keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Monday, April 25, 2011

hotel?



[hiduplah seperti di hotel]
(cam orang kaya pulak...ish3)





tersebutlah dalam suatu kisah yang mana seorang raja telah berjumpa dengan seorang lelaki alim yang zuhud.


lalu sang raja pun mengajak laki2 tersebut ke istana.


bila tiba di istana lelaki itu dijemput masuk


lelaki zuhud itu melihat keindahan dan kecantikan istana, masyallah.


lalu dia memuji dengan berkata "masyallah, besar dan cantik ya ini hotel"


si raja tersenyum dan menganggap lelaki ini bodoh hingga tak tahu membezakan antara istana dengan hotel.


lalu raja memberitahu. "wahai tuan, ini bukan hotel. ini ialah istana"


lelaki alim dan zuhud itu berkata lagi. "ini hotel, tuan raja"


si raja menjawab lagi. "ini bukan hotel, ini istana tuan"


lelaki zuhud itu bertanya. "owh, apa bezanya hotel dengan istana, tuan?"


si raja pun membalas pertanyaan. "bezanya, jika hotel duduknya sementara...2 atau 3 hari saja kemudian berangkat lalu silih ganti orang lain. istana ini kekal dan boleh duduk sampai bila2"


lelaki zuhud pun berkata. "owh...gitu ya. saya bertanya sikit boleh tak tuan?"


si raja membalas. "silakan tuan"


lelaki zuhud pun bertanya. "sebelum tuan raja siapa yang tinggal di istana ini?"


si raja jawab. "bapa saya tinggal di istana ini"


lelaki zuhud bertanya lagi. "sebelum bapa raja?"


si raja jawab lagi. "ya atuk saya"


lelaki zuhud pun bertanya lagi. "owh...sebelum atuk raja?"


si raja menjawab lagi. "ya moyang saya"


lelaki zuhud pun berkata. "emm...kalau gitu bererti silih gantian juga ini"


lelaki zuhud menambah lagi. "ini keluar masuk keluar masuk juga ini"


lalu si lelaki zuhud pun menegaskan. "ini hotel, tuan...ini bukan istana!"






targhib:

walau di mana pun kita tinggal tak kira lah walau di malaysia, jepun, amerika atau di mana2 sahaja di atas dunia ini maka hendaklah kita merasa seolah2 hidup dengan menumpang di hotel.

bila tinggal di hotel maka pasti kita akan tinggalkan hotel tersebut sebab kita faham bahawa kita bukannya nak duduk kat hotel tu lama2 tapi kita akan pulang ke rumah atau kampung kita sendiri

jadi bila kita masuk ke dalam rumah cuba kita try cakap "oh, ini hotel...aku bukan duduk kat umah ni selama2nya, aku akan tinggalkan umah ni"

ataupun bila kita masuk kampung kita, try cakap "oh, ini hotel...aku bukan duduk nak duduk kat kampung ni selama2nya, aku akan tinggalkan kampung ni"

kemudian kita cakap. "rumah saya, kampung saya hanyalah di NEGERI AKHIRAT"




(tumpang hotel utk melaksanakan kerja yg diberi, habis kerja kita balik kampung...woha!)






p/s:

orang lain sume sebok stadi ko sebok update blog eh...ish3

doakan aku kawan2!



Tuesday, April 19, 2011

tanah?




bismillah...(sedikit catatan pesanan buat diriku...)



Allah maha kuasa dan makhluk sikitpun takleh buat apa2.

Allah telah ciptakan manusia dpd tanah dan sifat tanah juga telah bersama2 ada dalam hati manusia. iman ialah perkara paling bernilai lebih dari segala2nya. kalau kita belanjakan seluruh dunia dan isi2nya takkan dapat menyamai nilai iman walaupun sebesar zarah.

iman umpama sekeping tanah. disebabkan ramai antara kita iman warisan maka ia juga umpama tanah warisan. sepertimana kita faham kalau tanah tak diusahakan atau dikerjakan maka akan mula ditumbuhi lalang-lalang yang tak memberi manfaat.





dan kalau kita malas lagi ia akan menjadi lebih teruk lagi. semak dan samun. bila dah semak paham2 je la...


