keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget
Showing posts with label ikram muslimin. Show all posts
Showing posts with label ikram muslimin. Show all posts

Saturday, August 27, 2011

kenangan ijtimak




salam.


Main kelik-kelik dari folder ke folder gua terjumpe folder gambar lama-lama. Antara gambar bermakna yang mempunyai 1001 rasa babas kenangan ialah gambar sewaktu ijtimak kerja dakwah tabligh umat islam di kuaters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan.


Memang tak dapat dinafikan bahawa ijtimak pada tahun 2009 tersebut ialah perhimpunan umat islam yang sangat besar. Ramai saudara-saudara sekalimah dari pelusuk negeri telah hadir. Juga saudara dari luar Negara yang datang dari berbagai Negara. Semua datang dengan satu maksud, untuk mendengar nasihat agama dari masyaikh-masyaikh dan menyampaikan pesanan tersebut kepada seluruh ummat.



pengusaha2 iman. Moga istiqomah


Bak kata sheikh Nuruddin al-banjari, “seolah-olah ada sesuatu yang mengikat kuat hati di kalangan jemaah yang datang” kerana tepat hari jumaat ramai manusia dari pelbagai tempat hadir ke tapak ijtimak. Begitu juga dengan jam-jam berikutnya, tidak putus-putus jemaah yang hadir. Yang pastinya, yang menyatukan hati mereka adalah Allah.









Waktu itu gua masih belum tahu banyak tentang kerja tabligh iaitu usaha agama ini. Gua pun tak pernah terlintas dalam kepala akan sampai ke ijtimak kerja tabligh itu (itulah takdir). Sebelum-sebelum itu gua dengan member-member baru belajar-belajar keluar satu hari setengah. Alhamdulillah dapat belajar adab-adab sunnah nabi saw. dan gua masih tak hafal 6 sifat sahabat yang dijadikan asas dalam kerja usaha atas iman (kerja tabligh) hakikat masih x dpt lg isk3. Series, sepanjang gua terlibat gua tak tahu kerja usaha atas iman inilah yang orang kata tabligh.



Masih segar di ingatan beberapa hari sebelum berangkat. Setelah mesyuarat Karkun-karkun (org yg belajar2 usaha agama cara nabi saw) diarahkan iklan kepada kawan-kawan sekerap yang boleh tentang ijtimak dan taskil. Kemuncaknya ialah malam sebelum berangkat. Kami usuli semua rakan-rakan yang ada bagi keazaman. Wakil ummat dari UiTM Segamat yang dipilih Allah semuanya 12 orang, Alhamdulillah. berkat fikir risau saudara Amir, Allah telah bantu usaha agama di UiTM Segamat. Ya Allah, kekalkan dan peliharalah usaha agama di sana. Amen.

Keesokkan harinya kami bertolak ke sebuah masjid di segamat untuk dibahagi-bahagikan transport oleh orang awam. Sedikit mesyuarat dan muzakarah adab perjalanan. Kemudian kami pun bertolak dengan penuh semangat. Kami menggunakan jalan pintas sebaik mungkin. Dan satu perkara menakjubkan telah berlaku bila kami memasuki highway di Melaka. Lebuhraya tersebut telah dipenuhi ribuan kenderaan. Dan kebanyakkan orang dan penumpang dalam kenderaan berkopiah, berjubah, berserban, bejanggut. Pendek kata hidup amalan sunnah. Agak lama kesesakan tersebut. Masa itu dimanfaatkan untuk zikir sebab tgh josh berkat taufiq dari Allah.



lewat sikit bkn alas an utk x berjemaah



dakwah lg dan lg



bkn bazaar ramadan






Kami sampai hari jumaat sewaktu masa hampir-hampir maghrib. Masyallah, tak pernah gua melihat pemandangan sebegini rupa. Begitu ramai ummat islam. Berbondong-bondong datang. Bermacam-macam bangsa, warna kulit, bahasa. Oh, indahnya. Tiada dengar suara orang terjerit-jerit. Tiada ketakutan. Tiada yang menyusahkan orang lain. Tiada yang dikejar polis. Aman sungguh. Dikatakan jumlah manusia yang hadir kira-kira 200 ribu orang bahkan mungkin lebih.

Khemah kami nombor 12. Masyallah, besarnya khemah. Agak-agak 200 meter kot panjang khemah tu, ke lebih?. Lenguh kaki nak jalan. Dah tu kene pulak port kat tengah-tengah khemah. Cantik, nak kuar ke bazaar(belah kanan) jauh nak ke tandas (belah kiri) pon jauh. Oleh kerana kami ni anak muda yang masih panas darahnya, jadi terkesan jugalah dengan bazaar-bazaar yang ada. Boleh dikatakan kebanyakkan masa kami habis di bazaar. Isk3. Mula-mula beriya-iya nak dengar nasihat maulana last2 terkesan dgn bazaar pulak. Astagfirullah.

