Thursday, January 6, 2011
tetap dlm kenangan
Sumaiyah (Hati Seorang Mujahidah)
Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan
Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah
( korus )
Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah
Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah
Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah
moga kita juga tergolong dlm golongan org2 yg sahih imannya.
semoga mujahadah tn2 yg keluar di jalan Allah dibalasi Allah dgn kesempurnaan iman dlm diri kita dan keluarga.
p/s: ini macam la wanita penggoncang dunia...iman mantap!!!
Wednesday, January 5, 2011
coretan memori aku
yaa...hari itu,
hari dimana ramai umat nabi saw. menyaksikan,
menghadapkan wajah,
memasang telinga,
dengan perasaan tak tentu hala,
hingga suara bertempikan di mana2,
dannnn.....
GOLLLLLLL!!!!!! itu dia jaringan pertama hantaran cantik dpd safee menerobos gawang Indonesia dan bla3...(mulut pengacara rekaan aku...haha)
dan pada masa yg sama....
dan aku melihat,
yaa...serta menyaksikan,
mendengar,
seorang umat nabi saw. remaja islam,(form 3)
sedang belajar2 bercerita tentang kebesaran Allah swt. di hadapan manusia,
Allah maha kuasa, Allah pencipta!!!
kpd seorang rakan,
dan tiba2...Abang!!! Malaysia gol 1!!!
masyallah malam tu malaysia lawan bola dgn indonesia rupenye...
***************************************************************
oh, sebenarnya pada malam final mas vs indon tu aku telah diajak oleh beberapa umat nabi saw. untuk belajar2 hidupkan amalan ziarah jumpe sedara2 islam, iaitu amalan org2 islam yg hampir dilupakan oleh org islam masa kini(kerana perasan sibuk...sekali lagi aku). jadi, aku yg selalu "perasan sibuk" pon ikutlah mereka.
sebab aku teringat bahawa nabi saw. dan sahabat2 telah habiskan segala2nya semata2 nak "jumpa" manusia untuk ajak kepada Allah dan amal agama.
dan Allah befirman mafhum "dan mereka yg bermujahadah dgn cara kami pasti dan pasti Kami akan beri petunjuk, dan Allah bersama2 orang2 yg berbuat baik"
dan nabi saw. bersabda mafhum "kalau mahu umur panjang maka hubungkanlah silaturahim", "sepagi atau sepetang berada di jalan Allah lebih baik dpd DUNIA DAN SEISINYA"
kalau aku tolak jelaslah bahawa aku ni tak sedar diuntung(bak kata org dulu2). dan Allah sediakan longgokan "emas" kot depan aku....sebelum korang rembat biar aku rembat dulu la..
dan kisah ini agak menyayat hati...isk3
dpd surau jemaah dibentuk dan doa bersama yg lain mengaminkan...
aku tengok budak(sambil kepala terlilit serban) ni doa, Masyallah..tersentuh melihatnya.
masakan tidak, pada usia muda dgn macam2 kehendak boleh tekan perasaan semata2 risaukan umat nabi saw. jauh dpd mengingati Allah...
diorang pon bergerak dgn menaiki basikal dan aku dgn "kuda putih ku" (gua punya lc135 r) ke rumah sorang member ni...aku kenal gak sebab member aku gak mamat(aku simbolkan dgn N) ni.
sesampai je, penunjuk jalan bagi salam 3x diselangi tasbihat. dan kelihatan mamat ni dgn bapak dia keluar. korang tau ape jadik???
bapak dia bermatian mintak kitorang masuk rumah mereka. bapak dia kata jom la masuk tengok bola...!! tp, kitorang cakap ala sekejap je pacik nak jumpa N nih...pakcik pon masuk rumah.
dan budak 15 tahun pon memulakan bicara...aku ternanti2 pekataan yg akan kuar dpd mulutnya. akan tetapi, seperti ade suatu kerisauan yg amat sehingga tak terucap di bibir.
sehingga N memulakan bicara.
N menyatakan bahawa die suka bila kita dtg ziarah die dan dia sangat ingin berbual tentang agama.kisah2 sahabat.berita2 akhirat.
dan akhirnya keluarlah kalimat2 yg mengkhabarkan tentang kebesaran, keagungan serta kehebatan ALLAH SWT. di bibir adik.