ish3


mungkin cik senduk akan berkampung kat semak. haha...jaga2 cik jah! jgn sampai dipatuk.





scorpion pun tumpang sekaki insyallah


i still loving you


dan kalau kita lebih malas lagi. hurmm...nampaknya tanah tadi akan jadi hutan la gamaknya. (pemalas punya manusia...huuh)


nampaknye bkn setakat ular senduk dan scorpion jer berkampung...rimaw pun sempat beranak pinak berkenduri kendara.



aum aum aum


tapi kalau kita usahakan dan kerjakan tanah tersebut. masyallah




haa..kan bawa manfaat tuh,,,


tidak ada kecantikan selain kecantikan akhirat


usaha dengan lebih tekun dan gigih....hurgh




insyallah anda akan peroleh...durian! sapa taw?


nyum3


ataupun....hehe. nenas ker?



dapat buah ni best jugak! grapevine!


aku x mkn anggur


atau mungkin labu.....haha.( masak lomak sodap!)

Allah bg labu bosar2 hari ni dik!


inilah hakikat yg kita paham. bila tanah tak diusahakan dan hanya dibiar terbiar sebegitu rupa maka tanah tersebut sikitpun tak memberi manfaat kpd kita. tanah tersebut akan ditumbuhi semak-samun, serangga2 berbisa akan datang dan binatang2 buas. tanah tersebut bukan sahaja tidak mendatangkan hasil atau manfaat bahkan mendatangkan mudarat kpd kita.

bila tanah diusahakan dengan susah-payah menggunakan diri, harta dan masa kita maka tanah warisan tersebut akan mengeluarkan hasil. dan dpd hasil tersebut kita menikmati kehidupan.


iman lemah
begitu juga iman. iman juga mesti diusahakan. iman yang lemah umpama tanah yang gersang dan terbiar. tak beri manfaat bahkan kadang2 menjadi asbab mudarat kpd diri kita, ma'azallah. seperti mana lalang tak bagi manfaat begitu juga iman yg lemah. utk ucap 1 subhanallah pun tidak mampu, jika cerita dunia berjela-jela.
bkn saja sia2 bila iman spt semak, akan jadi mudarat utk diri kita. tahu solat lambat tak baik...tapi selamba saja. tahu pandang pempuan tak boleh, lantaran imannya lemah jgn kata pandang bahkan duduk bersama2..dekat2 lagi, aduh!
kalau iman seperti hutan belantara tandusnya....lu pikir la sendrik! (jaga2, jgn sampai gajah kat kebun ko serang kebun jiran..parah nanti)


iman baik
iman yang diusahakan...masyallah. jgn kata 1 subhanallah bahkan beratus-ratus subhanallah hendak diucapkan. kuat lagi iman, tambah baik lagi akhlaknya. kuat lagi imannya, "mat, ayuh kita ke masjid!" haha...
tanda seseorang itu beriman "bila disebut nama Allah gementar hatinya, bila dibaca ayat2 Allah meningkat lagi imannya"(quran)
tanda seseorang itu beriman "bila dia buat suatu kebaikkan hatinya rasa senang, bila dia buat kejahatan hatinya rasa tak senang"(hadis)


jadi usaha atas iman ini sgt penting. sebanyak mana amal seseorang itu ditentukan dgn sebanyak mana iman dia pd ALLAH dan RASUL SAW.

tanpa iman yang jitu maka seseorang yang jahil maka dia akan terperangkap dlm kejahilan dan seseorang yang berilmu tidak dapat mengamalkan ilmu yg beliau ada.

tanpa iman walaupun sebesar zarah maka jangankan dia nak masuk syurga cium bau syurga pun dia tak dapat.


jadi tuan2, sangat penting untuk kita usaha atas iman. untuk mendapatkan iman yang jitu ia memerlukan susah-payah dan mujahadah spt sahabat2 r.a.

kita korbankan masa kita untuk kuar jalan Allah, kita belajar iman insyallah.



ooopppss...tanah terbiar mungkin boleh jadi port buang bayi...sapa taw?


abu sayang ibu






p/s: korang boleh rujuk mana2 abg2/pakcik2 dakwah tabligh utk kuar jln Allah. oh yaa...kirim salam kat depa yaa...woha!

