keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Friday, September 30, 2011

setiap ummat untuk sekalian ummat


bismillah, kami puji ALLAH, selawat dan salam istimewa buat nabi saw. dan ke atas ahli keluarga baginda saw, sahabat2 r.a dan mereka2 yang terus mengikuti jejak baginda saw hingga kiamat.


Alhamdulillah, Allah telah jadikan kita manusia. dan Allah telah kurniakan kita iman. mafhum hadis nabi saw bahawa 'seseorang yang mati membawa iman walaupun sebesar zarrah, akan dikurniakan surga, 10 KALI LIPAT DUNIA'. dan setiap orang yang beriman ialah bakal raja di akhirat kelak (bila mati dengan iman). insyallah.


Setiap umat islam ialah bersaudara. Setiap umat islam bertanggungjawab ke atas saudara islam yang lain. Tidak kira dia berlainan bangsa, warna kulit, berbeza asal-usul, berlainan bahasa dan apa sahaja. Tidak kira di mana ia berada. Tanpa mengira masa.


Setiap kita umpama sebuah badan. Suatu hari kaki kita terseliuh kerana salah tidur. Bagaimana kita bisa bergerak dengan baik. Mata tidak boleh pejam kerana kesakitan. Mulut tidak bisa diam. Akal terus berfikir apa cara untuk kesembuhan kaki. Tangan lincah mengambil minyak panas untuk disapu. Tidak cukup, datang bantuan dari ibu untuk mengurutkan kaki. Rakan-rakan sibuk memberi nasihat menerusi FB. Ada juga yang menelefon dan ada yang ziarah. Hingga kakinya sembuh. Semuanya berfikir, risau dan berusaha bagaimana kaki yang sakit tadi dapat sembuh dengan segera.



“Di suatu tempat yakni di suatu sudut di hujung-hujung dunia sana. Yang mana tiada sesiapa mengetahui dan tak pernah terfikir tentangnya. Di hujung kampong, merentasi semak-samun ada sebuah rumah usang. Dan di dalam rumah itu tinggal seorang wanita tua Islam. Wanita itu hanya keseorangan tanpa peneman. Dan di saat ini wanita itu terdampar di atas tilam buruk dek kerana keuzuran yang amat sangat. Wanita itu tidak mampu berbuat apa-apa hatta untuk menggaru tapak tangan. Dan saat ini dia hanya menunggu saat ajalnya tiba.”



“WANITA TUA ITU BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEMUA UMMAT NABI SAW.”

Dan

“SETIAP UMAT NABI SAW BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS WANITA TUA ITU”


Wanita tua itu (nenek) itu bertanggungjawab ke atas seluruh umat nabi saw selagimana dia mempunyai iman di dalam hati. Walaupun dia dalam keadaan keuzuran dan tenat, dia kekurangan ilmu, dia ketakutan, dia tidak mampu untuk bergerak untuk mengajak manusia kepada Allah. Dia bertanggungjawab untuk fikir dan risau di dalam hati tentang bagaimana ummat nabi saw dapat beriman kepada Allah dan mentaati perintah Allah dan sunnah nabi saw.. Nenek itu kena fikir bagaimana orang-orang di Amerika, di Afrika, Australia, Jepun, Korea Utara, Baghdad, Timor Leste dan seluruh alam. Hatta di bulan sekalipun jika di sana ada manusia. Bagaimana umat ini dapat beriman, mentaati Allah dan rasulullah sekaligus selamat dari azab Allah swt.

Begitu juga dengan seluruh umat islam. Seluruh umat islam bertanggungjawab untuk hidayat setiap umat nabi saw tak kira dia islam ataupun belum islam. Seluruh umat islam bertanggungjawab untuk hidayat nenek tua tersebut. Walaupun kita tak kenal nenek itu. Kita tak pernah tahu pun tentang kewujudan nenek tersebut. Tak pernah tahu pun adanya orang tinggal di kawasan itu. Kita bertanggungjawab untuk hidayat nenek tersebut. Adakah nenek itu telah beriman dengan sebenar-benar iman. Adakah nenek itu telah solat 5 waktu. Adakah nenek itu telah amal sunnah-sunnah nabi saw.. adakah nenek itu mentaati perintah-perintah Allah. adakah nenek itu dapat mati dengan akhir kalamnya mengucap “la ilaha illallah”.


Imam Ghazali berkata bahawa mafhumnya “jika di hujung-hujung dunia sana ada seseorang telah mati tanpa iman, maka seluruh umat yang hidup ketika itu akan dipersoalkan di akhirat kelak”


“kamu (wahai umat Muhammad saw) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (manfaat/kebaikkan) seluruh umat manusia (kerana) kamu mengajak kepada segala perkara kebaikkan dan mencegah perkara mungkar (buruk dan keji) serta kamu beriman kepada Allah” (Ali-‘Imran: 110)


Ummat nabi saw. istimewa kerana satu kerja. Semua manusia yang ada iman. Tanpa mengira apa bangsa, pangkat, darjat, keturunan, budaya, warna kulit, bahasa dan apa saja. Kemuliaan dia hanya kerana 1 kerja. Iaitu kerja dakwah sepertimana yang diajar oleh nabi saw.


