tuan2,
ulama bagitahu ada tiga tujuan dakwah sepertimana yang nabi saw. buat.
1. keluarkan kebesaran makhluk dalam hati saya dan manusia dan masukkan kebesaran Allah swt. dalam hati saya dan manusia.
2. bagitahu diri saya dan manusia bahawa dunia ini hanyalah sementara dan akhirat jualah yang kekal abadi.
3. untuk yakin bahawasanya cara hidup baginda Muhammad saw. yang membawa kejayaan di dunia dan di akhirat.
Yang saya kena tahu hanya 2, Allah swt dan makhluk ciptaanNya. selain Allah semuanya makhluk yang lemah tiada daya upaya.
ini hari juga saya kena keluarkan kebesaran makhluk yang ada dlm hati saya. saya kena yakin hanya Allah swt. yang berkuasa dan makhluk langsung tidak boleh buat apa2. Yang bagi kenyang dan hilang dahaga bukannya makanan minuman tapi ALLAH yang beri. Yang bagi dengar, lihat, rasa, bau bukan telinga, mata, lidah mahupun hidung tapi ALLAH yang beri segala-galanya. Makhluk x boleh buat apa2. Yang menghidupkan mematikan hanya ALLAH. Apa yang Allah nak, Allah inginkan, itulah akan berlaku, sedang berlaku dan telahpun berlaku. Apa yang Allah x nak, x inginkan, x akan belaku, x boleh berlaku san tak akan berlaku. Allah swt. adalah zat mutlak yang menguasai segala-galanya meliputi langit bumi, semuanya dalam genggaman ALLAH AZZA WA JALLA.
ulama bagitahu manusia dihantar oleh Allah ke dunia atas maksud agama Allah. untuk hari agama Allah di akhirat nanti. hanya orang2 yang yakin dan amal agama Allah dan ikut cara nabi saw yang akan selamat dan selainnya akan diasingkan mengikut niat dan cara masing2. dlm satu hadis mafhumnya "barangsiapa menyerupai suatu kaum, akan dibangkitkan bersama2 kaum tersebut", yang lain "manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat nanti mengikut niat masing2". hari ni brape ramai antara kita yang ingat akhirat? beriman dah beriman, yakin 100%? nak tau bpe ramai manusia yg betul2 beriman dan yakin pada akhirat? senang je...pergi ke masjid dan lihatlah bpe kerat.
”Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada-Nya dan hari kemudian, serta (tetap) mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan tidak takut (kepada siapa pun), kecuali kepada Allah. Maka, mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS Attaubah [9]: 18).
dan saya dan semua manusia kena tahu, beriman dan yakin bahawa kenikmatan dan kesengsaraan di dunia ini hanyalah 1% dpd kesenangan dan kesusahan akhirat.
hari ini juga saya kena yakin dan amalkan sunnah nabi saw. hanya cara hidup nabi yang membawa kejayaan dunia dan akhirat. sebagaimana penampilan nabi saw begitu juga saya. bagaimana nabi saw. bermuasyarat, bermuamalat, akhlakiat, begitu juga saya. bagaimana fikir, risau dan bimbang dengan umat, begitu juga saya. cara kehidupan saya mestilah mirip2 dengan cara kehidupan nabi saw. dan para sahabat r.ahum.
susah nabi saw. susah saya juga. mafhum hadis "barangsiapa yang mengamalkan sunnahku maka dia cintakan aku, barangsiapa yang cinta akan aku akan bersama2ku di dlm syurga".
usaha agama Allah bukanlah usaha untuk mendapatkan kekuasaan, negara, wang, kebendaan. dan untuk usaha agama juga tidak memerlukan perkara2 tersebut. hanya memerlukan mujahadah cara nabi saw. dan sahabat2. ulama bagitahu bahawa nabi2 dihantar untuk usahakan iman ummat mereka. dan umat nabi saw. hari ni kena buat kerja agama untuk usaha atas iman mereka sendiri dan bagaimana untuk dapat sediakan orang lain untuk usaha atas iman mereka sendiri.
usaha agama adalah usaha bagaimana diri saya dan seluruh umat dapat selamat dpd azab neraka dan masuk syurga ALLAH swt.
moga Allah beri taufik pd kita utk amal dan sampaikan
No comments:
Post a Comment