keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget
Showing posts with label risau. Show all posts
Showing posts with label risau. Show all posts

Friday, September 30, 2011

setiap ummat untuk sekalian ummat


bismillah, kami puji ALLAH, selawat dan salam istimewa buat nabi saw. dan ke atas ahli keluarga baginda saw, sahabat2 r.a dan mereka2 yang terus mengikuti jejak baginda saw hingga kiamat.


Alhamdulillah, Allah telah jadikan kita manusia. dan Allah telah kurniakan kita iman. mafhum hadis nabi saw bahawa 'seseorang yang mati membawa iman walaupun sebesar zarrah, akan dikurniakan surga, 10 KALI LIPAT DUNIA'. dan setiap orang yang beriman ialah bakal raja di akhirat kelak (bila mati dengan iman). insyallah.


Setiap umat islam ialah bersaudara. Setiap umat islam bertanggungjawab ke atas saudara islam yang lain. Tidak kira dia berlainan bangsa, warna kulit, berbeza asal-usul, berlainan bahasa dan apa sahaja. Tidak kira di mana ia berada. Tanpa mengira masa.


Setiap kita umpama sebuah badan. Suatu hari kaki kita terseliuh kerana salah tidur. Bagaimana kita bisa bergerak dengan baik. Mata tidak boleh pejam kerana kesakitan. Mulut tidak bisa diam. Akal terus berfikir apa cara untuk kesembuhan kaki. Tangan lincah mengambil minyak panas untuk disapu. Tidak cukup, datang bantuan dari ibu untuk mengurutkan kaki. Rakan-rakan sibuk memberi nasihat menerusi FB. Ada juga yang menelefon dan ada yang ziarah. Hingga kakinya sembuh. Semuanya berfikir, risau dan berusaha bagaimana kaki yang sakit tadi dapat sembuh dengan segera.



“Di suatu tempat yakni di suatu sudut di hujung-hujung dunia sana. Yang mana tiada sesiapa mengetahui dan tak pernah terfikir tentangnya. Di hujung kampong, merentasi semak-samun ada sebuah rumah usang. Dan di dalam rumah itu tinggal seorang wanita tua Islam. Wanita itu hanya keseorangan tanpa peneman. Dan di saat ini wanita itu terdampar di atas tilam buruk dek kerana keuzuran yang amat sangat. Wanita itu tidak mampu berbuat apa-apa hatta untuk menggaru tapak tangan. Dan saat ini dia hanya menunggu saat ajalnya tiba.”



“WANITA TUA ITU BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEMUA UMMAT NABI SAW.”

Dan

“SETIAP UMAT NABI SAW BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS WANITA TUA ITU”


Wanita tua itu (nenek) itu bertanggungjawab ke atas seluruh umat nabi saw selagimana dia mempunyai iman di dalam hati. Walaupun dia dalam keadaan keuzuran dan tenat, dia kekurangan ilmu, dia ketakutan, dia tidak mampu untuk bergerak untuk mengajak manusia kepada Allah. Dia bertanggungjawab untuk fikir dan risau di dalam hati tentang bagaimana ummat nabi saw dapat beriman kepada Allah dan mentaati perintah Allah dan sunnah nabi saw.. Nenek itu kena fikir bagaimana orang-orang di Amerika, di Afrika, Australia, Jepun, Korea Utara, Baghdad, Timor Leste dan seluruh alam. Hatta di bulan sekalipun jika di sana ada manusia. Bagaimana umat ini dapat beriman, mentaati Allah dan rasulullah sekaligus selamat dari azab Allah swt.

Begitu juga dengan seluruh umat islam. Seluruh umat islam bertanggungjawab untuk hidayat setiap umat nabi saw tak kira dia islam ataupun belum islam. Seluruh umat islam bertanggungjawab untuk hidayat nenek tua tersebut. Walaupun kita tak kenal nenek itu. Kita tak pernah tahu pun tentang kewujudan nenek tersebut. Tak pernah tahu pun adanya orang tinggal di kawasan itu. Kita bertanggungjawab untuk hidayat nenek tersebut. Adakah nenek itu telah beriman dengan sebenar-benar iman. Adakah nenek itu telah solat 5 waktu. Adakah nenek itu telah amal sunnah-sunnah nabi saw.. adakah nenek itu mentaati perintah-perintah Allah. adakah nenek itu dapat mati dengan akhir kalamnya mengucap “la ilaha illallah”.