Gua hanya sempat dengar bayan student jer. Lain-lain bayan gua tak dengar. Isk3, hidayat sungguh. Alhamdulillah ada rakaman bayan maulana. Dapat gua dengar kembali.



kat masjid kuaters KLIA gua makan setalam dgn dr2 dan prof2


Sepanjang di ijtimak ade satu perkara yang sangat menyentuh hati gua. Series tak tipu. Ke mana saja gua bergerak pasti gua dengar suara-suara yang memuji-muji Allah. Antara ucapan-ucapan tersebut “ALHAMDULILLAH TUAN2” “ALLAHUAKBAR TUAN2” “MASYALLAH TUAN2”. Gua juga terkesan ketika maulana minta kejut rakan-rakan yang masih tidur untuk bangun sebelum azan subuh. “MASYALLAH TUAN, KITA KEJUT SAUDARA KITA DENGAN LEMAH-LEMBUT DAN PENUH KASIH-SAYANG” maulana kata. Gua rasa suke sangat bila dengar. Ya Allah, indahnya agamaMu.

Satu ketika amirsab kami putus bahawa saya kena pergi ambil makanan. Allah nak uji gua beb. Beratur semata-mata nak ambil makanan punyalah panjang. Dekat satu jam gua beratur kalau luorang nak tahu. Kaki gua lenguh abis. Peluh jangan cakap arr. Gua teringat pesanan-pesanan sewaktu gua keluar 1 hari setengah bahawa kita kena banyak-banyak ingat Allah. Gua pun praktikkan time tuh. Setelah bermujahadah dan susah-payah beratur tibalah giliran gua ambil makanan. Namun Allah maha mengetahui. Sampai turn gua makanan jame. Pergh, bebulu gua. Tapi gua sabar. Last2 gua balik khemah passing duit kat member, gua pergi tandas. Tup2, gua balik dari tandas tengok member dah bawak balik makanan. Aik, ajaib!



Perjalanan yg lain dry g lain. hehe


Wajah-wajah seronok



Paling syahdu waktu maulana doa. Sumpah gua tak paham ape maulana doa. Pasal bahasa urdu kot. Tak berapa clear. Tapi gua tengok orang ramai menangis sampai terisak-isak. Sungguh gua terkesan. Masa tengah kemas-kemas nak berangkat pulang gua ingat lagi ade sorang brader tetiba datang kat gua. Dia kata “tuan, nama saya Abdul Razak. Doakan saya nak keluar 40 hari” selepas hadiahkan gua senyuman terus dia angkat barang dan chow. Gua terkesima. Patut aku la mintak dia doa. Ade pulak orang tua mintak doa kat kita yang budak2 ni. Ish3. Moga Allah terima kita untuk bangun buat usaha agama.








p/s: gua rindu member2 segamat. series




Tuesday, August 9, 2011

tipah dah tak tertipu?





Assalamualaikum wbt.





Tahun lepas-lepas-lepas, entah tahun bila aku tak ingat. Yang penting aku masih sekolah menengah masa tu. Pikir main lagi. Ditakdirkan Allah, suatu malam aku pergi melawat makcik aku yang tak berapa nak sihat kat hospital subang jaya. Sedara-sedara aku yang lain pun ada.


Jadi paham-paham la kalau bebudak dah jumpe geng. Habis satu hospital aku raun dengan sepupu aku. Tingkat demi tingkat kitorang terjah. Penat guna lift kitorang guna tangga pulak. Huh.


Sampailah kat satu ward ni. Ward bersalin kot. Sebab ada gambar ibu dan anak baby kalau tak silap. Kitorang pun jalan dan usher sana-sini. Macam supervisor la. Akhirnya kitorang tertarik pada satu bilik rehat kecil. Sebab ada tingkap yang view luarnya cantik. Kitorang pun pakai terjah je masuk tak bagi salam. terus berkejar ke tingkap tanpa melihat kiri kanan. Bila aku pusingkan badan tetiba ada sorang mamat la kat dalam bilik tu.


korang kenal tak?? ini ummat nabi saw



dia datang kat kitorang terus bersalaman sambil mensedekahkan aku senyumannya. aku dengan sepupu aku pun tergamam seketika. "eh, ini abang azan ruffedge!!" hehe.. sepupu aku tanya dia buat apa kat sini sambil aku masih tergamam seolah-olah tak percaya. huh. (gua antara peminat kump. ruffedge suatu ketika dulu)


rupe2nya ahlia/orang rumah dia bersalin. anak ke 2 atau ke 3. aku dah lupa. abang azan ni memang sporting dan ramah orangnya. sempat jugaklah aku berbual secara eksklusif dengan dia. ada jugaklah dia nasihat aku waktu tu. nasihat untuk anak-anak muda la orang kata. tapi aku dah lupa. isk3


kenangan bersama beliau adalah merupakan satu-satunya kenangan bersama artis secara eksklusif aku. he he he.



********************


tipah tertipu terpipu terpipah...arghhh, wat eva!


lagu tipah tertipu dulu antara siulan anak-anak muda. antaranya aku. eh, lama tak tak dengar dah...


sebenarnya dah lama aku tak update pasal artis-artis ni. tapi korang perasan tak? ruffegde dengan V.E dah lama tak dengar cerita?


gua pun baru perasan beb...patut la member gua yang fanak dengan ruffedge pun dah slow sekarang..


rupa2nya diorang dah dapat hidayat! Alhamdulillah! Allahuakbar! hidayat hidayat!


serba sunnah beb! wa salute sama lu brader!




ruffedge bergabung V.E bergabung innuendo = al-mawlid



Allah yang bagi hidayah


sejuk perut gua tengok mereke2 ni...eh silap, hati gua.


tahun lepas jemaah student uitm shah alam keluar 3 hari kat masjid hijau kat kilang gula batu 3 shah alam. terserempak dengan abang azan. sempatlah lepak dan beborak dengan jemaah. tapi sayang, aku datang lambat pulak. tak sempat jumpe. huhu. Allah belum bagi jumpe.


abang azan sekarang...masyaAllah!



bila kita tingkatkan lagi korban untuk agama. Allah akan sebarkan hidayat insyallah. kita akan dengar di kampung sana orang masuk islam. di negara ini orang masuk islam. artis ni dapat hidayat. menteri ni dapat hidayat.


moga Allah istiqomahkan kita dan libatkan kita dengan usaha agama yang nabi saw telah wariskan kepada kita ummatnya.





