keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget
Showing posts with label kolej sempana riau. Show all posts
Showing posts with label kolej sempana riau. Show all posts

Friday, September 16, 2011

semester baru

Allah have power, makhluk have no power. (BENNAR)



Alhamdulillah dengan kudrat dan iradat Allah bermula sudah semester baru. Fuhh, dah semester 5 dah aku. Cepat sungguh masa berlalu. Semoga Allah bantu kita untuk lebih baik di masa depan. Hinggalah kita pergi meninggalkan dunia dan berjumpa Allah dengan iman yang soheh dan amal yang soleh. Ameen.


Rasa seronok bila dapat jumpa kawan-kawan setelah lama terpisah selama 4 bulan. Ceh, macam lama sangat jer. Ape-ape pun syukur pada Allah sebab masih diberi peluang untuk usaha atas iman dan amal sementara masih bernyawa ni (ya Allah, bantu saya..).


Budak kelas aku ade sorang dah nikah. Tahniah aku ucapkan dari jauh. Semoga menjadi isteri yang solehah. Budak kolej SR pun sorang dah nikah, semoga jadi suami yang soleh kepada nuruddin@angsi (gua ingat nak silat hari tu, tapi sori sebab dtg lambat..huhu). Yang dapat tawaran nikah pun ramai jugak (haa, yg ni spesel kes). Hehe.


Sejak mula kelas aku Nampak perubahan kat budak2 kelas aku sedikit-sebanyak seolah-olah mula ade kesedaran agama. Dan semakin umum dengan usaha agama. Cuma tinggal perlu digerakkan jer. Hakikat manusia ialah suka kepada agama. Member-member banyak bertanya dan berbual ke arah agama. Masyallah. Ini semua Kerja Allah.


Baru-baru ni time dalam kelas “qawaid fiqhiyyah”. Tiba-tiba ustazah yang bernama iman dan Amal berkata “untuk maklumat anda semua, dalam semester ni saya akan menghilang selama 40 hari..”. apalagi, budak-budak semua terus pandang aku dengan member. Haha. Maybe diorang fikir ustazah nak keluar 40 hari dengan suami kot. Aku pun fikir benda yang sama. Hehe. Rupa-rupanya “saya akan menunaikan ibadat haji..” sambung ustazah.


Suasana memberi salam juga seolah-olah sedang tersebar. Baru-baru ni, aku baru turun dari kuda jihad setelah diparking. Tetiba ade brader ni lalu sebelah aku dan bagi salam kat aku. Masyallah. Patut aku yang bagi salam kat dia. Isk3. Kat dalam bangunan fakulti pun begitu jugak. Siap bersalam-salaman. Subhanallah. Memang hidayat. Suasana senyum pun turut tersebar. Tapi Awas! Hati-hati dengan senyuman wanita. Gelap hati nanti.


Bukan itu sahaja. Suasana tazkirah pun ade jugak. Siang tadi dalam kelas. tetiba member sebelah aku minta aku tazkirah dia sikit. Ape da..patut aku yang mintak dia tazkirah aku. Haha. Aku pun apelagi bayan la cerita la kebesaran Allah sikit. Mudah-mudahan Allah kuatkan iman aku dan dia. Ameen.


Akhir kata aku harap semester ni lebih baik daripada sebelum2 ni. Azam nak tambah cemerlang akademik dan cemerlang amal agama. Di mana saja ada orang fikir dan buat kerja agama maka kita akan lihat agama akan maju di merata tempat.



First in study, first in da’wah.




p/s: kpd student, study no. 1 dakwah no. 2 tiada no. 3. Habis study 4 bulan.

p/s 2: ubah yakin makhluk kpd yakin Allah. Ubah cara kita kpd cara nabi saw.

p/s 3: jgn lihat sesuatu atas kemampuan kita, tapi lihat sesuatu dengan kudrat ALLAH!

p/s 4: elders kata, sebelum kahwin anak orang. Mau kahwin dgn tabligh 4 bulan dulu. Hehe.




Sunday, July 10, 2011

aku, selipar dan SR





assalamualaikum


Fakta selipar di kolej sempana riau UiTM Segamat…roaarrgghh!


