keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Wednesday, May 18, 2011

hikmah anjing



bismillah...


ini cerita petang tadi.

selepas habis kuliah tadi pegi asar kat Pusat Islam UiTM.

lepas tu terus gerak menghala ke hospital kat seksen 20.

dalam perjalanan aku pun merempit dengan kuda putihku yang baru tukar mentol biru sebelah kiri dan throtle racing warna biru metalicc dan insyallah akan masuk ekzos racing tak lama lagi.

kelajuan dalam 90-100 km/j...maleh laju2 sgt. karang orang tak perasan kuda putih aku yg hensem nih...(gila riak!...padahal motor takleh blah!)

cite nye camni sebenarnya.

tengah syok aku rempit tiba2 aku dikejutkan oleh satu lembaga bewarna hitam terdampar di tgh jalan.

setelah diamati baru aku sedar bahawa ianya ialah makhluk Allah yang takde kuasa.

ianya ialah makhluk yg bernama anjing A. mungkin baru lepas kena langgar.

huhu. (insaf sebentar...sambil memperlahankan kuda putih)

yang mengharukan...

rupa2nya anjing tersebut tak keseorangan. ada member dia kat tengah2 pembahagi jalan. anjing B
(makwe dia kot...takpun adik dia)

masyallah...

korang tau apa dia buat?

aku rasa dia sedang berusaha hendak menyelamatkan kawan dia yang dah terbaring tengah jalan tu. huhu (mungkin sambil menangis2 kot)

dia ialah kawan yang baik...emm

tiba2 suasana hiba menguasai diri.

tersentuh tengok gelagat binatang yang Allah takdirkan tu...subhanallah!




isk3...tapi tidaklah se"dramatic" macam ni...



pelajaran yang diperolehi:

syukur
syukur sebab Allah masih izinkan aku bernafas walaupun aku selalu lalai. dan aku syukur sangat2 sebab Allah kurniakan nikmat iman dan islam. tidak ada nikmat lebih besar dari nikmat iman. kalau kita menguasai satu dunia ini sekalipun takkan dapat lawan nikmat iman. sebab kalau kita mati membawa iman walau sebesar zarah ganjarannya syurga 10x ganda.

sabar
sabar bila Allah uji kita. lebih2 lagi rempit cam aku ni memang takleh sabar kalau bawak motor. Allah suruh aku sabar seperti mana anjing B sabar membantu anjing A. dalam keadaan kenderaan sibuk. dan aku juga kena sabar mungkin kalau aku tak sabar akan terima nasib mcm anjing A. (mana ada mungkin2...isk3)


setia
contohi anjing B, tetap setia dalam keadaan susah dan senang ingin membantu sahabatnya anjing A. macam tu jugak aku kena lebih setia kepada parent, ahli keluarga dan sahabat2. umumnya pada seluruh umat islam. dan setia yang paling besar ialah setia mentaati Allah dan rasulullah saw. (Saya akan setia kat isteri jugak)

risau
kerisauan yang ada pada anjing B terhadap rakanya. aku juga kena risau bagaimana keluarga, sahabat2 dan seluruh umat ini dapat mentaati Allah dan rasulullah. sepertimana anjing B risau keadaan kawannya walaupun sudah mati. aku juga mesti risau supaya umat ini tidak mati di sisi Allah. aku juga kena risau tentang dosa2 aku yang dah menggunung ni, kalau gempa abis aku...

kasih sayang
aku tak tau la apa hubungan antara anjing tu..mungkin adik-beradik atau laki-bini atau mungkin juga sedara dia. tapi yg penting dia memang sayang kat anjing A yg kene langgar tu. dia seolah-olah tak sedia nak tinggalkan anjing A di atas jalanraya, isk3 (menyayat hati). aku rasa aku pun kene belajar sifat ni jugak. kasih-sayang sesama sedara islam.



isk3...moga Allah beri hidayah kat saya.




kuda putih berehat di tepi kolej perindu






Tuesday, May 17, 2011

jamaah tabligh?



biarlah...