Allah maha kuasa, Allah pencipta, Allah buat segala2nya!!!
sunnah nabi saw.
solat di awal waktu di tempat dilaungkan azan...
(tak bangga mak bapak dia???)
semua yg ada mendengar dengan perasaan yg...haish, tak dapat nak dibayangkan...(korang kene rasai sendiri)
sehingga N menyatakan perasaan bahawa ingin mengamalkan agama(spt:solat jemaah di masjid etc.) melihat agama ada dalam amalan setiap umat.
yg takleh tahan tu N siap nyanyi lagu raihan "Alangkah indahnya" mcm lagu kat blog nih. tambah takleh tahan tu sampai nangis2 tuh...
aku rasa touching giler time tuh...hidayat!
dan adik form 3 terus senyap tak terkata...
aku hanya mengangguk kerana apa yg aku dgr tu adalah benar.
lepas beberapa masa kita pon mohon diri kerana masing2 ada keperluan dunia yg sementara nih.
N azam utk sama2 meriahkan rumah Allah dgn solat jemaah dan hadir taklim serta keluar di jalan Allah utk belajar usaha dakwah nabi saw.
dan aku pon insoft....(perasan insaf)
*********************************************************************
sesampai aku kat rumah...
eh, malaysia menang...??? aku tgk kat tv pemain mas naik stage.(oh, aku telupa ada perlawanan bola td dan aku telah terlepas menonton)
tuan mulia, nampak tak???
hati manusia Allah dah lembutkan sangat2...(bukan aku...aku hati kering)
dan mereka tertunggu2 kedatangan umat nabi saw. utk diziarahi.(pengorbanan)
cuma mungkin mereka terperangkap dgn dunia yg telah dihias oleh syaiton(munkin ps or fs or fb or xbox...or blog??? etc.)
org alim bgtahu "bawa satu org islam yg jauh dpd Allah dtg dekat kpd Allah, lebih baik dpd islamkan 10 org kapir"
1 orang solat jemaah awal waktu di masjid (pahala menimbun masyallah! baca muntakhab hadis)
1 orang baca 1 huruf dr al quran 10 pahala Allah bagi(bayangkan kalau tiap2 hari 1 juz or lebih)
1 orang selawat keatas nabi saw. 1x, Allah dan malaikat akn selawat utknya 10x(klu 10x, 100x)
korang boleh bayangkan tak berapa lumayan reward, award, bonus yg tersedia utk budak form 3 tuh???
demi masa, rugi tak kita???
ats kesedaran bahawa selain cara nabi tidak diterima Allah,
maka kita mau azam utk buat usaha dakwah nabi saw. di mana saja kita berada insyallah!!!
p/s: utk belajar usaha dakwah nabi saw. tuan2 boleh berhubung dgn abg2 tabligh/janggut(umat & sunnah nabi saw.) di surau/masjid kaw tuan2.(turut tashkil diri sendiri)
p/s: sekadar perkongsian sambil mengisi masa2 yg lagha...isk3
Sunday, January 2, 2011
karkuzari mohalla
Bayan: Karkuzari Chile dan Argentina
Pembayan & mutarjim(penterjemah) mengatakan:
"Tuan-tuan yang mulia, jemaah kami telah pergi ke Santiago, Chile, kami pergi ke sana, maka 250 orang pemuda dan pemudi datang kepada kami dan mereka datang untuk mengetahui tentang Islam, untuk mengetahui tentang kebenaran Nabi Muhammad Saw dan untuk mengetahui tentang kebenaran Isa a.s. Maka tuan-tuan yang mulia, yang bawa mereka adalah Allah Swt, tidak ada siapa yang pergi mengajak mereka datang, mereka sendiri datang, mereka berkata dengan harapan, "Kami akan masuk Islam."
