keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Monday, June 13, 2011

1st orientate budak part 1 wing 2C

sempana riau Episode 2


1st orientate budak part 1 wing 2C


Ok, sebenarnya kolej SR ni ialah kolej paling famous kat UiTM segamat. Sebut je budak SR sume budak2 UiTM kenal dan gerun (especially dak2 laki kolej TS). Oh, TS tu kolej taming sari, besebelahan kolej SR. di kalangan siswi pulak diorang telah diajar oleh senior2 mereka bahawa dak2 kolej SR ni ganas2. Tak macam dak2 TS, skema2, baik dan rajin2. Huhu.

Citenye cani, sebelum aku kene orientate. Jap2..ok, definisi Orientate kat SR ialah budak2 senior kumpul ramai2 dlm 1 bilik dan panggil budak2 junior untuk suaikenal (suaikenal la sgt..). sebelum aku dan member part 1 kene orientate, brader2 fesi dan member TS dah sound awal2 yg kolej SR ni memang brutal. aku tetap cool. Aku nekad diorang cari pasal dengan aku memang aku blasah je diorang. Haha. Otai kan?

Lepas MMS (minggu mesra siswa)

Dak2 part 1 sume dihantar ke bilik tetap. Sebelum ni bilik sementara untuk MMS. Aku dan 2 orang member lain dapat bilik no 253 wing 2c. Setelah dikenalpasti ada 9 orang budak part 1 kat wing 2c. waktu tu senior2 belum balik lagi kitorang pon layan kepala sendiri r.


SR253 biliki kesayangan aku. pintu bilik kami jadi mangsa.



Ketibaan senior.

Hari ahad senior2 dah mula meramai kat wing. Waktu Aku jalan kat bawah kolej sempat gak usha2 kat atas. Aku perasan ramai senior dah betenggek kat koridor wing masing2. Cara Diorang tengok memang bajet samseng r. aku steady je. Haha.

Malam pertama dgn senior

Lepas solat isyak dan makan2. Ada sorang senior part 3 datang bilik aku. Dia kata “nama aku Keri, pukul 9 mlm datang bilik SR254, ajak sume part 1 wing ni”. Sebelah bilik aku. Kitorang pon ok r. dia pon layan baik, dia sempat nasihat bahwa jangan pakai boxer dan hisap rokok.


mutek (wing capt) bersama zick (senior) dlm acara perasmian party wing. woha!

Seperti yg diarahkan kitorang pon pegi SR254. Kitorang bg salam sambil ketuk pintu. Bukak2 je pintu, pergh…kecut perut aku.haha. dalam bilik tu penuh dengan dak2 senior. Apahal ni? Aku kata dlm hati. Bayangkan, 2 katil double decker dipenuhi oleh manusia yg lagak samseng gila. Tak cukup lagi, atas meja studi pon diorang duduk gak. Memang penuh r. muka sume bajet nak belasah orang. Kitorang pun masuk. Kitorang pon dipersilakan duduk. Katne lagi nak duduk, sume dah penuh. Rupe2nya memang space lantai tu provide utk kitorang. Kitorang pon duduk macam orang bersalah. Muka memang muka insaf dah (takleh blah dah).

Senior paling besar sekali dak part 6. Paling kecik part 3. Aku tengok senior part 3 ni dia punya taat. Masyallah. Sorang mamat ni nama dia borris, dak part 6. Dia kata kat dak part 3 tu “aku lapar la”. Tanpa disuruh terus masak megi. Haha. Gila kuli! (ceh, taktau lagi nasib kaw)

Malam tu memang kene gila2 kitorang. Dak2 part 1 jadi bahan permainan senior2. Pergh, aku ingat lagi diorang suruh aku belakon jadi rempit, jadi bahan gelak aku malam tuh. Memang geram r. diorang siap rakam pulak tu, taktaw la masuk youtube ke tak. Member aku lain pon kene. Ada yang kena maki. Ada yang hampir2 kene belasah pon ada malam tu. Pasal ape tah, aku lupa.

Malam tu kitorang diajar tentang rule SR. iaitu 3M. mencuri, menipu, menganjing (ejek). Siapa buat memang menempah nahas. Mula2 aku ingat main2. Rupenye betul2. Aku pernah tengok balasan orang yang langgar 3M ni. Memang kene bantai gila2, siap masuk hospital pon ade. Aku ingat masuk U ni dak2 sume skema rupa2nya lebih gila lagi.

