keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Saturday, September 25, 2010

tuan mufti?

balik rumah nanti jangan jadi mufti, tv haram, gambar haram, itu haram ini haram. jangan keluarkan fatwa sewenang-wenangnye...banyakkan ikram keluarga (pesan tukang bayan wopsi)). wahai kawan, ingat pesanan tu betol-betol. balik jangan jadi mufti..ok? (oh, pesanan utk diriku yg slalu buat fatwa sewenang2nyer)

aku dan beberapa askar2 (3 org jer) sedang bekerja keras untuk menyiapkan tugasan usul fikh yang diberi lecturer yang bertajuk FATWA....hahaha. inilah barisan mufti2 yg akan berfatwa tentang fatwa hahaha..(aku ngarut jer...) untuk pengetahuan group aku ni spesel sikit sebab tajuk fatwa ni takde dlm silibus. disebabkan ahli kumpulan aku ni semua dress up bajet ustaz so terpilih la untuk diberi tugasan ini.

baik, apakah yg dimaksudkan dgn fatwa? ahli majlis fatwa kami pun bersidang utk memikirkannya...huhu
sebelum tuan2 berfatwa tuan2 sume kene tahu apakah maksud fatwa taw.

fatwa:
pada bahasa ialah memberikan jawapan bagi sesuatu masalah.

pada syarak ialah memberikan penjelasan hukum syarak bagi sesuatu masalah sebagai jawapan bagi sesiapa yang bertanya, baik secara bersendirian ataupun berjemaah.

(dr.yusuf qardhawi)

korang paham tak? tak paham...aku pun tak paham...hehe

nak wat fatwa ni pun kene ade adab dan akhlak beb, bukan hentam jer bro...


Akhlak dan adab seorang mufti
Menurut pandangan Imam Ahmad seseorang tidak wajar mengeluarkan fatwa kecuali jika ia memiliki 5 perkara iaitu:

1) Mempunyai niat mendapat keredhaan Allah s.w.t. ia tidak harus memberi fatwa semata-mata kerana tamakkan harta atau kemegahan dan tidak jujur kerana takut kan pihak berkuasa.

2) Berilmu, berlapang dada,tenang dan waqar(tegas). Keperluan terhadap ilmu adalah jelas iaitu sesiapa mengeluarkan fatwa tanpa ilmu akan mendapat siksaan Allah kerana ia telah berbohong kepada Allah s.w.t. manakala sikap berlapang dada ibarat pakaian dan perhiasan ilmu dan waqar pula merupakan hasil daripada sikap mulia ini.

3) Menguasai ilmu pengetahuan yang membolehkannye mengeluarkan fatwa.

4) Mempunyai sumber kehidupan yang mencukupi.ini bermakna, ia tidak memerlukan bantuan orang ramai dalam menjalani kehidupan. Dengan sumber kehidupan yang mencukupi, ia akan berjaya menghidupkan dan mengembangkan ilmunya. Sesiapa yang menghulurkan tangan meminta bantuan orang lain, ia sesungguhnya merendahkan martabat ilmunya dan ia akan menjadi sasaran celaan manusia.

5) Mengetahui keadaan manusia. Ini bererti, orang yang jahil tentang keadaan manusia, fatwanya akan lebih banyak mendatangkan kerosakkan kepada manusia, berbanding kebaikan. Kejahilan tersebut akan meningkatkan penipuan iaitu apabila orang yang zalim akan berlagak seperti orang yang dizalimi dan orang yang melakukan perkara yang batil berlagak seolah-olah melakukan perkara yang benar.

ha...amacam? ada lagi beb...sebelum kita nk jadi mufti kite juge mesti memenuhi syarat2 yg ditetapkan...

Syarat-syarat menjadi mufti
1)seorang yg alim serta berwibawa dan kewibawaannya tidak boleh dipertikaikan.

2) baligh, tidak lah menjadi syarat sebagai mufti. Oleh demikian kanak kanak yang berakal boleh mengeluarkan fatwa. Namun demikian ada juga pihak yang menjadikan baligh sebagai syarat.

3)berakal, Ulama sepakat mengatakan bahawa, seseorang mufti hendaklah berakal. Orang gila dan kanak yang tidak berakal tidak boleh mengeluarkan fatwa.

