kenapa diri saya lemah?
sebab tulang belakang saya lemah.
apa tulang belakang saya?
amal infradi dan amal ijtimai.
kenapa tulang belakang saya lemah?
sebab saya suka amal infradi dan amal ijtimai.
sebab saya suka cakap kebesaran Allah.
sebab saya rasa saya suka.
bila saya suka, saya akan buat waktu saya suka je.
kenapa saya jadi macam gitu?
sebab saya sibuk nak cari amal yang lain pulak.
sampai saya tinggal apa yang saya tahu.
haa...baru ingat, nabi saw pernah bersabda mafhumnya "amalkan apa yang kamu tahu, nescaya Allah akan tambah apa yang kamu tidak tahu"
kenapa saya rasa relax dan tak risau?
sebab saya sukalah.
saya tak rasa saya perlu.
p/s: kpd diri saya yang pendosa,
satu orang yang solat berjemaah, amal infradi dan ijtimai, dakwah ila Allah, ikut Rasulullah
sebab suka, jadinya hanya akan solat berjemaah, amal infradi dan ijtimai, dakwah ila Allah, ikut Rasulullah waktu suka sahaja.
berbeza dengan satu orang yang merasakan perlu.
satu orang yang perlu, dia akan terus solat berjemaah, amal infradi dan ijtimai, dakwah ila Allah, ikut Rasulullah walau apa cara sekalipun.
SEBAB dia memerlukannya sebagaimana :
-dia perlu makan waktu perut dia lapar,
-tekak dia dahaga kekeringan,
-kerja waktu duit pokai,
-balik kampung sebab rindu mak ayah.
atas maksud ini saya mahu usahakan bagaimana rasa ini masuk ke dalam :
1. hati saya
2. hati ahli keluarga saya
3. hati sahabat2 saya
4. hati seluruh umat....
No comments:
Post a Comment