keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget
Showing posts with label lagu. Show all posts
Showing posts with label lagu. Show all posts

Friday, December 23, 2011

srikandi sejati

srikandi sejati


ketika khadijah r.ha menyusukan puterinya Fatimah r.ha. rasulullah saw telah pulang daripada kerja mengajak manusia kepada Allah. dilihat oleh Nabi saw bahawa bukannya susu yang keluar akan tetapi darah yang mengalir ke mulut fatimah r.ha. lalu diambil oleh nabi saw dan ditidurkannya.


ketika khadijah memangku nabi saw... telah tertidur nabi kerna lelah mengajak manusia kepada Allah. dalam keadaan nabi saw terlena. ketika itulah khadijah menitis airmatanya. sehingga air matanya jatuh terkena pipi rasulullah saw. ketika itu terjagalah nabi saw. lalu bertanya kepada hazrat khadijah r.ha.

"wahai khadijah kenapa kau menangis?
adakah kau menyesal bersuamikan aku?
dahulu kau kaya dan mulia tapi hari ini semua menjauh daripadamu dan
seluruh kekayaanmu habis. adakah kau menyesal bersuamikan aku?"

jawab siti khadijah r.ha

"wahai nabi, bukan itu yg aku tangiskan,
segala kemuliaanku telah ku korban kerana Allah dan rasulNya,
segala harta kekayaanku telah ku habiskan kerana Allah dan rasulNya,
tapi sekarang aku tidak punya apa-apa lagi..tapi engkau masih terus dengan kerja ini.

wahai rasulullah, kiranya aku telah mati dan perjuangan mu masih belum selesai
dan ketika itu engkau memerlukan senjata atau jambatan untuk kau menyeberangi lautan dan sungai, maka engkau gali lah kuburku, engkau ambillah tulang-belulangku untuk kau jadikan senjata dan jambatan.

supaya engkau sampai untuk berjumpa manusia
kenalkan mereka kepada rabb dan kebesaranNya.
supaya mereka mentaati Allah swt
supaya mereka dapat mengamalkan agama Allah
supaya mereka selamat dunia dan akhirat."

rasul yang agung bersama isterinya ummul mukminin berpelukan mereka berdua sambil menangis memikirkan agama ini..bagaimana setiap manusia dapat mengamalkan agama ini.


wahai saudara-saudaraku, hari ini kita mendapatkan agama dengan bersenang-senang tanpa susah-payah dan mujahadah. sama-samalah kita syukur kepada Allah iaitu dengan mentaati perintahnya dan mengamalkan sunnah-sunnah kekasihNya nabi Muhammad saw. dan keluar di jalan Allah 3 hari, 40 hari, 4 bulan belajar-belajar berkorban demi agama. insyallah!




dedicate for mujahidah solehah


siti khadijah...srikandi sejati..

kaulah lambang cinta sejati
srikandi pertama tika islam bermula
hatimu menyalakan keyakinan
hartamu melambangkan pengorbanan

rasul keseorangan kaulah teman
dia tersisih kau memilihnya
dia terbuang engkau menyayanginya
kerna iman kau sanggup berjuang

siti khadijah namamu indah
qudwah hasanah tauladan ummah
tika rasul terpinggir
kaulah insan terhampir

siti khadijah
mujahidah solehah
agung jasamu di persada sejarah
pemergianmu ditangisi nabi
hingga kini tiada pengganti

sunyi jalan menuju Allah
menggamit hati mencari teman
indah jalan menuju Allah
jika teman seperti khadijah
masih ada lagi..













sahabat-sahabat nabi saw. telah mencapai tahap kejayaan yang tertinggi sekali. merekalah orang-orang yang dijamin kejayaannya oleh Allah swt dan nabi saw. ulama memberitahu bahawa dahulu keturunan bani israel adalah keturunan yang mulia iaitu keturunan daripada anak-anak cicit nabi yaakub a.s dan ramai nabi-nabi lahir dari kalangan bani israel.

tapi, sahabat-sahabat radiallahuanhuajmain melonjak jauh lebih mulia daripada keturunan bani israel. Allah muliakan sahabat-sahabat nabi saw kerana pengorbanan mereka terhadap agama. mereka bukanlah nabi akan tetapi mereka telah membenarkan dan berjuang habis-habisan kerana agama Allah swt.