Malam tu setiap dak2 part 1 diberi nickname. Kejang, pabong, tenat, sunya, peni, atap, garpan, wahsu. Itulah dak2 part 1 sem julai 2007 di wing 2c. korang yg skg dok kat wing 2c try r usha2 kat dinding2 mana taw ada jumpa kesan vandalism kitorang. Haha.

Sebenarnya sepanjang orientate tu memang hardcore. Memang ujian mental habis. Ada yang nangis. Ada yang sampai quit. Korang dak2 SR sekarang ni tak rasa dah. Aku takleh nak cite kat sini sebab ulama kata tak elok tulis benda2 tak baik ni. So, tepaksa aku kurangkan. Korang bayangkan selama dekat 2 bulan budak2 part 1 satu SR kena pakai formal bila tiap kali ada senior nak jumpa dan tiap kali nak pegi dining. Muka memang takleh ketat r. ketat sikit je korang rasa r sampai subuh kaw kene orientate. Memang gila. Diorang kalau bantai korang memang la korang taktaw sape yg bantai, sebab diorang selimut korang cantik2 dulu. Haha.

Orientate malam tu habis bila azan subuh berkumandang. Yg bagusnya diorang tak bagi tido dulu. Diorang solat subuh dulu.

Budak2 SR digalakkan utk komen. Woha!

Ingat, korang sume jgn wat hal klu taknak kene #$%&@#$%!!! Haha!





p/s:

Jaga solat awal waktu di masjid asy-syakirin berjemaah. Selepas isyak ada bacaan hadis kat sudut buku2 bahagian belakang, aku harap sangat korang budak2 SR leh duduk sekali, 2 3 minit pon ok.



Wednesday, June 8, 2011

kaya hati

mari berfikir




kalau kita lihat orang kaya. mempunyai rumah besar. kereta mewah. wang yang banyak. kelihatannya seperti bahagia. tapi tidak beriman dan mentaati perintah Allah. sebenarnya hatinya gersang. hatinya kering. tidak tenang dan tenteram. tidak bahagia. ada kajian mengatakan di negara-negara maju. rakyatnya pun kaya-raya. namun tidak ada kebahagian di dalam hati mereka. di dunia sudah sia-sia hidupnya. di akhirat lebih lagi sia-sia kehidupannya. bahkan akan diazab.


kata ulama' orang yang mentaati perintah Allah serta sunnah nabi saw. itu kadang-kadang kelihatannya seperti susah. rumahnya kecil. pakaiannya tidak mahal dan cantik. tapi hatinya merasa tenang, tenteram dan bahagia sekali. hatinya kaya dengan sifat-sifat terpuji. qanaah, sabar, syukur, taqwa. apalagi kalau orang yang bangun buat usaha agama. orang seperti ini di dunia sudah mendapatkan ketenangan, tenteram dan kebahagiaan. di akhirat nanti akan lebih tenang lagi. dia akan disibukkan dengan segala macam kegembiraan, kebahagiaan dan berbagai nikmat lagi. Allahuakbar!



kisah ini quote from kitab fadhilat sadaqah:


suatu masa di masjidil haram. terdapat seorang hamba Allah yang terus tekun beribadah. bajunya compang-camping langsung ibadah di sisi kaabah. badannya kurus. kelihatan sangat susah dan miskin.



lalu seorang hamba Allah yang kaya. dilihatnya hamba Allah yang miskin itu tekun ibadah. lalu timbul rasa kasihan. terus dia mendapatkan hamba Allah yang miskin itu.

langsung dikeluarkan dari saku satu uncang wang emas. lalu ingin diberi kepada hamba Allah yang miskin itu. dia berkata

"wahai tuan, ini ada 500 dinar"

"ada apa ini tuan?" tanya si miskin

"ini hadiah buat kamu"

"apa dengan memberi wang ini tuan masih mempunyai harta?"

"alhamdulillah masih ada"

"apakah tuan masih mahu bertambah harta"

"iya mahu"

"kalau begitu tuan ambil semula wang ini, tuan lebih memerlukan daripada saya"





(daripada kisah ini kalau dilihat secara biasa tampak yang kaya itu orang yang ingin memberi wang 500 dinar. jika dihalusi, sebenarnya orang yang kaya itu ialah orang miskin yang ibadah itu. hatinya sentiasa merasa cukup. benarlah sabdaan nabi saw "orang yang kaya ialah orang yang kaya hatinya")





kaya harta belum tentu memberi
kaya hati segalanya akan diberi









Sabda Rasulullah S.A.W,

"Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah S.W.T akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina, dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya, Allah S.W.T akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan."

