Sunday, February 27, 2011
mabuk
Sunday, February 20, 2011
petang itu?
Friday, February 18, 2011
kara okey!
Thursday, February 17, 2011
gua gelap?
Sunday, February 13, 2011
cemburu?
assalamualaikum wbt utk diriku dan korang yg sibuk nak bace....
alkisah, terdapatlah satu pasangan suami isteri baru sahaja kahwin...(pengantin baru)
si suami amatlah sayang terhadap isterinya. sudah lama hajat di hati untuk memperisterikan seorang wanita yang cantik itu...umpama bidadari katanya.
namun si isteri hanya sambil lewa terhadap suaminya (namun bkata ia sayang pd suami). "namun hanya dialah wanita yang bertapak di hati ku" kata si suami.
hari pertama:
si suami pulang ke rumah dan memanggil isterinya dan berkata..."sayang, abang balik nih...sayang masak ape? mesti sedap masakan isteri abang ni...."
namun si isteri tidak menjawab dan buat bodoh...si suami pergi bukak tudung saji dengan tahap kelaparan yang agak tinggi...tengok2 takde makanan daa...isteri tak masak (namun bkata ia sayang pd suami)
si suami hanya tersenyum dan bersyukur kerana mempunyai isteri yang cantik.
masuk hari kedua:
"sayang abang balik ni...sayang masak ape?" sapa suami sambil bukak tudung saji...
tengok2 kosong lagi...hurm..."lapar lagi aku..."
bukan stakat tu jer...kain baju, majalah2 semuanya bersepah...paling dasyat....dah masuk hari kedua bini die tak mandi....pergh...serabai habis..kesian siut...
suami masih bersabar dan bersyukur dan tersenyum kerana hanya engkaulah saja ratu di hatiku.
masuk hari ketiga:
"sayang abang baa....eh, apahal ade kasut orang laki pulak kat depaan umah aku nih..." suami konfius. oh, mungkin adik-beradik ipar kot....
suami pun berjalan masuk ke rumah dan melewati bilik utama mereka, suami terdengar suara laki2 dan isteri beliau seperti sedang bermesra2..."aik...apahal pulak nih!!!" suami cuba bersabar dan bersyukur dan tersenyum dan menganggap ianya hanya permainan perasaan.
lalu suami pun masuk ke bilik dan........
dan?
hati suami telah luluh-seluluh-luluhnya melihat isteri kesayangannya bersama laki2 lain. setelah segala2nya dikorbankan. inikah balasan yang kau berikan padaku. setelah ku serahkan sepenuh cintaku. segala2 janji2 kita dahulu telah kau musnahkan. kaulah isteri yang selalu bermain di minda bertakhta dihati telah mendustai ku. tergamak kau.
isk3...
kite habiskanlah cerita ni dengan cerita kite reka sendiri...
moral:
cemburunya si suami kerana setelah menjalinkan cinta rupe2nya dalam hati isterinya ada laki2 lain...isk3
tn2
cemburunya Allah lebih lagi dpd manusia. Allah telah cipta kita, pelihara kita, bagi rezeki kat kite...dan hanya 1 sahaja Allah inginkan...Allah ingin hati kite hanya ada Allah....tidak ada selain dpdNya. yakin kite, takut kite, sedih kite, sayang kite, mengadu kite...hanya pada ALLAH.
tapi hari ini, yang ada dalam hati saya?
DUNIA...yaa, tepat sekali. assignment, makan, main, tidor, lepak, duit, kereta besar, rumah besar, pangkat, kekayaan, isteri cantik dan sebagainya...sehingga saya lupa siapa yang mencipta alam ini, mentadbir alam ini dan yang akan hancurkan dunia ini. bila dapat anugerah (inilah hasil titik peluhku), bila selamat dpd lemas (nasib baik ko selamatkan aku abu, kalau tidak...), bila sakit..(mana panadol...huhu) oh! Sehingga terlupa Allah kerana perasan sibuk.
paling hampeh bila susah nak beli laptop, angkat tangan pas tu doa "ya allah, berilah saya duit...nak beli laptop" doa pon minta asbab.
Ceh!
tak kira nabi Muhammad saw lagi...
Daripada Anas katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga aku lebih dikasihinya dari bapanya, anaknya dan semua manusia. (al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah sangat menginginkan bahawa segala sunnah2nya diamalkan oleh umatnya. Rasulullah sungguh2 memberitahu bahawa “barangsiapa yg menyerupai suatu kaum maka akan dibangkitkan bersama kaum tersebut” baginda sangat2 bimbang kalau2 kita tidak bersamanya di akhirat nanti.