Aku dan budak bilik aku tengah mengemas-ngemas barang sempena dapat bilik baru semasa part 1. Tetiba datang sorang mamat ni bukak pintu masuk sikit “usha-usha” kitorang terus blah. Ceh, selamba dia jer rembat selipar member aku! (bajet kitorang tak perasan r)


Pesanan eldest (senior).

Semasa penerangan oleh senior wing (orientate sebenarnyee..hampeh) selipar ialah salah satu agenda. “kat dalam SR selipar HAKMILIK BERSAMA faham?!!” sorang senior yang berwajah agak kejam bersuara. “selipar takyah sorok-sorok, kalau selipar korang mahal simpan dalam loker..kalau hilang jangan salahkan orang lain..” tambah sorang senior yang ok la..

“korang paham ke tak?!!” bentak senior berwajah kejam.

“pahammm..”jawab kitorang berwajah insaf.

“bagus!!” sambil senior-senior lain ketawa “keh keh keh” (kuang ajo…haha)




simpan dlm loker lebih ok dpd kunci tapi terbiar..huhu




Undang-undang/akta selipar SR

Selipar ialah hakmilik bersama di dalam SR bermakna semua selipar yang ada di dalam kolej SR boleh digunakan oleh sesiapa saja yang menghuni kolej SR. tanpa mengira dia dari wing mana. Senior atau junior. Miskin atau kaya. Anak datuk atau anak orang biasa. Bila kau masuk saja SR itu bermakna “seliparmu seliparku jua” hatta budak kolej TS yang masuk kolej SR pun mereka kena tahu undang-undang nih..so, kalau korang tengok budak TS balik kaki ayam tu paham-paham je la…keh keh. Isu penggunaan selipar tidak ada khilaf dan semua mesti setuju. dalam SR tidak ada istilah curi selipar..(walaupun budak2 selalu ngadu siper kene curi..haha)


kadang2 pukul1 pagi budak2 main selipar kat wing..huh


syarat

Walaubagaimanapun setiap budak SR mestilah menggunakan selipar sendiri dan dibolehkan meminjam selipar budak lain jika ada kes tertentu. Peminjaman selipar boleh dibuat dengan izin dan tanpa izin. Budak yang kehilangan atau seliparnya dipinjam hendaklah berniat waqaf dan redha serta sabar. Tidak dibenarkan membuat aduan tentang kehilangan selipar. Selipar kat masjid takleh rembat.





pakai sebelah lain dah jadi adat..huhu



pengalaman

Sepanjang pengalaman aku kat SR aku telah menyarung bermacam-macam jenis selipar. Haha..dan untuk pengetahuan korang “time” aku part 2 aku lansung tak beli selipar..kah3. aku pernah perasan ada satu selipar jepun yang tertulis dengan “liquid paper” nama sorang junior yang bernama “TONO” kalau tak silap. Selipar tu dah raun satu SR. aku jumpa banyak kali selipar tu dan setiap kali aku jumpa mesti di tempat berlainan dan penyarung yang berlainan.


Kantoi

Sewaktu kitorang part 2. Aku (sunya), pabong dan tenat adalah antara yang survive bab selipar ni. Disebabkan kesukaran untuk mendapatkan selipar jadi aku telah mengumpul stok selipar. Ada la dalam 2 ke 3 pasang..stand by untuk kes2 tertentu. Satu hari senior aku masuk bilik dan kebetulan dia usha loker si pabong.. tiba-tiba “ya Allah, bong! Ko simpan selipar satu SR dalam loker kau!! Woii budak2 wing selipar SR ada kat siniii” apalagi..kecoh la satu wing. “jibu, diam2 la bu..tolong la buu..” rayu pabong. Ceh, aku ingat aku jer yang kumpul stok selipar. Rupanya pabong lebih Berjaya. Penuh selipar kat ruangan bawah loker dia..memang hampeh! Haha!


seliparmu selipar ku jua..hehe


Dalam kolej SR (sarang raksasa) isu selipar kena rembat isu biasa. Korang taknak kena selipar kene rembat tolong ikat selipar tu kat badan korang atau simpan dalam loker atau korang tak payah masuk kolej kitorang laa..


pengalaman yang aku takkan lupakan ialah waktu solat jumaat. kita baik punya hensem siap2. dengan baju melayu, kopiah, kain pelikat sekali selipar takde..terpaksa la pakai kasut formal. apa lagi jadi bahan gelak la.. hahaha..


aku

ini aku kongsi sebagai pengalaman jer. tak tau la hari ni masih still undang2 selipar yg sama ke tak. tapi waktu paling enjoy waktu di UiTM segamat laa...


