keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Friday, December 23, 2011

srikandi sejati

srikandi sejati


ketika khadijah r.ha menyusukan puterinya Fatimah r.ha. rasulullah saw telah pulang daripada kerja mengajak manusia kepada Allah. dilihat oleh Nabi saw bahawa bukannya susu yang keluar akan tetapi darah yang mengalir ke mulut fatimah r.ha. lalu diambil oleh nabi saw dan ditidurkannya.


ketika khadijah memangku nabi saw... telah tertidur nabi kerna lelah mengajak manusia kepada Allah. dalam keadaan nabi saw terlena. ketika itulah khadijah menitis airmatanya. sehingga air matanya jatuh terkena pipi rasulullah saw. ketika itu terjagalah nabi saw. lalu bertanya kepada hazrat khadijah r.ha.

"wahai khadijah kenapa kau menangis?
adakah kau menyesal bersuamikan aku?
dahulu kau kaya dan mulia tapi hari ini semua menjauh daripadamu dan
seluruh kekayaanmu habis. adakah kau menyesal bersuamikan aku?"

jawab siti khadijah r.ha

"wahai nabi, bukan itu yg aku tangiskan,
segala kemuliaanku telah ku korban kerana Allah dan rasulNya,
segala harta kekayaanku telah ku habiskan kerana Allah dan rasulNya,
tapi sekarang aku tidak punya apa-apa lagi..tapi engkau masih terus dengan kerja ini.

wahai rasulullah, kiranya aku telah mati dan perjuangan mu masih belum selesai
dan ketika itu engkau memerlukan senjata atau jambatan untuk kau menyeberangi lautan dan sungai, maka engkau gali lah kuburku, engkau ambillah tulang-belulangku untuk kau jadikan senjata dan jambatan.

supaya engkau sampai untuk berjumpa manusia
kenalkan mereka kepada rabb dan kebesaranNya.
supaya mereka mentaati Allah swt
supaya mereka dapat mengamalkan agama Allah
supaya mereka selamat dunia dan akhirat."

rasul yang agung bersama isterinya ummul mukminin berpelukan mereka berdua sambil menangis memikirkan agama ini..bagaimana setiap manusia dapat mengamalkan agama ini.


wahai saudara-saudaraku, hari ini kita mendapatkan agama dengan bersenang-senang tanpa susah-payah dan mujahadah. sama-samalah kita syukur kepada Allah iaitu dengan mentaati perintahnya dan mengamalkan sunnah-sunnah kekasihNya nabi Muhammad saw. dan keluar di jalan Allah 3 hari, 40 hari, 4 bulan belajar-belajar berkorban demi agama. insyallah!




dedicate for mujahidah solehah


siti khadijah...srikandi sejati..

kaulah lambang cinta sejati
srikandi pertama tika islam bermula
hatimu menyalakan keyakinan
hartamu melambangkan pengorbanan

rasul keseorangan kaulah teman
dia tersisih kau memilihnya
dia terbuang engkau menyayanginya
kerna iman kau sanggup berjuang

siti khadijah namamu indah
qudwah hasanah tauladan ummah
tika rasul terpinggir
kaulah insan terhampir

siti khadijah
mujahidah solehah
agung jasamu di persada sejarah
pemergianmu ditangisi nabi
hingga kini tiada pengganti

sunyi jalan menuju Allah
menggamit hati mencari teman
indah jalan menuju Allah
jika teman seperti khadijah
masih ada lagi..













sahabat-sahabat nabi saw. telah mencapai tahap kejayaan yang tertinggi sekali. merekalah orang-orang yang dijamin kejayaannya oleh Allah swt dan nabi saw. ulama memberitahu bahawa dahulu keturunan bani israel adalah keturunan yang mulia iaitu keturunan daripada anak-anak cicit nabi yaakub a.s dan ramai nabi-nabi lahir dari kalangan bani israel.

tapi, sahabat-sahabat radiallahuanhuajmain melonjak jauh lebih mulia daripada keturunan bani israel. Allah muliakan sahabat-sahabat nabi saw kerana pengorbanan mereka terhadap agama. mereka bukanlah nabi akan tetapi mereka telah membenarkan dan berjuang habis-habisan kerana agama Allah swt.

"sama ada tertegaknya agama Allah swt di muka bumi ini atau kami syahid di jalanNya!" itulah slogan yang menyatakan maksud hidup mereka dan maksud kita orang islam dihantar oleh Allah ke muka bumi ini.



Alhamdulillah, baru lepas menghadiri jor uitm shah alam yang diadakan di surau bintang seksen 7 pusat komersial. tu yang josh semacam nih..hehe.

pembayan maulana ustaz amir hamzah dari madrasah sri petaling juga merangkap imam masjid jamek sri petaling. (merangkap imam time solat gerhana bulan yg buat aq ketaq kaki akibat x biasa solat lama2...teruk betui) isk3.


4 comments:

  1. Hari ni rasa sebak sungguh dengar Syeikh Alaa Elsayed nasihatkan:
    "You're daughter of Hajar, Khadijah, Fatimah and Aishah. Be proud of yourself. Be like them, act like them, eat like them, sleep like them, love them and follow their footsteps. You'll be with them in Jannah."

    Doakan doakan.

    ReplyDelete
  2. mudah2an saya pun dapat ikut jejak langkah nabi saw..

    ameen.

    doakn gua dan ummat.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah insyaAllah. Fikir risau akan ummat. Teringat permintaan Nabi SAW compare dengan wish of other prophets. MasyaAllah..Nabi SAW sangat menyayangi kita...

    ReplyDelete
  4. suatu kisah syaitan berkata pada nabi saw:

    "kalaulah hidayat ada di tangan tuan, pasti sume umat manusia akan masuk ke dlm surga. dan kalaulah hidayat di tangan aku, pasti sume manusia akan masuk ke dalam neraka. tapi sayang, hidayat di tangan Allah."

    nabi saw inginkan setiap umatnya masuk ke dlm surga. Allah..

    tangisan nabi, bengkak kaki nabi, sakit dan lapar nabi, penat lelah nabi, susah payah nabi saw sume tu semata-mata kerna kasihnya pada kita.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...