4)beriman, Tidak terdapat yg jeas menunjukkan bahawa seseorang mufti hendaklah seorng yang beriman tetapi realiti menunjukkan bahawa fatwa diminta kepada umat islam sahaja. Tambahan pula, fatwa merupakan hukum syara’.sewajarnya hukum syara ini diistinbat dan dikeluarkan dari sumbernya oleh orang yang beriman. Tentu tidak wajar bagi kita berpegang pada fatwa tentang agama islam daripada orang yang tidak beriman. Jika dirujuk syarat kadi, ternyata islam turut menjadi syaratnya. Demikianlah juga bagi mufti.

5) adil, juga menjadi syarat seorang mufti. Ini kerana, mufti yang tidak adil tentulah tidak wajar menjadi tempat rujukan dan pertanyaan behubung hukum syarak. Ulama telah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar. Walaupun ada yang berpendapat bahawa fatwa seorang fasiq boleh diterima tetapi pendapat ini merupakan pendapat yang lemah dan tidak disokong dengan dalil serta hujah. Jika kita merujuk kepada syarat kadi, ternyata bahawa ia hendaklah seorang yang adil dan demikianlah seorang mufti.

6)merdeka, tidak menjadi syarat untuk menjadi mufti dan seseorang yang tidak merdeka boleh memberikan fatwa.

itulah dia sikit sebanyak tentang apa yg aku nk wat. banyak lagi tapi maleh nk sumbat kat blog. sebab aku sumbat pon sebab dah lama tak sumbat ape2 kat blog.

jd yg baik jadikan tauladan yg buruk jdkn sempadan k...

p/s :
Oh... dalam dunia
Oh... kita raja
Oh... jangan lupa
Oh... Jangan gila...

...Gila darjat, Gila nama, Gila kuasa, Gila Harta, Semua gila..

Buat baik berpada-pada
Kata org tua
Buat jahat jangan sekali
Engkau takkan rugi

Mulia dibalas syurga
Dosa kan sengsara
Ini hukum karma

(kopi dan pastri dari pos facebook azharjaafar...hehe)

Thursday, September 9, 2010

RAYA? ZIARAH?

yg mulia tn imam, tn bilal, ajk2 masjid dan jemaah skalian...

wahai blog, lame x jenguk ko. wahai diriku ape kabar iman? wahai kawan2ku pecer ramadan?
lantaran lemahnya iman maka susah untuk seseorang itu taat perintah Allah swt. dan amal sunnah Rasulullah saw. (akukah orang itu? oh, sedihnye)

hari ini hari last ramadan untuk tahun ini. esok raya Insyallah. aku pun tak taw nk taip ape kat blog ni sebenarnya. aku tgk blog ni dah lame x bertaip atau di update jadi aku membuat keputusan untuk mengupdate blog penchacaiz ni.

macam biase, dekat2 nak raye ni mesti korang dapat mcm2 wish raye kan? di kesempatan ini aku nak abadikan beberapa wish yg aku dpt....(kpd yg terlibat jgn marah..)

wish dpd hamba Allah 1
"ya ALLAH, yA Rahman, ya Rahim. di akhir ramadan yg barakah ini, muliakan & sayangilah saudaraku ini. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkatilah rezekinya, kuatkan imannya, berilah kenikmatan ibadah padanya, jauhkan nya dari fitnah, suburkan benih KEISLAMAN pada zuriat keturunannya & masukkannya dlm syurgaMu tanpa hisab. Amin ya ALLAH. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. dr (hamba Allah)"...(fuh, penat gak aq nk bace...)

wish dpd hamba Allah 2
"Askm, selamat beramal d bulan ramadan d hri yg terakhir..(hamba Allah) minta maaf kat farid, (hamba Allah) sayang farid.."
(oh, masih ade yg syg...tp x sure ni wish raye or not)

banyak lagi wish mengarut2..

ok, esok nak raya dah ni...ape yg ade pada raya?
kuih raya, baju raya, sembahyang raya, duit raya, lagu raya, jalan raya, hantu raya...aargh, byk lagi r...

salah satu amalan di hari raya yg amat mulia adalah ZIARAH-MENZIARAHI...
ini amalan bukan main2 kawan. ini amalan sunnah Nabi saw dan sahabat r.a...
ini amalan tinggi darjat beb...patut dekat surga je. tp, Allah bg chance kat kita untuk buat amalan ni.
ZIARAH ni tanda kita saling sayang-menyayangi sedara2 kita.

