keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget
Showing posts with label kubur. Show all posts
Showing posts with label kubur. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

ringkas?

>ringkas

ringkas bermaksud sesuatu yang mudah, senang dan tidak keterlaluan (farid faisal, 2011)

ringkas juga beerti pendek dan tidak lama. apabila sesuatu perkara itu ringkas maka akan memudahkan seseorang untuk memahaminya. ringkasan juga bermaksud sinopsis. time sekolah dulu kan ade cikgu suruh wat ringkasan cerpen atau novel...


>kesan dpd ringkasan

-sebelum

contoh: novel ayat2 cinta yg ade 300 lebih atau kurang muke surat. tebal. panjang. berat 0.4kg mungkin. makan masa yg panjang utk habiskan (aku habiskan dlm tempoh 2 bulan....huhu). saiz yg tak boleh dimasukkan ke dlm poket baju utk dibawa kemana2.

-selepas

novel ayt2 cinta td jadi 2 pages je. print kat kertas A4. takde berat. boleh baca dalam masa 10 minit...(2,3 kali baca pon boleh). lipat2 then masuk dlm poket. Korang pon boleh gunakan duit, masa dan diri untuk tingkatkan iman dan amal kerana telah sedar pentingnya akhirat dpd dunia yg dah tak lama nih…kan?



mudahkan?

sebab kite pun sedar bukannye kite nak baca novel tu selama2nya kan. kan kite akan tinggalkan dunia yg fana nih. takkan nak habiskan masa dgn novel je...(makhlukkk...) isk3...



>kehidupan

apa yang korang faham tentang "aku datang untuk pergi"?

yaa, tepat sekali! kita datang kat dunia ni bukan utk tinggal kat sini. kite akan tinggalkan dunia nie...dunia hanya tempat persinggahan je. kehidupan kita yg sebenar di akhirat sana!



>matlamat hidup

redha Allah swt. dan Surga Allah swt (kegembiraan, kemewahan yg hakiki...woha!)

yaa...akhirat!



>kehidupan tidak ringkas (sarat)

kehidupan yang berlandaskan kemahuan, keinginan, kehendak ataupon secara terus-terangnya hawa napsu!

dah ada kereta sebijik nak tambah 2 bijik lagi. dah ada rumah 2 bijik nak 5 bijik. dah makan chiken cop nak buffalo cop pulak. dah ada sofa baru nak beli baru lagi. haish!

bile kerete dah berbijik2 nak pikir parking pulak. bila rumah besar2 takut pencuri pulak. nak cari buffalo cop kene pergi afrika pulak. sofa baru ni nak sumbat kat mane pulak?

byk2 lagi perkara yg meleret2 dpd benda2 ni shj. belum lain2 lagi.

bila dalam otak asyik pikir nak tambah harta....DUNIA!

kubur ko pecer brader? (kau igt kau boleh angkut ke harta banyak2 tuh! masuk kubur nanti, jgn kata kereta kau nak bawak msk...spender pon takleh! tinggal...)




>kehidupan ringkas (tak melampaw2)

cukuplah kereta sebijik ja. rumah sebijik pon okey apa?. takpa la aku makan sayur pucuk ubi ja.

ni sofa ni elok lagi...

bukan apa, makin banyak benda makin lama la hisab kat akhirat nanti.

rumah, kenderaan, makanan cukup sekadar keperluan....lebih sikit, belanja member dgn niat dakwah.

“Hiduplah di atas dunia ni seperti pengembara” (mafhum hadis)

Pengembara ialah orang yang hidupnya ringkas. Sebab ia takkan tetap di satu2 tempat dan akan tinggalkan tempat yg disinggah.

bila hidup kita ringkas maka kita dapat memberi tumpuan yg baik pada matlamat hidup kite.

bila keadaan dunia kita serba mudah ataupun ringkas maka mudah la kite untuk sibukkan diri utk kumpul kemewahan yg hakiki.

kite akan sibukkan diri utk dakwah, solat, quran, zikir, taklim. masyallah!




Tak salah nak kaya, kan islam menggalakkan utk jd kaya.

Betul lah, sahabat2 r.a pon kaya2….




Kaya akhirat! Woha lagi!




“dan akhirat itu lebih baik dan kekal” (surah al-a’laa_)




Sabda Rasulullah S.A.W,

"Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah S.W.T akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina, dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya, Allah S.W.T akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan."

