Bayan: Karkuzari Chile dan Argentina
Beberapa karkuzari (laporan) negara jauh, Chile dan Argentina daripada pembayan jemaah foreign di Masjid Jamek Sri Petaling. Bayan diterjemahkan kepada bahasa Melayu daripada bahasa Urdu. Bayan ini boleh didengar melalui siaran Radio Islam Nusantara.
Pembayan & mutarjim(penterjemah) mengatakan:
"Tuan-tuan yang mulia, jemaah kami telah pergi ke Santiago, Chile, kami pergi ke sana, maka 250 orang pemuda dan pemudi datang kepada kami dan mereka datang untuk mengetahui tentang Islam, untuk mengetahui tentang kebenaran Nabi Muhammad Saw dan untuk mengetahui tentang kebenaran Isa a.s. Maka tuan-tuan yang mulia, yang bawa mereka adalah Allah Swt, tidak ada siapa yang pergi mengajak mereka datang, mereka sendiri datang, mereka berkata dengan harapan, "Kami akan masuk Islam."
Tuan-tuan yang mulia, jemaah kami pergi ke Argentina, seorang pemuda telah menemui kami. Dia mengatakan keinginannya untuk memeluk agama Islam. Kami khuatir, mungkin yang datang ini adalah daripada CID atau orang-orang yang nak menguji dan menyiasat kami. Jadi kami memikirkan lebih baik sekiranya dia datang pada hari Ahad kerana pada hari Ahad itu, ramai kawan-kawan kami bercuti dan dia boleh diIslamkan di depan kawan-kawan yang lain. Dia tidak datang pada hari Ahad bahkan dia datang pada hari Isnin. Setelah dia datang pada hari Isnin, dia beritahu kepada jemaah, "Adakah untuk masuk Islam perlu pada hari ahad? Jikalau seandainya saya mati sebelum hari Ahad, di hari Kiamat nanti saya akan beritahu kepada Tuhan, "Wahai Allah, sesungguhnya saya telah datang untuk memeluk agama Islam, tetapi mereka telah menangguhkan saya, untuk lewatkan saya masuk Islam." Maka saya dengar apa kata pemuda tadi, terus saya mandikan dia dan masukkan dia kepada agama Islam.
Jadi tuan-tuan yang mulia, di seluruh dunia, hati sudah lembut untuk masuk Islam. Hati sudah bersedia dan lembut untuk masuk Islam. Tuan-tuan yang mulia, sekiranya kita hari ini bangun dengan usaha dakwah, dengan meninggalkan keluarga kita, meninggalkan anak isteri kita, meninggalkan urusan-urusan pekerjaan kita, kita pergi ke seluruh dunia dan kita dakwahkan kepada kalimah tauhid, dakwah kepada Allah yang Maha Esa, pasti dan pasti seluruh dunia akan datang kepada iman. Tuan-tuan yang mulia, oleh kerana kita tidak buat kerja dakwah, kita telah tinggalkan kerja agama, yakin kita dengan yakin orang kafir sama sahaja. Sepertimana yakin orang kafir dengan hartalah.. kita boleh bina kehidupan kita, kita boleh selamat, begitulah orang-orang Islam pun berkata sedemikian, dengan hartalah kita boleh buat segala-galanya. Nampaknya, keyakinan yang rosak ini tuan-tuan mulia kerana kita orang Islam telah meninggalkan kerja asal orang Islam [dakwah tauhid]. Oleh itu tuan-tuan yang mulia, sangat perlu kita semua bangun dan pergi ke seluruh dunia, pelusuk dunia, untuk menyampaikan dakwah tauhid ini kepada manusia.
Tuan-tuan yang mulia, sekiranya orang Islam hari ini bangun untuk buat kerja agama, kerja dakwah, maka Allah Swt akan kembalikan suasana agama, suasana orang masuk Islam sepertimana di zaman Baginda Rasulullah Saw. Sepertimana yang beliau [pembayan] membacakan firman Allah sebentar tadi, apabila datangnya bantuan Allah Swt, kamu akan lihat manusia akan datang dan masuk Islam berbondong-bondong. Bahkan tuan-tuan yang mulia, kita kena bangun untuk buat usaha dakwah ini. Katanya [pembayan], bumi/ hati-hati manusia sudah lembut untuk menerima Islam.
Sewaktu jemaahnya berada di Argentina, kami pergi ke satu kampung, kampung yang jauh dan di sana kami lihat, ada orang islam 360 orang atau pun 370 orang Islam kesemuanya, masyaAllah, mereka mengikuti sunnah dan berserban. Kami bertanya, "Bagaimana kamu memeluk agama Islam?" Dia menjawab, "Ada dua orang syeikh daripada Cyprus telah datang dan ajak kami kepada Islam." Maka tuan-tuan yang mulia, begitulah bumi/ hati -hati manusia sudah lembut, kita kena bangun dan bergerak.
Dia[pembayan] berkata, satu orang wanita telah datang dan masuk Islam. Apabila dekat waktu malam, kami beritahu kepadanya, kamu pergilah daripada sini. [baca: ahli-ahli jemaah kesemuanya adalah lelaki]. Maka dia enggan dan dia pun tidak bersedia meninggalkan jemaah. Akhirnya, kami telah panggil orang Islam di sana dan meminta dia difahamkan supaya meninggalkan jemaah. Maka wanita tadi menangis dan berkata, "Wahai orang Islam, mana saya nak pergi? saya telah terima Islam." Saya beritahu kepadanya bahawa kamu pergilah ke mana-mana, kamu cari seorang lelaki Islam dan kahwinlah dengannya untuk selamatkan Islam kamu.