Syeikh Nuruddin Maarbu al Banjari menerangkan tentang jamaah tabligh.












dulu beliau pernah turun di surau segamat, tapi aku tak berkesempatan bersama beliau. mungkin belum rezeki. semoga Allah beri kesempatan untuk bersama beliau.
amin.





Thursday, May 12, 2011

1 hari yg membekas di jiwa



ABANG BAKAR MANSOR

Salam,

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Satu berita sedih, abang abu bakar mansor telah kembali kerahmatullah semalam 23 Januari 2011 bersamaan 18 Safar 1432 hijrah di ijtimak tongi.

Beliau merupakan awalin melayu yg telah banyak korban utk kerja dakwah dan tabligh.

Marilah kita hadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada ruh abg bakar.

Al-Fatihah....

Semoga ruh beliau di tptkan bersama2 org2 yg soleh...amin

Wallahu'alam

Kopi dpd sini


************************************



Pengalaman aku:

Semasa aku di semester 5 diploma, kalau tak silap tahun 2009..time tu bulan puasa rasanya (betul la…baru igt sebab jemaah tu tangguh hari raya ke-10). Aku telah ditashkil oleh fikirman uitm segamat ketika itu untuk kuar 1 hari setengah di kampong pemanis 1, segamat. Beberapa member lain telah bergerak terlebih dahulu pada waktu pagi (nampak sgt dah corot sepagi di jalan Allah). Cuma aku dan beberapa orang yg gerak petang sebab ada ape entah…test kot…

Jadi ditakdirkan Allah bahawa jemaah yg diketuai oleh allahyarham hj Abu Bakar Mansur ni kuar 40 hari berusaha di segamat. Kitorang pon diputus untuk attach jemaah tersebut. Sebelum ni aku dah penah kuar 1 hari dalam 3 atau 4 kali la…tak paham amende pon. Kene taskil, kita pun kuar. Sebab aku rasa ada sesuatu yang lain dalam usaha ni. Hati rasa condong untuk wat usaha.

Sesampai je kat surau. Aku lihat ada seorang tua berjanggut putih sedang duduk di tgh2 ruang solat. Tgh zikir 300 ptg kot. Yang lain2 ada yang baca quran dan khidmat. Cuaca luar mendung nk ujan.

Menyedari kehadiran kami allahyarham pun menyambut kami. Kami bersalaman. Masyallah, janggut putih. Badan beliau keras (info dpd member yg urut dia) munkin sebab dulu dia air force. Amir sab pun kumpulkan kami student sume2 dan targhib.

Dpd pengamatan beliau seorang yg tegas. Beliau telah muzakarah 6 perkara ataupun 6 sifat sahabat r.a. setiap seorang dpd kami ditanya tentang maksud/mafhum:

  1. Kalimah tayyibah
  2. Solat
  3. Ilmu dan zikir
  4. Ikramulmuslimin
  5. Ikhlas niat
  6. Dakwah dan tabligh

Tercengang2 aku dibuatnya. Dlm hati kata “tu la..sebelum ni taknak tulis”…kitorang pun pakat serupa je jawab. Kalau korang nak tau, dialah yang bagitahu kami bahawa:

1. -Allah maha kuasa, makhluk takde kuasa!

-Hanyasanya cara hidup suci murni nabi saw bawa kejayaan dunia akhirat, selain itu xde kejayaan!

2. Membawa ketaatan dlm solat ke luar solat dan selesaikan masalah dgn solat.

3. Bgimana dgn ilmu kita nak bezakan mana satu perintah Allah dan larangan Allah serta kehendak Allah. amal dan sampaikan. dan ingat Allah dlm apa saja keadaan.

4. Bgimana nak muliakan dan tunaikan hak saudara islam semata2 kerana iman yg ada didalam diri mereka.

5. Bgimana setiap amalan kita “buat, tak buat dan tinggalkan” sesuatu kerana Allah.

6. Bawa manusia yg jauh dekat dgn Allah serta sampaikan apa yg kita tahu tanpa menambah atau mengurangi!



Oh, baru aku tau…masyallah!

Sewaktu tashkil dibuat kitorang semua bg azam. Yg paling buat aku tertarik ada sorang brader ni azam “saya azam negara2 jauh dan mati jauh2!”…subhanallah!

