keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Thursday, March 17, 2011

rakan2

assalamualaikum wbt. maafkan aku wahai sahabat2...ini sekadar kongsi luahan perasaan.




setelah lamanya masa akhirnya Allah pilih aku untuk duduk dalam mesyuarat student petang tadi (walaupun aku tak wat ape2, juz dok dengar jer...huhu)




syukurnya ya Allah...dapat melihat wajah2 rakan2 usaha yang tenang..



aku lihat mereka seorang demi seorang...masyallah.




ada yang berjubah




t-shirt




kurta dan serban



janggut





snowcap




ada yang putih





hitam manis




masyallah





sungguh inilah kawan2 yang mengingatkan aku kpd Allah swt. (walaupun aku taktau nama ataupun terlupa...isk2, teruknya aku!)




rakan2 yang berkorban untuk mengajak manusia datang kepada Allah, Khaliq semesta alam!







rakan2 yang terpancar nur di wajah kerana tangisan dan rajut di malam hari.





rakan2 yang wajahnya tampak kerisauan terhadap nasib akhirat saudara2 yang lain.






rakan2 yang mana kelihatan di wajahnya sangkaan yang sentiasa baik terhadap aku yang penuh dengan dosa nih, oh!





rakan2 yang bila bertutur menjadi asbab meningkat iman aku...(tengok dari jauh pun dah cukup
utk buat aku insaf)






rakan2 yang membuat aku terbayang dan terkenangkan nabi saw dan sahabat2 r.a...






rakan2 yang sentiasa mesra walaupun tak kenal...tp buat2 macam dah lama kenal..huhu







oh, sahabat.






sungguh Allah memuliakan kalian...







isk3....tiba2 rasa sedih bila melihat mereka sebab....(oh, aku banyak buat maksiat)






oh! hinanya aku....isk3




korang..




aku sedih nih...











tambah pulak tadi ade satu jemaah tabligh dari perkampungan Yala, thailand keluar kat surau tu...


tambah touching aku dengar bayan karkuzari diorang...isk3





ya Allah ampunkanlah saya ni....byk dosa ni ya Allah...



kesian kat saya yang hina nih....isk3









p/s: oh! sahabat, bernilainya kalian....semoga Allah beri nikmat sahabat dan rakan2 spt ini kepada kita semua....amin

Tuesday, March 8, 2011

ringkas?

>ringkas

ringkas bermaksud sesuatu yang mudah, senang dan tidak keterlaluan (farid faisal, 2011)

ringkas juga beerti pendek dan tidak lama. apabila sesuatu perkara itu ringkas maka akan memudahkan seseorang untuk memahaminya. ringkasan juga bermaksud sinopsis. time sekolah dulu kan ade cikgu suruh wat ringkasan cerpen atau novel...


>kesan dpd ringkasan

-sebelum

contoh: novel ayat2 cinta yg ade 300 lebih atau kurang muke surat. tebal. panjang. berat 0.4kg mungkin. makan masa yg panjang utk habiskan (aku habiskan dlm tempoh 2 bulan....huhu). saiz yg tak boleh dimasukkan ke dlm poket baju utk dibawa kemana2.

-selepas

novel ayt2 cinta td jadi 2 pages je. print kat kertas A4. takde berat. boleh baca dalam masa 10 minit...(2,3 kali baca pon boleh). lipat2 then masuk dlm poket. Korang pon boleh gunakan duit, masa dan diri untuk tingkatkan iman dan amal kerana telah sedar pentingnya akhirat dpd dunia yg dah tak lama nih…kan?



mudahkan?

sebab kite pun sedar bukannye kite nak baca novel tu selama2nya kan. kan kite akan tinggalkan dunia yg fana nih. takkan nak habiskan masa dgn novel je...(makhlukkk...) isk3...



>kehidupan

apa yang korang faham tentang "aku datang untuk pergi"?

yaa, tepat sekali! kita datang kat dunia ni bukan utk tinggal kat sini. kite akan tinggalkan dunia nie...dunia hanya tempat persinggahan je. kehidupan kita yg sebenar di akhirat sana!



>matlamat hidup

redha Allah swt. dan Surga Allah swt (kegembiraan, kemewahan yg hakiki...woha!)

yaa...akhirat!



>kehidupan tidak ringkas (sarat)

kehidupan yang berlandaskan kemahuan, keinginan, kehendak ataupon secara terus-terangnya hawa napsu!

dah ada kereta sebijik nak tambah 2 bijik lagi. dah ada rumah 2 bijik nak 5 bijik. dah makan chiken cop nak buffalo cop pulak. dah ada sofa baru nak beli baru lagi. haish!

bile kerete dah berbijik2 nak pikir parking pulak. bila rumah besar2 takut pencuri pulak. nak cari buffalo cop kene pergi afrika pulak. sofa baru ni nak sumbat kat mane pulak?

byk2 lagi perkara yg meleret2 dpd benda2 ni shj. belum lain2 lagi.

bila dalam otak asyik pikir nak tambah harta....DUNIA!

kubur ko pecer brader? (kau igt kau boleh angkut ke harta banyak2 tuh! masuk kubur nanti, jgn kata kereta kau nak bawak msk...spender pon takleh! tinggal...)




>kehidupan ringkas (tak melampaw2)

cukuplah kereta sebijik ja. rumah sebijik pon okey apa?. takpa la aku makan sayur pucuk ubi ja.

ni sofa ni elok lagi...

bukan apa, makin banyak benda makin lama la hisab kat akhirat nanti.

rumah, kenderaan, makanan cukup sekadar keperluan....lebih sikit, belanja member dgn niat dakwah.

“Hiduplah di atas dunia ni seperti pengembara” (mafhum hadis)

Pengembara ialah orang yang hidupnya ringkas. Sebab ia takkan tetap di satu2 tempat dan akan tinggalkan tempat yg disinggah.

bila hidup kita ringkas maka kita dapat memberi tumpuan yg baik pada matlamat hidup kite.

bila keadaan dunia kita serba mudah ataupun ringkas maka mudah la kite untuk sibukkan diri utk kumpul kemewahan yg hakiki.

kite akan sibukkan diri utk dakwah, solat, quran, zikir, taklim. masyallah!




Tak salah nak kaya, kan islam menggalakkan utk jd kaya.

Betul lah, sahabat2 r.a pon kaya2….




Kaya akhirat! Woha lagi!




“dan akhirat itu lebih baik dan kekal” (surah al-a’laa_)




Sabda Rasulullah S.A.W,

"Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah S.W.T akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina, dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya, Allah S.W.T akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan."

Hadith riwayat Ibnu majah dan Tirmizi.







p/s: semoga Allah ringkaskan kehidupan kite…boleh tak aku nak ringkaskan assignment2 yg menimbun2 nih???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...