keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget
Showing posts with label kisah sahabat. Show all posts
Showing posts with label kisah sahabat. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

'Ikrimah bin Abi Jahal




Semenjak hari itu, 'Ikrimah telah bergabung ke dalam angkatan dakwah. Beliau seorang pahlawan yang gagah berani di medan peperangan. Sementara di masjid pula, beliau seorang yang kuat beribadah, rajin bersembahyang malam dan banyak membaca al-Quran. Beliau pernah meletakkan mushaf di mukanya sambil berkata:

"kitab Tuhanku....kata-kata Tuhanku." Kemudian beliau menangis teresak-esak kerana takutkan Allah s.w.t..


* * *

'Ikrimah telah menunaikan janji yang diikrarkannya di hadapan Nabi saw. Setelah keislamannya, beliau pasti turut serta dalam apa jua peperangan yang dilancarkan oleh orang Islam. Tiada satu perutusan perang yang diutuskan melainkan beliau berada di barisan terkehadapan.

Ketika peperangan Yarmuk, 'Ikrimah memasuki pertempuran seolah-olah orang yang dahagakan air yang dingin pada hari yang panas terik.

Apabila tentera Islam berada dalam keadaan yang agak genting, 'Ikrimah turun dari kudanya sambil mematahkan sarung pedangnya. Beliau kemudiannya merempuh jauh ke dalam barisan tentera Rom. Lantas Khalid bin Al-Walid segera mendapatkan beliau seraya berkata:

"Jangan lakukan wahai 'Ikrimah! Kematian kamu adalah hentaman yang cukup berat kepada tentera Islam."

Namun 'Ikrimah membantahnya: "Tinggalkan saya wahai Khalid! Kamu lebih dahulu bersama Rasulullah. Sedangkan saya dan ayah saya adalah orang yang paling keras menentang Rasulullah. Biarkan saya menebus kesalahan saya yang lalu."

"Sesungguhnya saya telah memerangi Rasulullah saw. dalam banyak peperangan! Adakah pada hari ini saya hendak lari daripada Rom?!!" ujar beliau lagi.

"Tidak! ini sekali-kali tidak boleh berlaku!" bentak beliau.

Kemudian 'Ikrimah menjerit kepada tentera Islam: "Siapa yang mahu melakukan bai'ah untuk mati???!!"

Lantas bapa saudaranya al-Harits bin Hisyam, Dhirar bin al-Azwar bersama 400 tentera Islam yang lain telah berbai'ah dengan beliau.

Mereka kemudiannya berperang bermati-matian di hadapan markaz kepimpinan Khalid r.a.. Mereka mempertahankan agama Allah dengan penuh kemulian dan pertahanan yang kental.


* * *

Peperangan Yarmuk kemudiannya berakhir dengan kemenangan besar tentera Islam. Di celah-celah mayat yang bergelimpangan di medan tempur, kelihatan tiga orang pejuang sedang baring terlantar. Mereka masih bernyawa namun amat lemah dan tidak berdaya akibat luka parah yang dialami. Mereka ialah al-Harits bin Hisyam, 'Ayyasy bin Abi Rabi'ah dan 'Ikrimah bin Abi Jahal.

Al-Harits melaung meminta sedikit air untuk diminum. Apabila air hendak diberikan kepada beliau, terpandang olehnya 'Ikrimah yang sedang memerhatikannya...lantas al-Harits mengarahkan:

"Kamu berilah air ini kepada dia ('Ikrimah)."

Apabila mereka menghampiri 'Ikrimah, 'Ayyash pula menoleh kepadanya... maka 'Ikrimah berkata:

"Kamu berilah kepada dia."

Mereka pun bergegas kepada 'Ayyash. Namun apabila mereka menghampirinya, mereka mendapati beliau telah meninggal dunia. Belum sempat mereka memberinya minum.

Justeru itu, mereka segera kembali mendapatkan dua sahabat yang kehausan tadi. Tetapi, mereka mendapati dua sahabat itu juga telah meninggal dunia.


* * *

semoga Allah meredhai mereka semua. semoga Allah memberi mereka minum dari kolam al-Kaustar dan selepas itu mereka tidak lagi dahaga untuk selama-lamanya. dan semoga Allah menganugerahkan syurga Firdaus yang menghijau untuk mereka bergembira di dalamnya buat selama-lamanya.



(dipetik daripada kitab 65 gambaran kehidupan sahabat)




"mereke yang sedang berada di jalan Allah, yakinlah sebenarnya mereka sedang berada di taman-taman syurga"
(Sheikh Maulana Muhamad Saad al-Kandahlawi)








targhib diri:

Lihatlah keyakinan mereka kepada kekuasaan Allah serta ketakutan mereka pada Allah zat yang maha berkuasa. Betapa kecintaan mereka kepada Nabi saw. Walhal sebelum ini 'Ikrimah adalah orang yang paling bersemarak kebenciannya pada Islam lebih-lebih lagi setelah kematian ayahnya Abu Jahal.

Agama hanya akan tersebar dengan susah-payah, aliran air mata di malam hari, titisan darah di siang hari. Mereka telah berkorban habis-habisan demi menyampaikan agama kepada seluruh manusia seluruh dunia. Mereka bukan pergi meninggalkan kampung untuk 3 hari, 40 hari atau 4 bulan. Tetapi mereka telah serahkan diri hatta nyawa mereka untuk agama Allah swt. Perginya mereka tidak tahu bila pulangnya.