Semenjak dari itu aku lansung tak dengar berita dia. Sampailah member mesej kata dia dah kembali ke rahmatullah di ijtimak tonggi. Tapi ustaz Azmi yg bersama jemaah tersebut masih selalu gak jumpa kat markaz seri petaling.

Selepas berita kematian beliau, aku mendengar byk karkuzari ttg kegigihan beliau sewaktu hidup dpd pakcik2 yg pernah bersama beliau. meningkatkan jasbah utk wat usaha agama mulia ini. insyallah.



Semoga Allah muliakan allahyarham diakhirat.


"kata beliau,jadikanlah dakwah maksud hidup kita"






Wednesday, May 11, 2011

cuti?

salam.


tarik nafassss....fuhhh! 3x


alhamdulillah, akhirnya berakhir juge keperitan exam utk semester jan-mei 2011...


setelah segala kerisauan, kebimbangan dan kepayahan berjaga malam untuk tahajudstudy la konon…sampai ngantok2 kat dalam dewan. Sampai sakit kepala aku ni haa…


last paper td..fiqh muamalat, pergh!


huuh..lega rasa hati walaupun kepala aku agak tertekan sikit (picit kepala, adeh).


Lega yg sebenar bila keputusan exam, ok!


Ni la hakikat yg Allah jadikan…lepas susah-payah datang kelegaan.


Sama r macam korang solat…kan susah nak jaga solat. Tapi kalau kita taat dan terus solat sampai kita mati. Insyallah, lega gua cakap sama lu!


Tapi klu sebaliknya….emm,

****************************************************************************


Sedia maklum la kan..uitm cuti 4 bulaaaannn! Allah bg cuti!


Jadi agak lama gak r…dan macam2 aku dengar plan member2.


Ada yang nak kerja, ade yang nak bercuti, ada yang nak lepak umah dan bla3….


Ada gak yg nak blajar dakwah, rumah ke rumah, pintu ke pintu, hati ke hati…masyallah!


Jadi kepada semua sahabat2, selamat bercuti! Pastikan baki umur digunakan dengan baik…(pesanan utk aku)


Masa cuti ni byk masa yg lapang…kan untung kalau kita luangkan masa solat jemaah kat masjid..pastu dok kuliah sekali. Yer dok?


Masa cuti ni la practikkan…mungkin masa tak cuti kan kita selalu perasan sibuk…(aku lagi)


Kalau ada member2 ajak pegi masjid, kita follow r…tak luak pon masa kita.


Dan masa cuti ni la sesuai sangat kalau kita nak belajar2 banyakkan baca quran..Yer dok?

1 huruf 10 ganjaran! Jgn main2 dow.


Time cuti ni la kita nak belajar2 tolong mak bapak kita kat rumah. (moga allah bantu sy nk ikram mrk..huhu)


Redha Allah terletak pd redha mak bapak…


Sekali-sekala apa salahnya kita iktikaf kat sejidd(masjid)…ajak member2. Kalau ada orang2 dakwah datang kita dok sekali…sama2 bantu.




pesan hazrat maulana inamul hassan rah.:

"masa tetap akan berlalu, kalau masa tak digunakan utk agama(bekalan akhirat) maka masa akan habis digunakan untuk keduniaan semata2"



[1]Demi Masa! [2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -[3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Al-’Asr 103: (1-3)




Kepada rakan-rakan kelas bm2294L/GBS:


(2 tgn kat mulut dan jeriitt)

kawan2!

Selamat bercuti dan jumpa lagi next sem! (Itupun kalau Allah kehendaki)

Gunakan masa cuti dengan baik2 kkk!!

Jangan lupa solat jemaah(laki2) di awal waktu(laki/pmpuan) di rumah Allah!

Last sekali….jgn lupa mati taw!!

Ok..byeee! woha!



p/s: korang cuti 4 bulan…aku 2 bulan jer sebab ada intershesi..isk3




Sunday, May 8, 2011

Wednesday, May 4, 2011

jenggot?


saidatina aisyah r.ha berkata "maha suci Allah yang telah menghiaskan laki-laki dengan janggut"






hasil seni apabila mengalami lebihan masa sewaktu menjawab 'final exam'...woha!




