alhamdulillah nahmaduhu wa nastagfiruhu, allahuma solli wa salim a'la rosulihil karim wa a'la alihi wa ashabihi ajmain.
tak terasa dah 2 bulan aku prektikal kat masjid negeri shah alam. syukur setakat ni segalanya baik-baik belaka. mungkin member2 yang lain juga bahagia dengan tempat prektikal masing2. aku tau ramai yang pelik kenapa aku prektikal kat masjid, padahal aku amek kos banking. huhu..tapi takpa aku bahagia. belajar islamic banking tak semestinya kena belajar kat bank. kan?
bapak member aku belajar pertanian last2 keje kat bank. siapa bagi kije?
ALLAH!!!
kije bagi rezki ke?
TAK!!! (geleng kepala)
siapa yang bagi rezki?
ALLAH!!!
benar tu tuan!
awal2 dulu time sibuk cari tempat untuk intern tak pernah terpikir pulak nak mintak intern kat mesjid negeri ni. bajet nak cari tempat yg elaun banyak la konon. nak intern kat bank2 atau company2. tapi tetiba Allah gerakkan hati aku supaya try2 apply kat JAIS. lama gak menunggu result internship nih. aku rasa nak putus harapan dah. member2 pun tensen gak pasal entah ape pasal batch aku kali ni lambat gila dapat tau result application intership.
rupe2nya baru aku sedar yang aku lupa tawakal pada Allah. moga Allah ampunkan saya. inilah gara-gara tak wat dakwah, kesannya diri aku sendiri akan lupa pada Allah. aduhai. akhirnya aku membetulkan iman cepat2 dan mengakui kekuasaan ALLAH!! aku terus tanya pada diri aku,
siapa yang bagi prektikal?
ALLAHHHH!!!
hingga akhirnya Allah menunjukkan kekuasaanNya. rupa2nya Allah nak bagi aku dok kat tempat yang palinnnnnggggg dicintaiNya. RUMAH ALLAH!
ohh, terharunya. daripada ingat makhluk2 bank dan company semata. tetiba Allah palingkan aku ke sini. ya Masjid, tempat nabi saw dan sahabat2nya melepaskan kelelahan dan kerinduan kepada rabbul alamin!
ALLAHUAKBAR!
memang benar, masjid bukan bank. tapi ingat! masjid ialah bank segala rahmat, berkat, maghfirat dan hidayat!
mungkin aku tak banyak belajar pasal bank kat sini dan takda event gempak2 dan jumpa orang gempak2. mungkin tak sehebat kawan2 yg lain. mungkin di sana mereka lepak dengan bos2 besar, dato'2, tansri2, orang2 besar. tapi takpe, aku pun tak expect nak kije kat bank pon. takpe yg penting aku bahagia sudah.
dari rumah kalau korang menuju ke tempat kije kerana perintah Allah utk cari rezki yg halal korang dapat 1 pahala. tapi aku dapat 2. sebab aku bukan saja menuju ke tempat kije bahkan aku menuju ke rumah Allah beb! dari kejauhan aku melihat masjid pun dah boleh jadi asbab pahala. lalu berselawat ke atas nabi saw maka setiap 1 selawat kita Allah dan malaikatnya akan berselawat utk kita sebanyak 10 kali. bila masuk saja bersama niat iktikaf dengan wuduk maka dikira seolah-olah sedang sibuk ibadat kepada Allah. tiada pula melihat aurat2 wanita dan laki2 terdedah di sana-sini. lega.
kat sini pagi2 sebelum mula kije kami akan bertadarus quran dibimbing oleh ustaz2 dan imam2 masjid negeri. maka tiadalah pagi2ku dimulakan dengan membaca newspaper yang menceritakan isu2 dunia yg dah lapok dan menunggu masa ni. Alhamdulillah, sila jangan jeles. setiap hari khamis pulak setiap staff masjid akan dijamukan dgn majlis ilmu khas oleh ustaz2 yg berkaliber. agak2 kalau ada masail2 agama yg tak faham boleh direct tanya imam2 dan ustaz2 kat sini. maha suci ALLAH!
solat fardu berjemaah beb!
(orang yg dapat jaga solat 5 waktu berjemaah di awal waktu kat mesjid akan dapat 5 anugerah terhebat: rezki di dunia berkat dan tiada kesempitan, terlepas dpd azab kubur, konvo catatan amal diterima dgn tangan kanan, melintas titian sirat sepantas kilat menyambar dan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga tanpa hisab). ALLAHUAKBAR!
extra bonus!
peluang dakwah, peluang muliakan orang alim, solat sunat tahiyatul masjid, solat isyraq, solat dhuha, wuduk selalu, baca quran, potensi buat dosa menurun, duduk bersama ulama dan orang2 berkhidmat di masjid, baca kitab ugama, ada taklim fadhail lepas asar, solat sunat sebelum dan selepas solat fardu, langkah2 ke masjid dicintai Allah, berada di masjid sunnah nabi saw dan sahabat2 r.hum dan banyaaaaaak lagi!!!
di bawah ni gambar2 program HaRUM baru2 ni.
manjakan kaki dgn urutan refleksologi
jamaah khusyuk mendengar nasihat dpd ulama nusantara
hai, ALLAH maha kuasa, makhluk xde kuasa. ingat ye tuan2.
sheikh nuruddin al-banjari turut hadir
suasana jerebu..subhanallah!
kaum muslimin yg hadir...masyallah!
staf2 masjid negeri yg selambe...Allahuakbar!
adik2 kita buat persembahan...subhanallah
qasidah oleh si cilik...Alhamdulillah!
kalau x silap malam pertama program ada persembahan nasyid
ehem3..buat apa tu cik bang dan cik kak? sori, fotograper x sengaje...(so sweet)
pemandangan dpd gerai2
gerai yang mempamerkan potret ulama2 nusantara dulu2
baca ape tu dik? baca blog bang (jawabnye)...oh
setakat ni saja laporan dpd aku yg jahil ni. dan doakanlah aku dapat habiskan degree ni dgn jayanya dan kuar 4 bulan IPB.
akhir kata..
"marilah makmurkan masjid2!! insyallah tuan2?"
INSYALLAH!!!
salam beb lcian..
ReplyDeletehaha
nak tanye sape gamba yang ketiga tu?
tu ulamak nusantara r bro..aq pun x sure r. tp member kata ada ulamak kakuzari ttg usaha di thailand dlm tazkirah jumaat.
ReplyDeletewallahualam
Subhanallah.. X sangka kt masjid pun bulih wat praktikal ye.. Allah maha kuasa..
ReplyDeleteMASYALLAH.. tiada siapa yg tahu perancangan ALLAH! benar rul! yg berkuasa hanya ALLAH, makhluk sikit pun takleh wat apa2..!
ReplyDeleteYg mendengar cerita pun da rasa seronok tu...
ReplyDeleteYg merasa apatah lagi...
Ya, Dia sebaik2 pergantungan. :-)
Moga Allah kasih.
Allah say hota, makhluk say nehi hota. .urdu language
ReplyDeleteAllah sei hota hei, Allah ghair nehi hota hei
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletemintak izin nak tanya pendapat kalau bole...saya student diploma in banking sem akhir..tapi saya tak tahu nak sambung degree apa?pilihan yang saya nampak sekarang degree in finance, islamic banking dan operation management..sekarang tengah conpius nak pilih yang mana satu..akak boleh tak balas kat email saya ctsyairahaqilah@yahoo.com...sori terpanjang pulak komen...hehehe