Hadith riwayat Ibnu majah dan Tirmizi.







p/s: semoga Allah ringkaskan kehidupan kite…boleh tak aku nak ringkaskan assignment2 yg menimbun2 nih???

Friday, January 21, 2011

teman dalam kubur?

orang kata hidup tanpa sahabat tak bermakna. makan sorang2. pegi kelas sorang2. jalan2 sorang2. main jutaria sorang2. solat sorang2. cakap sorang2. masuk tandas sorang2. tidur pun sorang2 gak. lepas tu sorang2 cakap korang orang gila...isk3

tak kire ape care sekalipun mesti korang tak nak sorang2 betul tak?

sebab dah kompom la tak best bila korang solat sorang2 ye dak? mesti korang nak solat jemaah kan? baru pahala lebih...kan kan kan...

tak best la kalau member tgk ko makan sorang2...mesti korang nak belanja kan...pas tu dpt lah makan berjemaah....dalam talam pulak tuh...

tak best la bila korang jalan2 sorang2 kan....paling2 mesti nak ada member...nanti leh cerita2 kebesaran Allah....baru meningkat iman!!!

sampailah akhirnya korang masuk kubur sorang2 diri...time tu tak dapek den nak nolong ha...

baik macamana pon, kamcing macamana pon tinggal...takkan aku nak ikut korang kot? (insyallah nyusul)

jgn risau...

memang aku tak dapat nak teman kau kat dalam kubur yg gelap tu...tapi,

sebagai member yang menyayangi rakan pasti aku takkan biarkan kau sunyi sebab ade sorang sahabat akan teman kau kat sana...tau tak sapa?



nama beliau "al-mulk"


kenal tak?


yaa...surah tabaarakal lazi....pandai!!!






hasad dibenarkan utk 2 benda: 1) mereka yg belanjakan harta di jln Allah. 2) mereka yg sibuk baca quran


daripada Anas ibnu Malik r.a berkata:

nabi saw. telah bersabda: "sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak aada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali "Tabaarakal lazi". maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat.

maka surah itu menahan wajahnyya dan malaikat berkata kepada surah itu. sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemaanfaatan. sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati), jadi pergilah menemui Allah swt. dan mintalah shafaat daripadaNya.

maka diapun (surah) menemui Allah swt. dan berkata: "wahai tuhanku, si fulan in (si mati), dia pilih saya dalam kitabMu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. maka jika Engkau ingin berbuat demikian, jadi padamlah saya dari kitabMu. Allah swt. berfirman: Aku nampak kamu marah". dia menjawab (surah): sesungguhnya saya marah. Allah swt. berfirman: "pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi shafaat keatasnya".

Nabi saw. bersabda: "surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati.

maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya dengan mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya. dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan menjaga saya.

maka surah itu bersama si mati dalam kubunya supaya dia (si mati) tidak merasa kesunyian".

Anas berkata: "apabila nabi saw. khabarkan hadis ini maka tidak seorang pun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi saw. memanggil surah ini Al-Munjiah: iaitu yang menyelamatkan."

(HR. Ibnu Katsir)



p/s: moga Allah beri taufiq utk sy amal dan sampaikan dgn lisan kpd sahabat2 lain.

Friday, January 14, 2011

andai ku tahu?


12 jan 2011 jam lebih kurang 10.30 pm, aku tgh pekena teh ais kat warung dan tibe2....

telefon berbunyi....ade member sedang talipon..aku

aku: salam. sape nih?

member: ni pabong!

aku: owh...haa nape bong???

member: nya.........(nickname aku kat SR "sunya")

aku: haa...nape?

member: ko kenal dudek tak? (nada dah semacam...)

aku: dudek?? cam pernah dgr...(dah rasa lain macam)

member: alaa...budak bilik aku time part 6...

aku: owh...haha...kenal2...aku pernah main laptop dia...

member: sunya....

aku: haa...

member: dudek dah meninggal...dia aksiden siang tadi...

aku: ..............................................





note:
sebelum baca korang boleh play video dulu dgn level sound yg bersesuaian sebab entri ini 18sb (sb=sedih bangat!)




muhammad farhan ataupun dikenali sebagai dudek(nickname kat kolej SR) ialah salah sorang junior aku yg baik.

muda lagi. dlm 20 taun umur dia.

arwah sebilik dgn member rapat aku iaitu Pabong (fazlee), so aku selalu la bertandang ke bilik dia.

kematian suatu yg pasti dan sedang datang kpd kita tidak kira kita dlm keadaan sedia atau tidak, suka atau tidak.

dan KEMATIAN telah sampai kpd beliau.

di sini aku post buat sebahagian laporan akhbar buat member2 yg kempunan ataupon tak sempat dgr berita ttg beliau.