Tuan-tuan yang mulia, jemaah kami pergi ke Argentina, seorang pemuda telah menemui kami. Dia mengatakan keinginannya untuk memeluk agama Islam. Kami khuatir, mungkin yang datang ini adalah daripada CID atau orang-orang yang nak menguji dan menyiasat kami. Jadi kami memikirkan lebih baik sekiranya dia datang pada hari Ahad kerana pada hari Ahad itu, ramai kawan-kawan kami bercuti dan dia boleh diIslamkan di depan kawan-kawan yang lain. Dia tidak datang pada hari Ahad bahkan dia datang pada hari Isnin. Setelah dia datang pada hari Isnin, dia beritahu kepada jemaah, "Adakah untuk masuk Islam perlu pada hari ahad? Jikalau seandainya saya mati sebelum hari Ahad, di hari Kiamat nanti saya akan beritahu kepada Tuhan, "Wahai Allah, sesungguhnya saya telah datang untuk memeluk agama Islam, tetapi mereka telah menangguhkan saya, untuk lewatkan saya masuk Islam." Maka saya dengar apa kata pemuda tadi, terus saya mandikan dia dan masukkan dia kepada agama Islam.
Jadi tuan-tuan yang mulia, di seluruh dunia, hati sudah lembut untuk masuk Islam. Hati sudah bersedia dan lembut untuk masuk Islam. Tuan-tuan yang mulia, sekiranya kita hari ini bangun dengan usaha dakwah, dengan meninggalkan keluarga kita, meninggalkan anak isteri kita, meninggalkan urusan-urusan pekerjaan kita, kita pergi ke seluruh dunia dan kita dakwahkan kepada kalimah tauhid, dakwah kepada Allah yang Maha Esa, pasti dan pasti seluruh dunia akan datang kepada iman. Tuan-tuan yang mulia, oleh kerana kita tidak buat kerja dakwah, kita telah tinggalkan kerja agama, yakin kita dengan yakin orang kafir sama sahaja. Sepertimana yakin orang kafir dengan hartalah.. kita boleh bina kehidupan kita, kita boleh selamat, begitulah orang-orang Islam pun berkata sedemikian, dengan hartalah kita boleh buat segala-galanya. Nampaknya, keyakinan yang rosak ini tuan-tuan mulia kerana kita orang Islam telah meninggalkan kerja asal orang Islam [dakwah tauhid]. Oleh itu tuan-tuan yang mulia, sangat perlu kita semua bangun dan pergi ke seluruh dunia, pelusuk dunia, untuk menyampaikan dakwah tauhid ini kepada manusia.
Tuan-tuan yang mulia, sekiranya orang Islam hari ini bangun untuk buat kerja agama, kerja dakwah, maka Allah Swt akan kembalikan suasana agama, suasana orang masuk Islam sepertimana di zaman Baginda Rasulullah Saw. Sepertimana yang beliau [pembayan] membacakan firman Allah sebentar tadi, apabila datangnya bantuan Allah Swt, kamu akan lihat manusia akan datang dan masuk Islam berbondong-bondong. Bahkan tuan-tuan yang mulia, kita kena bangun untuk buat usaha dakwah ini. Katanya [pembayan], bumi/ hati-hati manusia sudah lembut untuk menerima Islam.
Sewaktu jemaahnya berada di Argentina, kami pergi ke satu kampung, kampung yang jauh dan di sana kami lihat, ada orang islam 360 orang atau pun 370 orang Islam kesemuanya, masyaAllah, mereka mengikuti sunnah dan berserban. Kami bertanya, "Bagaimana kamu memeluk agama Islam?" Dia menjawab, "Ada dua orang syeikh daripada Cyprus telah datang dan ajak kami kepada Islam." Maka tuan-tuan yang mulia, begitulah bumi/ hati -hati manusia sudah lembut, kita kena bangun dan bergerak.
Dia[pembayan] berkata, satu orang wanita telah datang dan masuk Islam. Apabila dekat waktu malam, kami beritahu kepadanya, kamu pergilah daripada sini. [baca: ahli-ahli jemaah kesemuanya adalah lelaki]. Maka dia enggan dan dia pun tidak bersedia meninggalkan jemaah. Akhirnya, kami telah panggil orang Islam di sana dan meminta dia difahamkan supaya meninggalkan jemaah. Maka wanita tadi menangis dan berkata, "Wahai orang Islam, mana saya nak pergi? saya telah terima Islam." Saya beritahu kepadanya bahawa kamu pergilah ke mana-mana, kamu cari seorang lelaki Islam dan kahwinlah dengannya untuk selamatkan Islam kamu.