Imam Ghazali berkata bahawa mafhumnya “jika di hujung-hujung dunia sana ada seseorang telah mati tanpa iman, maka seluruh umat yang hidup ketika itu akan dipersoalkan di akhirat kelak”


“kamu (wahai umat Muhammad saw) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (manfaat/kebaikkan) seluruh umat manusia (kerana) kamu mengajak kepada segala perkara kebaikkan dan mencegah perkara mungkar (buruk dan keji) serta kamu beriman kepada Allah” (Ali-‘Imran: 110)


Ummat nabi saw. istimewa kerana satu kerja. Semua manusia yang ada iman. Tanpa mengira apa bangsa, pangkat, darjat, keturunan, budaya, warna kulit, bahasa dan apa saja. Kemuliaan dia hanya kerana 1 kerja. Iaitu kerja dakwah sepertimana yang diajar oleh nabi saw.


Hazrat Abu Said al-Khudri r.a berkata bahawa saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda, “sesiapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mengubah dengan lidahnya dan kalau itupun dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan *hatinya . yang sedemikian itu adalah iman yang selemah-lemahnya.” (at-targhib, HR Muslim, Tirmizi Nasai, Ibnu Majah)

*dengan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah supaya pelaku maksiat itu mendapat hidayah dan berubah.


Satu orang dia rasa tenang kerana dapat solat, bayar zakat, berpuasa, haji, tilawah quran, zikir dan sebagainya. Dia merasa sangat dekat dengan Allah. Dan setelah itu dia hidup dengan gembira bersama keluarga, makan makanan sedap-sedap hingga kekenyangan, tidur dengan lena, bercuti dan sebagainya. Kata ulama’ ini bukan tanda iman seseorang itu telah sempurna.

Bagaimana dia boleh hidup dengan gembira, makan makanan sedap-sedap hingga kekenyangan, tidur dengan lena, bercuti dan sebagainya sedangkan saudara seislamnya sendiri pada masa ini ramai yang sedang menjauh dari agama. Sedang jauh daripada ALLAH!. Yakni sedang mengabaikan perintah-perintah Allah dan meninggalkan sunnah-sunnah nabi saw. hatta sehelai janggut.


Bagaimana kita bisa lega?




Suatu masa nabi Daud a.s bertanya pada Allah swt. “wahai Allah, siapakah orang yang sangat dekat engkau?” jawab Allah swt. “orang yang paling dekat dengan aku ialah orang yang mengajak orang lain dekat kepada aku”.





Saya bertanggung jawab ke atas tuan-tuan dan ummat seluruh alam.

Tuan-tuan dan ummat islam seluruh alam bertanggung jawab ke atas diri saya.

kita mesti lapangkan diri kita untuk buat kerja dakwah nabi saw.













p/s: kaki gua nyut2 membuatkan gua takleh tidor semalam. seluruh badan bergerak untuk selamatkan kaki gua dari sakit nyut2. huhu.

p/s 2: 9/10/2011 ni insyallah ada jor student. mohon doa tuan2 sekalian.

p/s 3: kerja nabi saw bermula dari masjid, keluar dari masjid bawa orang datang masjid.

Monday, August 22, 2011

pengaruh gua



Gua seorang yang berpengaruh

(pengaruh sangat berguna untuk kepentingan dunia)


Gua ialah abang long brader yang sangat berpengaruh suatu ketika dulu di kalangan member-member. Tanpa gua member-member akan rasa tak seronok. Haha perasan lebih.. tapi itulah hakikatnya. Gua bukanlah kepala bagi sesuatu organisasi ataupun pailang mana-mana geng gua cume taiko jer. Namun gua mampu mempengaruhi ramai member-member gua dalam hal keduniaan suatu ketika dulu.


gua pernah terjebak dgn skinhead. Cume tak tegar..



Gua pun tak pasti apa keistimewaan yang Allah beri kat gua sampaikan gua seolah-olah orang penting di kalangan budak-budak gua.



Iklan:

“alamak tuan, kicap jalen takde tuan! Makan tanpa kicap jalen tak sedap tuan!”

“lekas dapatkan kicap jalen, kalau takde kicap jalen kita batalkan saja perkhemahan ini”



Agaknya gua macam kicap jalen tu la. kalau gua takde dalam sesuatu function tu macam tak berseri jer. Hehe..