"sama ada tertegaknya agama Allah swt di muka bumi ini atau kami syahid di jalanNya!" itulah slogan yang menyatakan maksud hidup mereka dan maksud kita orang islam dihantar oleh Allah ke muka bumi ini.



Alhamdulillah, baru lepas menghadiri jor uitm shah alam yang diadakan di surau bintang seksen 7 pusat komersial. tu yang josh semacam nih..hehe.

pembayan maulana ustaz amir hamzah dari madrasah sri petaling juga merangkap imam masjid jamek sri petaling. (merangkap imam time solat gerhana bulan yg buat aq ketaq kaki akibat x biasa solat lama2...teruk betui) isk3.


Friday, December 2, 2011

sunnah orang berjuang




i juz wanna share a song that touch my heart. isk3


















hazrat maulana syamim d.b berpesan bahawa
"kehidupan atau hidup seorang daie adalah mati di jalan ALLAH!!!"











p/s : semoga Allah kurniakan kita syahid di jalanNya insyallah.



Sunday, August 14, 2011

syamail muhammadiah




assalamualaikum wbt.




barangsiapa mengamalkan sunnahku maka dia mencintai aku, barangsiapa yang mencintai aku maka bersama-samaku dalam syurga (mafhum hadis)



























“Cintai kekasihNya seperti mereka mencintai kekasihNya,

Pasti Dia akan mencintai kita seperti Dia mencintai mereka”

























Mereka sahabat-sahabat nabi saw. yg diredhoi Allah di dunia ini lagi.
















p/s: semoga Allah beri taufiq dan hidayah untuk kite amalkan dan sampaikan...selamat berpuasa!

Friday, August 12, 2011

sekeping hati




assalamualaikum wbt.



izinkan gua nak bernasyid





lagu ini gua tujukan kepada semua mereka di luar sana yang sibuk bermujahadah menekan hawa nafsu demi agama walaupun mereka tak tahu gua di sini.





dan khas buat anda kerana sibuk blogwalking. hampeh






terimalah dari gua







"satu keping hati"
(luorang kene klik play la..baru gua nyanyi)














sedap tak gua nasyid? ok, sedap. gua dah tahu
















“Mengharap senang dalam berjuang, bagai merindu rembulan di tengah siang

Jalan yang tak seindah sentuhan mata, pangkalnya jauh hujungnya belum tiba”














p/s: Series gua suka lagu ni sejak gua kecik. cume suka nyanyi la. He he.

p/s 2: ahad ni(esok) ada jor(perhimpunan) umat islam. nasihat oleh maulana dpd south africa di masjid jamek sri petaling. jam 11 pagi-1 ptg. sume dijemput hadir.

Tuesday, August 9, 2011

tipah dah tak tertipu?





Assalamualaikum wbt.





Tahun lepas-lepas-lepas, entah tahun bila aku tak ingat. Yang penting aku masih sekolah menengah masa tu. Pikir main lagi. Ditakdirkan Allah, suatu malam aku pergi melawat makcik aku yang tak berapa nak sihat kat hospital subang jaya. Sedara-sedara aku yang lain pun ada.


Jadi paham-paham la kalau bebudak dah jumpe geng. Habis satu hospital aku raun dengan sepupu aku. Tingkat demi tingkat kitorang terjah. Penat guna lift kitorang guna tangga pulak. Huh.