"bonnngg pinjam sipaarr...aku nak gi dining" sunya rembat sipar

"woiii..aku nak pakai r!!" sahut pabong melihat sunya sudah menjauh.


keh keh keh


eSaRian!!! Aum Aum Aum!! (haha...takleh blah!!)


Sunday, June 19, 2011

ESARIAN!!!

assalamualaikum.

episod 3
"sepagi bersama sunya di bilik SR***. "
(antara rancangan orintate yg diadakn)




aku terasa rajin pulak nak citer. mungkin aku dah diserang insomia. sumenya berpunca dpd kolej SR. ggrrrr! (hakikatnya dpd Allah)




kod rahsia

tok tok tok tok tok... tok tok (ketuk SR). haha. jangan main-main. ketuk pintu dalam SR pon ada caranya. siapa2 yg ketok pintu selain cara SR takkan dilayan. haha. kau ketok la sampai pagi takkan bukak. sama juga seperti amalan2 soleh yang mana syarat penerimaan hendaklah dijalankan dengan cara nabi saw. untuk itu kita kena belajar sunnah2 nabi saw. yer dok? (lalu pintu pon dibuka..terdedahlah segala awrat bilik.huhu). hehe. sebenarnya ianya ialah antara kod rahsia kolej SR. kerana ini yang membezakan student dengan "pak guard" haha!. budak kolej lain kalau nak masuk pun kena belajar kod ni. (harap2 pak guard uitm segamat x baca..huh). kalau kau terus bukak alamat jumpa pak guard la. tapi kalau kau amalkan kod tersebut kau di dalam keselamatan. mungkin kau sempat kemas2 apa yang patut. puntung2 rokok, estray, barang2 yg takde sticker, gitar letrik, rice cooker, peti ais, stok2 "jajan" dan lain2. dan dengan selamba kau mengalu-alukan kedatangan pak guard tercinta. woha!

"ko dah tau? faham? ha sekarang kau pegi keluar kemudian kau masuk balik dengan ketuk SR!" jerkah senior aku semasa first orintate dulu. tahu, faham dan amal.

sepertimana Allah memberi kejayaan dalam mentaati perintah dan sunnah nabi saw. siapa taat dia berjaya, siapa tak taat...lu jawab sendiri.


lagu SR

dulu time sekolah ada lagu sekolah. lagu negaraku. lagu negeriku. lagu uitm di hatiku. kalau korang nak tau SR sebenarnya pon ada lagunya yang tersendiri. haha. pendek je liriknya.

(rentak lagu raya anuar zain time kecik2, yang ketupat rendang tu..part corus)

sempana riau
budaknya hensem blake
ramai peminat dan juga makwe
jangan tersilap
kami bukannye buaye
suka-suka membuang mase...

itu lah liriknya. Badek yang ajar. liriknya pendek kalau tengok. haa..kau pergi kat depan kolej siswi kau nyanyi la sampai senior kata berenti. haha. ish3. kami dengar dan kami taat.nyanyi la sampai lebam. lepas tu balik wing kena nyanyi lagi. senior2 suruh. pergh, berangin je gua. kalau tidak. siap la kau malam karang! huh. dpd susah kemudian baik aku layankan jer..itu baru dengan senior. apalagi dengan Allah?


kita kena berbeza

dan kolej SR ni memang asing. senior2 telah train budak2 bahawa "kita takleh sama dengan budak TS (taming sari, 1 lg kolej laki di uitm segamat). kita kene berbeza" haha.

