keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Tuesday, February 1, 2011

keuntungan masturat?


awas: khas utk bacaan wanita shj...hehe




bila korang jumpe iklan cari kerja mesti korang tgk ape faedah yg korang akan dapat betol tak? gaji brape? ada elaun tak? bonus? kemudahan perubatan? kemudahan kuaters ke?
atau ape2 je la...
atau

bila korang nak invest money, mesti korang nak tau mcm mane return yg korang akan perolehi...kan?

atau

korang nak bukak ladang sawit, mesti korang kaji brape lumayan ganjaran korang nak dapat...kan?

atau

korang bedal dan belashah je wat keje tanpa ambil kira gaji...


nampaknye semangat korang utk bekerja, berlabur atau berladang akan lemah...



korang akan bekerja dgn rasa lemah keyakinan diri atau rasa terkonkong atau mula bosan atau mula buat keputusan untuk berhenti kerja.



jadi kat sini aku sumbat beberapa ganjaran untuk kaum wanita yang dah penat bekerja kat luar sana, ok!

Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut, lalu Baginda saw. bertanya "adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

16. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

17. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

18. Rasulullah SAW bersabda bahwa, "Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid".

19. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

20. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

21. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

22. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.


Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun)




amboi: suka hati koranglah nak bace kaum laki2 oi...degil betul..hehe



p/s: moge Allah kurniakan sy dan tn2 ahlia yg solehah....amin

p/s 2: aku kopi pes nih

9 comments:

  1. salam...bagus..mnx izin copy bleh?

    ReplyDelete
  2. ank ayah:
    amin...

    zai:
    dasat r...blom dpt dah taw2 je best

    hamdi:
    wslm. amek la bro...

    ReplyDelete
  3. ok. i'm still single and i'm a working lady. i get paid every month.

    but, being a housewife is always my ambition huhu..

    ReplyDelete
  4. Untunglah jika tiada pilihan. As lebih prefer begitu. Yakni pilihan yang ada hanya untuk berbakti pada suami di rumah. Itu yang paling superb!

    Walau bagaimanapun, masih ada wanita yang perlu penat-penat berkerja, sebab belum ada suami untuk berbakti. :)

    ReplyDelete
  5. untung la..

    haha..kena cepat2 la. jgn dok tunggu jer. kalau jumpa yg sesuai apa salahnya tiru sunnah khadijah r.ha..hang la pi masuk minang!

    hak hak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...