Maka itu tuan-tuan yang mulia, begitulah keadaan dunia hari ini, di seluruh dunia memang sudah bersedia untuk datang kepada Islam, memeluk agama Islam. Tetapi tuan-tuan yang mulia, bukan masalah orang kafir masuk Islam, bukan masalah orang Amerika masuk Islam, bukan masalah orang Kanada masuk Islam, bukan masalah orang South Africa masuk Islam, masalah yang sebenarnya, kita orang Islam kena menjadi benar-benar orang Islam, kita orang Islam supaya mempunyai akidah dan keyakinan yang betul, kehidupan orang Islam dapat meniru kehidupan Nabi Muhammad Saw, kehidupan orang Islam dapat mengikuti kehidupan Nabi Muhammad Saw. Tuan-tuan yang mulia, inilah masalah yang sebenarnya. Apabila kita orang Islam bangun buat usaha dakwah, Allah Taala akan am/ umumkan hidayat kepada seluruh manusia di dunia."
Seterusnya pembayan menyatakan beberapa dalil Quran berkenaan kewajiban dan betapa pentingnya menjalankan kerja dakwah.
Beberapa syarat keluar negara jauh untuk Malaysia: Sudah keluar IPB, Berkahwin, Tahun lepas tidak keluar negeri (IPB dikira dalam negeri), Dua tahun lepas berturut-turut menyempurnakan cillah 40h, Istiqomah amal maqomi, Budi bicara syura-syura.
Semoga Allah beri taufik dan hidayah untuk mengamalkannya. Allahu a'lam.
aku kopi dan pes dpd http://karkuzaridakwahiman.blogspot.com/
****************************************
karkuzari ziarah di mohalla aku.
telah jadi amalan umat islam utk saling ziarah-menziarahi atas maksud agama. berkenalan, bertanya kabar dan bercerita tentang kebesaran Allah swt., cerita tentang berita2 akhirat yg maha penting dan tentang kejayaan manusia hanya dlm agama. sepanjang usaha ziarah dijalankan telah bermacam2 jenis orang kita jumpe. dan Alhamdulillah kelihatan hati2 manusia mulai lembut dan mula menerima. ada yg beriya2 jemput jemaah masuk rumah. ada yg malu dan segan nak solat jemaah kat masjid dgn jiran2. ada yg tertanya2 ttg permasalahan agama. ada yg segan sebab takut dilihat kawan2 selepakan. mereka sbenarnya nak sangat dengar tentang kebesaran Allah dan berita2 akhirat, tapi apakan daya...disebabkan iman lemah... susah utk mereka dtg ke surau..(sume salah saya...isk3)
utk makluman aku juga bekas rempit sejati (skg rempit lg...tp baik punye r). jadi dah tentulah member2 rempit seperjuangan ramai, satu hari aku dgn rakan usaha jumpe diorang...korang bayangkan betapa diorang teruja bila dgr berita2 akhirat...seolah2 mcm tak pernah dengar..dan diorang mempunyai azam utk taat perintah Allah dan amal sunnah nabi saw. (moge Allah bg aku kekuatan utk jumpe diorg lagi...lemahnye lah aku nih)
depa sume2 ni bukannya rajin pegi kuliah2 atau tengok rancangan2 tazkirah di tv atau di radio atau baca blog2 islamik atau flies2 islamik atau novel2 islamik atau post2 islamik di fb atau aarrgghh....
dan yang sangat2 nak dengar tazkirah pulak kat rumah takde astro atau tv atau radio atau internet atau buta huruf atau buta atau pekak atau taktau ada masjid dekat kawasan rumah atau aarggghhh....
korang leh bayangkan tak kalau depa ni mati merempit dalam keadaan terlupa bahawa kejayaan manusia dlm agama...???
korang leh bayangkan tak klu mereka2 ni mati dlm keadaan tak dapat solat jemaah kat masjid di awal waktu yg mana pahala sgt besar dan nabi saw. telah tekankan...???
korang leh bayangkan tak kalau depa mati tak sempat amal sunnah nabi saw...???
adakah sama orang yg mengetahui dgn yg tidak mengetahui???
adakah sama balasan org yg mengetahui dgn yg tidak mengetahui???
korang tahu tak korang pergi solat kat masjid tu akan dituntut oleh org yg tak solat dan tak solat kat masjid???
korang tahu tak yg korang dok kuliah kat masjid tu pon x terlepas dpd tuntutan org yg x dtg kuliah???
korang zikirlah sampai tercabut gigi sekalipon, pon takkan terlepas dpd tuntutan org yg tak berzikir....!!!
sedarlah bahawa kita bukan umat ibadat semata2 spt umat2 terdahulu...
nabi saw. sabda mafhum tidak ada kerahiban dlm umatku. dan selepas wafat nabi saw. tidak ada nabi akan diutus lagi. kerja2 dakwah terletak atas bahu seluruh umat islam. atas maksud ini kita semua mau azam keluar di jalan Allah insyallah!!!
p/s: tn2 leh rujuk abg/pakcik tabligh(umat nabi saw) utk kuar di jln Allah blajar2 usaha dakwah nabi saw.