*********************************************************


Tak sempat jamah bekal

MELAKA: “Perjalanan esok agak jauh, malasnya nak balik Segamat!”, adalah status dalam Facebook pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor, kelmarin, sebelum dia maut akibat nahas jalan raya di Lebuh Raya Ayer Keroh berhampiran persimpangan lampu isyarat Gapam, di sini, semalam.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari apabila motosikal ditunggang Muhammad Farhan Abdul Rahim, 20, dipercayai bergesel dengan motosikal dinaiki rakannya menyebabkannya terjatuh dan kepalanya terhentak ke jalan raya.

Lebih memilukan mangsa juga kempunan menikmati makan tengah hari nasi bekal bersama lauk ayam masak kicap yang dibawa dari rumah neneknya di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan, yang turut bertaburan di atas jalan raya.

Difahamkan, mangsa menunggang motosikal sendirian untuk ke rumah rakannya, Muhamad Asyraf Posari, 19, di Kampung Bukit Durian, Umbai, Merlimau, dekat sini untuk makan tengah hari sebelum bertolak pulang ke kampus.

Mohd Asyraf berkata, sebelum kejadian, arwah menghubunginya kira-kira jam 10 pagi memaklumkan dia berada di Restoran Jejantas Ayer Keroh dan memintanya menunggu di sebuah stesen minyak di Ayer Keroh.


“Sebaik sampai untuk menjemputnya, arwah bertanya kenapa saya lewat sebelum kami bertolak ke Umbai, namun ketika menuruni kawasan berbukit menghampiri ke persimpangan lampu isyarat berkenaan, tiba-tiba motosikalnya bergesel dengan motosikal saya lalu terbabas.

“Saya dapat mengawal motosikal, tetapi motosikal arwah bergesel dengan sebuah Perodua Kancil di depan menyebabkan motosikalnya berpusing lalu dia terjatuh,” katanya yang ditemui di tempat kejadian, di sini.

Mohd Asyraf berpatah balik dan melihat darah banyak keluar dari kepala rakannya itu.

Dia cuba mengangkat Muhammad Farhan yang ketika itu masih bernyawa dan menggigil, namun dilarang orang ramai yang bimbangkan kecederaannya bertambah parah.

Bagaimanapun, katanya, tidak lama kemudian rakannya itu menghembuskan nafas terakhir.

“Kami berjanji pulang ke (UiTM) Segamat selepas solat Zohor dan kejadian ini amat menyedihkan. Muhammad Farhan rakan yang baik dan kami memang rapat kerana pernah tinggal bersama selama setahun,” katanya.

Ibu mangsa, Aina Kassim, 49, berkata, dia dan suaminya, Abd Rahim Wahab, 58, reda dengan kejadian itu walaupun amat sedih.

Katanya, suaminya mengetahui kejadian malang itu selepas dihubungi polis dan datang mengambilnya di tempat kerja.

“Saya amat terkejut. Baru malam tadi (kelmarin), kami sekeluarga makan bersama dan ketika itu Muhammad Farhan kelihatan gembira sambil menonton filem Seniman Bujang Lapok di televisyen.

“Itulah kali terakhir saya melihatnya sebelum keluar bekerja kira-kira jam 4 pagi tadi (semalam),” katanya sebak ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, di sini.

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Superintendan Poon Nam E Kling berkata, kejadian dipercayai berpunca apabila motosikal dinaiki mangsa yang berada di belakang bergesel dengan motosikal ditunggang rakannya.

Menurutnya, berikutan itu mangsa terjatuh menyebabkan berlaku hentakan kuat pada kepala manakala rakannya hanya cedera di kaki.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan pihak polis masih menyiasat kemalangan itu.

myMetro
12 Jan 2011


********************************************************************

kita sedekahkan pahala bacaan al-fatihah kpd arwah. insyallah

semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.



saidina umar abdul aziz rah. telah disahkan terkena racun dan racun telah berkesan dlm badannya. dan doktor pon bagitahu bahawa "kita tak tahu berapa lama lagi beliau dapat hidup".
mendengarkan itu lalu umar abdul aziz rah. pun berkata "wahai doktor! orang yang sihat pun tak tahu berapa lama lagi mereka dapat hidup"



orang yg bijak ialah mereka yg mengingati mati dan melakukan persiapan utk menghadapi kematian (mafhum hadis)