Monday, April 11, 2011

pencuri?

kisah 1.

pencuri yang berubah melalui maulana Ilyas rah.

di zaman maulana Ilyas rah., setiap hari berlaku kecurian di markas Delhi. mereka yang kecurian datang membuat aduan kepada maulana rah. supaya bertindak menangkap pencuri. hadraji (maulana rah.) pula tidak mengambil sebarang tindakan. kecurian pun semakin kerap berlaku. apabila pengaduan dibuat lagi kepada hadraji rah., beliau berkata dengan hikmahnya, "jika tuan-tuan tidak suka berada di markas, tuan-tuan boleh meninggalkan tempat ini."

jawapan hadraji rah. telah sampai ke pengetahuan pencuri lalu memberi kesan kepada hatinya lalu beliau telah bertaubat lalu menjadi orang yang benar-benar warak. hingga ke hari ini, beliau masih membuat usaha agama.

p: hikmah adalah penting dalam kerja ini. dalam membuat kerja agama, tidak boleh menyakiti hati sesiapa. biar pecah usul, jangan pecah hati.


kisah 2.

pencuri yang bertaubat

pernah sekali di zaman Maulana Yusof rah., berlaku kecurian di markas. orang di markas bermesyuarat untuk menangkap pencuri. berbulan-bulan mereka berusaha tetapi masih gagal.

beberapa orang datang mengadu kepada hadraji (maulana yusof rah.). hadraji berkata, "tuan-tuan berusahalah untuk menangkap pencuri itu. saya pun akan berusaha. semoga Allah swt membuat satu keputusan."

dalam majlis di markas sepanjang hari itu, hanya diperkatakan tentang janji-janji Allah swt, perintah dan balasan Allah swt. maulana rah. tidak sedikit pun menyentuh berkenaan mencuri, membunuh, riba dan sebagainya. pada pagi esoknya, pencuri itu sendiri telah datang bertemu hadraji rah. dan memohon maaf kepadanya. pencuri itu dimaafkan.

apabila diperkatakan perintah dan kebesaran Allah swt., orang ramai akan menyedari kesalahan masing-masing lalu mengubah kehidupan mereka.

p: apabila perintah Allah swt. dilaksanakan, segala larangan Allah swt akan ditinggalkan. inilah kerja untuk menghidupkan perintah Allah swt di muka bumi.


Allahuakbar! masyallah! subhanallah!


moral of the stories i learned:

bila kawan kita buat kesilapan maka janganlah kita terus pancung tanpa belas kasihan hukum mereka. ini kerana mereka juga hanyalah insan biasa yang tak terlepas dpd buat dosa dan bukan malaikat sama macam kita jugak (aku la tue...isk3). jika ingin tegur maka tegurlah dengan berhikmah, kalau takleh jugak belasah jer dengan lebih berhikmah lagi. Lebih-lebih lagi dalam usaha agama.

Maulana saad rahimahullah menasihati supaya hendaklah kita “tidak sebutkan atau tidak menceritakan tentang sesuatu kesalahan itu”. Baik rakan usaha, rakan kelas, rakan lepak ataupun kesalahan umat ini. Kerana kalau kita cerita jugak, maka kesalahan itu akan tersebar ke mana2, merata2 tempat.

Contoh: isu mat rempit

Kalau kita tak cerita dan heboh2kan isu mat rempit maka insyallah mat rempit tidak akan menjadi suatu isu yang hangat dan lama-kelamaan akan hilang. Bahkan, kita kena cerita tentang kebaikkan kawan kita supaya keburukan dia tertutup dan lama-lama hilang.



Maulana saad rahimahullah juga menasihati supaya hendaklah kita “kecilkan kesalahan, menganggap kesalahan kawan kita tadi satu perkara yang kecil dan tak perlu dihebah2kan dan menganggap perkara itu seperti tidak ada apa2 pun”

Contoh: member kita suke mencarut

Kita anggap sahaja perkara ini kecil dan kita doa serta betulkan percakapan kita supaya menjadi asbab member kita tadi tak mencarut. Tak perlu kite nak sekolahkan member tadi sampai lebam telinga dia. Yang paling penting kita kene sedar bahawa setiap masalah yang berlaku pada umat ialah “salah saya” sebab saya tak doa dan dakwah.