Tuesday, December 28, 2010
petua hidayat?
kerana hidayat juga manusia dapat taat perintah Allah dengan cara yg ditunjukkan oleh nabi saw.
dengan hidayat dpd Allah swt. seseorang itu dapat mengamalkan sunnah nabi saw. walaupun terpaksa menempuhi kepayahan.
untuk selamat dpd azab kubur, mashar dan neraka juga memerlukan hidayat dpd Allah swt.
untuk masuk surga Allah juga memerlukan hidayat.
tidak ada perkara lebih besar dpd hidayat.
tidak ada nikmat lebih agung melainkan hidayat dpd Allah.
hidayat tanda Allah sayangkan seseorang.
bahagialah orang2 yg Allah berikan hidayat.
utk hidayat nabi saw. kekasih Allah telah disusahkan.
utk hidayat sahabat2 r.a telah berkorban habis-habisan hingga syahid.
hidayat dahagakan pengorbanan dan kesusahan sepertimana dibuat oleh sahabat2 r.a
hidayat dahagakan 2 titisan
titisan DARAH dan titisan AIR MATA.
p/s: mohon doa tn2...saya iman selalu lemah.
Tuesday, December 21, 2010
satu pintaku
Berjuta kegalauan mendera di lubuk hati perempuan itu. Tertatih ia melangkah. Jauhnya jarak, panasnya perjalanan, tidak ia pedulikan. Harapannya hanya satu. Ia ingin pulih. Kepulihan yang membuatnya ringan dalam beribadah. Kesembuhan yang dapat mengakhiri risaunya selama ini.
Untuk itu, satu pintu yang ia tuju. Pintu rumah lelaki paling mulia. Pintu RasuluLlah shallaLlahu alayhi wa sallam.
“Ya RasuluLlah,” ujarnya. “Aku mengidap penyakit yang telah lama tak kunjung sembuh. Jika penyakitku itu menerpa, hilanglah kesadaranku. Aku bergerak-gerak tanpa dapat kukendalikan. Dalam ketidaksadaranku, seringkali tersingkap auratku.”
“Ya Rasulullah, aku mohon kepadamu, doakanlah aku agar terbebas dari penyakit ini,” demikian pintanya.
RasuluLlah shallaLlahu alayhi wa sallam tersenyum dan menjawab, “Sungguh, jika engkau mampu untuk bersabar dalam derita penyakitmu ini, maka balasan bagimu adalah syurga …”
“Akan tetapi jika engkau tidak dapat bersabar, aku dapat saja meminta kepada Allah agar Ia berkenan menyembuhkanmu,” ucap RasuluLlah.
Mendengar syurga yang dijanjikan kepadanya, perempuan itupun bergegas menyahut, “Aku siap untuk bersabar Ya RasuluLlah …”
“Hanya satu saja yang mengganggu fikiranku saat ini. Jika kau berkenan doakanlah aku untuk satu hal saja. Auratku sering tersingkap saat aku diserang penyakitku. Karena itu pintaku hanya satu wahai utusan Allah. Mohonkanlah kepada Allah, agar auratku tidak tersingkap saat aku tidak sadar,” ungkapnya lirih.
RasuluLlah shallaLlahu alayhi wa sallam pun mengangkat kedua tangannya. Berdo’a kepada Allah, agar aurat perempuan itu tak pernah lagi tersingkap saat ia sakit.
*******
Kisah yang menggetarkan ini, ditulis oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab shahih-nya. Keduanya meriwayatkan kisah ini dengan jalur sanad yang bersumber dari sahabat Abdullah ibn Abbas radhiyaLlahu ‘anhuma.
masyallah, aku tak leh bayangkan betapa mantapnye iman kakak tuh. die punye risau pasal aurat tu....Allahuakbar. tak banyak soal. Die dengar dan taat dia dapat SURGA.