Hadith riwayat Ibnu majah dan Tirmizi.




keselamatan, ketenangan, kebahagiaan, kemuliaan, keuntungan, kemakmuran dan kejayaan seluruh umat manusia hanya dalam keimanan kepada Allah dengan cara nabi Muhammad saw. dan redha Islam sebagai agama.






wallahualam




Monday, June 6, 2011

sempana riau 1

assalamualaikum.




hari ni tetiba aku rasa aku nak cite pengalaman aku time kat kolej uitm segamat dulu. suka-duka, tangis-tawa. dan sehinggalah aku kenal usaha agama yg mulia ini. insyallah. tapi yg ni episod 1 r.



EPISOD 1 / BAB 1


dulu sebelum gua jejak kaki kat UiTM Segamat gua ialah budak kolej kemahiran. gua sempatlah belajar automotif sikit. penah la makan minyak itam kat celah2 kuku (igt senang nk basuh). time ni gua memang semangat rempit lagi r. budak2 pun ramai pakai rxz, 125z, panther...gua pakai lagenda bapak gua jer bro. haha.

kolej kemahiran gua kat kuala selangor. gua pernah rempit sorang2 dpd umah gua klang sampai kolej dlm setengah jam jer. haha. jgn main2! lagenda standard jer bro.


dak memang otai2 r aku cakap kaw. member aku pernah kena tinju kot pasal wat hal. macam kene serang tebuan muka dia (bayangkan muka yg hensem pastu kene sengat tebuan yg byk...dasat). memang dak2 kuat2 (gaduh r). ye r hari2 turun naik enjin. member baik aku yg kitorang gelar tok imam pun kene bantai. Alhamdulillah aku tak penah kene.

tapi yg bagusnya senior2 dia latih budak2 ni solat jemaah. otai2 pun solat gak. memang r, en Akob pagi2 datang bawak rotan.haha. lepas isyak akan ada sorang bangun dok atas kerusi kemudian baca kisah2 orang soleh. aku penah kene baca sekali. (aku taktau lagi tu taklim masa tu sebab lom dpt usaha)

satu hari, gua check pemohonan UPU. MashaAllah, gua dpt tawaran UiTM. gua gembira tapi sikit terkilan sebab tak dapat kos akaun.huhu. member gua tak dapat.

pendek cerita gua kene quit. budak2 sume tau yg gua dapat tawaran UiTM. diorang pon sedih (takleh blah!). aku ingat lagi diorang kata. abes la "rid" jadi dak skema la ko, baca buku. haha!. gua stedi jer bro. pastu gua blah!





SR (SARANG RAKSASA!!) HAHAHA!


ok, gua nak cerita gua punya pengalaman ngeri time gua kat kolej kediaman sempana alam buana...bukan. itu kolej budak pempuan. gua punya kolej ialah kolej SEMPANA RIAU(SR)! HAHAHA (gelak gengster)


klu gua tak silap sempana riau ni nama keris


benda pertama kene buat lepas daftar U gua kene daftar kolej kediaman. ye r. takkan gua nak dok kat masjid kot (taktau fadhilat masjid). petang tu famili sume blah balik umah (pakcik makcik sedara-mara sume ade semata2 nk hantar aku, huh).

jeng jeng jeng

(belum ape2 lagi laa) ok, dak2 part one sume kene MMS(minggu mesra siswa). kalau tak silap gua sepanjang 5 hari MMS tu gua kehilangan dekat 10 kg berat gak r. rush gila. makan 3 minit jer (spt anjuran ulama iaitu kurangkan masa makan). gua memang bengang dengan brader fesi yg conduct tu (tapi skg jd member, senior aku).

kat dalam dewan sri temenggong pulak byk lalat time tu. gua taktaw mana datang lalat byk2 tuh. yg pasti memang gua marah! gua ingat segamat ialah "segar amat" rupanya "segamat byk lalat".

kat dlm SR ada 11 wing. bilik 1st gua masuk no 135 wing 1b. 1st time gua masuk, pergh ni kolej U ke ape? conteng sana sini. tapi gua punya bilik ok. gua jalan2 sekitar wing. gua jumpa carta organisasi wing 1b. gua baca nama sorang demi sorang, pergh...ini nama apa?! macam nama orang asli ada orang mexico pon ada. tapi design kat carta tu memang gila dan memang macam samseng taiko besar punya stail.

malam tu brader fesi kumpul siswa2 (siswa la konon) dan lantik wing captain utk setiap wing. memang gua tengok budak2 sume muka skema2. takleh blah. gua pun poyo otai tapi alim (lagi takleh blah). kemudian wing capt utk wing 1b dilantik, sorang mamat botak. poyo gua tgk. pastu ada ke patut gua kene jadi penolong dia...


ok, cite akan bersambung...