Thursday, August 4, 2011

kisah pinggan




Aladin umar al-mujahid bersama pinggan-pinggannya...ish3


Babak 1

Satu hari aku tengah lepak-lepak la kat depan rumah sambil tengok ikan gapi aku berenang-renang dalam besen yang konon-kononnya macam kolam tu. Sesekali aku ushar kura-kura aku yang dah berusia lebih kurang 9 tahun sejak aku tingkatan 2. Tiba-tiba kucing aku datang gesek-gesek badan kat kaki aku. Aku pun dukung kucing tu sambil ku timang-timang macam budak kecik. Haha. Tengah aku relax-relax tetiba jiran aku datang.

“assalamualaikum” Hassan jiran ku yang agak brutal.

“waalaikumsalam” jawab ku. Sambil mempersilakan dia duduk di kerusi batu depan rumahku.

“aku nak mintak tolong la, ko ada pinggan-mangkuk lebih tak? Aku nak pinjam. Petang karang sedara-mara aku nak datang. Nak masak-masak sikit.” Penerangan yang agak jelas daripada Hassan.

“oh, asal tak cakap awal-awal..kejap aku pergi ambil kat stor” aku pun tak cakap banyak terus gerak pergi ambil pinggan kat stor. Aku pilih pinggan yang terbaik untuk Hassan.

Pinggan-mangkuk tersebut aku lapkan cantik-cantik dan aku bungkus dalam kotak dengan kemas dan rapi. Lalu ku serahkan kepada Hassan.

“Terima kasih umar! Malam nanti aku pulangkan ye..” teriak Hassan.

“ok!” balas ku singkat.


Babak 2

Seperti yang dijanjikan malam iaitu selepas isyak Hassan dah terpacak depan rumah aku. Aku yang baru lepas tangguh dari ziarah dua jam setengah rasa hairan. Apa pula yang dibuat Hassan depan rumah aku. Oh, baru teringat yang dia janji nak pulangkan balik pinggan-mangkuk aku malam ni.

“umar, terima kasih ye bagi aku pinjam pinggan” kata Hassan

“tadahal la bro! nanti pinjamlah lagi…” jawabku

“ahahahaha” kami tergelak.


Babak 3

Aku pun membawa pinggan-mangkuk tadi masuk ke dalam rumah untuk di susun semula dekat rak. Sebelum aku susun di rak aku belek-belek dulu pinggan-mangkuk tersebut. Mana lah tau ada yang masih tak bersih. Aku dah lali dengan perangai Hassan yang brutal tu. Buat kerja nak cepat sambil lewa. Namun kasih-sayang sesame muslim masih menebal dalam hati. Moga Allah pilih dia untuk usaha agama.

Aku memang dah agak dah. Mesti ada yang kurang bersih. Yang sompek pun ada. Takpe la, sabar sikit.

Aku pun mengasingkan pinggan-mangkuk tadi dengan baik. Yang bersih aku susun cantik-cantik baik-baik kat rak. Yang masih kotor aku sental dan bilas hingga betul-betul bersih baru aku susun di rak dengan baik-baik. Namun, ada di antara pinggan-mangkuk itu yang telah sompek, retak dan cacatlah senang cerita. Aku tak dapat nak buat apa-apa. Aku terpaksa lemparkan saja ke dalam tong sampah. Isk3.

lepas makan basuh! (saun makcik aku)


Tammat.

*********************


Anda nak jadi pinggan yang mana satu?

comel pinggan nih..pesen dulu2

Pinggan yang bersih

Sepertimana Allah hantar kita dalam keadaan bersih. Begitu juga sewaktu kita pulang kepadaNya dalam keadaan bersih. Bersih dari najis-najis syirik dan dosa. Allah akan ambil kita baik-baik dan simpan kita dalam surge selama-lamanya.


Pinggan yang kotor

Allah hantar kita dalam keadaan bersih tanpa najis syirik dan dosa. Tiba-tiba kita pulang dalam keadaan kotor dengan dosa dan maksiat. Namun disebabkan ada iman walau sekecil zarah. Maka Allah akan rendam dan rebus dalam neraka hingga betul-betul bersih. Huhu. Seramnya. Berapa juta tahun aku pun tak tahu. Akhirnya baru masuk surge. Isk3.


tak dapek den nak nolong..huhu


Pinggan yang sompek/cacat

Pulang kepada Allah dalam keadaan sarat dengan kesyirikan yang tak terampun oleh Allah. Mintak maap la. Allah tak hendak dengan orang yang cenggini. Allah humbankan saja dia dalam api neraka. Meraung-raunglah dia kesakitan selama-lamanya. Isk3..



