salam
baca hadis ni...
Dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
”Dunia penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir.”
(Hadis Riwayat Muslim)
tetiba teingat jor hujung semester hari tu.
alhamdulillah lebih kurang 200 student uitm + unisel dan lain2 telah hadir.
pembayan utama yang dihantar oleh Allah ialah maulana ustaz Ali damat barakatuh dpd masjid sri petaling.
first time dok dengar bayan dia secara live. sebelum ni dengar kat radio islam nusantara jer.
dalam bayan beliau menyebutkan hadis di atas. dan beliau menerangkan bahawa.
"dunia syurga orang kafir"...di mana di dalam dunia ni sehingga orang kafir yang paling miskin sekali. bukan saja miskin bahkan fakir, cacat, hina dan lebih teruk lagi. hidup merempat. hutang keliling pinggang. dibenci masyarakat.
itu tetap syurga mereka. sebab bila mereka mati mereka akan merasakan azab yang sebenar. yang lebih dasyat lagi. di mana mereka akan kata hidup di dunia dalam keadaan susah itu ialah syurga mereka.
"dunia penjara untuk mukmin"...kita lihat sehingga si fulan beriman yang kaya-raya. mempunyai segala-galanya. ada rumah besar. kereta besar. perniagaan besar. ada pangkat. hidup senang dan mewah. kata maulana itu juga ialah penjara bagi si fulan.
kerana syurga orang mukmin di akhirat sana. bila dimasukkan ke syurga. merasai segala nikmat2. kemudian di bagi rasa hidup di dunia sebentar. si fulan akan kata bahawa kehidupannya yang mempunyai segala-galanya. ada rumah besar. kereta besar. perniagaan besar. ada pangkat. hidup senang dan mewah. ITULAH PENJARA!
*****************
Kisah indah Ibnu Hajar dengan Seorang Yahudi tafsir hadist addunya sijnul mukmin wa jannatul kafir
Ibnu Hajar rahimahullah dulu adalah seorang hakim besar Mesir di masanya. Beliau jika pergi ke tempat kerjanya berangkat dengan naik kereta yang ditarik oleh kuda-kuda atau keledai-keledai dalam sebuah arak-arakan.
Pada suatu hari beliau dengan keretanya melewati seorang yahudi Mesir. Si yahudi itu adalah seorang penjual minyak. Sebagaimana kebiasaan tukang minyak, si yahudi itu pakaiannya kotor. Melihat arak-arakan itu, si yahudi itu menghadang dan menghentikannya. Si yahudi itu berkata kepada Ibnu Hajar:
"Sesungguhnya Nabi kalian berkata: " Dunia itu penjaranya orang yang beriman dan surganya orang kafir. " (HR. Muslim). Namun kenapa engkau sebagai seorang beriman menjadi seorang hakim besar di Mesir, dalam arak-arakan yang mewah, dan dalam kenikmatan seperti ini. Sedang aku, yang kafir, dalam penderitaan dan kesengsaran seperti ini."
Maka Ibnu Hajar menjawab: "Aku dengan keadaanku yang penuh dengan kemewahan dan kenimatan dunia ini bila dibandingkan dengan kenikmatan surga adalah seperti sebuah penjara. Sedang penderitaan yang kau alami di dunia ini dibandingkan dengan yang adzab neraka itu seperti sebuah surga."
Maka si yahudi itupun kemudian langsung mengucapkan syahadat: "Asyhadu anlailaha illallah. Wa asyhadu anna Muhammad rasulullah," tanpa berpikir panjang langsung masuk Islam.
*************
Allahuakbar!
dunia ni terlalu sempit untuk kita puaskan kehendak kita. tapi dunia inilah yang manusia rebut2kan. sehingga sanggup bergadai nyawa. bergaduh. berbunuh.
ingat...dunia ni ibarat jari dicelup ke dalam laut dan baki tersisa di jari tu la dunia dan selebihnya akhirat. sikit sangat.
dan nabi saw kata "dunia ialah ladang akhirat". kat dunia ni lah nak menentukan keadaan akhirat kita nanti. orang tanam padi cantik2 hari ni, 6 7 bulan tuai. kalau tak usaha tingkatkan iman ilmu amal kita hari ni bila lagi?
dulu ada member tegur aku, aku baru tangguh 1 hari setengah klu tak silap, mungkin dia tengok aku josh semacam kot..."sunya(nickname), ko kene ingat...nabi pesan bekerjalah seloah-olah nak hidup 1000 taun" aku pun senyum mungkin dia ingat aku dah tak ingat dunia kot (setahu aku, akulah yg paling banyak ingat dunia!). beberapa masa lepas tu ada ustaz bagitahu ramai orang salah faham dengan hadis tu. "kerja umpama hidup 1000 tahun, ibadat umpama nak mati esok hari" ustaz jelaskan berasaskan asbabul hadis bahawa kerja dunia yang kita buat itu boleh ditangguhkan kerana ada banyak masa lagi boleh buat, dan jangan lewat2kan ibadat kerana kita tak tau berapa masa yang kita ada lagi. isk3
jelaslah tidak ada nikmat yang lebih besar melainkan nikmat iman. syukur ya Allah, kau telah letak iman dalam hati ini. semoga Kau sebarkan hidayah ke segenap hati2 manusia sampai kiamat. amin
Prophet peace be upon him said "Allahumma la aisha Illa Aish Al-Akhirah".
wallahualam.
masyaAllah.
ReplyDeletemashallah,page kita sama...smart...la bro...
ReplyDeleteanak buah aiman n nazirul mubin nie..kim slam pada dr norman yeK/??
to ismi ijmi:
ReplyDeleteallahuakbar!
to APS:
hehe...kita kan geng...hehe
insyallah.
nama dan clue? spy senang beliau cam.
fuad akmal...
ReplyDeleteskrg menetap di kulim...