Sampailah kat satu ward ni. Ward bersalin kot. Sebab ada gambar ibu dan anak baby kalau tak silap. Kitorang pun jalan dan usher sana-sini. Macam supervisor la. Akhirnya kitorang tertarik pada satu bilik rehat kecil. Sebab ada tingkap yang view luarnya cantik. Kitorang pun pakai terjah je masuk tak bagi salam. terus berkejar ke tingkap tanpa melihat kiri kanan. Bila aku pusingkan badan tetiba ada sorang mamat la kat dalam bilik tu.


korang kenal tak?? ini ummat nabi saw



dia datang kat kitorang terus bersalaman sambil mensedekahkan aku senyumannya. aku dengan sepupu aku pun tergamam seketika. "eh, ini abang azan ruffedge!!" hehe.. sepupu aku tanya dia buat apa kat sini sambil aku masih tergamam seolah-olah tak percaya. huh. (gua antara peminat kump. ruffedge suatu ketika dulu)


rupe2nya ahlia/orang rumah dia bersalin. anak ke 2 atau ke 3. aku dah lupa. abang azan ni memang sporting dan ramah orangnya. sempat jugaklah aku berbual secara eksklusif dengan dia. ada jugaklah dia nasihat aku waktu tu. nasihat untuk anak-anak muda la orang kata. tapi aku dah lupa. isk3


kenangan bersama beliau adalah merupakan satu-satunya kenangan bersama artis secara eksklusif aku. he he he.



********************


tipah tertipu terpipu terpipah...arghhh, wat eva!


lagu tipah tertipu dulu antara siulan anak-anak muda. antaranya aku. eh, lama tak tak dengar dah...


sebenarnya dah lama aku tak update pasal artis-artis ni. tapi korang perasan tak? ruffegde dengan V.E dah lama tak dengar cerita?


gua pun baru perasan beb...patut la member gua yang fanak dengan ruffedge pun dah slow sekarang..


rupa2nya diorang dah dapat hidayat! Alhamdulillah! Allahuakbar! hidayat hidayat!


serba sunnah beb! wa salute sama lu brader!




ruffedge bergabung V.E bergabung innuendo = al-mawlid



Allah yang bagi hidayah


sejuk perut gua tengok mereke2 ni...eh silap, hati gua.


tahun lepas jemaah student uitm shah alam keluar 3 hari kat masjid hijau kat kilang gula batu 3 shah alam. terserempak dengan abang azan. sempatlah lepak dan beborak dengan jemaah. tapi sayang, aku datang lambat pulak. tak sempat jumpe. huhu. Allah belum bagi jumpe.


abang azan sekarang...masyaAllah!



bila kita tingkatkan lagi korban untuk agama. Allah akan sebarkan hidayat insyallah. kita akan dengar di kampung sana orang masuk islam. di negara ini orang masuk islam. artis ni dapat hidayat. menteri ni dapat hidayat.


moga Allah istiqomahkan kita dan libatkan kita dengan usaha agama yang nabi saw telah wariskan kepada kita ummatnya.





Friday, July 8, 2011

keazaman umar al-mujahid

teringat kenangan taklim waktu di UiTM segamat.(klik utk besar)


Dingin angin malam menggamitkan lagi suasana di atas jalanraya klang atau tepatnya di Bandar Bukit Tinggi Klang. Sekali-sekala bunyi ekzos kereta yang bising memecah suasana. Umar al-mujahid memikirkan tentang keazamannya untuk keluar di jalan Allah selama 40 hari di pertengahan bulan shaaban. Tentang keperluan, usaha maqami dan yang paling penting mak dan ayah yang bakal ditinggalkan buat sementara waktu.


“ah! Insyallah Allah jaga mereka..” getus di dalam hati. “ya Allah terimalah niat saya nak kuar 40 hari di jalanMu” umar berharap dengan nada suara yang tak begitu kuat.


selang beberapa saat Umar lansung hanyut dengan khayalan apabila teringat kisah bidadari yang Allah janjikan buat pemuda yang dambakan syahid di jalanNya. Tanpa disedari lagu “ainul mardhiah-UNIC” bermain di bibirnya. Suaranya yang mirip-mirip penyanyi nasyid itu menambah jasbah dalam dirinya.

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

( korus )
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhanku
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih

( ulang korus )

Di hati lelaki bernama kekasih ( 3X )



“Teet teet teet!!!” kedengaran hon daripada sebuah motorsikal di bahagian belakang.


“astagfirullah, astagfirullah..” umar tersedar dari lamunannya. Rupa-rupanya dia sedang menunggang motor LC135 berwarna putih yang digelarnya sebagai "kuda jihad". “huh..alhamdulillah” tidak berlaku apa-apa yang tak diingini.


