keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Sunday, February 6, 2011

azam tuan2!

telah menjadi kebiasaan umat nabi saw. untuk hadir di mana-mana shj majlis yg membesarkan Allah swt, memberitakan kisah2 nabi saw. dan berita2 akhirat dan fikir risau iman.

jadi, setiap sabtu malam ahad kat masjid jamek sri petaling akan diadakan majlis zikrullah sedemikian. start lepas asar sampai lepas subuh ahad.

yang bayan semalam ialah seorang maulana arab. masyallah, walaupun aku duduk agak jauh ke belakang kerana dtg lambat. aku masih dapat melihat dan merasakan nur dan roh agama daripada wajahnya dan kata-katanya. subhanallah!

di hujung2 bayan, beliau telah memberitahu satu karkuzari/laporan tentang jemaah palestin yang khuruj di south africa.

sini aku ceritakan semula...

ceritanya lebih kurang.....


pada suatu masa.



satu jemaah dpd palestin telah dihantar ke afrika selatan. jemaah dianggotai oleh anak-anak muda. dan jemaah tersebut telah khuruj di afrika selatan berjumpa dengan manusia untuk belajar mengajak manusia kepada Allah.

jemaah tersebut telah berdakwah dari kampung ke kampung dan rumah ke rumah.

dan di akhir waktu yang mana jemaah akan tangguh. jemaah tersebut telah ditunjukkan satu peta kawasan tersebut yang menunjukkan semua kampung-kampung yang berada di afrika selatan. setelah diperhati mereka mendapati semua kampung di situ telah dimasuki kecuali satu kampung saja lagi.

dan mereka telah bermesyuarat dengan orang tempatan bahawa mereka ingin memasuki kampung tersebut. namun, orang tempatan merasa berat untuk membenarkan jemaah masuk ke kawasan tersebut kerana kampung tersebut sangat berbahaya. ramai orang telah mati dibunuh apabila memasuki kampung tersebut. tidak ada orang yang berani memasuki kampung tersebut.

orang tempatan telah memujuk jemaah supaya tidak memasuki kampung tersebut kerana risau keselamatan jemaah .namun, jemaah tetap ingin memasuki kampung tersebut. untuk membesarkan Allah di hadapan manusia.

perkara ini telah dibawa oleh orang tempatan untuk dimesyuarat bersama syura di markaz. akhirnya syura pun memutuskan bahawa jemaah tersebut boleh memasuki kampung tersebut kerana jemaah tersebut sangat menginginkan untuk masuk ke kampung tersebut.

jemaah pun masuk ke kampung itu. jemaah itu telah berpuasa di siang hari. berqiamulail bersungguh-sungguh, menangis merayu pada Allah. mereka telah sedia mengorbankan diri mereka. apa-apa pun berlaku mereka bersedia. semata-mata kerja dakwah manusia kepada Allah swt.

kehadiran jemaah tersebut telah diketahui oleh penduduk kampung itu. dan mereka telah ditangkap dan dibawa kepada ketua mereka. ketua di kampung itu ialah seorang perempuan.

apabila jemaah dihadapkan kepada ketua kampung tersebut lalu jemaah tersebut telah di soal beberapa soalan. jemaah telah memberitahu dan menerangkan maksud dan tujuan mereka datang.

tidak semena-mena perempuan itu pun berkata. "benarlah kata ayahku dahulu, nanti akan datang kepada mu satu kumpulan manusia islam dan berpakaian jubah putih serta serban, mereka inilah yang membawa agama yang benar. maka kau ikutilah mereka, kedatangan kamu telah lama aku tunggu"

maka wanita itu pun mengucap 2 kalimah syahadah dan memeluk islam. wanita tersebut berkata lagi "walaupun aku pemerintah, namun aku tak mampu untuk menyuruh rakyatku masuk islam, jadi kamu teruslah menjalankan kerja kamu di sini".

jemaah telah minta satu tempat untuk mereka akan ajar tentang islam kepada orang-orang yang baru memeluk islam di kampung tersebut. dan usaha dakwah dijalankan di situ hingga akhirnya semua penduduk kampung di situ memeluk islam.


Ya Allah, berilah taufik pd sy agr sy dpt bgn mlm dan menangis (sedih tgk diri)



p/s: ade muallaf bg ceramah, die kata kalaulah sy mati dlm keadaan kafir. sy akan dakwa tuan2 orang islam di hadapan Allah sebab tak ajak sy masuk islam.

2 comments:

  1. as-salam,mashaAllah tuan,bagus entry,penuh kesedaran....

    p/s:Jemput ke blog saya,semoga saya dapat kongsi dengan tuan artikel berkaitan doa vs orang zalim di blog saya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...