kalau nak kenal budak SR dan TS ialah budak2 SR akan jalan beramai2 (berjemaah, sunnah nabi saw) dan budak TS (kurang sikit r...ada jugak cume tak seramai SR). kalau senior nampak kau pegi makan sorang2 je. memang siap la kau. sampai ke subuh kene orintate. cis!

dan setiap kali event budak SR mesti pakai baju warna hitam. sapa2 yang takde pegi pinjam member. dari jauh kau dah boleh kenal budak2 SR. hatta nak pegi pasar pon pakai baju hitam. inilah identiti penampilan budak2 SEMPANA RIAU!!! aum aum! haha

nampak macam kena kongkong, tapi disitu ada kemanisan. begitu juga dengan perintah Allah




selingan


macam tu jugak dengan agama islam yg kita cintai. nabi saw dah pesan yg mafhumnya "hendaklah kamu berbeza dengan kaum musyrikin, yahudi, majusi, nasrani"

sebagai orang islam kita pon ada penampilan kita yang tersendiri. iaitu dengan mengamalkan sunnah2 nabi saw. nak tau kene belajar la. takde masa? peruntukkan masa untuk pergi kuliah kat masjid. lepas isyak ada taklim bacaan hadis kat sudut buku PI.


aku bukan paksa. tapi kalau aku kat SR memang aku paksa korang!!! hahaha!!


tak rugi pon. dlm 1 mafhum hadis
"segala makhluk di darat, udara dan air mendoakan kebaikkan untuk mereka yang berjalan menuju ke masjid semata-mata ingin belajar agama"




benda yang aku dah lali bila kena orintate tapi terpaksa buat muka insaf. senior akan cakap dengan muka bengis lagi kejam.

"part 1 sekarang dah naik lemak!!!"

haha.

pesanan aku kepada junior2. korang ikut je la kepala senior selagi dia tak langgar syariat agama. sekali-sekala kau ajak diorang solat jemaah kat PI. mesti senior sayang korang punya r. caye r!





part 1 sekarang dah naik lemak!!!

hahaha!





p/s: kpd member TS korang jgn terasa ea. sbb korang pon bagus!

p/s: sapa budak junior kat wing 2c digalakkan komen. sbb dulu aku pon junior kat situ. kite geng! haha





Monday, June 13, 2011

1st orientate budak part 1 wing 2C

sempana riau Episode 2


1st orientate budak part 1 wing 2C


Ok, sebenarnya kolej SR ni ialah kolej paling famous kat UiTM segamat. Sebut je budak SR sume budak2 UiTM kenal dan gerun (especially dak2 laki kolej TS). Oh, TS tu kolej taming sari, besebelahan kolej SR. di kalangan siswi pulak diorang telah diajar oleh senior2 mereka bahawa dak2 kolej SR ni ganas2. Tak macam dak2 TS, skema2, baik dan rajin2. Huhu.

Citenye cani, sebelum aku kene orientate. Jap2..ok, definisi Orientate kat SR ialah budak2 senior kumpul ramai2 dlm 1 bilik dan panggil budak2 junior untuk suaikenal (suaikenal la sgt..). sebelum aku dan member part 1 kene orientate, brader2 fesi dan member TS dah sound awal2 yg kolej SR ni memang brutal. aku tetap cool. Aku nekad diorang cari pasal dengan aku memang aku blasah je diorang. Haha. Otai kan?

Lepas MMS (minggu mesra siswa)

Dak2 part 1 sume dihantar ke bilik tetap. Sebelum ni bilik sementara untuk MMS. Aku dan 2 orang member lain dapat bilik no 253 wing 2c. Setelah dikenalpasti ada 9 orang budak part 1 kat wing 2c. waktu tu senior2 belum balik lagi kitorang pon layan kepala sendiri r.


SR253 biliki kesayangan aku. pintu bilik kami jadi mangsa.



Ketibaan senior.

Hari ahad senior2 dah mula meramai kat wing. Waktu Aku jalan kat bawah kolej sempat gak usha2 kat atas. Aku perasan ramai senior dah betenggek kat koridor wing masing2. Cara Diorang tengok memang bajet samseng r. aku steady je. Haha.