Tapi saya? Mana letaknya rasulullah di dalam hati saya? Apa buktinya saya kasih sama rasulullah saw.?
Apa yang ada dalam hati saya?
DUNIA…keinginan, kehendak sudah sama seperti org bukan islam. Penampilan, pemakaian, perbuatan, amalan, pemikiran, semuanya bertentangan dengan sunnah nabi saw.
Oh, sunnah sunat jer…tak buat tak dosa…yang saya dah serupa orang kapir apecer? Dengan keadaan ini masih bisakah saya menyatakan bahawa baginda saw di hati saya. Dalam keadaan saya dan umat telah jauh dpd sunnah nabi saw.
Jika rasulullah saw hadir sebelah kita, mau bicara apa sama baginda?
*****************************
Abu Hurairah r.a meriwayatkan, bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Seorang mukmin itu merasa cemburu, sedangkan Allah lebih besar rasa cemburunya -daripada dirinya-.” (HR. Bukhari dan Muslim, lihat Syarh Muslim li an-Nawawi [9/29]
Asma’ binti Abu Bakar r.a meriwayatkan, suatu saat dia mendengar Rasulullah Saw bersabda, “Tidak ada seorang pun yang lebih pencemburu daripada Allah ‘azza wa jalla.” (HR. Bukhari dan Muslim, lihat Syarh Muslim li an-Nawawi [9/28] - Dar Ibnu al-Haitsam Tahun 2003)
kisah NABI MUSA AS
Allah cemburu dengan Nabi Musa ? Ketika baginda sedang berbicara dengan Allah taala , Allah telah bertanya kepadanya : " Wahai Musa , apa yang ada di tangan kananmu ?" Lalu Nabi Musa menjawab : " Ditangan kananku ini ada tongkat yang mana dengan tongkat ini aku dapat pelbagai manfaat ."
Ketika ini Allah mula cemburu . Lalu Allah memerintahkan baginda untuk mencampak tongkat tersebut dan akhirnya , tongkat itu menjadi ULAR !! Baginda lari ketakutan . Tongkat yang selama ini memberi manfaat padanya kini menjadi ular yang merbahaya untuk dirinya ..
Lalu Allah memerintahkan baginda untuk memegang ular tu dan akhirnya ular telah bertukar menjadi tongkat semula . Kemudian , sekali lagi Allah bertanya kepadanya : " Apa yang ada di tangan kananmu ?" Lalu baginda menjawab : " Apa-apa yang kau mahu ... "
Lihatlah , Allah cemburu bila Nabi Musa kata yang tongkat tu yang bagi dia manfaat . Setelah Allah beri nabi musa pengajaran , akhirnya baginda mengakui yang, hanya Allah yang boleh baginya manfaat dengan kata-katanya : " Apa-apa yang kau mahu ..."
kisah NABI YA'KUB AS
Allah cemburu pada Nabi Ya'kub ?? Ketika 10 orang abang nabi yusuf minta izin kat Nabi Ya'kub untuk bawa Nabi Yusuf jalan-jalan , baginda telah berpesan kepada mereka :" Korang jagalah Yusuf tu elok-elok .." Disebabkan kata-kata baginda itu , Allah mula cemburu . Lalu Allah telah menyebabkan Nabi Ya'kub terpisah dengan Nabi Yusuf dalam jangka masa yang sangat panjang .
Tapi setelah Nabi Yusuf menjadi wazir Negeri Mesir , bila Nabi Yusuf minta 10 orang abangnya bawa adik kecilnya , Bunyamin , maka 10 orang abangnya telah minta izin Nabi Ya'kub untuk bawa Bunyamin . Lalu Nabi Ya'kub telah berpesan kepada 10 orang anaknya : " Aku tinggalkan ALLAH bersamanya ..."
Lihatlah , Allah ingin nabi ya'kub merasakan bahawa hanya DIA yang dapat menjaga anaknya . Yang mana akhirnya Nabi Ya'kub faham lalu berkata : " Aku tinggalkan Allah bersamanya ...." keyakinan yang tidak berbelah bagi semata-mata kepada Allah Yang Agung.
p/s: 3 point ttg sunnah
1. tak amal sunnah takpe tak dosa
2. tak amal sunnah rugi ler...(tak sama dgn company rugi 70 bilion us dollar...lebih rugi lagi)
3. tak amal sunnah nabi tak ngaku umat! isk3
Sunday, February 6, 2011
azam tuan2!
Tuesday, February 1, 2011
keuntungan masturat?
1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut, lalu Baginda saw. bertanya "adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”
11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
16. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
17. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
18. Rasulullah SAW bersabda bahwa, "Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid".
19. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
20. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
21. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
22. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.