Tuesday, April 27, 2010
kursus memperkasa iman
Alhamdulillah, kursus memperkasa iman selama 3 hari berjalan dengan lancar.
Bertempat di surau bt. 8 dan 2 hari berikut seramai 4 org student dan 6 org tempatan di transfer ke surau paya dalam, segamat.
asalnya 1 jemaah saja tetapi setelah melihat keadaan jemaah yang agak besar hampir2 mencapai 30 org, amirsab memutuskan utk bentuk 1 jemaah lagi...
dan kami dihantar ke surau paya dalam.
kejayaan harimau di dalam hutan belantara. kalau harimau keluar daripada hutan, maka dia akan ditangkap ataupun ditembak oleh manusia.
begitu juga halnya dengan ikan. kejayaan ikan dijadikan didalam air. apabila ikan berada di luar air maka ia akan mati....dan kejayaan bagi manusia hanya di dalam agama.
hari ni kita dapat lihat banyak kejahilan dan kemaksiatan berlaku di sana dan di sini. macam2 hal tak baik terjadi. kes demi kes dicatatkan. ini semua berlaku kerana kita tidak mengamalkan agama. sama ceritanya seperti sang harimau dan si ikan.
apabila kita tidak berada dalam agama, taat Allah dan ikut Rasulullah. maka kita akan mati. taqwa akan hilang dan sukar dibentuk. terlupa tentang iman. dan yakin akan menjauh dari diri kita.
iman dan yakin mesti kita usahakan setiap masa, hari-hari. bukan 2 minggu sekali, sebulan 3 kali. seperti sahabat2 r.ahum, mereka ni sentiasa curiga tentang iman mereka bahawa adakah mereka akan mati dalam keadaan iman?. iman mesti diusahakan untuk memudahkan kita amalkan agama menyeluruh dengan sempurna. iman yang diusahakan akan memudahkan kita untuk taat perintah Allah dan amal sunnah Rasulullah.
antara cara2 nak tingkatkan iman:
1. fikir tentang kehebatan Allah swt.
2. lihat dan dengar kebesaran Allah swt.
3. cakapkan kebesaran Allah swt. (adakan majlis2 cerita kebesran Allah, 2 org pn cukup sambil2 tunggu bas)
4. amalkan sunnah Rasulullah saw. (penampilan, sirah, fikir(risau umat))
5. baca al-Quran dan dengar hadis2 nabi saw.
6. dengar kisah-kisah sahabat r.ahum.
perkara2 ini (1-6) perlu doa dan didakwahkan kedalam hati kita, keluarga dan umumnya seluruh umat ini. agar perkara2 ini dapat masuk kedalam hati dan diri kita. agar kita mendapat kejayaan yang sebenar.
Alhamdulillah, pulang dari 3 hari dijalan Allah sedikit-sebanyak iman dapat ditingkatkan. habiskan sebahagian masa di dalam rumah Allah. duduk bersama orang2 soleh yang banyak korban utk kerja agama. moga Allah pelihara saya dari melakukan kejahatan. Allaualam.
p/s: kwn2 yg nak join kursus ini buleh rujuk pd mana2 jemaah tabligh di kaw anda.
tak yah isi borang. tiada yuran keahlian. iman insyallah naik.
Friday, April 23, 2010
alam semulajadi vs alam ciptaan Allah swt.???
pagi2 camni dpt broadband plak...ley kongsi2 pikir sket.
"alam semulajadi (nature konon)"...apa tue??? ape benda tu...(juga 1 makhluk)
ada ke alam semulajadi...wujudkah alam semulajadi?
tunjukkan, buktikan, bawa sample....aku rasa kata2 camni also sangat2 bahaya untuk diri kita. Mana ada alam semulajadi. Semua alam ciptaan Allah swt...tidak ada satu pun makhluk yang bisa hidup dan mati melainkan dengan izin Allah dan kekuasaan Allah swt.
semua yang kita nampak, kita tak nampak, kita dengar, kita lihat, kita rasa...semuanya ciptaan Allah swt. Satu pun tak terlepas dari pemeliharaan Allah swt. Semuanya digerak-gerakkan oleh Allah swt.