Maulana juga pesan dalam bayan bahawa kita perlu membuat baik pada kawan kita yang melakukan kesalahan. Kita buat baik kat dia sampai dia terpaksa ikut cakap kita. Kita ikram dia. Walaupun dia berkasar dengan kita, kita tetap buat baik dengan dia. Kita ajak dia ke masjid, kita urut dia, kita tolong angkat buku dia, kita belanja minum, kita cakap baik2 dengan dia, sampai dia dah takleh kata apa, kita tolong basuhkan pinggan dia. (ini bab yang paling susah…ikramul muslimin)


Bila dah ikram member tadi sampailah bab kita nak tegur pulak. Nak tegur orang pun Allah dah ajar. Maulana Husnul Hizam bagitahu sewaktu malaikat nak tegur nabi Daud a.s tentang suatu hal, malaikat jibril telah belai nabi Daud a.s dengan pujian.

Contoh: nak tegur kesalahan mencarut oleh member.

Abu: ali, kau ni baik, sopan-santun, pemurah, selalu solat awal waktu, hensem, selalu senyum, bla3….(cari kebaikkan dia semaksimum mungkin…walaupun sebesar debu)

Ali: (dah tersenyum dah…hehe, kembang la tuh…huhu)

Abu: semua baik2 dah kaw ni…cumeee sikiiitt jew…

Ali: haa..ape di abu?, cu cite2…??(tertanya2 …ape agknye yg x ok)

Abu: alaa…sikittt jew….cume tuan punye percakapan. Kan lebih comel kalau kurangkan sikit mencarut…

Ali: ops…a’ah la…


Haa…kan senang. Dah setel.


point2 penting:

1. Jangan cerita/sebarkan kesalahan atau keburukan

2. Kecilkan kesalahan atau keburukan

3. Buat kebaikkan

4. Tegurlah dengan hikmah


paling penting kita niat untuk betulkan kesalahan diri sendiri. sebab aku pernah dengar orang alim kata "bila kita lihat keburukkan orang lain maka keburukkan itu akan datang kpd diri kite".
dia tak salah tapi yang salah ialah saya, sebab saya tahu perbuatannya salah tapi saya tak halang.

dan sentiasa berhati-hati dan doa.

dari awal amalan kita sampai akhirnya kawan kita jadi baik, kita mau yakin bahawa saya tidak buat apa-apa tapi yang buat segala-galanya hanyalah ALLAH!




dan Dulu waktu aku first time iktikaf dengan jemaah tabligh, ustaz telah berpesan bahawa:

“Janganlah sesekali kita menghina mereka yang buruk perbuatannya kerana kita tak tahu mungkin di masa depan kita akan jadi lebih teruk dan hina daripada mereka, bahkan kita kena kasihi mereka kerana mungkin bila mereka insaf mereka akan lebih mentaati Allah dan amal sunnah nabi saw lebih dpd kita.”


Akulah antara orang yang terkesan sebab akulah orang yang buruk perbuatanya.


isk3.



ya Allah, kurniakanlah saya hakikat ikramul muslimin. amin










p/s: dua tiga kucing berlari, final nak dekat la woi!...alang2 seluk pekasam, kawan2 doakan aku ye!

p/s: kisah 1 & 2 diambil dpd buku "1000 kisah hadraji rah." (baru beli kat sri petaling)

Friday, April 8, 2011

akhir sem?

salam 1 iman
(la ilaha illallah!)



segala puji bagi Allah zat mutlak yang maha agung serta berkuasa dan tidak ada mana2 bahagian atau apa perkara yang terlepas dpd kawalanNya kerana segala-galanya berada di dalam genggamaNya!

selawat dan salam khas buat nabi yang mulia Muhammad saw. penutup segala nabi dan penghulu anbiya yg telah bersungguh dan paling banyak mengingatkan kita kepada kehidupan akhirat dan jika dihimpunkan seluruh kepandaian akal manusia di dalam dunia ini tidak sekali2 akan menyamai walau 1% kebijaksanaan Baginda saw.