Dari Abu Said Al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa nabi s.a.w. bersabda:

“Apabila dimasukkan ahli syurga ke dalam syurga dan ahli neraka ke dalam neraka maka Allah S.W.T. berfirman: Keluarkanlah daripada api neraka sesiapa yang mempunyai iman walau sebesar biji sawi. Maka mereka dikeluarkan daripada api neraka dalam keadaan hitam legam (kerana hangus terbakar). Lantas mereka dimasukkan ke dalam sungai kehidupan, (sehingga menjadi putih dan segar) lalu tumbuh kembali sebagaimana tumbuhnya benih di tepi sungai yang mengalir (dengan subur). Tidakkah kamu lihat bagaimana ia tumbuh berputik dengan warna putih kekuningan.” (HR Bukhari)


airmata yg mengalir kerna takutkan Allah akan tolong kita...sapa tau







erkk..korang jangan jadi pinggan pulak. huhu





Wednesday, July 27, 2011

kehidupan taat ibadat



assalamualaikum wbt.

Gatal pulak tangan nih nak menaip..hehe(ntah hape2)

what eva lah..



Ketetapan Allah

Kejayaan seluruh manusia di dunia dan di akhirat hanyasanya dalam menjalankan perintah-perintah Allah swt. dengan cara nabi Muhammad saw.

Tujuan hidup.

Disebut dalam Quran. Tidaklah Allah ciptakan jin dan manusia melainkan untuk ibadat kepadaNya. Seluruh kehidupan kita yang sebenar-benarnya hanyalah untuk ibadah kepada Allah. Allah beri masa, harta dan apa sahaja pada kita semata-mata untuk sukakan Allah. Akan tetapi tempoh kehidupan di dunia yg cacar marba ini ialah saat di mana Allah uji kita dengan melindung mata kita daripada melihatNya. Dan ini dikatakan alam penyaksian oleh Allah kepada kita hambaNya yang sewaktu di alam roh telah melafazkan bahawa Allah ialah tuhan dan kita taat patuh dengan perintahNya. Tapi sayang kerna Allah juga telah menghilangkan ingatan kita sewaktu di alam roh. Oleh kerna Allah sayang sangat kat kita Allah ingatkan kembali dalam Quran. zikir merupakan ibadat. Kata ulama zikir yang paling tinggi ialah melaksanakan seluruh perintah Allah dan sunnah nabi saw. kesempurnaan ibadat dan kesolehan ialah mengajak manusia lain beriman dan ibadat kpd Allah. iaitu dakwah ilallah.

Cara perlaksanaan

Ibadah kepada Allah hendaklah dijalankan dengan cara kekasihNya iaitu nabi yang mulia Muhammad saw. Allah menyayangi rasulullah saw tersangat-sangat hinggakan orang yang mengamalkan dan ikut apa saja perbuatan dan amalan kekasihNya turut disayangi Allah. Kita pun tak dapat bayangkan betapa Berjaya, gembira, suka, dan beruntungnya bila seseorang itu mendapat kasih-sayang Allah swt. hal ini juga dirakam dalam Quran. Yang mana Allah sendiri kasihkan seseorang yang beriman dan ikut sunnah rasulullah saw. ulama mengatakan bahawa syarat penerimaan sesuatu amalan hendaklah dilakukan dengan cara yang diajar baginda saw.

Ibadat ada dua

Ibadat khusus(wajib) dan umum(sunnah). Khusus ialah ibadat yang ternyata kepentingannya iaitu ibadat fardhu. Seperti solat 5 waktu. Puasa Ramadan. Zakat dan haji. Meninggalkan ibadat wajib menyebabkan Allah murka. Kita pun tak leh nak bayang betapa kesian, malang dan susahnya orang yang bila Allah dah marah kat dia. Huhu. Ibadat umum pula ustazah aku kata ialah perkara-perkara umum yang kita buat dengan niat kerana Allah. Contohnya seperti pakai kopiah, panjangkan janggut, pakai jubah, tolong mak siram bunga, pergi kelas, berkerja, alih kayu tengah jalan dan sebagainya. Amalan2 sunnah dalam kehidupan seharian. Ianya menyebabkan dapat pahala sunnah dan menjauhkan kita daripada buat dosa.

Kerja harian

Kadang2 kita sering mendakwa pekerjaan yang kita buat tu suatu ibadat. Kata ulama “bikin dalil sendiri”.huhu..kita kata pergi kerja itu ibadah, belajar juga ibadah, makan pun ibadah, tidur pun ibadah juga, blogging ibadah. masyaAllah. Perkara2 ini akan jadi ibadah bila didorongi dengan ketaatan kpd Allah dan nabi saw.

Ibadat umum

Tak kira la kita petani, peniaga, doctor, polis, mat rempit, perenang gaya bebas, ninja, pelajar sekolah, penuntut university, office boy, peminta sedekah atau kerja apa pun. Tapi bila perkara yg dibuat dengan kesedaran niat kerana Allah serta didorongi dengan cara nabi saw.dan tidak bertentangan sunnah nabi saw. maka akan dikira ibadat. Antaranya ialah Keluar dari rumah dengan kaki kiri. Berwuduk. Baca doa kuar rumah. Tutup aurat sempurna. Baca doa naik kenderaan. Zikir sepanjang perjalanan. Sebarkan salam dan besalaman sesama muhrim. Tunduk pandangan daripada lihat awek bukan mahram. Hormat sesame manusia. Kasih sesame makhluk. Patuhi undang2. Tidak menyusahkan. Makan dengan adab sunnah. Ke tandas dengan adab sunnah. Masuk rumah kaki kanan dan bagi salam. Tidur dengan adab sunnah. Wah! Mudahnya. Ada banyak lagi sunnah2 yg kene dipelajari. Kadang2 kita buat tapi sayang tak tahu itu sunnah maka tak dapat la pahala sunnah. Mafhum hadis berbunyi bahawa sesiapa yang hidupkan sunnah akan dikurniakan pahala syahid. Allahuakbar!