Malam pertama dgn senior

Lepas solat isyak dan makan2. Ada sorang senior part 3 datang bilik aku. Dia kata “nama aku Keri, pukul 9 mlm datang bilik SR254, ajak sume part 1 wing ni”. Sebelah bilik aku. Kitorang pon ok r. dia pon layan baik, dia sempat nasihat bahwa jangan pakai boxer dan hisap rokok.


mutek (wing capt) bersama zick (senior) dlm acara perasmian party wing. woha!

Seperti yg diarahkan kitorang pon pegi SR254. Kitorang bg salam sambil ketuk pintu. Bukak2 je pintu, pergh…kecut perut aku.haha. dalam bilik tu penuh dengan dak2 senior. Apahal ni? Aku kata dlm hati. Bayangkan, 2 katil double decker dipenuhi oleh manusia yg lagak samseng gila. Tak cukup lagi, atas meja studi pon diorang duduk gak. Memang penuh r. muka sume bajet nak belasah orang. Kitorang pun masuk. Kitorang pon dipersilakan duduk. Katne lagi nak duduk, sume dah penuh. Rupe2nya memang space lantai tu provide utk kitorang. Kitorang pon duduk macam orang bersalah. Muka memang muka insaf dah (takleh blah dah).

Senior paling besar sekali dak part 6. Paling kecik part 3. Aku tengok senior part 3 ni dia punya taat. Masyallah. Sorang mamat ni nama dia borris, dak part 6. Dia kata kat dak part 3 tu “aku lapar la”. Tanpa disuruh terus masak megi. Haha. Gila kuli! (ceh, taktau lagi nasib kaw)

Malam tu memang kene gila2 kitorang. Dak2 part 1 jadi bahan permainan senior2. Pergh, aku ingat lagi diorang suruh aku belakon jadi rempit, jadi bahan gelak aku malam tuh. Memang geram r. diorang siap rakam pulak tu, taktaw la masuk youtube ke tak. Member aku lain pon kene. Ada yang kena maki. Ada yang hampir2 kene belasah pon ada malam tu. Pasal ape tah, aku lupa.

Malam tu kitorang diajar tentang rule SR. iaitu 3M. mencuri, menipu, menganjing (ejek). Siapa buat memang menempah nahas. Mula2 aku ingat main2. Rupenye betul2. Aku pernah tengok balasan orang yang langgar 3M ni. Memang kene bantai gila2, siap masuk hospital pon ade. Aku ingat masuk U ni dak2 sume skema rupa2nya lebih gila lagi.

Malam tu setiap dak2 part 1 diberi nickname. Kejang, pabong, tenat, sunya, peni, atap, garpan, wahsu. Itulah dak2 part 1 sem julai 2007 di wing 2c. korang yg skg dok kat wing 2c try r usha2 kat dinding2 mana taw ada jumpa kesan vandalism kitorang. Haha.

Sebenarnya sepanjang orientate tu memang hardcore. Memang ujian mental habis. Ada yang nangis. Ada yang sampai quit. Korang dak2 SR sekarang ni tak rasa dah. Aku takleh nak cite kat sini sebab ulama kata tak elok tulis benda2 tak baik ni. So, tepaksa aku kurangkan. Korang bayangkan selama dekat 2 bulan budak2 part 1 satu SR kena pakai formal bila tiap kali ada senior nak jumpa dan tiap kali nak pegi dining. Muka memang takleh ketat r. ketat sikit je korang rasa r sampai subuh kaw kene orientate. Memang gila. Diorang kalau bantai korang memang la korang taktaw sape yg bantai, sebab diorang selimut korang cantik2 dulu. Haha.

Orientate malam tu habis bila azan subuh berkumandang. Yg bagusnya diorang tak bagi tido dulu. Diorang solat subuh dulu.

Budak2 SR digalakkan utk komen. Woha!

Ingat, korang sume jgn wat hal klu taknak kene #$%&@#$%!!! Haha!





p/s:

Jaga solat awal waktu di masjid asy-syakirin berjemaah. Selepas isyak ada bacaan hadis kat sudut buku2 bahagian belakang, aku harap sangat korang budak2 SR leh duduk sekali, 2 3 minit pon ok.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...