Bila budak-budak nak main bowling, mesti nak kene ade gua. Kalau gua tak pergi memang batal la plan. Gile perasan. Kadang-kadang member-member ajak tengok wayang, plan nak tengok cerita lain. Tapi bila gua kata “cerita ni(lain) lagi best”. Terus tukar plan, tengok muvi yang gua cakap akhirnya. Memang best pun. Huhu.


Sampai kekadang gua kesian dan tak sampai hati kalau budak-budak ni plan mati-matian ajak gua, tapi gua tak dapat follow. Gua tahu. Mesti plan akan tebantut. Isk3.


Pentingnya gua dalam persahabatan hinggakan segala plan mesti rujuk gua untuk minta pendapat. Kalau gua kata “ini tak best” semua akan setuju. Kalau gua ajak lepak, huh, sekejap jer budak-budak kumpul. Tak perlu targhib lama-lama. Bile ada plan Sanggup tunggu berjam-jam semata-mata nak tunggu gua datang.


Kalau gua kata “ok, jam sekian-sekian kite lepak kat sekian-sekian”. Pasti dan pasti geng-geng gua sampai. Gua jer yang selalu lambat. Seronok jer senang ajak member. Sangat susah mendengarkan alas an-alasan tak rasional.






Macam tu lah dunia. Semua orang paham.












Kini baru gua sedar, gua seolah-olah hilang pengaruh bila gua mula belajar-belajar buat usaha agama.












p/s: gua akan tetap tunggu luorang walaupun 1000 alasan luorang beri.

p/s 2: gua mula sayang luorang kerana iman yang ada dalam hati luorang.

p/s 3: ya Allah, Kau lah yg mengerti hati ini. kuatkanlah hati saya. Ameen.



Friday, August 5, 2011

aku layang-layang



Aku layang-layang ingin bebas, terbang di awan, bersama rakan...la la la


Aku ialah seekor layang-layang yang sangat cantik. Aku kepunyaan seorang budak bernama upin. Aku diberi nama sebagai vezita. Serupa nama sahabat son goku dalam cerita dragon ball. Aku berwarna merah jambu dan bergaris putih di tepi badanku.. Upin yang mereka setiap inci badanku. Ekorku sangat panjang, kata upin supaya seimbang bila nak terbang. Setiap petang upin akan membawaku untuk bermain di padang bersama-sama rakannya iaitu hanamichi. Aku akan diterbangkan begitu tinggi sekali. Namun aku tak dapat terbang bebas kerana aku diikat dengan tali. Kemana hala tujuku semuanya ditentukan oleh upin.


Aku ada satu member. Dia pun layang-layang jugak. Nama dia angemon. Angemon kepunyaan kawan upin iaitu hanamichi. Angemon berwarna putih dan bercorak biru di bahagian ekor. Selama ini angemon la satu-satunya teman yang aku ada. Setiap petang aku akan terbang megah bersama angemon. Bila waktu hampir senja kami akan diturunkan oleh tuan kami dan dibawa pulang ke rumah.


Kehidupanku berubah pada satu petang. Sedang leka terbang-terbang dengan angemon. Tetiba ada sorang member lalu atas kami. Tinggi sangat. Angemon kata nama dia “air asia”. Air asia terbang bebas ke sana sini. Takde tali yang mengikatnya. Sejak peristiwa itu aku teringin terbang bebas seperti air asia. Terbang ke sana ke mari tanpa tali mengawalku. Oh, gembiranya jiwa!


Aku sering mengatakan bahawa aku ingin bebas seperti air asia. Setiap kali upin menerbangkanku aku pasti cuba untuk melepaskan diri dari ikatan benang. Namun, angemon berkali-kali menasihati aku agar jangan berbuat demikian. Arghh..aku tak dulik, yang penting sekarang aku nak bebas. Aku pun terus berusaha dan berusaha. Selama itu juga angemon menasihati aku agar jangan memutuskan benang.


Akhirnya aku Berjaya membebaskan diri daripada ikatan benang upin. Ha ha ha! Puas hati aku. Kini aku boleh terbang bebas. Angemon yang masih terikat memanggil-manggil aku. Aku buat-buat tak dengar jek. Lantaklah dia. Yang penting aku bebas.


Vezita terus ditiup angin. Kelihatan upin sedang berlari-lari mengejarnya sambil air mata bercucuran kesedihan. Namun angin terus membawa vezita jauh dari pandangan. Tak sedar awan seperti kehitam-hitaman. Menandakan hujan ribut bakal tiba. Semua kanak-kanak berlari pulang ke rumah. Hanamichi segera menurunkan angemon kesayangannya. Apabila sudah habis benang digulung. Angemon dikepit kemas di celah ketiak dan terus di bawa pulang. Sampai di rumah angemon di lap daripada debu-debu jalanan tadi. Kemudian di simpan di atas almari dengan cermat.