"segala puji bagi Allah tuhan yg memelihara sekalian alam" (al-fatihah 2)
kata2 macam ini adalah kata2 pembohongan. Kata2 macam ini yang bisa sangat menjauhkan kita daripada memikir kehebatan Allah swt.
pergi ke tepi pantai yg indah, lihat gunung-ganang, nampak binatang2 liar kat tv...yang keluar di bibir "indahnya alam semulajadi"...lalu ke mana kehebatan Allah swt.??
Bahkan gunung-ganang, air lautan, ikan-ikan, burung-burung berkicauan, hembusan angin, pokok-pokok....mereka ini sendiri sentiasa bertasbih kepada Allah swt.
perkara ini mungkin terlalu remeh dan kecil. Benar!!! dan dgn asbab perkara ini kita lupa sama Allah swt. yg menciptakan kita (saya la tue).
targhib sket.
kesimpulanya kita mesti dan wajib tukar
kata2 ini -> "alam semulajadi" kepada
kata2 seperti ini -> "alam ciptaan Allah"...
apabila melihat sahaja sebarang keindahan alam, keunikan, kecantikan, kepandaian....terus masukkan dalam hati kita zikrullah..biasakan lidah kita ucapkan "hebat alam ciptaan Allah"....(walaupun hakikatnya dunia tiada nilai di sisi Allah swt.)
apabila perkara ini diulang2, maka kata2 sebegini yang akan keluar di bibir setiap kalinya. Inilah dia kata2 yang benar, yang menggambarkan kita sebagai seorang muslim hamba Allah, yang membezakan orang islam dengan bukan islam.
Allahualam.
Thursday, April 15, 2010
tanpa ilmu gelap masa depan?
bertempat di masjid Ar-rahman....time tu jemaah bertebaran di atas mukebumi Allah buat khususi random...
aku patner dgn abg Yahya time tu....ni citer member aku yg bersama dgn amirsab...
diorg naik moto time tu...tak semena-mena Allah swt tunjukkan satu signboard yang bertulis "tanpa ilmu gelap masa hadapan"....betul ker???
amirsab bagitaw same member td tentang ayat tadi...
dan dilanjutkan dalam muzakarah....(cc nak tutup la, sambung nanti la....)
ok sambung...
"tanpa ilmu gelap masa hadapan"....(masa hadapan?) bahaya ayat ni...
ini boleh membawa maksud bahawa orang bodoh akan gagal masa hadapan...
orang tak pegi skolah gagal lah...
orang berilmu yang akan berjaya.
ayat ni boleh jadi asbab syirik...ilmu pun 1 mahkluk, tidak ada kuasa.
Allah nk tunjuk bukti. sorang dari jemaah kitorang kurang pandai orangnya...tak suke pergi skolah time die kecik...tgk kete die, wow!!!
ayat yang sebenar-benar adalah "tanpa agama & ilmu agama gelap masa hadapan"
haa...ini baru betul.
1 orang pandai sejarah, geografi dan lain2...adakah die berjaya di masa depan???
die gagal masa depan bile tanpa agama...
1 orang bodoh matematik, bodoh sains dan mcm2 lagi....adakan die gagal???
die gagal bile tanpa agama.
bila tiada agama barulah gelap masa depan.
agama is no 1.
kejayaan seluruh manusia apabila agama Allah diamalkan.
taat perintah Allah.
amal sunnah Rasulullah.
