Aku layang-layang ingin bebas, terbang di awan, bersama rakan...la la la
Aku ialah seekor layang-layang yang sangat cantik. Aku kepunyaan seorang budak bernama upin. Aku diberi nama sebagai vezita. Serupa nama sahabat son goku dalam cerita dragon ball. Aku berwarna merah jambu dan bergaris putih di tepi badanku.. Upin yang mereka setiap inci badanku. Ekorku sangat panjang, kata upin supaya seimbang bila nak terbang. Setiap petang upin akan membawaku untuk bermain di padang bersama-sama rakannya iaitu hanamichi. Aku akan diterbangkan begitu tinggi sekali. Namun aku tak dapat terbang bebas kerana aku diikat dengan tali. Kemana hala tujuku semuanya ditentukan oleh upin.
Aku ada satu member. Dia pun layang-layang jugak. Nama dia angemon. Angemon kepunyaan kawan upin iaitu hanamichi. Angemon berwarna putih dan bercorak biru di bahagian ekor. Selama ini angemon la satu-satunya teman yang aku ada. Setiap petang aku akan terbang megah bersama angemon. Bila waktu hampir senja kami akan diturunkan oleh tuan kami dan dibawa pulang ke rumah.
Kehidupanku berubah pada satu petang. Sedang leka terbang-terbang dengan angemon. Tetiba ada sorang member lalu atas kami. Tinggi sangat. Angemon kata nama dia “air asia”. Air asia terbang bebas ke sana sini. Takde tali yang mengikatnya. Sejak peristiwa itu aku teringin terbang bebas seperti air asia. Terbang ke sana ke mari tanpa tali mengawalku. Oh, gembiranya jiwa!
Aku sering mengatakan bahawa aku ingin bebas seperti air asia. Setiap kali upin menerbangkanku aku pasti cuba untuk melepaskan diri dari ikatan benang. Namun, angemon berkali-kali menasihati aku agar jangan berbuat demikian. Arghh..aku tak dulik, yang penting sekarang aku nak bebas. Aku pun terus berusaha dan berusaha. Selama itu juga angemon menasihati aku agar jangan memutuskan benang.
Akhirnya aku Berjaya membebaskan diri daripada ikatan benang upin. Ha ha ha! Puas hati aku. Kini aku boleh terbang bebas. Angemon yang masih terikat memanggil-manggil aku. Aku buat-buat tak dengar jek. Lantaklah dia. Yang penting aku bebas.
Vezita terus ditiup angin. Kelihatan upin sedang berlari-lari mengejarnya sambil air mata bercucuran kesedihan. Namun angin terus membawa vezita jauh dari pandangan. Tak sedar awan seperti kehitam-hitaman. Menandakan hujan ribut bakal tiba. Semua kanak-kanak berlari pulang ke rumah. Hanamichi segera menurunkan angemon kesayangannya. Apabila sudah habis benang digulung. Angemon dikepit kemas di celah ketiak dan terus di bawa pulang. Sampai di rumah angemon di lap daripada debu-debu jalanan tadi. Kemudian di simpan di atas almari dengan cermat.
Di luar rumah hujan turun sangat lebat. Beserta dentuman guruh dan kilat. Upin pasrah dengan ketentuan ilahi. Angin bertiup kencang sekali.
“Upin! Tolong saya! Uhuk uhuk..” teriak vezita
Aku kini terhuyung-hayang ditiup angin kencang. Ekorku yang cantik telahpun putus. Badanku telah berlubang-lubang akibat terkena ranting-ranting pokok. Kini aku terbiar tersangkut di sebuah pohon durian. Dan sedang mereput. Tiada siapa yang tahu. Menyesalnya aku. Isk3.
Akhirnya vezita mereput di celah pohon durian.
***************
Macam tu lah keadaan kita di dunia. Bila kita tetap dengan tali Allah iaitu terus menjalankan perintah Allah dan sunnah nabi saw. maka kita akan selamat. Kerana Allah telah buat ketetapan bahawa kejayaan, kebahagiaan dan keselamatan kita dunia akhirat hanya dalam mentaati perintah Allah dengan cara nabi saw.
Kita jangan tertipu dengan kehidupan orang-orang kafir yang kelihatan gembira dengan kebebasan. Kegembiraan dan kebebasan pada orang yang tak beriman itu bila kite ikuti akan menjadi asbab kehancuran buat kita. Diorang tak beriman, kita beriman? Memanglah. Tapi takut-takut kita punya iman ni disqualified pasal hidup dah seronok sangat macam kat surge cinta serupa orang kapir.
Kata alim ulama, untuk Berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat tak boleh tidak kita kena ikat diri kita dengan perintah Allah dan sunnah nabi saw kuat-kuat. Jangan sesekali lepaskan. Kalau lepas, jadilah macam vezita.
p/s: series penat dok rumah..entah ape2 lah karangan aku buat nih. Haih
assalamualaikum wbt...
ReplyDeletesekali ajaran islam yang kita pegang.. insyaAllah kita selamat dunia akhirat...
semoga Allah pilih kita untuk amalkan ajaran islam yang sebenar.. ameen...
p/s: wah.. pandai mengarang... heheh.. :)...
error
ReplyDeletesekali: selagi
to nam:
ReplyDelete- wslm. benar tu nam. ameen.
sejak upsr sampai spm penulisan/karangan dapat A. he he..
kisah ni merujuk kepada "beriman dan beristiqomah"
ReplyDeletebila seseorang telah mempunyai iman dalam hati ataupun dapat hidayah. maka hendaklah dia istiqomah/berterusan dalam keimanannya iaitu dengan mengamalkan perintah2 Allah dan sunnah nabi saw.
vezita ialah contoh orang yang lari dari hidayah atau meninggalkan perintah Allah. maka di dunia lagi hidupnya dah terumbang-ambing. apalagi di akhirat.
angemon ialah contoh org yg istiqomah. walaupun tidak dapat bebas. namun tetap dengan tuannya. maka kejayaan diperolehi di dunia lagi. apalagi akhirat.