“tu la kau melamun lagi..” umar mencela dirinya yang hampir cuai. Beberapa saat kemudian dia tersenyum bila teringat peristiwa tadi.


Umar al-mujahid terus memulas “throttle” bersama “lontong klang” yang dibeli untuk ibu kesayangannya menuju ke rumah sambil senyum sendirian. “mudah-mudahan lontong ni jadi asbab mak bagi aku kuar” umar niat sebagai ikram. Azam semakin dikuatkan.


harap korang doakn spy Allah pilih aku 40 hr nisfu shaaban


umar al-mujahid juga berharap agar sempat bertemu sahabatnya hidayatullah di masjid jamek sri petaling yang juga akan khuruj 40 hari di sabah.






Thursday, January 6, 2011

tetap dlm kenangan

dedikasi khas buat para pengusaha iman sekalian





Sumaiyah (Hati Seorang Mujahidah)

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

( korus )
Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah





moga kita juga tergolong dlm golongan org2 yg sahih imannya.

semoga mujahadah tn2 yg keluar di jalan Allah dibalasi Allah dgn kesempurnaan iman dlm diri kita dan keluarga.




p/s: ini macam la wanita penggoncang dunia...iman mantap!!!

Friday, December 3, 2010

bila diri disayangi?

UK's

Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
ku berserah diri...

salam geng...apew kabar?
sori lah, aku memang takde kerja r...(tanam kurma buat masa nih..)
so, ni lah antara favorite aku "dulu-dulu"...kaROke
aku bkn nak ckp apew pon..cme nk pesan untuk diri aku sendiri...sementara menghitung hari...hari demi hari..masa berlalu pergi..

antara tanda2 "bila diri disayangi Allah", apa Allah akan buat? :

1. Allah akan letakkan kita dlm keadaan yg menyukakan Allah (e.g; ta'lim, majlis cerita kebesaran Allah)

2. Allah akan letak kita kat tempat yg paling disukaiNya. apalagi kalau bkn MASJID rumah2 Allah

3. Allah akan control hati sanubari kita. akan penuh dgn kebesaran Allah dan sentiasa takut dan takluk dgn Allah

4. Allah akan sentiasa control mulut kita. segala percakapan kita akan menyukakan Allah. tak ckp benda sia2 (saya la tue...huhu)

5. Allah akan kawal setiap perbuatan dan amalan kita. segala gerak-geri kita. tangan, kaki, mata, telinga, dalam baju dan luar baju, dalam seluar dan luar seluar, ats dan bwh....sume akan bergerak demi menyukakan Allah..(sunnah nabi saw la...apelagi)

antara yg dicatat sewaktu kuar...

kalau kita dakwah terus, korban lagi dan tertib...Allah akan dtgkan kepada kita sifat muqarabin. inilah sukses yg sebenar. apa keuntungan org yg dekat dgn Allah, sudah sampai kpd Allah, hampir dgn Allah. Allah berfirman mafhum dlm hadis qudsi:
"klu kamu mendapatkan Aku kamu mendapatkan segala2nya, klu kamu kehilangan Aku kamu kehilangan segala2nya dan aku lebih baik dpd segala2nya"
usaha yg paling tinggi ialah bagaimana mendapatkan Allah. klu sdh dpt Allah dpt segala2nya...(petikan bayan dlm iklan radio islam nusantara)

ok bro...ptg ni gua ade rehsal konvo...wacaulu wachaaaa!!!

Thursday, August 5, 2010

karaoke...

KARAOKE JOM....
aku suka karaoke, korang suka x?
aku x peduli pun...disini ialah 2 lagu nasyid kegembiraan aku.


1
Rasulullah
Artist: Hijjaz
Song Category: Nasyid

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal SUNNAHMU

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela...

2
Fatamorgana
Artist: Hijjaz
Song Category: Nasyid

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa IMAN dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
KeIMANAN keTAKWAAN kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan IMAN di hati
YAKINKAN janji Tuhan syurga yang sedia menanti
IMANLAH penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah......

bes x karaoke?

p/s: cpt r kembali pd tuhan dan rasul....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...