keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget
Showing posts with label muamalat islam. Show all posts
Showing posts with label muamalat islam. Show all posts

Monday, February 27, 2012

Apa itu Wang atau Harta Tidak Patuh Syariah?



Prof. Dr. Muhammad Nabil Ghanayim, Profesor di Kuliyyah Syariah Universiti Kaherah, telah mentakrifkan wang atau harta tidak patuh syariah sebagai harta haram yang diperolehi melalui jalan-jalan yang tidak syarie iaitu mengambil harta yang terdapat larangan ke atasnya atau terdapat balasan (had) ke atas pelakunya, atau terdapat janji buruk berkaitannya, atau yang dinamakan sebagai batil oleh Allah S.W.T.

Pandangan Imam Al-Syafie juga telah menyatakan bahawa syariah telah melarang lapan perkara pokok iaitu riba, gharar, perjudian, penipuan, rampasan, ihtikar (monopoli barangan), rasuah dan perniagaan yang tidak patuh syariah serta mendatangkan kemudaratan (seperti arak, babi, bangkai, makanan yang memudaratkan, pendapatan daripada pelacuran dan seumpamanya).

Manakala kebanyakan fuqaha’ mutakhir ini mentakrifkan harta tidak patuh syariah ialah harta yang dimiliki dan diperolehi melalui wasilah yang tidak diiktiraf oleh syarak seperti rompakan, rampasan, hasil jualan barang curi, rasuah, perjudian, loteri, transaksi riba, perlindungan insurans konvensional, keuntungan pelaburan di dalam sekuriti tidak patuh syariah dan seumpamanya.

Menurut Suruhanjaya Sekuriti (SC), sesebuah syarikat diklasifikasikan sebagai sekuriti yang tidak patuh syariah sekiranya syarikat itu menjalankan aktiviti teras yang tidak selaras dengan syariah seperti berikut:

i. Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah);
ii. Perjudian dan pertaruhan;
iii. Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan;
iv. Insurans konvensional;
v. Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan syariah;
vi. Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan;
vii. Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh syariah; dan
viii. Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan syariah.


hazrat sheikh maulana muhamad saad al-khandalawi berkata yang bermaksud hari ini kita berasa teruk atau tidak suka bila mengatakan tentang khinzir apalagi makan khinzir, tapi kita tidak rasa bersalah walau sedikit menyuap hasil daripada riba ke dalam mulut kita. sebenarnya ianya sama seperti kita menyuap daging khinzir ke dalam mulut kita serta ahli keluarga kita. nau'zubillah.


(sumber)

Saturday, February 4, 2012

amalan riba, tiket ke neraka!



assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu malaysia.


syukur saat ini Allah masih beri peluang kepada kita untuk terus bernafas di muka bumiNya ini. peluang ini sebenarnya Allah beri bukan untuk meneruskan maksiat yg kita telah lakukan tapi ianya peluang untuk kita mohon keampunan kepada Allah, mentaati perintah-perintahNya dan menghidupkan sunnah penghulu dan penutup segala nabi dan rasul iaitu nabi Muhammad SAW.

urusan jual-beli, perniagaan, pekerjaan dan segala perkara yang sewaktu dengannya yang mana melibatkan kerja-kerja cari rezeki atau pun keperluan hidup adalah perkara yang sangat penting yang perlu dititikberat dan diambil perhatian oleh kita sebagai umat islam dan hamba Allah yang diperintahkan menjalani kehidupan dengan syariat yang dibawa oleh nabi saw.

mengamalkan muamalat cara islam adalah sangat penting kerana ianya bersangkut-paut dengan keadaan dunia dan akhirat kita. nabi bersabda mafhumnya barangsiapa yang mengamalkan sunnahku maka dia mencintai aku, barangsiapa yang mencintai aku maka bersamaku di dalam syurga. dalam hadis nabi saw turut menyatakan bahwa mafhumnya sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia akan dibangkitkan bersama kaum tersebut. bahkan, kesannya di dunia turut dirasai berdasarkan sabdaan nabi saw "Apabila telah marak perzinaan dan amalan riba di suatu negeri, maka sesungguhnya penduduk negeri tersebut telah menghalalkan diri mereka untuk diazab oleh Allah (HR Hakim)" .


jadi di sini aku kongsikan suatu nasihat ataupun saranan daripada seorang saudara yang juga merupakan seorang senior aku dalam kursus Islamic Banking di UiTM Shah Alam.

semoga bermanfaat!





Awasi riba dlm perbankan,insurance, loan kereta,loan rumah, dan personal loan, anda mungkin menempah tiket ke neraka