Yang mana utama

Walaupun kita mengamalkan segala ibadat umum namun kite gak kene tahu mana yang utama. Bila sampai seruan ibadat fardhu contoh solat 5 waktu maka ia lebih utama. Berniaga, belajar dan bekerja itu perintah Allah dan merupakan ibadat juga. Tapi bila sampai seruan ibadat fardhu maka perintah Allah yang utama mesti didahulukan kecuali dgn keuzuran syarie kata ulama. ibadat umum iaitu pekerjaan tadi hendaklah ditangguhkan. Mafhum hadis berbunyi “berkerjalah seolah2 kamu akan hidup 1000 tahun dan ibadatlah seolah2 kamu nak mati kejap lagi” maksud hadis ini kata ulama ialah kerja yg kita buat tu boleh ditangguhkan dulu kerana kita ada banyak masa lagi nak buat, tapi kene segera ibadat sebab kita nak mati kejap je lagi. Huhu.

Jangan dakwa

Janganlah bangang jahil sangat sampai nak dakwa yg diri ini buat ibadat. Semua benda kita kata ibadat. Niat dah ok. Cume , Contohnya kita kata “belajar ni ibadat juga” “dol, memanglah ibadat..kau tak tengok jam ke? Zohor dah nak abis ni..ibadat ker?” ataupun“makan ibadat juga” “kau makan minum pakai tangan kiri, ibadat ker?”. Atau “sukan ni pon ibadat menyihatkan badan..” “ko pakai seluar pendek, ibadat ker?” atau “tidur ibadat, tidur dulu..” “ko tidur dengar mp3, x baca doa, terbongkang..ibadat ker?”disebutkan dalam Quran sungguh celaka orang yang mendakwa diri mereka beramal tapi sebenarnya tidak. Moga Allah maafkan kita yang mendakwa dalam keadaan tak sedar. Isk3.


Janji Allah

Mafhum hadis nabi saw bagitahu bahawa siapa saja mengucapkan la ilaha illallah dengan ikhlas maka wajib masuk surge. Iaitu dengan mengakui kalimah itu dia meninggalkan segala larangan2 Allah dan tunduk patuh dengan perintah2 Allah swt. dalam Quran diberitakan bahawa sesiapa yang taat Allah dan rasulullah maka memperolehi kejayaan, kemuliaan, kemenangan, kegembiraan yang sangat2 besar. Dan Allah tidak reti memungkiri janji.

islam bkn sekadar maklumat tapi ma’mulat(amalan)


Full-time muslim

Kehidupan yang penuh dengan ketaatan dan kecintaan kepada Allah dan rasulullah. Begitulah awan nano nano kehidupan seorang yang beriman kepada Allah. Kehidupannya hanya semata-mata untuk sukakan Allah. Sentiasa tercari2 perintah2 Allah dalam setiap ketika. Sentiasa mempelajari dan mengamalkan sunnah nabi saw.

bahkan maulana saad d.b berkata tujuan ataupun hasil daripada usaha atas iman ialah amal soleh iaitu manusia kembali kepada ibadat kpd Allah swt.

Belajar

Kita kene keluar dari kejahilan dan salahfahaman pemikiran kita yg bangang agama. Kalau seseorang itu miskin dunia maka dia akan berusaha untuk keluar dari kesempitan hidup tersebut, kan. Macam tu jugak dengan kita aku yg jahil ilmu agama nih. Ustaz bagitaw di hadapan Allah kelak tidak ada excuse untuk kita bagi alasan tentang takde ilmu bila kita tak ibadat atau taat perintahNya. Contohnya solat. Kita nak kata depan Allah yg kita tak solat sebab taktau? Mintak maap la sedara. ilmu dunia boleh pulak ko besusah-payah?. Maksud ilmu ialah bagaimana kita hendak bezakan yang mana satu perintah dan kehendak Allah serta dan mana satu larangan Allah mengikut cara yang diajar nabi saw. dan nak tahu yg mana satu sunnah dan bukan sunnah. contohnya, kita tengah belajar..apa perintah Allah dan sunnah nabi saw sewaktu dalam kelas? Tutup aurat, hormat guru dan rakan, baca doa belajar, sugi, tidak campur laki pompuan dll. Mafhum hadis, barangsiapa yg berjalan menuju ke masjid semata2 ingin belajar ilmu agama maka seluruh makhluk di laut, di udara, di darat mendoakan kebaikkan kpd dia.


Semoga Allah dgn kudrat dan iradatNya mengurniakan kita taufiq dan hidayah utk mentaati perintah2Nya dan sunnah2 kekasihNya iaitu Muhammad saw. dan Allah ampun serta maafkan kita yang byk buat kesalahan.

Ya Allah maafkan daku. Amen.