Monday, April 12, 2010
ari sabtu pg markaz dengan bdk2 (markaz???)..Alhamdulillah 5 org dipilih Allah...dkt madrasah tahfiz.
bese r...malam markaz kan??? smpi2 terus duduk dengar bayan dari pembayan (pakcik2 tua/org2 lame)...
berangkat pulang Uitm pagi tadi...ingat balik bayan subuh tadi...huhu...
touching tgk pakcik tu nangis...
duduk dalam kereta sambil dengar bayan maulana saad.
tiba2 member sebelah bukak blek kisah dlm bayan subuh tadi....
ma rabbuka? siapa tuhan kamu?
man nabiyuka? siapa nabi kamu?
lidah akan berkata ALLAH...
lidah akan berkata MUHAMMAD SAW...
la....time tu kan mulut dikunci x leh ckp???kan...??
amal la yg jawab....anggota2 tubuh lain yg akn jwb dan jadi saksi....kan...
macammana nk jwb sedangkan sarung kasut pun mula dgn kaki kiri?? bkn dgn kaki kanan...
macammana nak jawab kalau dagu bersih berkilat akibat dicukur???
macammana nak jawab kalau makan pakai tgn kiri???pakai sudu garpu???
macammana nak jawab kalau kite hari2 cakap, cerita, bual, sembang pasal kereta, rumah, bola, MU, test IB, assignment, dan lain2.
macam2 lagi macammana macammana macammana????
cakap2 iman kurang sgt(ade ke?) cerita2 kebesaran Allah dah jauh dari hati manusia(sy la orgnye)
sunnah nabi sendiri tak diamal(saya la tu)....macammana nak survive???
apa yang Allah nak dan suka semua di dalam sunnah nabi SAW.
jawabnya dok diam la kalau kena soal kat kubur....kat mashar camne pulak???
hari ni kita rugi sgt2 sebab tak amal sunnah....
satu orang kerja kilang, dtg jmpa pegawai askar minta gaji....
pastilah dia tak dapat...sebab pegawai tak kenal dan org tu bkn ahli askar....
dlm 1 mafhum hadis Nabi saw. bersabda "barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan dibangkitkan dengan kaum tersebut"
tetibe 1 hari kite dtg jumpe Rasulullah saw. nak minta syafaat....dress up yahudi, nasrani, majusi dan lain2 yg bukan dress up ahli sunnah jamaah...
agak2 camne la dgn kita ek????
targhib sket...
kejayaan manusia hanya dalam agama, taat perintah Allah dan ikut cara hidup nabi saw.
kite kena banyakkan dakwah kebesaran Allah lagi dan lagi sampai mati(pakcik2 selalu cakap). kite kena, mesti dan perlu amalkan sunnah Baginda saw. surah,sirah,sarirah.
dengan ini kejayaan akan jadi milik kita Insyallah.
Friday, April 2, 2010
doa maulana saad
Ya Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kami
Ya Allah Tutupkanlah Kesalahan-Kesalahan Kami
Ya Allah Tukarkanlah Keburukan-Keburukan Kami Kepada Kebaikan-Kebaikan
Ya Allah Engkau Masukkan Hakikat Iman Dalam Hati Kami
Ya Allah Engkaukan Kurniakan Sifat-Sifat Iman Dalam Diri Kami
Ya Allah Engkau Kurniakan Pengikhtirafan Mu Pada Kami
Ya Allah Kurniakan Kami Hubungan Yang Khusus Dgn Zat Mu
Ya Allah Engkau Milik Kami Dan Kami Milikmu Ya Allah
Ya Allah Bantu Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
Ya Allah Tetapkan Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
Ya Allah Kurniakan Istiklas Dan Istiqamat
Ya Allah Engkau Satukan Umat Ini Dengan Usaha Dakwah
Ya Allah Engkau Jadikan Setiap Individu Umat Ini Daee Agama Mu
Ya Allah Kurniakanlah Kepedihan Atas Keruntuhan Agama Dalam Hati-Hati Umat Ini
