham sangat. mesti ada polis akan buat roadblock kecil-kecilan kat jalan motor menghala ke SP. dan setiap motor yang lalu pasti akan ditahan. aku pun macam biasa la. baca ayat 9 surah apa? yasin..pandai pun. dan setiap kali ada roadblock tak pernah ditahan. aku just perlahankan motor. bukak vyzer bagi salam kalau islam dan senyum. polis tu pun memudahkan aku. kecuali sekali, time tu aku nak pegi majlis khatam bukhari. aku dengan sepupu tengah speed tetiba polis berdiri tengah jalan motor sambil tahan suruh berenti. menggelabah sepupu aku brek. bila dah berenti aku pun macam biasa la. bagi salam. "assalamualaikum tuan!" dia pun jawab salam dan tetiba tanya. nak pegi SP ke? nak kuar bape hari? hehe. tesedak aku kene taskil. aku iklan ada majlis khatam bukhari je. polis tu pun lepaskan kami. baik sungguh polis2 malaysia ni.


bayar saman

aku pernah teman member aku bayar saman kat balai polis. polis tu siap suruh mintak diskaun lagi. apalagi, member aku pon mintak la diskaun. dapat la diskaun 50%. baik hati la polis nih. hehe.


kereta hilang
member karkun aku pernah hilang kereta. lalu dia terus berlari ke masjid dan buat solat 2 rakaat mohon bantuan Allah. kemudian buat laporan polis. 3 bulan selepas tu jumpa balik hasil siasatan polis. huhu




kadet polis

dulu kat sekolah aku kadet polis tau. hehe. 2 calit lagi. pangkat koperal. haha. (ceh, patut la dari tadi asyik puji polis)




*****************



dulu cita2 aku nak jadi inspektor jeneral polis taw! tapi tu dulu. sekarang tak dah..






amal ayat 9 surah yasin. power ayat ni guys!






iklan: hari ini last aku kat fb. aku akan deactive fb. insyallah.






7 comments:

  1. Terimakasih berkongsi cerita menarik pasal pak polisi ini, tapi ayat, ayat gak, tertib donia harus dijaga juga noo... :DTerimakasih berkongsi cerita menarik pasal pak polisi ini, tapi ayat, ayat gak, tertib donia harus dijaga juga noo... :D

    ReplyDelete
  2. semoga Allah permudahkan...

    selmat menyambut ramadhan al-mubarak..

    ReplyDelete
  3. to merah_s :

    - sama2. benar tuan. tertib dunia perlu dijaga juga. elakkan fitnah.


    to Anak Pendang Sekeluarga:

    - ameen. selamat berpuasa tuan.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum wbt...

    polis kat kawasan rumah saya ni banyak..
    hari-hari ronda...

    p/s: eh.. dah deactivate fb ker?

    ReplyDelete
  5. bila tengok cerita yang ala-ala polis sy pon TERsimpan cita-cita nak jadi polis jugak.. hekhekhek :D tapi time tu je la semangat.. lepas habes cerita takde dah la nak jadi polisnye.. kehkehkeh :D pertama kali singgah sini :) selamat berpuasa ya kawan :)

    ReplyDelete
  6. to nam:

    - waalaikumsalam wbt.

    ade tak org tabligh wat rondaan kat kaw rumah ko?
    hihi..

    aku yg dideactive oleh fb...huhu


    to Queen F:

    - sama la kite. aku pun cite2 nk jd polis gak. syukur, sempat jadi koperal kadet polis pon ok..
    jgn singgah sini jer...singgah2kan lah diri anda utk Quran. hehe..slamat berbuka!

    ReplyDelete
  7. saya penah tgk sekali je org tabligh buat rondaan kat sini. selain tue x penah tgk pulak.. klu org tabligh datang pun saya kena lari jauh2... biar adik lelaki jer yang dengar.. nnti dia citer kat saya balik...insyaAllah... :)

    selamat di deactivate oleh fb.. heheh....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...