Di luar rumah hujan turun sangat lebat. Beserta dentuman guruh dan kilat. Upin pasrah dengan ketentuan ilahi. Angin bertiup kencang sekali.


“Upin! Tolong saya! Uhuk uhuk..” teriak vezita


Aku kini terhuyung-hayang ditiup angin kencang. Ekorku yang cantik telahpun putus. Badanku telah berlubang-lubang akibat terkena ranting-ranting pokok. Kini aku terbiar tersangkut di sebuah pohon durian. Dan sedang mereput. Tiada siapa yang tahu. Menyesalnya aku. Isk3.


Akhirnya vezita mereput di celah pohon durian.

***************



Macam tu lah keadaan kita di dunia. Bila kita tetap dengan tali Allah iaitu terus menjalankan perintah Allah dan sunnah nabi saw. maka kita akan selamat. Kerana Allah telah buat ketetapan bahawa kejayaan, kebahagiaan dan keselamatan kita dunia akhirat hanya dalam mentaati perintah Allah dengan cara nabi saw.


Kita jangan tertipu dengan kehidupan orang-orang kafir yang kelihatan gembira dengan kebebasan. Kegembiraan dan kebebasan pada orang yang tak beriman itu bila kite ikuti akan menjadi asbab kehancuran buat kita. Diorang tak beriman, kita beriman? Memanglah. Tapi takut-takut kita punya iman ni disqualified pasal hidup dah seronok sangat macam kat surge cinta serupa orang kapir.


Kata alim ulama, untuk Berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat tak boleh tidak kita kena ikat diri kita dengan perintah Allah dan sunnah nabi saw kuat-kuat. Jangan sesekali lepaskan. Kalau lepas, jadilah macam vezita.





p/s: series penat dok rumah..entah ape2 lah karangan aku buat nih. Haih




Monday, July 4, 2011

pemerintah dan demonstrasi


Nabi saw pernah berkata kepada seorang sahabatnya “wahai Abdullah kalau semua manusia muafakat untuk datangkan mudarat kepada kamu mereka tidak bisa, tanpa kehendak Allah swt…kalau semua manusia muafakat untuk member kamu manfaat mereka tidak bisa tanpa kehendak Allah swt.”

Begitu jugak dengan tupai dalam video ini. Allah la yang menghidupkan dan Allah la yang mematikan. apa yang Allah inginkan pasti berlaku. apa yang Allah tak inginkan takkan berlaku.




assalamualaikum kawan2 ku sayang.


aku takde nak tulis ape sebenarnya...


takyah bacelah...


nak bace jugak?


degil korang yer...ha lantak korang la!

aku bukan ape. cuma aku taknak cerita banyak pasal adab. adab? Sebab aku pun kurang beradab. cuma seperti yang kita tau islam ini ialah agama yang mengajarkan umat ini adab, iaitu sunnah nabi saw. imam syafie rah. pun berkata bahawa 2/3 daripada islam ialah adab. kalau kita tak ikut adab maka kita biadap tak beradab. Adab-adab sunnah juga sangat penting kerana ia membezakan kita dengan orang bukan islam dan kafir.

Seseorang muslim yang mengamalkan adab sunnah dengan sempurna maka dari jauh orang telah tahu bahawa dia ialah orang tabligh islam. Dari segi adab dalam amal ibadat, penampilan dan imej, akhlak, makan minum apalagi dakwah. Untuk amalan agama (e.g: solat) pun nabi saw kata suruh ikut cara dia apalagi usaha mengajak manusia kepada amalan agama.

Apabila seseorang telah meninggalkan cara yang dibawa oleh nabi saw. atau mengubah atau menokok-nambah maka dikhuatiri akan berlaku fitnah. Dan fitnah balasannya lebih dasyat daripada membunuh.

Dengan mengamalkan adab-adab sunnah juga akan menyebabkan bertambah pahala-pahala sunnah. Semua orang faham hari ini bahawa “ianya sekadar sunnah, taka amal tak dosa”. Tapi kalau kita nak tau sebenarnya “ianya sekadar sunnah, taka amal RUGI LER!!!” lagi satu “ianya sekadar sunnah, tak amal NABI TAK NGAKU UMAT!!”