Baginda Rasulullah s.a.w. pernah berkata, mereka yg terlibat dlm transaksi riba, mereka yg memberi riba, pemberi makan riba, 2 org saksi transaksi riba, dan penulis rekod data riba, kesemua mereka ini akan dicampakkan ke dlm neraka jahanam. Ini adalah hadis sohih. Pertama sekali sy panjatkan kesyukuran terhadap Allah taala kerana telah memberi sy kefahaman ttg muamalat Islam ini. Allah telah hantar sy belajar mengenai ilmu ini Di Uitm dlm bidang perbankan Islam. Maka sedikit sebanyak memberi gambaran kpd sy tentang sistem ekonomi Islam ini dan dpt sy fahami sejelas2nya..
Di akhir zaman ini, nabi juga berpesan, jika pun kita tidak mengambil riba, pasti kita akan terkena tempias2 riba, golongan yg terlibat dgn riba ini nerakalah tempat mereka.. itulah hadis sahih, satu org pun tak akan menyangkal hadis ini. Di Malaysia ini kita berbangga-bangga dgn 2 sistem ekonomi iaitu sistem ekonomi Islam dan konvensional, cendiakiawan ekonomi mula mendabik dada mengatakan sistem ekonomi Malaysia sgt stabil, jika sistem konvensional jatuh maka sistem Islam ada backup. Inilah perkataan2 yg keluar drpd manusia2 jahil tentang agama meskipun ada PHD dlm ekonomi, Yg menyusul sokong adalah golongan2 pemimpin yg sememangnya jahil. Itu sy tidak berapa kisah kerana mereka ini jahil2 belaka, yg sy kisah teman seperjuangan yg belajar tentang ekonomi Islam ini, yg kpd mereka telah smpi ayat2 Allah yg kpd mereka sudah jelas tentang pengharaman riba, gharar dan maisir masih lg terlibat dlm sistem neraka ini. Mereka tidak jahil tp lemah Iman. Alasannya darurat.. Darurat menurut Ustaz Idrus adalah apabila di kepala diacu pistol berpeluru dipaksa ambil riba, keadaan itulah darurat. Di Malaysia, kesemua bank KECUALI Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, Bank2 Arab, dan Bank yg mempunyai Islamic di belakangnya sbg cth Maybank Islamic, selain drpd bank2 ini adalah jelas haram.. sesiapa yg terlibat dlmpersonal loan, pinjaman perumahan, loan kereta, yg mempunyai acc di bank2selain yg sy sebutkan di atas termasuklah mereka yg kerja di bank2 ini, adakah kelihatan anda seperti termasuk dlm golongan yg dihumban ke dlm neraka Jahannam? sy tidak layak beri fatwa.. andalah yg fikirkan sendiri..
Yg turut terlibat adalah mereka yg memegang kad2 kredit bank konvensioanal.. walaupun anda ckp " sy bayar apabila cukup time, jd interest sy tidak kena" ketahuilah tiap2 tahun sama ada anda terlambat atau cpt bayar tetap akan dikenakan cas pengunaan kad kredit. Itulah sebenarnya riba. Itulah Riba Duyun al Qard, sekiranya anda terlambat bayar maka 2 riba anda ambil iaitu Duyun Al-Qard dan Duyun Al-Jahiliah. Loan yg interestnya bertambah dgn masa dan loan interestnya yg bertokok dgn nilai asal pinjaman. Tidak perlulah sy explain lebih jelas. Terlalu panjang utk dihuraikan. Begitu juga dgn mereka yg mengambil Insurance kereta, rumah dan lain2. Malah Insurance bkn setakat terlibat dgn riba, tetapi melibatkan Riba, gharar(uncertainty) dan Maisir(gambling) bagaimana ingin mengelakkanya? tukarlah kpd Takaful. Itu shjlah yg halal di sisi islam.
Tuan2, daging ayam yg disembelih dan daging ayam yg tidak sembelih rasanya adalah sama, tetapi halal dan haramnya tidak sama. Begitu jugalah kalau ada yg mengatakan sis ekonomi Islam sama shj dgn yg konvesioanal, rate dia sama, malah ada yg cas lebih lg.. apa bezanya? jawapannya halal dan haramlah bezanya.. jika sy jual kpd anda ayam yg disembelih tetapi mahal sedikit dgn ayam yg tidak disembelih tetapi murah sikit yg mana satu anda ingin beli? jgn kerana benda halal yg mahal sikit, kita beli yg haram tetapi murah, maka nerakalah tempat kita.. Dlm sistem Islam sendiri sudah bnyk percanggahan, sebagai cth di bank Rakyat pekerja sendiri tidak tahu konsep, tidak tahu akad, maka apakah sah jual beli? itu sudah masuk bab lain, sy tidak mahu sentuh.. yg penting sekarang ialah pengguna. Pilihlah loan yg halal, gunalah Islamic bank, kerjalah di tempat yg sumber kewangannya halal terutama yg sudah belajar tentang halal dan haram di Universiti.. pastilah anda lebih arif tentang hal2 ini.. Lainlah mereka yg tidak belajar. Mungkin Allah taala adapunya budi bicara terhadap mereka. Kita bknnya org lama yg sudah berkecimpung dlm urusan riba ini, yg sukar utk patah blk, kita ini masih amat baru dan amat tahu tentang bahana riba, apakah dgn rasa hepi kita langkah juga kaki kita di tempat2 haram begini? tidakkah anda takut dgn azab Allah yg menanti di kubur, masyar dan Jahannam? apakah sanggup anda gadaikan keperluan dunia yg sedikit utk kita pertaruhkan kehidupan kekal abadi kita di akhirat kelak? andalah yg menentukannya.. perkataan sy ini mungkit sgt sedikit yg masuk ke dlm hati kecil anda..
Sekiranya muamalat kita tidak betul maka ibadah kita jg tidak betul.. Carilah bank2 yg tidak terlibat dgn riba, carilah insurance yg tidak terlibat dgn riba,gharar dan maisir, carilah pajak gadai yg Islam.. Sebarang pertanyaan rujuklah ustaz Zaharuddin dan Zahazan yg sgt pakar dlm bidang muamalat Islam ini.. termasuklah Ustaz Harun Din, bkn semua Ustaz pun pakar dlm bidang ini.. malah ada ceramah mereka yg salah di masjid2, namun inilah mereka yg pakar dlm muamalat Islam yg sy camkan.. Bg mereka yg sudah pun terguna loan yg haram, loan kereta yg haram, loan rumah yg haram, perkara yg lepas biarlah lepas, yg akan dtg kita pakailah yg halal.. jika anda punya ikhtiar menukar kembali kpd loan islamic itu adalah lebih baik.. InsyaAllah semoga apa yg sy smpikan kita doa kpd Allah agar Allah beri kekuatan dan kesanggupan kpd kita utk kita amalkan dan smpikan InsyaAllah



(ehsan daripada Tn Mohd Hafiz)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...