3 amalan yg menarik rahmat Allah di suatu tempat:

1. pergerakkan ulang-alik dr rumah ke masjid, masjid ke rumah
2. adenye manusia yg bangun untuk solat di malam hari
3. manusia yang bertemu dan berpisah kerana ALLAH (ziarah dlm kategori ni...tanya ustaz)

bertemu dan berpisah kerana Allah? camne ek?
wahai kawan! selama ni ko bertemu dan berpisah kerana ape ha?
duit raye? kuih raye? whatever raye r...

bile kite ziarah je sedara kita, kawan2 kita...kita terus meningkat iman, takut pada ALLAH bertambah, pengetahuan agama bertambah, teringat akhirat, teringat mati, dan mendorong korang (tmasuk aku) untuk taat perintah ALLAH dan AMAL SUNNAH RASULULLAH SAW.....maka sedarlah bahawa korang sedang menarik rahmat Allah swt....

tp, bile kite ziarah je sedara kita, kawan2 kita...kite....aarghh korang jawab sendiri (yg bertentangan dgn diats la)..maka sedarlah korang bahawa setan sedang mengerumuni korang seperti lalat kerumun bangkai...eeeww

macammana cara nk ziarah kerana Allah?

1. betulkan niat bahawa aku ziarah kerana perintah Allah dan sunnah Nabi saw
2. pastikan korang setelkan solat fardu. cuba untuk taat perintah ALLAH. cuba sedaya upaya untuk tidak buat dosa (e.g: + laki pmpuan, mkn byk2, ckp sia2 dll)
3. sewaktu berbual, banyakkan cakap or bercerita tentang kehebatan ALLAH (e.g: ALLAH berkuasa, makhluk x leh wat ape2..)
4. amalkan seberapa banyak sunnah nabi saw
5. banyak lagi laa...

kelebihan:
1. seorang yg datang ziarah kerana Allah (ats maksud agama) membawa 1000 rahmat utk tn rumah.
2. seorang yg bersalaman Allah akan ampunkan dosa
3. orang yg bersilaturahim Allah panjangkan umur
4. senyum kerana Allah jd sedekah
5. banyak lagi laa...

tibe2..di hadapan rumah ade sedare dtg...
assalamualaikum...

Dunia aur akhirat ki kamiyabi – Allah ne sirf din mere kihe.
Allah SWT meletakkan kejayaan manusia hidup di dunia dan akherat hanya Allah letakkan dalam agama yang sempurna.

Din kia hai?
Apa itu agama?
...
Allah SWT key hukmu ko Nabi SAW key thoriqe par pura karna. Din hai.
Dengan menjalankan perintah Allah dengan mengikuti cara Rasulullah SAW. Itulah agama.

Din hamare centagiu me kiase ajae or sari dunia ke insano kiy cendagiu me kiase ajae?
Bagaimana cara agar agama ada dalam kehidupan kita dan kehidupan semua ummat manusia?

Is maksud kelie zabardaz meihnat ki dzarurat hai.
Atas maksud ini usaha yang keras diperlukan.

Jis trah dunya ke sare kam kelie meihnat ki dzarurat hai
Hidup di dunia ini kita perlu usaha

Is trah dien ki sari dunia ke insano me meihnat se aega
Demikian juga agama akan datang ke dalam kehidupan manusia dengan adanya usaha.

Is maksud kelie Allah SWT ambia ko bejhte tey
Untuk maksud ini Allah mengirim nabi-nabi.

Hamare nabi SAW akhiri nabihe
Nabi kita Nabi muhammad SAW adalah nabi yang terakhir

Ap Nabi SAW kebad ab qoi nabi nehi aega.
Tidak ada nabi yang akan diutus sesudah (diutusnya) nabi muhammad SAW

Ab sari dunia me diin ki meihnat karna nabi SAW ke har ummati ki dzimatari he.
Sekarang tanggungjawab agama di seluruh dunia adalah tanggungjawab setiap ummat nabi muhammad SAW.

Is meihnat kelie masjid me baath horehi he.
Atas maksud ini di masjid ada pembicaraan dakwah.

Ham sab ki quahis he. Ap abi masjid chelle.
Kami semua ingin anda sekarang pergi ke masjid.

Ap ka kia tiar hai?
Apakah anda siap?



lalala...esok nak ziarah rumah sedara2...
ini semua untuk diri aku sendiri, klu ade manfaat korang boley amek...

p/s 1: mlm ni dh takde terawih...huhu. slmt hari raya!!!

p/s 2: woi farid! jgn lupe ahad ko ade program ziarah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...