Di petik dari kitab Ibni Hibban, Hadith dari Abu hurairah RA meriwayatkan Nabi SAW bersabda: Di antara fitrah islam, ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu”.




"Abdullah bin Umar berkata telah bersabda Rasulullah s.a.w :"Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu." (H/R al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi)




pesanan utk diri sendiri:

biar dihina atau dicerca
"kau ni muda usah lagak tua"
biarlah ape orang nak kata
biar hati ini terluka
kerana ini sunnahnya
asal dapat menyukakan baginda saw.
kerana disitu ada kasih-sayangNya.




kehinaan kemuliaan dlm genggamanNya
sabar dan banggalah
inilah sunnah
junjungan
besar
Muhammad SAW.




p/s: moga istiqomah pelihara janggut...dlm amalan sunnah ada hidayat utk kite dan saudara2 kite.



Monday, April 25, 2011

hotel?



[hiduplah seperti di hotel]
(cam orang kaya pulak...ish3)





tersebutlah dalam suatu kisah yang mana seorang raja telah berjumpa dengan seorang lelaki alim yang zuhud.


lalu sang raja pun mengajak laki2 tersebut ke istana.


bila tiba di istana lelaki itu dijemput masuk


lelaki zuhud itu melihat keindahan dan kecantikan istana, masyallah.


lalu dia memuji dengan berkata "masyallah, besar dan cantik ya ini hotel"


si raja tersenyum dan menganggap lelaki ini bodoh hingga tak tahu membezakan antara istana dengan hotel.


lalu raja memberitahu. "wahai tuan, ini bukan hotel. ini ialah istana"


lelaki alim dan zuhud itu berkata lagi. "ini hotel, tuan raja"


si raja menjawab lagi. "ini bukan hotel, ini istana tuan"


lelaki zuhud itu bertanya. "owh, apa bezanya hotel dengan istana, tuan?"


si raja pun membalas pertanyaan. "bezanya, jika hotel duduknya sementara...2 atau 3 hari saja kemudian berangkat lalu silih ganti orang lain. istana ini kekal dan boleh duduk sampai bila2"


lelaki zuhud pun berkata. "owh...gitu ya. saya bertanya sikit boleh tak tuan?"


si raja membalas. "silakan tuan"


lelaki zuhud pun bertanya. "sebelum tuan raja siapa yang tinggal di istana ini?"


si raja jawab. "bapa saya tinggal di istana ini"


lelaki zuhud bertanya lagi. "sebelum bapa raja?"


si raja jawab lagi. "ya atuk saya"


lelaki zuhud pun bertanya lagi. "owh...sebelum atuk raja?"


si raja menjawab lagi. "ya moyang saya"


lelaki zuhud pun berkata. "emm...kalau gitu bererti silih gantian juga ini"


lelaki zuhud menambah lagi. "ini keluar masuk keluar masuk juga ini"


lalu si lelaki zuhud pun menegaskan. "ini hotel, tuan...ini bukan istana!"






targhib:

walau di mana pun kita tinggal tak kira lah walau di malaysia, jepun, amerika atau di mana2 sahaja di atas dunia ini maka hendaklah kita merasa seolah2 hidup dengan menumpang di hotel.

bila tinggal di hotel maka pasti kita akan tinggalkan hotel tersebut sebab kita faham bahawa kita bukannya nak duduk kat hotel tu lama2 tapi kita akan pulang ke rumah atau kampung kita sendiri

jadi bila kita masuk ke dalam rumah cuba kita try cakap "oh, ini hotel...aku bukan duduk kat umah ni selama2nya, aku akan tinggalkan umah ni"

ataupun bila kita masuk kampung kita, try cakap "oh, ini hotel...aku bukan duduk nak duduk kat kampung ni selama2nya, aku akan tinggalkan kampung ni"

kemudian kita cakap. "rumah saya, kampung saya hanyalah di NEGERI AKHIRAT"




(tumpang hotel utk melaksanakan kerja yg diberi, habis kerja kita balik kampung...woha!)






p/s:

orang lain sume sebok stadi ko sebok update blog eh...ish3

doakan aku kawan2!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...