Allah have power, makhluk have no power. (BENNAR)
Alhamdulillah dengan kudrat dan iradat Allah bermula sudah semester baru. Fuhh, dah semester 5 dah aku. Cepat sungguh masa berlalu. Semoga Allah bantu kita untuk lebih baik di masa depan. Hinggalah kita pergi meninggalkan dunia dan berjumpa Allah dengan iman yang soheh dan amal yang soleh. Ameen.
Rasa seronok bila dapat jumpa kawan-kawan setelah lama terpisah selama 4 bulan. Ceh, macam lama sangat jer. Ape-ape pun syukur pada Allah sebab masih diberi peluang untuk usaha atas iman dan amal sementara masih bernyawa ni (ya Allah, bantu saya..).
Budak kelas aku ade sorang dah nikah. Tahniah aku ucapkan dari jauh. Semoga menjadi isteri yang solehah. Budak kolej SR pun sorang dah nikah, semoga jadi suami yang soleh kepada nuruddin@angsi (gua ingat nak silat hari tu, tapi sori sebab dtg lambat..huhu). Yang dapat tawaran nikah pun ramai jugak (haa, yg ni spesel kes). Hehe.
Sejak mula kelas aku Nampak perubahan kat budak2 kelas aku sedikit-sebanyak seolah-olah mula ade kesedaran agama. Dan semakin umum dengan usaha agama. Cuma tinggal perlu digerakkan jer. Hakikat manusia ialah suka kepada agama. Member-member banyak bertanya dan berbual ke arah agama. Masyallah. Ini semua Kerja Allah.
Baru-baru ni time dalam kelas “qawaid fiqhiyyah”. Tiba-tiba ustazah yang bernama iman dan Amal berkata “untuk maklumat anda semua, dalam semester ni saya akan menghilang selama 40 hari..”. apalagi, budak-budak semua terus pandang aku dengan member. Haha. Maybe diorang fikir ustazah nak keluar 40 hari dengan suami kot. Aku pun fikir benda yang sama. Hehe. Rupa-rupanya “saya akan menunaikan ibadat haji..” sambung ustazah.
Suasana memberi salam juga seolah-olah sedang tersebar. Baru-baru ni, aku baru turun dari kuda jihad setelah diparking. Tetiba ade brader ni lalu sebelah aku dan bagi salam kat aku. Masyallah. Patut aku yang bagi salam kat dia. Isk3. Kat dalam bangunan fakulti pun begitu jugak. Siap bersalam-salaman. Subhanallah. Memang hidayat. Suasana senyum pun turut tersebar. Tapi Awas! Hati-hati dengan senyuman wanita. Gelap hati nanti.
Bukan itu sahaja. Suasana tazkirah pun ade jugak. Siang tadi dalam kelas. tetiba member sebelah aku minta aku tazkirah dia sikit. Ape da..patut aku yang mintak dia tazkirah aku. Haha. Aku pun apelagi bayan la cerita la kebesaran Allah sikit. Mudah-mudahan Allah kuatkan iman aku dan dia. Ameen.
Akhir kata aku harap semester ni lebih baik daripada sebelum2 ni. Azam nak tambah cemerlang akademik dan cemerlang amal agama. Di mana saja ada orang fikir dan buat kerja agama maka kita akan lihat agama akan maju di merata tempat.
First in study, first in da’wah.
p/s: kpd student, study no. 1 dakwah no. 2 tiada no. 3. Habis study 4 bulan.
p/s 2: ubah yakin makhluk kpd yakin Allah. Ubah cara kita kpd cara nabi saw.
p/s 3: jgn lihat sesuatu atas kemampuan kita, tapi lihat sesuatu dengan kudrat ALLAH!
p/s 4: elders kata, sebelum kahwin anak orang. Mau kahwin dgn tabligh 4 bulan dulu. Hehe.
selamat berjuang sahabat!
ReplyDeletesubhanAllah,,,mmg kene hati2 senyuman wanita,,,rosak hati,,,kat sni mmg mujahadah,,bukan setakat senyuman,jelingan wanita pon lg lah kene jaga2,,insyaAllah,,moga Allah mudahkan,,,moga beri kekuatan utk kekal kan azam dan tmbah korban,,:(
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt.
ReplyDeleteSemester baru, wajah iman baru, azam kuar tempat baru lagi n lagi..
Semangat yer tuan!
atap:
ReplyDeleteselamat berjuang zharen!
abu zarim:
benar..insyallah sy azam tn! doakan sy yer.
nam_adk:
wslm wbt.
insyallah! azam lg dan lg. doakn sy.
Hidayaaatnyee. suke2! Saya nk gak hidayaaat!!
ReplyDeleteNak Ya Allah.. Naaakk.. =)
Moga terus maju dalam usaha iman ni. Mabrukk2!!
Teruskan perjuangan anak muda. Ilmu itu ibarat baja yg menyuburkan pokok.
ReplyDelete