"we are different but we are under one roof! we are eSaRian!"




Friday, June 3, 2011

hurmm


aku taktau apa nak cakap wat masa skang ni


kadang2 aku rasa nak belasah punching bag nih sepuas hati...tp takde partner nk mintak pegangkan


haih, tak paham


selalu kalah


ya Allah, tenangkanlah saya dan jauhkanlah saya dpd syaitan

Monday, May 23, 2011

langkah pertama kita?


assalamualaikum....

(sebarkan salam syiarkan islam)



Diceritakan oleh Nadhr bin Abdullah.

"Pada suatu hari ketika Anas masih hidup cuaca telah menjadi kelam. Saya pergi berjumpa dengannya sambil bertanya: "Pernah kau lihat perkara yang seperti ini berlaku semasa hayatRasullullah s.a.w.?" Dia menjawab:"Aku berlindung dengan Allah s.w.t.. Pada masa itu kalau berlaku angin ribut kami akan bersegera kemasjid takut kalau-kalau berlaku hari kiamat."Abu Darda bercerita: "Apabila angin kencang bertiup Nabi Muhammad s.a.w. akan berasa cemas.Baginda s.a.w. akan pergi kemasjid."


(kakuzari ringkas dpd ustaz time kat uitm segamat: beberapa masa sebelum kejadian tsunami di acheh sorang peniaga laki2 mendapati cuaca seperti berangin dan berasa tak sedap hati. lantas teringat amalan nabi saw langsung menuju ke masjid dan solat 2 rakaat. selesai solat 2 rakaat beliau keluar masjid lalu mendapati segala2nya telah musnah. Allahuakbar!. dalam sunnah ada kejayaan.)




kisah ini bertepatan seperti yang ditekankan dalam bayan hazrat Maulana Saad d.barakatuh sewaktu di ijtimak Nilai yang mana bila berlaku saja apa2 masalah kita hendaklah terus berlari ke masjid dan mohon bantuan Allah dengan perantaraan amal. ke depankan amal kemudian baru kita ikhtiar. di setiap perkara ujian oleh Allah, Allah ingin lihat ke mana langkah pertama kita, samada berlari kepada amal atau terus kepada asbab.

.



dlm sebuah kisah tamsilan:

ada sorang budak nama dia Abu. budak kecik je. satu hari dia dengan bapak dia pergi ke pasar raya. dalam perjalanan dia bertemu dengan kawan bernama Ali. Ali tanya Abu, "Abu, kau nak pegi mana?" Abu jawab, "saya mau pergi pasar...nak beli basikaaaallll". Ali berkata "eleh...kau ada duit ke?" Abu jawab "takda". Ali gelak "takda duit nak beli basikal....hahaha". Abu pun jawab dengan yakin "saya takda duit tapi ayah saya ada!...ayah saya bersama saya!"



kalau kita lihat sahabat2 r.a, mereka punya karib atau dekatnya dengan Allah dalam setiap apa perkara mereka akan menuju kepada Allah. apa2 hal terus minta kpd Allah. umpama karibnya Abu dengan bapak dia. bahkan lebih lagi!



kita (aku sebenarnya)

masih gantung pada baki. bila kita check poket rasa2...."oh, alhamdulillah ada duit lagi" cube tgk dompet "oh, masih ada lagi". kita lega bila ada baki. klu takde baru ingat Allah. huuh...sedihnya.



sahabat

langsung pada Baaqi. apa2 hal terus jumpa Allah. Dialah yg kekal. khazanah Allah yang takkan habis bahkan tak pernah berkurang. sahabat r.a bila ada baki apa jadi? mereka perabis sume di jalan Allah. berasa risau bila baki bersama mereka. Allahuakbar!





"hasbunallah wa ni'mal wakil, ni'mal mawla wa ni'man nashir"




ya Allah beri taufik pada saya utk tiru sahabat2 r.a..amin



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...