Moga aku sendiri dapat amal apa yg aku cakap. Isk3.


p/s :

nak tau benda yg istiqomah sunnah hingga masuk kubur? Janggut la…hehe




Saturday, July 23, 2011

sembang-sembang



Assalamualaikum.



Oleh kerana aku dalam kebusanan dan kesedihan maka aku berfikir. apa nak sembang ek?


emm, teringat satu cerita..


ok, biarlah aku menaip atau mencoretkan beberapa kisah ataupun kakuzari(laporan) yang mungkin boleh menguatkan semangat aku dan rakan sekerja agama yang suka baca blog.

Selalunya kakuzari2 ni seronok bila kita berbual face to face


Kisahnya begini…(sambil minum ovaltine…ahh, alhamdulillah)


Tahun lepas dalam bulan Ramadan mungkin juga tidak sebab aku tak beberapa ingat tarikhnya (comform ramadan, sebab mereka ada taskil amek bubur lambuk kat masjid india...bru igt, hehe). Itu tak penting. Yang penting isi kisahnya. Satu jemaah dakwah tabligh telah khuruj 3 hari di surau taman setia klang iaitu mohalla saya. Jemaah ini daripada masjid india kampong jawa, klang. Maka kebanyakkan ahli jemaahnya india muslim dan beberapa melayu dari masjid abu bakar bukit naga, klang. Salah seorang dari jemaah tersebut ialah seorang ulama muda iaitu ustaz sulaiman. Beliau mengajar di sebuah madrasah di jalan kebun, klang.

Suatu petang yang damai. Jemaah pun keluar dari masjid untuk menghidupkan amalan sunnah ziarah. Maka aku tidak dapat nusrah sebab aku datang lambat. Huhu. Aku nusrah duduk takrir(majlis cerita agama) je la. Maka ustaz sulaiman yang sedang bagi takrir menghadiahkan aku senyuman yang manis sambil berkata “masyaAllah…Allah sayang tuan, Allah hantar tuan datang ke sini” hehe..

Di dalam takrirnya dia menceritakan pengalaman beliau ketika belajar mualim di Kelantan. Dia bercerita tentang seorang tua.

Di sebuah kampong yang mana ustaz pernah khuruj di situ (aku tak ingat nama kg).


Taskil pakcik tua

Di satu kampong. ada seorang pakcik tua. Jemaah telah beberapa kali taskil beliau untuk keluar 40 hari. Tetapi masih belum juga keluar namun ada bagi azam. Namun berkat keazaman pakcik tersebut untuk keluar 40 hari. Maka akhirnya Allah pilih juga untuk keluar 40 hari. Pakcik tua tersebut telah keluar 40 hari di kawasan Kelantan di bulan Ramadan.

Khuruj 40 hari

Sepanjang tempoh 40 hari itu pakcik tua tersebut kelihatan sungguh-sungguh tawajuh. Beliau telah mengamalkan sunnah-sunnah nabi saw. dikatakan setiap kali taklim dan bayan beliau mudah tersentuh dan menangis.


Hari jumaat

masyaAllah. Hari jumaat ialah penghulu segala hari. Yang mana kita sendiri tahu banyak kelebihan tentang hari jumaat. Maka pada hari jumaat seperti biasa jemaah akan mandi dan bersiap-siap bergilir-gilir sementara yang lain akan duduk taklim. Tibalah giliran Pakcik tua tersebut. Beliau pun bersiap-siap. Mandi jumaat. Potong kuku. Dan sebagainya. Beliau telah men”dress up” kan diri dengan “full sunnah”. Putih suci. Siap minyak wangi masyaAllah!


ya Allah matikanlah saya ketika di jalanMu.


Taklim

Maka setelah selesai giliran pakcik tua tersebut dia pun kembali duduk di majlis taklim yang merupakan majlis maghfirah (pengampunan) dan sakinah (ketenangan). Beliau duduk dengan penuh tawajuh. Sementara di belakang beliau ialah amir sab (amir jemaah)

Tidur

Oleh kerana majlis taklim ni majlis sakinah (tenang jer..). maka “jarang-jarangnya” ahli jemaah akan mengantuk dan tertidur beberapa saat. (seteguk ovaltine lagi…huh). Dan menjadi kelaziman bagi yang segar akan tolong memicitkan bahu si rakan tadi dengan lembut dan penuh kasih sayang. Jadi, ketika itu dilihat bahawa pakcik tua itu pun turut terkesan dengan sakinah majlis taklim. Hehe. Dilihat oleh amir sab ketawajuhan pakcik tua itu tidur menyebabkan Amir sab di belakang berasa serba salah. Mahu picit atau tidak. Ye la orang tua kan? Salah picit susah nanti…huhu. Lalu amirsab mengusap-usap bahu pakcik tua dengan niat supaya Allah bagi segar sikit.


Rebah

Amirsab sedang menggosok lembut tiba-tiba pakcik tua itu rebah di pangkuan amir sab. Maka semua yang ada di situ terkejut dengan situasi itu. Amir sab cuba mengejutkan namun tiada jawapan. Lalu jamaah membuat keputusan untuk membawa beliau ke hospital untuk pemeriksaan.


Syura turut hadir

Tak tau macam mana. Ustaz kata ada syura juga yang sempat hadir. Syura telah memangku pakcik tua tersebut dalam kereta sepanjang perjalanan ke hospital. Syura tersebut sempat menangis melihat pakcik tua tersebut.


