>ringkas
ringkas bermaksud sesuatu yang mudah, senang dan tidak keterlaluan (farid faisal, 2011)
ringkas juga beerti pendek dan tidak lama. apabila sesuatu perkara itu ringkas maka akan memudahkan seseorang untuk memahaminya. ringkasan juga bermaksud sinopsis. time sekolah dulu kan ade cikgu suruh wat ringkasan cerpen atau novel...
>kesan dpd ringkasan
-sebelum
contoh: novel ayat2 cinta yg ade 300 lebih atau kurang muke surat. tebal. panjang. berat 0.4kg mungkin. makan masa yg panjang utk habiskan (aku habiskan dlm tempoh 2 bulan....huhu). saiz yg tak boleh dimasukkan ke dlm poket baju utk dibawa kemana2.
-selepas
novel ayt2 cinta td jadi 2 pages je. print kat kertas A4. takde berat. boleh baca dalam masa 10 minit...(2,3 kali baca pon boleh). lipat2 then masuk dlm poket. Korang pon boleh gunakan duit, masa dan diri untuk tingkatkan iman dan amal kerana telah sedar pentingnya akhirat dpd dunia yg dah tak lama nih…kan?
mudahkan?
sebab kite pun sedar bukannye kite nak baca novel tu selama2nya kan. kan kite akan tinggalkan dunia yg fana nih. takkan nak habiskan masa dgn novel je...(makhlukkk...) isk3...
>kehidupan
apa yang korang faham tentang "aku datang untuk pergi"?
yaa, tepat sekali! kita datang kat dunia ni bukan utk tinggal kat sini. kite akan tinggalkan dunia nie...dunia hanya tempat persinggahan je. kehidupan kita yg sebenar di akhirat sana!
>matlamat hidup
redha Allah swt. dan Surga Allah swt (kegembiraan, kemewahan yg hakiki...woha!)
yaa...akhirat!
>kehidupan tidak ringkas (sarat)
kehidupan yang berlandaskan kemahuan, keinginan, kehendak ataupon secara terus-terangnya hawa napsu!
dah ada kereta sebijik nak tambah 2 bijik lagi. dah ada rumah 2 bijik nak 5 bijik. dah makan chiken cop nak buffalo cop pulak. dah ada sofa baru nak beli baru lagi. haish!
bile kerete dah berbijik2 nak pikir parking pulak. bila rumah besar2 takut pencuri pulak. nak cari buffalo cop kene pergi afrika pulak. sofa baru ni nak sumbat kat mane pulak?
byk2 lagi perkara yg meleret2 dpd benda2 ni shj. belum lain2 lagi.
bila dalam otak asyik pikir nak tambah harta....DUNIA!
kubur ko pecer brader? (kau igt kau boleh angkut ke harta banyak2 tuh! masuk kubur nanti, jgn kata kereta kau nak bawak msk...spender pon takleh! tinggal...)
>kehidupan ringkas (tak melampaw2)
cukuplah kereta sebijik ja. rumah sebijik pon okey apa?. takpa la aku makan sayur pucuk ubi ja.
ni sofa ni elok lagi...
bukan apa, makin banyak benda makin lama la hisab kat akhirat nanti.
rumah, kenderaan, makanan cukup sekadar keperluan....lebih sikit, belanja member dgn niat dakwah.
“Hiduplah di atas dunia ni seperti pengembara” (mafhum hadis)
Pengembara ialah orang yang hidupnya ringkas. Sebab ia takkan tetap di satu2 tempat dan akan tinggalkan tempat yg disinggah.
bila hidup kita ringkas maka kita dapat memberi tumpuan yg baik pada matlamat hidup kite.
bila keadaan dunia kita serba mudah ataupun ringkas maka mudah la kite untuk sibukkan diri utk kumpul kemewahan yg hakiki.
kite akan sibukkan diri utk dakwah, solat, quran, zikir, taklim. masyallah!
Tak salah nak kaya, kan islam menggalakkan utk jd kaya.
Betul lah, sahabat2 r.a pon kaya2….
Kaya akhirat! Woha lagi!
“dan akhirat itu lebih baik dan kekal” (surah al-a’laa_)
Sabda Rasulullah S.A.W,
"Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah S.W.T akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina, dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya, Allah S.W.T akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan."
Hadith riwayat Ibnu majah dan Tirmizi.
p/s: semoga Allah ringkaskan kehidupan kite…boleh tak aku nak ringkaskan assignment2 yg menimbun2 nih???
No comments:
Post a Comment