Hazrat Abu Said al-Khudri r.a berkata bahawa saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda, “sesiapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mengubah dengan lidahnya dan kalau itupun dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan *hatinya . yang sedemikian itu adalah iman yang selemah-lemahnya.” (at-targhib, HR Muslim, Tirmizi Nasai, Ibnu Majah)

*dengan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah supaya pelaku maksiat itu mendapat hidayah dan berubah.


Satu orang dia rasa tenang kerana dapat solat, bayar zakat, berpuasa, haji, tilawah quran, zikir dan sebagainya. Dia merasa sangat dekat dengan Allah. Dan setelah itu dia hidup dengan gembira bersama keluarga, makan makanan sedap-sedap hingga kekenyangan, tidur dengan lena, bercuti dan sebagainya. Kata ulama’ ini bukan tanda iman seseorang itu telah sempurna.

Bagaimana dia boleh hidup dengan gembira, makan makanan sedap-sedap hingga kekenyangan, tidur dengan lena, bercuti dan sebagainya sedangkan saudara seislamnya sendiri pada masa ini ramai yang sedang menjauh dari agama. Sedang jauh daripada ALLAH!. Yakni sedang mengabaikan perintah-perintah Allah dan meninggalkan sunnah-sunnah nabi saw. hatta sehelai janggut.


Bagaimana kita bisa lega?




Suatu masa nabi Daud a.s bertanya pada Allah swt. “wahai Allah, siapakah orang yang sangat dekat engkau?” jawab Allah swt. “orang yang paling dekat dengan aku ialah orang yang mengajak orang lain dekat kepada aku”.





Saya bertanggung jawab ke atas tuan-tuan dan ummat seluruh alam.

Tuan-tuan dan ummat islam seluruh alam bertanggung jawab ke atas diri saya.

kita mesti lapangkan diri kita untuk buat kerja dakwah nabi saw.













p/s: kaki gua nyut2 membuatkan gua takleh tidor semalam. seluruh badan bergerak untuk selamatkan kaki gua dari sakit nyut2. huhu.

p/s 2: 9/10/2011 ni insyallah ada jor student. mohon doa tuan2 sekalian.

p/s 3: kerja nabi saw bermula dari masjid, keluar dari masjid bawa orang datang masjid.

Tuesday, September 27, 2011

keadaan dan sifat

sifat pekerja agama



daie mesti seperti tanah,
walaupun hari-hari dipijak, kadang disemai kadang diberakkan binatang, hari-hari dibuat begitu dan begini oleh orang. tidak terkesan. terima semuanya tanpa banyak bicara.

daie mesti seperti gunung
datang ribut, datang puting beliung, datang kemarau, datang tengkujuh. tetap teguh dan utuh.

daie mesti seperti hujan
walaupun tanahnya subur, tanahnya kering, tanahnya gersang. tetap turun membawa manfaat. tanpa pernah pilih-pilih tanah.

daie mesti seperti matahari
walaupun jauh berjuta batu, namun cahayanya sampai ke segenap muka bumi, kepanasannya dirasai.


daie mesti seperti ikan di lautan
walaupun dikelilingi air masin namun rasa tetap manis, dan suatu yang istimewa bila ia merubah air tawar menjadi air manis.







p/s: daie tak terkesan dgn masturat sebab daie terkesan dengan bidadari di akhirat.

p/s/s: daie akan berfikir sebelum cakap, buat atau komen apa-apa hal. kerana takut2 dtg mudarat kpd ummat.

p/s/s/s: 9 oktober 2011, insyallah akan diadakan jor student uitm. mohon doa tn2.

Sunday, September 25, 2011

bukan seperti di blog


usaha lagi dan lagi sampai kita takde lagi dan doa disambung umat sampai kiamat mari.




kite tak pernah terfikir dengan siapa kita akan buat usaha


kerana usaha agama ialah usaha pilihan


sekolah agama bukan syarat untuk buat usaha agama


pelajar undang-undang, pelajar letrik, pelajar fizik, pelajar medic, pelajar banking


fakulti jauh-jauh, kelihatan mustahil untuk bersama


kita tak pernah terfikir akan jumpa orang dari mana-mana sahaja


orang perak, orang kelantan, orang melaka, orang dari mana-mana


kampung jauh-jauh, rasa-rasa macam takkan pernah bersama


tak sangka terhimpun jua


berkat fikir dan kerja agama nabi Muhammad saw. di alam nyata


semuanya Allah satukan






p/s: setiap umat bertanggungjawab untuk semua umat. semua umat untuk setiap umat.

p/s 2: 9 oktober 2011, insyallah akan diadakan jor student IPT di surau bintang, seksyen 7 pusat komersial. lapangkan masa tuan2 (lelaki shj).