Sedarlah, hari ini kita bersenang-senang mendapatkan kalimah iman dengan mudah serta bersyukur dapat mengamalkan perintah-perintah Allah dengan aman. Ketahuilah, nikmat-nikmat ini adalah hasil daripada aliran darah orang-orang Islam terdahulu. Tangisan anak-anak kecil yang diyatimkan, kesedihan isteri-isteri yang dijandakan. Ini semua ini kerana fikir, risau mereka bagaimana kita serta seluruh umat Nabi saw di permukaan bumi ini dapat beriman serta mengamalkan perintah Allah dan sunnah Nabi saw.

Begitu sekali keghairahan sahabat-sahabat r.hum terhadap agama. Melalui pengorbanan serta susah-payah mereka demi agama sebegini rupalah Allah swt. telah sebarkan hidayah ke pelusuk dunia.

Mudah-mudahan Allah beri kita taufiq untuk tiru sifat-sifat sahabat Nabi saw. Ameen.





Thursday, February 16, 2012

mintalah pertolongan kepada Allah!

assalamualaikum



عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْماً، فَقَالَ : يَا غُلاَمُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ: اْحْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ اْلأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ اْلأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفِ

[رواه الترمذي وقال : حديث حسن صحيح وفي رواية غير الترمذي: احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِي الرَّخَاءِ يَعْرِفْكَ فِي الشِّدَّةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ يَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا أَصَابَكَ لَمْ يَكُنْ لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرِ، وَأَنَّ الْفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ وَأَنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً].

Terjemah hadits / ترجمة الحديث :

Dari Abu Al Abbas Abdullah bin Abbas radhiallahuanhuma, beliau berkata : Suatu saat saya berada dibelakang nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bersabda : Wahai ananda, saya akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara: Jagalah Allah, niscaya dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya Dia akan selalu berada dihadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu , niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.

(Riwayat Turmuzi dan dia berkata : Haditsnya hasan shahih). Dalam sebuah riwayat selain Turmuzi dikatakan : Jagalah Allah, niscaya engkau akan mendapatkan-Nya didepanmu. Kenalilah Allah di waktu senggang niscaya Dia akan mengenalmu di waktu susah. Ketahuilah bahwa apa yang ditetapkan luput darimu tidaklah akan menimpamu dan apa yang ditetapkan akan menimpamu tidak akan luput darimu, ketahuilah bahwa kemenangan bersama kesabaran dan kemudahan bersama kesulitan dan kesulitan bersama kemudahan).

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :

1. Perhatian Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam dalam mengarahkan umatnya serta menyiapkan generasi mu’min idaman.

2. Termasuk adab pengajaran adalah menarik perhatian pelajar agar timbul keinginannya terhadap pengetahuan sehingga hal tersebut lebih terkesan dalam dirinya.

3. Siapa yang konsekwen melaksanakan perintah-perintah Allah, nicsaya Allah akan menjaganya di dunia dan akhirat.

4. Beramal shalih serta melaksanakan perintah Allah dapat menolak bencana dan mengeluarkan seseorang dari kesulitan.

5. Tidak mengarahkan permintaan apapun (yang tidak dapat dilakukan makhluk) selain kepada Allah semata.

6. Manusia tidak akan mengalami musibah kecuali berdasarkan ketetapan Allah ta’ala .

7. Menghormati waktu dan menggunakannya kepada sesuatu yang bermanfaat sebagaimana Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam memanfaatkan waktunya saat beliau berkendaraan.


(sumber)


Monday, February 13, 2012

cinta sahabat r.hum

Cinta kepada sesuatu akan menyebabkan seseorang itu buta dan tuli kata nabi saw. Seperti kita faham bila cinta telah masuk menusuk ke hati maka segala-galanya akan jadi indah belaka. Mendengar namanya saja berbunga hati. Belum melihat apalagi bersama. Begitulah cintanya para sahabat r.hum kepada ketua kita sayyidina nabi Muhammad SAW. Bahkan begitu kasih dan cintanya kepada nabi saw sehingga harta dan diri telah mereka korbankan, meninggalkan tanah suci yang mulia, para isteri dijandakan dan anak-anak diyatimkan demi menyampaikan agama Allah SWT dan sunnah nabi saw kepada manusia.


cinta rasulullah beerti cinta kpd Allah


Antara kisah yang menyentuh jiwa seperti kisah di bawah,



Di dlm Kitab Hayatus Shahabah, halaman 524-525 diriwayatkan kisah berikut:

Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy r.a mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash r.a utk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa’d. Keduanya mulai berdoa. Sa’d berdoa terlebih dahulu:

“Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dgn musuhku, berilah aku musuh yg sgt perkasa. Aku berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kpdku sehingga aku berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya (sebagai rampasan perang).”

Abdullah mengaminkannya. Tiba giliran Abdullah berdoa:

“Tuhanku, berilah aku musuh yg gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). Aku akan menjawab bhw keduanya terpotong ketika aku berjuang di jlnMu dan jln Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”

Sa’ad mengaminkan doa Abdullah tersebut. Keduanya berangkat ke medan Uhud dan doa keduanya dimaqbulkan Allah.

Sa’d bercerita kpd anaknya, “Duhai anakku, doa Abdullah lbh baik drp doaku. Di senja hari aku lihat hidung dan telinganya tergantung pd seutas tali.”


Bacalah kisah-kisah sahabat nabi saw. Kerana merekalah manusia yang telah dijamin kejayaan di dunia dan di akhirat. Ulama berkata walaupun kehidupan nabi saw dan sahabat-sahabat r.hum telah jauh 1400 tahun meninggalkan kita namun akan merasa dekat bila kita kerap membaca dan mengulang-ulangkan kisah mengenai mereka. Semoga Allah SWT memberi kita taufiq untuk mencontohi perilaku nabi saw dan para sahabat baginda. Insyallah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...