[hiduplah seperti di hotel]
(cam orang kaya pulak...ish3)
tersebutlah dalam suatu kisah yang mana seorang raja telah berjumpa dengan seorang lelaki alim yang zuhud.
lalu sang raja pun mengajak laki2 tersebut ke istana.
bila tiba di istana lelaki itu dijemput masuk
lelaki zuhud itu melihat keindahan dan kecantikan istana, masyallah.
lalu dia memuji dengan berkata "masyallah, besar dan cantik ya ini hotel"
si raja tersenyum dan menganggap lelaki ini bodoh hingga tak tahu membezakan antara istana dengan hotel.
lalu raja memberitahu. "wahai tuan, ini bukan hotel. ini ialah istana"
lelaki alim dan zuhud itu berkata lagi. "ini hotel, tuan raja"
si raja menjawab lagi. "ini bukan hotel, ini istana tuan"
lelaki zuhud itu bertanya. "owh, apa bezanya hotel dengan istana, tuan?"
si raja pun membalas pertanyaan. "bezanya, jika hotel duduknya sementara...2 atau 3 hari saja kemudian berangkat lalu silih ganti orang lain. istana ini kekal dan boleh duduk sampai bila2"
lelaki zuhud pun berkata. "owh...gitu ya. saya bertanya sikit boleh tak tuan?"
si raja membalas. "silakan tuan"
lelaki zuhud pun bertanya. "sebelum tuan raja siapa yang tinggal di istana ini?"
si raja jawab. "bapa saya tinggal di istana ini"
lelaki zuhud bertanya lagi. "sebelum bapa raja?"
si raja jawab lagi. "ya atuk saya"
lelaki zuhud pun bertanya lagi. "owh...sebelum atuk raja?"
si raja menjawab lagi. "ya moyang saya"
lelaki zuhud pun berkata. "emm...kalau gitu bererti silih gantian juga ini"
lelaki zuhud menambah lagi. "ini keluar masuk keluar masuk juga ini"
lalu si lelaki zuhud pun menegaskan. "ini hotel, tuan...ini bukan istana!"
targhib:
walau di mana pun kita tinggal tak kira lah walau di malaysia, jepun, amerika atau di mana2 sahaja di atas dunia ini maka hendaklah kita merasa seolah2 hidup dengan menumpang di hotel.
bila tinggal di hotel maka pasti kita akan tinggalkan hotel tersebut sebab kita faham bahawa kita bukannya nak duduk kat hotel tu lama2 tapi kita akan pulang ke rumah atau kampung kita sendiri
jadi bila kita masuk ke dalam rumah cuba kita try cakap "oh, ini hotel...aku bukan duduk kat umah ni selama2nya, aku akan tinggalkan umah ni"
ataupun bila kita masuk kampung kita, try cakap "oh, ini hotel...aku bukan duduk nak duduk kat kampung ni selama2nya, aku akan tinggalkan kampung ni"
kemudian kita cakap. "rumah saya, kampung saya hanyalah di NEGERI AKHIRAT"
(tumpang hotel utk melaksanakan kerja yg diberi, habis kerja kita balik kampung...woha!)
p/s:
orang lain sume sebok stadi ko sebok update blog eh...ish3
doakan aku kawan2!
^____^
ReplyDeletebezanya, kita takkan tau bila kita check-out dari hotel nih. ish ish
ReplyDeletebenar!
ReplyDeleteyang pasti masa utk tinggal di hotel makin singkat.
kene kemas2 la nampaknya.
isk3
macam kenal style anda..
ReplyDeleteapapun isi best!!!
macam mana tn kenal style saya?
ReplyDeletesaya pun tak taw style macam mana...huhu
kisah ni diedit dpd sebuah kisah yg diceritakan oleh ulama dlm bayannya.
Subhanallah..
ReplyDelete