Nabi saw bersabda mafhumnya “barangsiapa mengamalkan sunnahku maka dia mencintai aku, barangsiapa mencintai aku, akan bersama-samaku dalam syurga”

Bukan itu sahaja bahkan Allah azza wa jalla sendiri akan kasihkan mereka yang mengamalkan sunnah nabi saw.

Contoh kita minum air. Nabi saw minum dengan tangan kanan dan duduk. Orang bukan islam kanan atau kiri, duduk atau berdiri, jalan atau berlari pun diorang balun. Kalau kita ikut cara minum nabi saw kita dapat pahala. Dari jauh orang tahu kita islam. Tak timbul fitnah. Tak rugi. Dan nabi saw ngaku umat.

Camtu jugak dengan cara nak tegur pemimpin. Ambil pemimpin paling dekat BAPAK kita. Kita anak yang soleh dan mendapat tahu bahawa bapak kita tak solat. Bapak kita pun jenis bodoh agama dan mungkin tak faham dan mungkin cepat marah. Agak-agak boleh tak ko terus sound dia. Mau berperang. Mesti ko tak sound atau buat mogok atau demonstrasi lalu ko memaki-hamun dan kau membuka aib dia. Mesti ko tunjuk akhlak kan? Kemudian ko doa..kan? atau ko roger abang tabligh ustaz jumpa bapak..kan?

Kepada yang syadid sangat dengan pemerintahan. Semoga Allah bagi paham. (aku nak share video je sebenarnya)


adab dengan pemerintah



demonstrasi







Kita pun biasa dengar mafhum hadis yg maksudnya “barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian daripada kaum tersebut” dan “barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia akan dibangkitkan bersama kaum tersebut”. Semoga kita tidak digolongkan daripada golongan selain daripada golongan yang mengamalkan agama yang dibawa oleh nabi saw.

“orang dulu-dulu tak ikut cara nabi saw takde pun sibuk-sibuk nak kata cara yahudi, nasoro?!” memang la brader…dulu taktau. Sekarang dah tau tak payah la ikut lagi. Yang dah lepas tu kita istigfar la, moga Allah ampunkan kesalahan.

“Di Suatu masa Allah bertanya kepada nabi saw. adakah baginda saw ingin menjadi seorang nabi yang raja?, nabi saw jawab aku ingin jadi nabi yang miskin. Mahukah aku jadikan setiap di belakang engkau emas setiap kau berjalan? Nabi saw jawab cukuplah satu hari aku kenyang, satu hari aku belapar. Bila aku kenyang aku bersyukur, bila aku lapar aku bersabar. “

Kepada yang berharap agama islam yang suci ini akan tersebar dengan pemerintahan semata-mata atau dengan kemudahan dan kekayaan harta maka kita telah silap. Agama yang mulia ini hanya akan tersebar dengan mujahadah dan susah-payah sepertimana nabi saw dan sahabat2 r.ahum bersusah-payah.

Dan jangan salahkan sesiapa bila harga barang naik tapi salahkanlah diri sendiri kerana saya sebagai umat islam telah tidak mengamalkan agama dengan sungguh-sungguh. Kata ulama’ kerosakan muka bumi hari ini adalah sebab daripada amalan orang islam sendiri yang tidak mengamalkan agama (perintah Allah dan sunnah nabi saw)

Jangan harap syariat akan tertegak selagimana iman umat islam sendiri lemah. Jangan harap huduh hudud yang diimpikan akan tercapai selagi iman umat islam ini lemah. Tu tak kira dengan cinta dunia lagi. (aku la tu..isk3). sahabat2 r.hum telah bergerak dengan adab yang diajar nabi saw. hingga Allah kuatkan iman dan sebarkan hidayat asbab keinginan dan susah-payah mereka agar manusia beriman dengan Allah. Bukan mereka nak islamkan Negara.


Allah tidak memandang rupa, harta dan kekuasaan kamu. tapi Allah melihat hati yakni iman kamu. sekuat mana iman manusia kepada Allah dan nabi saw. sejauh itu dia akan mentaati perintah Allah dan sunnah nabi saw. bukan dengan sekuat mana pemerintahan atau kekuasaan atau kekayaan atau pengaruh atau senjata atau kereta kebal dan lain2.



"we will bring the life of sahaba back!"



maaf kalau terjosh...






p/s: aku pilih ustaz ni sebab dia amal sunnah mirip2 nabi saw. di samping hensem dengan sunnah ~jangguuuut~ hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...