Kembali ke rahmatullah

Sesampai di hospital pakcik tua tersebut disahkan meninggal dunia. Innalillah. Dikatakan wajah arwah seolah-olah senyum bahagia. Tenang jer.

Emm..cuba ingat lagi…

Pengurusan jenazah

Segala pengurusan jenazah Allah mudahkan. Tiada kesulitan lansung. Arwah dibawa ke sebuah surau di mana ustaz sulaiman pernah khuruj. Dan ustaz sulaiman bersama ustaznya telah sama-sama mensolat-jenazahkan pakcik tua itu. Waris-waris pun datang ziarah dan orang ramai.


ringan

setelah selesai solat jenazah. Allah telah memberi peluang kepada ustaz sulaiman dan ustaznya untuk mengangkat jenazah. Ustaz bagitahu bahawa dia dua orang sahaja yang mengangkat jenazah. Dikatakan berat jenazah seperti gabus sahaja (kata ustaz, sambil menggayakan dgn tangannya). Tersangat-sangat ringan. Macam angin. Subhanallah!


Bau wangian

Apabila sampai ke tanah perkuburan bau wangi semerbak dapat dihidu oleh orang yang hadir. Rupa-rupanya bau itu datang dari liang lahad pakcik tua tersebut. Allahuakbar! Sungguh Allah ingin memuliakan beliau.


Kisah ini sampai ke markas

Akhirnya kisah pakcik tua ini sampai ke markas. Dan selalu diceritakan di markas. MasyaAllah!


Berapa A?

Ustaz sulaiman memandang aku sambil bertanya. “berapa A pakcik tu dah dapat?”

Aku senyum. Lalu dia membilang dengan jarinya.

Pertama bulan Ramadan. Kedua keluar jalan Allah. Ketiga hari jumaat. Keempat full sunnah. Kelima dalam majlis taklim. Keenam rebah di pangkuan amir sab. Ketujuh dipangku oleh syura. Bla bla bla…

Dia pun taskil. Hehe..


*******************


Apa yang membuat aku terkesan ialah Walaupun dia seorang ustaz namun perwatakkannya sangat zuhud dan rendah diri sehingga aku sangka pada mulanya dia seorang yang biasa. Dia siap kata “saya ni ular dalam semak jerr..”. kealimannya terserlah bila dia bayan dan takrir dan zihin. Masyallah. Sungguh berbeza antara ustaz yang buat usaha dan belum buat usaha dakwah tabligh.

Setiap kali terserempak dengan ustaz pasti aku akan dihadiahkan dengan senyuman manis khas keturunan mamak. Hehe..



“seorang daie tidak boleh sesekali putus dengan rahmat Allah. Walau susah bagaimanapun jangan lupa mengharapkan rahmat Allah” (begitulah wasiat ustaz kepada kami)


Moga Allah muliakan ustaz di akhirat kelak. Amen.

Wednesday, June 8, 2011

kaya hati

mari berfikir




kalau kita lihat orang kaya. mempunyai rumah besar. kereta mewah. wang yang banyak. kelihatannya seperti bahagia. tapi tidak beriman dan mentaati perintah Allah. sebenarnya hatinya gersang. hatinya kering. tidak tenang dan tenteram. tidak bahagia. ada kajian mengatakan di negara-negara maju. rakyatnya pun kaya-raya. namun tidak ada kebahagian di dalam hati mereka. di dunia sudah sia-sia hidupnya. di akhirat lebih lagi sia-sia kehidupannya. bahkan akan diazab.


kata ulama' orang yang mentaati perintah Allah serta sunnah nabi saw. itu kadang-kadang kelihatannya seperti susah. rumahnya kecil. pakaiannya tidak mahal dan cantik. tapi hatinya merasa tenang, tenteram dan bahagia sekali. hatinya kaya dengan sifat-sifat terpuji. qanaah, sabar, syukur, taqwa. apalagi kalau orang yang bangun buat usaha agama. orang seperti ini di dunia sudah mendapatkan ketenangan, tenteram dan kebahagiaan. di akhirat nanti akan lebih tenang lagi. dia akan disibukkan dengan segala macam kegembiraan, kebahagiaan dan berbagai nikmat lagi. Allahuakbar!



kisah ini quote from kitab fadhilat sadaqah:


suatu masa di masjidil haram. terdapat seorang hamba Allah yang terus tekun beribadah. bajunya compang-camping langsung ibadah di sisi kaabah. badannya kurus. kelihatan sangat susah dan miskin.



lalu seorang hamba Allah yang kaya. dilihatnya hamba Allah yang miskin itu tekun ibadah. lalu timbul rasa kasihan. terus dia mendapatkan hamba Allah yang miskin itu.

langsung dikeluarkan dari saku satu uncang wang emas. lalu ingin diberi kepada hamba Allah yang miskin itu. dia berkata

"wahai tuan, ini ada 500 dinar"

"ada apa ini tuan?" tanya si miskin

"ini hadiah buat kamu"

"apa dengan memberi wang ini tuan masih mempunyai harta?"