"tiap2 yg bernyawa pasti akan merasai kematian" (Surah 3 Ali Imran :ayat 185.)



dan bila masuk dlm kubur segala2nya tidak akn dpt membantu sebab malaikat tak kenal (contohnya: harta, phd, pangkat, isteri cantik, bmw 10 series and etc.) kecuali 3 perkara:
1. amal jariah
2. ilmu yg bermanfaat(diamal dan diajar)
3. doa anak soleh



*taqwa dan amal soleh penyelamat di dlm kubur.

p/s:
"jgnlah aku berbangga dgn kemewahan dunia.jgnlah aku berbangga buat maksiat. jgnlah aku berbangga sbgi seorang taiko. sebab bila kat dlm kubur nanti dah tak leh balik ke dunia walaupon utk ucap 1 subhanallah"...isk3

Friday, November 26, 2010

seram?

assalamualaikum ya ahli kubur....



hari tu makcik aku meninggal dunia dan hari ni sepupu mak aku pulak...ish3 al fatihah
(peringatan buat diriku diri sendiri...huh)




kubur buleh jadi taman2 surga taupun lembah2 nerakaaa...


ketika Utsman bin Affan r.a berdiri di dekat kuburan, maka ia menangis sehingga air matanya membasahi janngutnya. beliau ditanya seseorang tentang hal itu, lalu dikatakan pula kepada beliau, "engkau sering menyebut2 keadaan surga dan neraka, tetapi engkau tidak menangis sebagaimana engkau menangis jika berada di dekat kuburan? maka Utsman r.a menjawab, "aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda"
sesungguhnya kuburan itu adalah tempat pemberhentian (terminal) pertama untunk menuju akhirat. jika seseorang selamat di alam kubur, maka sesungguhnya ia akan lebih mudah lagi menuju tempat2 berikutnya. tetapi jika ia tidak selamat (di alam kubur), maka sesungguhnya ia akan lebih celaka lagi di tempat2 berikutnya". (Hr. tirmidzi, ibnu majah dan hakim)

pakcik ni menangis-nangis...huhu



jika tak leh nangis, maka menangislah kerana kamu tak leh nangis...

suatu hari...
Umar bin Abdul Aziz r.a berkata kpd sebagian kawan2nya, "wahai kawan2 ku, tadi malam aku tak boleh tidoq kerana MEMIKIRKAN MASALAH KUBURAN dan penghuninya. dan sesungguhnya, jika kalian melihat jenazah yg telah berlansung selama 3 hari dalam kuburnya, nescaya enkau akan merasa jijik dan tak mau mendekatinya, PADAHAL dulu engkau sangat senang dekat dengannya.
sungguh aku membayangkan sebuah tempat yg selalu didatangi harimau, sedangkan orang yang tinggal di dalamnya tubuhnya telah bernanah, kain pembalutnya telah dipenuhi ulat2 dengan baunya yg SANGAT BUSUUKK dan kain kafanyan telah hancur.
PADAHAL dahulunya orang itu berwajah cantik dan gagah, baunya harum, dan bajunya bersih".
setelah menceritakan pemandangan tersebut, Umar bin Abdul Aziz pun pengsan.

Yazid Ruqasyi rah. pernah mengatakan, "wahai ahli kubur yg berada di lahatnya, yang kesepian dalam kuburnya dgn kesendiriannya, yang ditemani amal-amal perbuatannya dala perut bumi!
oh...sekiranya aku mengetahui, dengan AMAL-AMAL apa saja engkau merasa gembira, dan dengan KAWAN2 yg mana saja engkau bersenag hati?"
setelah itu Yazid menangis tersedu2, sehinnga air matanya membasahi hujung serbannya.
kemudian itu Yazid berkata, "demi Allah, ia akan bergembira dengan (di dalam kubur) dengan AMAL-AMAL SOLEHnya dan akan bersenang hati dengan KAWAN2 yg dapat membantunya dlm mentaati Allah".
dan ketika Yazid memandang ke kuburan tersebut, maka ia menangis meraung-raung, sehinnga terdenagr bagaikan suara seekor sapi yang sedang melenguh.




ya Allah berilah saya hidayat dan taufik utk sentiasa menngingati mati. ya Allah ampunkanlah saya dan maafkanlah saya yang sentiasa lalai ni...

p/s: hari2 mereka dah berlalu dan mereka sdg menikmati taman2 surga...hari saya?
tuan2 tolonglah doakan saya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...