tidak lupa salam keatas ahli keluarga Baginda saw. dan sahabat2 r.ahu yang telah berkorban harta! masa! hatta diri mereka! habis-habisan semata-mata inginkan hidayah untuk umat ini.
mereka telah memilih kesusahan di dunia ini kerana inginkan kesenangan hakiki di akhirat.


dan kepada mereka2 yang terus mengikuti Baginda saw dari masa ke masa saaaampai hari kiamat. Assalamualaikum!





pejam mata , celik. pejam mata, celik. (syukur Allah masih bagi celik)


dah berada di penghujung semester rupenya!


ermm...alhamdulillah, akhirnya segala presentation untuk semester ini telah dihabiskan dgn jayanya (jaya...? tgn di bahu, mata pandang atas)
sekarang ni tinggal nak berdepan dgn final exam pulak...fuh! memang seronok...( tgn di bahu, mata pandang atas lagi)


terima kasih kepada kawan2 (bm2294L/4M) yang telah bekerja keras dlm usahasama dlm menyiapkan segala assignment dan presentation. semoga Allah pilih dan terima kita untuk buat usaha agama dan amalkan agama yg sempurna dlm kehidupan kite seharian! insyallah!




kejayaan, kesejahteraan, kebahagiaan, keseronokkan, ketenangan, keselamatan umat ini

tidak kira di dalam tanah, di udara atau dalam air, di timur atau di barat, di dalam hutan atau di tengah kota, dalam negeri atau luar negara hatta kat bulan! hatta di luar galaxy sekalipon!

hanyasanya dalam keimanan 100% kpd Allah serta mentaati segala perintah2Nya dengan cara nabi kesayanganNya Muhammad saw.



atas perkara yang sangat penting ni!


aku nak iklan satu berita gembira buat rakan2 usaha! insyallah!


10 april 2011 ni....ade jor student!



haa...jor! perhimpunan student islam utk dgr nasihat agama dan belajar2 usaha dakwah nabi saw.





10 april 2011

masjid (oren) padang jawa, shah alam (berdekatan flyover)

jam 9.00 am - tgh hari

semua student dijemput hadir

tolong jangan lepaskan peluang keemasan ini, ok! (pesanan utk diri sendri)

semua ambil bahagian, Insyallah! (ade makannn, insyallah)






mohon tuan2 doakan utk jor ini dan amnya hidayat utk seluruh umat saaaammmpai hari kiamat!


semoga jor ini berhasil membentuk byk2 jemaah utk cuti semester ini dan amnya sampai kiamat! amin!


semoga kita semua dapat merasai nikmat iman! amin!






p/s: doakn gua utk final exam ek...owh! jor ni utk student laki2 taw..

Friday, April 1, 2011

nasib si pengembara?

assalamualaikum kpd seluruh pembaca beragama islam. dan buat yg belum islam, pleasse come to Islam as soon as posible.





fuhh! semenjak dua, tiga dan empat menjak ni aku asyik pening2 jer. dah nak mati kowt...(ya Allah, amal sy masih sgt kurang...maafkn saya).

stress dengan dunia. oh! malangnya...

2 bulan lepas ade satu jemaah dakwah tabligh dpd sijangkang telah mengunjungi taman perumahan aku. masyallah.

bayangkan sebuah perumahan lebih kurang 1000 pintu. sebuah surau warna hijau di tepi padang bola. kenderaan sibuk. budak2 kecik main besikal. budak2 remaja merempit. ade makcik jual goreng pisang dan air tebu.

aku sangat seronok tapi sangat sedih sebab tak dapat bersama2 dengan mereka. cuma sempat sepetang saja. dapatlah jugak merasa teh pakistan. huhu.

sepanjang jemaah berusaha. sepupu aku telah bersama dengan mereka. dan sepupu aku telah meriwayatkan sebuah kisah dpd seorang brader (brader??...pakcik kot..) yg bersama jemaah itu.




******************************************************************************

al-ihsan...erk...


al-kisah...tersebutlah kisah sang kancil bla bla bla...


