keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Wednesday, October 19, 2011

sifat garam dan agama




assalamualaikum wbt



tuan mulia,


agama ini sifatnya seperti garam iaitu masin. orang kaya rasa garam pasti masin. orang miskin rasa garam juga masin. begitu juga dengan orang bandar dan desa, bila merasa garam pasti rasa masin. orang yang tercantik pun merasa masin bila merasa garam. begitu juga orang terhuduh, makan garam tetap masin juga. begitulah hakikat atau sifat garam. mana-mana manusia bila merasa garam pasti terasa kemasinannya.


demikian juga dengan agama yang dibawa oleh nabi Muhammad saw. siapa yang membawa agama dalam kehidupannya pasti bahagia. orang kaya mengamalkan agama maka pasti bahagia. orang miskin juga, jika mengamalkan agama bahagia juga. begitu juga orang di kota dan di desa, bila masing-masing mengamalkan agama pasti merasakan kebahagiaan. orang cantik mahupun orang yang terhuduh bila mengamalkan agama di dalam kehidupan pasti bahagia. inilah dia hakikat agama, siapa yang taat Allah dan nabi saw maka pasti dia mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


perkara ini perlu diulang2 dengan lisan dan ceritakan pada orang lain juga supaya yakin kepada agama masuk dalam hati kita. atas maksud ini semua sedia insyallah!





p/s : orang yang tak amal agama tapi mengaku bahagia, itu ialah tipudaya dan bohongan semata2.

6 comments:

  1. tambah garam sikit supaya masakan lebih sedap..

    tambah iman lagi n lagi supaya makin dekat dengan Allah.. (",)

    ReplyDelete
  2. perkara ini perlu diulang2 dengan lisan dan ceritakan pada orang lain juga supaya yakin kepada agama masuk dalam hati kita. atas maksud ini semua sedia insyallah! *kata2 ni selalu ayah ckp lepas je habis targhib iman yakin.*

    Maka kami semua akn jawab: insyaAllah !! *dgn penuh semangat ^^*
    Haha wajah semua berseri2 lps dpt targhib ayah. Subhanallah bestttt

    p/s: bole msukkan point diatas *ttg sifat garam dan agama* bila turn sy targhib iman nnt!

    ReplyDelete
  3. hainur hapis:

    - ur welcome.


    nam:

    - benar!


    ank_ayah:

    - hehe..bagusnya.

    ReplyDelete
  4. tepat.. sume ada agama.. pasti rasa bahagia..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...