keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Wednesday, October 19, 2011

sifat garam dan agama




assalamualaikum wbt



tuan mulia,


agama ini sifatnya seperti garam iaitu masin. orang kaya rasa garam pasti masin. orang miskin rasa garam juga masin. begitu juga dengan orang bandar dan desa, bila merasa garam pasti rasa masin. orang yang tercantik pun merasa masin bila merasa garam. begitu juga orang terhuduh, makan garam tetap masin juga. begitulah hakikat atau sifat garam. mana-mana manusia bila merasa garam pasti terasa kemasinannya.


demikian juga dengan agama yang dibawa oleh nabi Muhammad saw. siapa yang membawa agama dalam kehidupannya pasti bahagia. orang kaya mengamalkan agama maka pasti bahagia. orang miskin juga, jika mengamalkan agama bahagia juga. begitu juga orang di kota dan di desa, bila masing-masing mengamalkan agama pasti merasakan kebahagiaan. orang cantik mahupun orang yang terhuduh bila mengamalkan agama di dalam kehidupan pasti bahagia. inilah dia hakikat agama, siapa yang taat Allah dan nabi saw maka pasti dia mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


perkara ini perlu diulang2 dengan lisan dan ceritakan pada orang lain juga supaya yakin kepada agama masuk dalam hati kita. atas maksud ini semua sedia insyallah!





p/s : orang yang tak amal agama tapi mengaku bahagia, itu ialah tipudaya dan bohongan semata2.

Thursday, October 6, 2011

Uitm jadi madrasah?

Kalau dulu masa belajar kat uitm segamat. Tengah-tengah jalan balik dari kelas. kelihatan dari jauh ada pelajar pakai kopiah. Bersinar-sinar dari jauh, maklumlah kopiah putih. Jows!. Di hadapan, di belakang, di kiri dan di kanan. Konfius jugak mula-mula.

Ingatkan uitm dah tukar jadi uia ke..?

Atau ada budak madrasah sesat ke..?

Rupa-rupanya karkun daa…

Haha.

Paling dasat. Kat masjid Uitm segamat. Pergh siap berserban, kurta bagai dak2 nih. Memang dah tak rupa student aliran dunia. Macam belajar mualim la pulak.

Haha lagi..haha


Baru-baru ni telah berlaku insiden yang amat memalukan umar al-mujahid(takleh blah). Kelmarin aku dalam perjalanan ke kelas (atas motor menghampiri ke tempat parking). Hari tu pulak aku bertanggung jawab untuk ambil kunci ‘classroom’ kat bilik kaca fakulti. Jadi, memang mata aku awal-awal usha keadaan bilik tu la. biasanya pelajar berderet beratur nak ambil kunci. Tapi kali ini sunyi dilihat dari luar. bilik tu kat tepi bangunan fakulti.

Jadi ternampaklah ada beberapa akhawat(lama tak dengar perkataan ni) kat luar bilik tu. Dalam hati kata bagusnya budak-budak uitm dah pakai tudung labuh(sikit suasana), dalam masa yang sama merendahkan pandangan, cewah! (lelaki beriman akhir zaman). Lepas parking motor aku pun melangkah dengan ‘cool’ menuju ke bilik kaca tersebut untuk menunaikan hajat.

Kat depan pintu masuk ada beberapa pelajar lelaki yang berwajah ‘suci’ yang sebelum ni aku sendiri tak pernah Nampak. Huhu. Aku pun dengan konfiden menolak pintu (masih merendahkan pandangan) dan masuk. Aku pun angkat kepala dan... Alangkah terperanjatnya aku ketika itu.

Berderau darah aku beb! Rupa-rupanya Dalam bilik tu dipenuhi dengan akhawat-akhawat solehah (macam student madrasah). ‘Dan dan’ pulak time aku masuk diorang sume dok pandang aku. Weh! Apahal nih?! (kata aku dalam hati la). Aku bukan apa la kan, aku ni memang ‘tak malu’ dengan dak2 perempuan apalagi akhawat, woha!.

Aku seolah-olah hilang pedoman kejap, tak tau arah mana nak dituju. Yela, aku ingat aku dah salah masuk U. tak pernah-pernah begitu ramai dak uitm pakai tudung labuh. Aku perasan bahawa aku telah membetulkan kopiah aku yang sepatutnya tak perlu dibetulkan sebab memang dah betul, sambil mengatur langkah untuk keluar (Alhamdulillah peluh sejuk tak sempat kuar), time ni akhawat2 tu gelakkan aku (diorang gelak sopan la).cis!. Aku nak patah balik keluar, ‘dan dan’ pulak ada orang nak masuk pulak. Selamat laki (Alhamdulillah). Jadi, aku pun cepat2 ‘cover macho’ sambil buat hubungan(berkenalan) dengan brader tu. Rupa-rupanya depa ni pelajar dari kolej islam Pahang, tengah dengar briefing daripada jpp fakulti. Dan aku malas nak tunggu lama-lama, sebelum aku tambah ‘tak segan’ kat situ, baik terus berurusan kat kaunter then blah.


Sumpah aku rasa macam orang bodoh sangat!


*bila manusia ada fikir serta jalankan perintah Allah dan sunnah nabi saw maka akan wujud suasana agama tak kira di mana-mana.



p/s: jor student 9 oktober, ahad ni. mohon doa daripada sahabat2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...