Maka itu tuan-tuan yang mulia, begitulah keadaan dunia hari ini, di seluruh dunia memang sudah bersedia untuk datang kepada Islam, memeluk agama Islam. Tetapi tuan-tuan yang mulia, bukan masalah orang kafir masuk Islam, bukan masalah orang Amerika masuk Islam, bukan masalah orang Kanada masuk Islam, bukan masalah orang South Africa masuk Islam, masalah yang sebenarnya, kita orang Islam kena menjadi benar-benar orang Islam, kita orang Islam supaya mempunyai akidah dan keyakinan yang betul, kehidupan orang Islam dapat meniru kehidupan Nabi Muhammad Saw, kehidupan orang Islam dapat mengikuti kehidupan Nabi Muhammad Saw. Tuan-tuan yang mulia, inilah masalah yang sebenarnya. Apabila kita orang Islam bangun buat usaha dakwah, Allah Taala akan am/ umumkan hidayat kepada seluruh manusia di dunia."
Seterusnya pembayan menyatakan beberapa dalil Quran berkenaan kewajiban dan betapa pentingnya menjalankan kerja dakwah.
Beberapa syarat keluar negara jauh untuk Malaysia: Sudah keluar IPB, Berkahwin, Tahun lepas tidak keluar negeri (IPB dikira dalam negeri), Dua tahun lepas berturut-turut menyempurnakan cillah 40h, Istiqomah amal maqomi, Budi bicara syura-syura.
Semoga Allah beri taufik dan hidayah untuk mengamalkannya. Allahu a'lam.
aku kopi dan pes dpd http://karkuzaridakwahiman.blogspot.com/
****************************************
karkuzari ziarah di mohalla aku.
telah jadi amalan umat islam utk saling ziarah-menziarahi atas maksud agama. berkenalan, bertanya kabar dan bercerita tentang kebesaran Allah swt., cerita tentang berita2 akhirat yg maha penting dan tentang kejayaan manusia hanya dlm agama. sepanjang usaha ziarah dijalankan telah bermacam2 jenis orang kita jumpe. dan Alhamdulillah kelihatan hati2 manusia mulai lembut dan mula menerima. ada yg beriya2 jemput jemaah masuk rumah. ada yg malu dan segan nak solat jemaah kat masjid dgn jiran2. ada yg tertanya2 ttg permasalahan agama. ada yg segan sebab takut dilihat kawan2 selepakan. mereka sbenarnya nak sangat dengar tentang kebesaran Allah dan berita2 akhirat, tapi apakan daya...disebabkan iman lemah... susah utk mereka dtg ke surau..(sume salah saya...isk3)
utk makluman aku juga bekas rempit sejati (skg rempit lg...tp baik punye r). jadi dah tentulah member2 rempit seperjuangan ramai, satu hari aku dgn rakan usaha jumpe diorang...korang bayangkan betapa diorang teruja bila dgr berita2 akhirat...seolah2 mcm tak pernah dengar..dan diorang mempunyai azam utk taat perintah Allah dan amal sunnah nabi saw. (moge Allah bg aku kekuatan utk jumpe diorg lagi...lemahnye lah aku nih)
depa sume2 ni bukannya rajin pegi kuliah2 atau tengok rancangan2 tazkirah di tv atau di radio atau baca blog2 islamik atau flies2 islamik atau novel2 islamik atau post2 islamik di fb atau aarrgghh....
dan yang sangat2 nak dengar tazkirah pulak kat rumah takde astro atau tv atau radio atau internet atau buta huruf atau buta atau pekak atau taktau ada masjid dekat kawasan rumah atau aarggghhh....
korang leh bayangkan tak kalau depa ni mati merempit dalam keadaan terlupa bahawa kejayaan manusia dlm agama...???
korang leh bayangkan tak klu mereka2 ni mati dlm keadaan tak dapat solat jemaah kat masjid di awal waktu yg mana pahala sgt besar dan nabi saw. telah tekankan...???
korang leh bayangkan tak kalau depa mati tak sempat amal sunnah nabi saw...???
adakah sama orang yg mengetahui dgn yg tidak mengetahui???
adakah sama balasan org yg mengetahui dgn yg tidak mengetahui???
korang tahu tak korang pergi solat kat masjid tu akan dituntut oleh org yg tak solat dan tak solat kat masjid???
korang tahu tak yg korang dok kuliah kat masjid tu pon x terlepas dpd tuntutan org yg x dtg kuliah???
korang zikirlah sampai tercabut gigi sekalipon, pon takkan terlepas dpd tuntutan org yg tak berzikir....!!!
sedarlah bahawa kita bukan umat ibadat semata2 spt umat2 terdahulu...
nabi saw. sabda mafhum tidak ada kerahiban dlm umatku. dan selepas wafat nabi saw. tidak ada nabi akan diutus lagi. kerja2 dakwah terletak atas bahu seluruh umat islam. atas maksud ini kita semua mau azam keluar di jalan Allah insyallah!!!
p/s: tn2 leh rujuk abg/pakcik tabligh(umat nabi saw) utk kuar di jln Allah blajar2 usaha dakwah nabi saw.
tidak ada cara lain melainkan cara yg diajar nabi saw. iaitu kite kene bergerak jumpe mereke...isk3
ReplyDelete