"alhamdulillah masih ada"

"apakah tuan masih mahu bertambah harta"

"iya mahu"

"kalau begitu tuan ambil semula wang ini, tuan lebih memerlukan daripada saya"





(daripada kisah ini kalau dilihat secara biasa tampak yang kaya itu orang yang ingin memberi wang 500 dinar. jika dihalusi, sebenarnya orang yang kaya itu ialah orang miskin yang ibadah itu. hatinya sentiasa merasa cukup. benarlah sabdaan nabi saw "orang yang kaya ialah orang yang kaya hatinya")





kaya harta belum tentu memberi
kaya hati segalanya akan diberi









Sabda Rasulullah S.A.W,

"Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah S.W.T akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina, dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya, Allah S.W.T akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan."

Hadith riwayat Ibnu majah dan Tirmizi.




keselamatan, ketenangan, kebahagiaan, kemuliaan, keuntungan, kemakmuran dan kejayaan seluruh umat manusia hanya dalam keimanan kepada Allah dengan cara nabi Muhammad saw. dan redha Islam sebagai agama.






wallahualam




Thursday, May 12, 2011

1 hari yg membekas di jiwa



ABANG BAKAR MANSOR

Salam,

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Satu berita sedih, abang abu bakar mansor telah kembali kerahmatullah semalam 23 Januari 2011 bersamaan 18 Safar 1432 hijrah di ijtimak tongi.

Beliau merupakan awalin melayu yg telah banyak korban utk kerja dakwah dan tabligh.

Marilah kita hadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada ruh abg bakar.

Al-Fatihah....

Semoga ruh beliau di tptkan bersama2 org2 yg soleh...amin

Wallahu'alam

Kopi dpd sini


************************************



Pengalaman aku:

Semasa aku di semester 5 diploma, kalau tak silap tahun 2009..time tu bulan puasa rasanya (betul la…baru igt sebab jemaah tu tangguh hari raya ke-10). Aku telah ditashkil oleh fikirman uitm segamat ketika itu untuk kuar 1 hari setengah di kampong pemanis 1, segamat. Beberapa member lain telah bergerak terlebih dahulu pada waktu pagi (nampak sgt dah corot sepagi di jalan Allah). Cuma aku dan beberapa orang yg gerak petang sebab ada ape entah…test kot…

Jadi ditakdirkan Allah bahawa jemaah yg diketuai oleh allahyarham hj Abu Bakar Mansur ni kuar 40 hari berusaha di segamat. Kitorang pon diputus untuk attach jemaah tersebut. Sebelum ni aku dah penah kuar 1 hari dalam 3 atau 4 kali la…tak paham amende pon. Kene taskil, kita pun kuar. Sebab aku rasa ada sesuatu yang lain dalam usaha ni. Hati rasa condong untuk wat usaha.

Sesampai je kat surau. Aku lihat ada seorang tua berjanggut putih sedang duduk di tgh2 ruang solat. Tgh zikir 300 ptg kot. Yang lain2 ada yang baca quran dan khidmat. Cuaca luar mendung nk ujan.

Menyedari kehadiran kami allahyarham pun menyambut kami. Kami bersalaman. Masyallah, janggut putih. Badan beliau keras (info dpd member yg urut dia) munkin sebab dulu dia air force. Amir sab pun kumpulkan kami student sume2 dan targhib.

Dpd pengamatan beliau seorang yg tegas. Beliau telah muzakarah 6 perkara ataupun 6 sifat sahabat r.a. setiap seorang dpd kami ditanya tentang maksud/mafhum:

  1. Kalimah tayyibah
  2. Solat
  3. Ilmu dan zikir
  4. Ikramulmuslimin
  5. Ikhlas niat
  6. Dakwah dan tabligh

Tercengang2 aku dibuatnya. Dlm hati kata “tu la..sebelum ni taknak tulis”…kitorang pun pakat serupa je jawab. Kalau korang nak tau, dialah yang bagitahu kami bahawa:

1. -Allah maha kuasa, makhluk takde kuasa!

-Hanyasanya cara hidup suci murni nabi saw bawa kejayaan dunia akhirat, selain itu xde kejayaan!

2. Membawa ketaatan dlm solat ke luar solat dan selesaikan masalah dgn solat.

3. Bgimana dgn ilmu kita nak bezakan mana satu perintah Allah dan larangan Allah serta kehendak Allah. amal dan sampaikan. dan ingat Allah dlm apa saja keadaan.

4. Bgimana nak muliakan dan tunaikan hak saudara islam semata2 kerana iman yg ada didalam diri mereka.

5. Bgimana setiap amalan kita “buat, tak buat dan tinggalkan” sesuatu kerana Allah.

6. Bawa manusia yg jauh dekat dgn Allah serta sampaikan apa yg kita tahu tanpa menambah atau mengurangi!



Oh, baru aku tau…masyallah!

Sewaktu tashkil dibuat kitorang semua bg azam. Yg paling buat aku tertarik ada sorang brader ni azam “saya azam negara2 jauh dan mati jauh2!”…subhanallah!

Semenjak dari itu aku lansung tak dengar berita dia. Sampailah member mesej kata dia dah kembali ke rahmatullah di ijtimak tonggi. Tapi ustaz Azmi yg bersama jemaah tersebut masih selalu gak jumpa kat markaz seri petaling.

Selepas berita kematian beliau, aku mendengar byk karkuzari ttg kegigihan beliau sewaktu hidup dpd pakcik2 yg pernah bersama beliau. meningkatkan jasbah utk wat usaha agama mulia ini. insyallah.



Semoga Allah muliakan allahyarham diakhirat.


"kata beliau,jadikanlah dakwah maksud hidup kita"






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...