Jadi aku pun kene lah tutup aurat mulai sekarang juga. sebab Allah swt dan nabi saw. Bagitahu….
Kalau dedah rambut:
" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidakmahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya " Riwayat Bukhari dan Muslim
Kalau dedah dada:
" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka "- An-Nur : 31
Kalau bercakap(suara):
" Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "- Al Ahzab : 32
Kalau pakai minyak wangi:
" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina "Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban
Kalau kita AMAL sunnah nabi saw:
“barangsiapa amalkan sunnahku dia mencintai aku, barangsiapa mencintai aku akan bersama2ku dlm SURGA”
Kalau kita HIDUPKAN sunnah nabi saw:
“barangsiapa yg hidupkan sunnahku di zaman kerosakkan umat Allah akan bg ganjaran pahala 100 mati syahid”
*Ini adalah hasil kopi dan paste dan telah tidak ditokok cume ditambah oleh aku yg buduh ni…
Yang berkuasa hanya Allah,
Dia yg mhidupkan,
Dia yg mematikan,
Taat selamat,
Tak taat lu piker r sendiri….isk3 (sedih kenangkan diri)
Sunday, December 12, 2010
maal hijrah 1432
salam 1 kalimah,
umat didahulukan,
hidayat diutamakan,
pengorbanan diteruskan,
doa diperlukan,
fikir risau dikekalkan,
sunnah diamal dan diperjuangkan,
iman dan amal ditingkatkan,
mati dalam kalimah diharapkan,
surga diharapkan,
berjumpa Allah swt dinantikan
disitu pasti kejayaan...
1 fikir
1 hati
1 usaha
1 umat!!!
"selamat menyambut maal hijrah 1432H"
p/s: begitulah bunyi ucapan setelah ditokok serta tambah juga telah dikopi pes dpd msj yg aku dpt dpd member....
Friday, December 3, 2010
bila diri disayangi?
Bila Diri Disayangi
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir
( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku
Kembali dipandu
Engkau pertama, tiada akhirnya
aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
ku berserah diri...
salam geng...apew kabar?
sori lah, aku memang takde kerja r...(tanam kurma buat masa nih..)
so, ni lah antara favorite aku "dulu-dulu"...kaROke
aku bkn nak ckp apew pon..cme nk pesan untuk diri aku sendiri...sementara menghitung hari...hari demi hari..masa berlalu pergi..
antara tanda2 "bila diri disayangi Allah", apa Allah akan buat? :
1. Allah akan letakkan kita dlm keadaan yg menyukakan Allah (e.g; ta'lim, majlis cerita kebesaran Allah)
2. Allah akan letak kita kat tempat yg paling disukaiNya. apalagi kalau bkn MASJID rumah2 Allah
3. Allah akan control hati sanubari kita. akan penuh dgn kebesaran Allah dan sentiasa takut dan takluk dgn Allah
4. Allah akan sentiasa control mulut kita. segala percakapan kita akan menyukakan Allah. tak ckp benda sia2 (saya la tue...huhu)
5. Allah akan kawal setiap perbuatan dan amalan kita. segala gerak-geri kita. tangan, kaki, mata, telinga, dalam baju dan luar baju, dalam seluar dan luar seluar, ats dan bwh....sume akan bergerak demi menyukakan Allah..(sunnah nabi saw la...apelagi)
antara yg dicatat sewaktu kuar...
kalau kita dakwah terus, korban lagi dan tertib...Allah akan dtgkan kepada kita sifat muqarabin. inilah sukses yg sebenar. apa keuntungan org yg dekat dgn Allah, sudah sampai kpd Allah, hampir dgn Allah. Allah berfirman mafhum dlm hadis qudsi:
"klu kamu mendapatkan Aku kamu mendapatkan segala2nya, klu kamu kehilangan Aku kamu kehilangan segala2nya dan aku lebih baik dpd segala2nya"
usaha yg paling tinggi ialah bagaimana mendapatkan Allah. klu sdh dpt Allah dpt segala2nya...(petikan bayan dlm iklan radio islam nusantara)
ok bro...ptg ni gua ade rehsal konvo...wacaulu wachaaaa!!!