Ya Allah Engkau Gunakan Setiap Kemampuan-Kemampuan Kami Dalam Kerja Agama
Ya Allah Engkau Gunakan Umat Ini Untuk Buat Pengorbanan Untuk Agama Mu
Ya Allah Engkau Kurniakan Hidayah Pada Seluruh Umat
Ya Allah Engkaulah Yang Satu-Satunya Yang Membuat Tarbiyah Hakiki Hanya Tarbiyahmulah Yang Hakikat Tarbiyah. Ya Allah Tarbiyahlah Umat Ini Dengan Sebaiknya
Ya Allah Engkau Kurniakan Kami Dgn Kehidupan Sunnah Nabi Saw
Ya Allah Engkau Hidupkan Kehidupan Sunnah Nabi Saw Pada Umat
Ya Allah Engkau Kurniakan Kebencian Dalam Hati Kami Cara Kehidupan Orang Kafir Dan Hidupkan Sunnah-Sunnah Dalam Diri Kami
Ya Allah Keluarkanlah Sifat Kehaiwanan Dan Tidak Berakhlak Dari Kami
Ya Allah Kurniakan Sifat Insaniyah Dalam Diri Kami
Ya Allah Tunjuklah Setiap Individu Umat Ini
Ya Allah Amkan Hidayat Pada Seluruh Umat
Ya Allah Luaskanlah Jalan-Jalan Hidayat
Ya Allah Tutupkanlah Pintu-Pintu Bathil
Ya Allah Hancurkanlah Suara-Suara Bathil
Ya Allah Engkau Gagalkanlah Rancangan-Rancangan Bathil
Ya Allah Peliharalah Usaha-Usaha Agama Ini, Rakan-Rakan Usaha Agama, Markas-Markas Usaha Agama, Masjid-Masjid Buat Usaha Agama, Madrasah-Madrasah Dan Semua Pergerakan-Pergerakan Agama Yang Haq
Ya Allah Bantulah Kami Dengan Setiap Langkah Kami
Ya Allah Tunjuklah Kami Dengan Setiap Langkah Kami
Ya Allah Kurniakan Taufik Untuk Buat Kebaikan-Kebaikan
Ya Allah Bantu Kami Dengan Usaha-Usaha Agama Yang Penting
Ya Allah Kurniakan Keampunan, Tutupkan Kesalahan-Kesalahan Kami, Mudahkanlah Kami .
Ya Allah Kurniakanlah Ihsan Mu Pada Kami.
Ya Allah Mudahkan Urusan Kami Dengan Fadhil Mu
Ya Allah Tanamkan Keyakinan Atas Nusrah Ghaibmu Dalam Hati Kami Dank Au Turunkan Nusrah Ghaibmu Pada Kami.
Ya Allah Dimana Perlunya Hujan, Engkau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3x )
Ya Allah Jangan Pandang Umat Ini Dengan Pandangan Murka Mu Lihatlah Umat Ini Dengan Pandangan Ihsan Mu
Ya Allah Jadikan Umat Ini Menyesal Atas Dosa-Dosa Yang Dilakukan Dan Kurniakan Umat Ini Taufik Untuk Bertaubat
Ya Allah Jangan Hindarkan Rahmat / Ihsan Mu Pada Umat Ini
Ya Allah Kasihanlah Dan Rahmatilah Umat Ini. Kau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3 X )
Ya Allah Keluarkanlah Harapan Dalam Hati Kami Pada Ghair, Kurniakan Kami Mtaufik Untuk Mengambil Manafaat Terus Dari Zat Mu
Ya Allah Keluarkanlah Yakin Salah Pada Makhluk Dalam Hati-Hati Kami Dan Tetapkan Kami Dalam Metaati Perintah-Perintah Mu
Ya Allah Pada Orang-Orang Yang Ada Masalah Hutang, Engkau Bantulah Mereka Dengan Pertolongan Ghaibmu Untuk Menyelesaikan Masalah Mereka.
Ya Allah Engkau Sembuhkanlah Orang-Orang Yang Sakit
Ya Allah Engkau Keluarkanlah Kelemahan-Kelemahan Zahir Dan Batin Kami
Ya Allah Engkau Kurniakanlah Kekuatan Zahir Dan Batin Kami
Ya Allah Pada Mereka Yang Ada Masalah Mahkamah Engkau Bebaskanlah Dari Masalah Mereka
Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati-Hati Umat
Ya Allah Hapuskanlah Kelalaian Dalam Diri Kami
Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati Kami
Ya Allah Dengan Ihsan Mu / Rahmat Mu Terimalah Doa Kami
( Ehsan Dari Teman Yang Pulang Khidmat Dua Bulan Di Markaz Nizamuddin )