keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Thursday, May 31, 2012

dakwah nabi saw


Pernah sekali salah seorang rakan usaha mengalami suatu pengalaman yang mirip-mirip usaha dan pengalaman nabi dan rasul-rasul terdahulu dalam menjalankan usaha agama. Sekali, pada pertengahan awal tahun ini ada satu jamaah dakwah yang dihantar untuk berusaha di kampong jiran. Jamaah ini pun menjalankan dakwah seperti kebiasaan sebagaimana yang dibuat oleh nabi saw. Bergerak menjumpai saudara-saudara seislam semata-mata untuk menghidupkan sunnah nabi saw.

Setiap petang amalan utama yang dijalankan ialah gash ataupun ziarah umum. Jamaah akan bergerak dari lorong ke lorong, rumah ke rumah, pintu ke pintu dan hati ke hati. Sehingga tiba di suatu lorong Allah SWT. ingin menzahirkan susah-payah nabi saw dan rasul-rasul terdahulu.

Tiba di hadapan sebuah rumah. Salam diberi tak lebih 3 kali. Tuan rumah pun keluar. Apabila jamaah ingin memulakan bicara sahaja lantas saudara itu menyumbat kedua-dua lubang telinganya dengan jari. Sambil mencebik dan merendah-rendahkan saudara jamaah yang datang ziarah dengan berkata

“ha cakap la..apa dia?..ha, apa dia?..tak dengar la..”  sambil menutup telinga

dalam keadaan begitu pun jamaah terus bersangka baik dan meneruskan dakwah kepada saudara tersebut. Hingga selesai kata-kata jamaah pun mohon undur diri. Mudah-mudahan Allah memberi hidayah seluruh alam.


Sesungguhnya keperitan yang dialami nabi saw dan rasul-rasul terdahulu lebih dasyat lagi.





“Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, mereka menyumbatkan telinga dengan jari masing-masing, dan menyungkup baju ke mukanya, serta berdegil dengan keingkaranya dan bersikap sombong yang melampau”  (Nuh: 7)



dakwah mirip dakwah nabi saw 

Memang benarlah! Tidak akan ada lagi nabi-nabi atau rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah SWT. selepas kewafatan Imamul anbiya wa sayyidul mursalin nabi kita yang mulia Muhammad habibil mustofa sallallahualaihi wa salam. Maka kita sebagai ummat nabi yang mulia SAW. diberi tanggungjawab untuk menyambung kerja Baginda SAW. Terus berkorban, pergi kepada ummat bawa hati ummat ini kepada ALLAH dan malam doa kepada Allah supaya Allah beri hidayah seluruh alam.






2 comments:

  1. Subhanallah! Beruntunglah jemaah yg dpt ujian mcm tu. moga hidayah menjd milik hamba Allah tersebut. Amin yaHaadi!

    ReplyDelete
  2. Allah nak test sikit je kat ummat akhir zaman ni. Allah dah kakuzari test yg besar2 kat nabi2 dulu spy kita amek pengajaran.

    moga ALLAH sebar hidayat. ameen.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...