Friday, September 16, 2011

semester baru

Allah have power, makhluk have no power. (BENNAR)



Alhamdulillah dengan kudrat dan iradat Allah bermula sudah semester baru. Fuhh, dah semester 5 dah aku. Cepat sungguh masa berlalu. Semoga Allah bantu kita untuk lebih baik di masa depan. Hinggalah kita pergi meninggalkan dunia dan berjumpa Allah dengan iman yang soheh dan amal yang soleh. Ameen.


Rasa seronok bila dapat jumpa kawan-kawan setelah lama terpisah selama 4 bulan. Ceh, macam lama sangat jer. Ape-ape pun syukur pada Allah sebab masih diberi peluang untuk usaha atas iman dan amal sementara masih bernyawa ni (ya Allah, bantu saya..).


Budak kelas aku ade sorang dah nikah. Tahniah aku ucapkan dari jauh. Semoga menjadi isteri yang solehah. Budak kolej SR pun sorang dah nikah, semoga jadi suami yang soleh kepada nuruddin@angsi (gua ingat nak silat hari tu, tapi sori sebab dtg lambat..huhu). Yang dapat tawaran nikah pun ramai jugak (haa, yg ni spesel kes). Hehe.


Sejak mula kelas aku Nampak perubahan kat budak2 kelas aku sedikit-sebanyak seolah-olah mula ade kesedaran agama. Dan semakin umum dengan usaha agama. Cuma tinggal perlu digerakkan jer. Hakikat manusia ialah suka kepada agama. Member-member banyak bertanya dan berbual ke arah agama. Masyallah. Ini semua Kerja Allah.


Baru-baru ni time dalam kelas “qawaid fiqhiyyah”. Tiba-tiba ustazah yang bernama iman dan Amal berkata “untuk maklumat anda semua, dalam semester ni saya akan menghilang selama 40 hari..”. apalagi, budak-budak semua terus pandang aku dengan member. Haha. Maybe diorang fikir ustazah nak keluar 40 hari dengan suami kot. Aku pun fikir benda yang sama. Hehe. Rupa-rupanya “saya akan menunaikan ibadat haji..” sambung ustazah.


Suasana memberi salam juga seolah-olah sedang tersebar. Baru-baru ni, aku baru turun dari kuda jihad setelah diparking. Tetiba ade brader ni lalu sebelah aku dan bagi salam kat aku. Masyallah. Patut aku yang bagi salam kat dia. Isk3. Kat dalam bangunan fakulti pun begitu jugak. Siap bersalam-salaman. Subhanallah. Memang hidayat. Suasana senyum pun turut tersebar. Tapi Awas! Hati-hati dengan senyuman wanita. Gelap hati nanti.


Bukan itu sahaja. Suasana tazkirah pun ade jugak. Siang tadi dalam kelas. tetiba member sebelah aku minta aku tazkirah dia sikit. Ape da..patut aku yang mintak dia tazkirah aku. Haha. Aku pun apelagi bayan la cerita la kebesaran Allah sikit. Mudah-mudahan Allah kuatkan iman aku dan dia. Ameen.


Akhir kata aku harap semester ni lebih baik daripada sebelum2 ni. Azam nak tambah cemerlang akademik dan cemerlang amal agama. Di mana saja ada orang fikir dan buat kerja agama maka kita akan lihat agama akan maju di merata tempat.



First in study, first in da’wah.




p/s: kpd student, study no. 1 dakwah no. 2 tiada no. 3. Habis study 4 bulan.

p/s 2: ubah yakin makhluk kpd yakin Allah. Ubah cara kita kpd cara nabi saw.

p/s 3: jgn lihat sesuatu atas kemampuan kita, tapi lihat sesuatu dengan kudrat ALLAH!

p/s 4: elders kata, sebelum kahwin anak orang. Mau kahwin dgn tabligh 4 bulan dulu. Hehe.




Thursday, September 8, 2011

al-wahan




penyakit kita yang sebenar ialah cinta dunia dan takut mati.





kehidupan di dunia ibarat menyaksikan perlawanan bola sepak. di dalam padang hanya terdapat sebiji bola sahaja. dan bola itu menjadi rebutan semua orang yang berada di padang itu. kecuali sedikit yang menolak bola tersebut. kerana dia faham apa kebaikkan menolak dan keburukan menerima. dan kadang-kadang bola tersebut berjaya menembusi benteng orang yang menolak bola itu. dan selagi mana dia berjaya menahan bola menembusi bentengnya selagi itu dia dalam kejayaan. bola itu ialah cinta dunia.













p/s: hanya mereka yang berkorban yang faham nilai sesuatu perkara

p/s 2: semakin korban semakin membara cinta kepada sesuatu perkara

p/s 3: faham dan cinta yang sama bila korbannya sama

p/s 4: perkara yang haq ialah agamaNya, korban ialah bersungguh-sungguh sepertimana sahabat2 r.ahum bersungguh-sungguh demi agama dalam diri dan ummat



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...