keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Tuesday, April 27, 2010

kursus memperkasa iman

salam....
Alhamdulillah, kursus memperkasa iman selama 3 hari berjalan dengan lancar.
Bertempat di surau bt. 8 dan 2 hari berikut seramai 4 org student dan 6 org tempatan di transfer ke surau paya dalam, segamat.
asalnya 1 jemaah saja tetapi setelah melihat keadaan jemaah yang agak besar hampir2 mencapai 30 org, amirsab memutuskan utk bentuk 1 jemaah lagi...
dan kami dihantar ke surau paya dalam.

kejayaan harimau di dalam hutan belantara. kalau harimau keluar daripada hutan, maka dia akan ditangkap ataupun ditembak oleh manusia.
begitu juga halnya dengan ikan. kejayaan ikan dijadikan didalam air. apabila ikan berada di luar air maka ia akan mati....dan kejayaan bagi manusia hanya di dalam agama.

hari ni kita dapat lihat banyak kejahilan dan kemaksiatan berlaku di sana dan di sini. macam2 hal tak baik terjadi. kes demi kes dicatatkan. ini semua berlaku kerana kita tidak mengamalkan agama. sama ceritanya seperti sang harimau dan si ikan.
apabila kita tidak berada dalam agama, taat Allah dan ikut Rasulullah. maka kita akan mati. taqwa akan hilang dan sukar dibentuk. terlupa tentang iman. dan yakin akan menjauh dari diri kita.

iman dan yakin mesti kita usahakan setiap masa, hari-hari. bukan 2 minggu sekali, sebulan 3 kali. seperti sahabat2 r.ahum, mereka ni sentiasa curiga tentang iman mereka bahawa adakah mereka akan mati dalam keadaan iman?. iman mesti diusahakan untuk memudahkan kita amalkan agama menyeluruh dengan sempurna. iman yang diusahakan akan memudahkan kita untuk taat perintah Allah dan amal sunnah Rasulullah.

antara cara2 nak tingkatkan iman:
1. fikir tentang kehebatan Allah swt.
2. lihat dan dengar kebesaran Allah swt.
3. cakapkan kebesaran Allah swt. (adakan majlis2 cerita kebesran Allah, 2 org pn cukup sambil2 tunggu bas)
4. amalkan sunnah Rasulullah saw. (penampilan, sirah, fikir(risau umat))
5. baca al-Quran dan dengar hadis2 nabi saw.
6. dengar kisah-kisah sahabat r.ahum.

perkara2 ini (1-6) perlu doa dan didakwahkan kedalam hati kita, keluarga dan umumnya seluruh umat ini. agar perkara2 ini dapat masuk kedalam hati dan diri kita. agar kita mendapat kejayaan yang sebenar.

Alhamdulillah, pulang dari 3 hari dijalan Allah sedikit-sebanyak iman dapat ditingkatkan. habiskan sebahagian masa di dalam rumah Allah. duduk bersama orang2 soleh yang banyak korban utk kerja agama. moga Allah pelihara saya dari melakukan kejahatan. Allaualam.

p/s: kwn2 yg nak join kursus ini buleh rujuk pd mana2 jemaah tabligh di kaw anda.
tak yah isi borang. tiada yuran keahlian. iman insyallah naik.

2 comments:

  1. assalamualaikum....
    tahniah
    tahniah
    tahniah
    allah melimpahkan kehendaknya kepada kehendak mu untuk beriman dan beramal. beriman dan beramal soleh untuk menempuh ujian cintanya namun sesekali jauhkan hati mu dari beramal selain dari allah.
    tahniah
    tahniah
    tahniah

    TERCIPTA MANUSIA DI DALAM SYURGA
    LAHIR DARI SETITIS NUTFAH
    BIARLAH BANYAK ILMU DI DADA
    KELAK BEROLEH RAHMAT DAN MAKRIFAH

    ReplyDelete
  2. amin3...sme2lah kite..
    moge Allah tambahi ilmu dan beri taufik utk amal.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...