(bayangkan diri anda di zaman 80 an di Australia)


pada zaman era 80 an terdapatlah seorang manusia di muka bumi Allah ni yang mempunyai hobi mengembara. beliau ialah seorang warga australia. telah berbagai2 tempat beliau pergi. beliau telah memasang tekad untuk menjelajah ke seluruh pelusuk negara (jauh perjalanan luas pengalaman...huhu) .

untuk maksud itu beliau telah membuat perancangan. akan bermula darimana dan akan sampai di mana. negara demi negara semuanya telah disusun dalam jadual perjalanan. dan beliaupun telah mengorbankan diri, masa dan harta yang ada untuk tujuan mengembara...huhu (beliau ni bukan islam).

salah satu route ialah Turki yang dianggap olehnya sebuah negara islam mungkin. sewaktu mengembara di Turki beliau telah singgah di satu pub. beliau pun melepaskan dahaga...(taktau dia minum air ape..).


pada saat itu dia telah terlihat seorang yang beragama islam turut bersama di dalam pub dan sambil minum arak (tak tau la wain atau beer....todi kot?). beliau konfius. terbit soalan di mulutnya "setahu saya orang islam tidak minum arak?". seseorang telah berkata kepada beliau. "wahai tuan, kalau tuan mahu lihat orang islam tuan pergilah ke Pakistan"


dipendekkan cerita. setelah beberapa route. negara demi negara. kampung demi kampung dan bandar demi bandar (mungkin...huhu).


akhirnya tibalah route Pakistan.


jeng jeng jeng!. (bayangkan diri anda di pakistan tauu 80 an)


dia pun sampai ke pakistan.


hinggalah suatu masa Allah telah takdirkan beliau untuk menaiki sebuah bas.


sewaktu menaiki bas tersebut beliau telah duduk di sebelah seorang yang tua dan berjanggut panjaanng.


korang tahu sape pakcik tue??? haha...


sepanjang perjalanan dia melihat pakcik tersebut tanpa berkata apa2..(tekesan kot dgn rohaniat pakcik tuh...huhu).


hinggalah satu saat di mana pakcik itu telah bertanya kepada mamat australia ni. "siapakah anda? darimana? dan buat apa?"


mamat ni pun mengenalkan diri dan bagitahu bahawa dia ialah pengembara yang ingin menjelajah ke seluruh dunia.


lalu, dengan kehendak Allah swt pakcik berjanggut itupun telah mengajak mamat ni bermalam di kampungnya untuk 3 hari. mamat ni pun bersetuju.

apabila sampai sahaja di perkampungan tersebut. beliau telah diperkenalkan oleh pakcik berjanggut tadi kepada seluruh orang kampung. kehadiran mamat ni disambut dengan kegembiraan oleh penduduk kampung.


bermula sejak hari pertama, disebabkan penduduk kampung ini terlalu gembira maka mamat ni telah dilayan sehabis baik. makan. jalan-jalan. dan macam2 lagi. mamat ni dilayan seperti anak raja laa orang kata.


beliau sangat suka dengan penduduk kampung itu. suasana islam hidup di kampung itu. manusia saling sayang-menyayangi. semua orang baik2 dan berlumba2 buat baik. penduduk kampung telah melayan tetamu itu dengan sebaik mungkin. hari kedua. sampai hari ketiga. (pendek cerita mmg ikram tahap gaban laa...)

sehingga mamat tu terkesan dengan keadaan tersebut. hati beliau telah terkesan dengan amalan penduduk kampung. hati merasa tenang dan seronok. sehinggalah pada hari terakhir. iaitu hari yang ketiga.


beliau tidak tahan dengan sikap baik penduduk kampung itu. hinggalah terkeluar daripada mulut beliau. bertanya kepada pakcik tua berjanggut panjang.

"wahai tuan, tuan sangat baik dengan saya. apa yang tuan mahu sebenarnya?"

lalu, pakcik itu pun menyatakan hasrat yang terpendam. "wahai pemuda (perawi lupa nama), saya cuma inginkan satu saja daripada kamu?"


mamat jawab. "apa dia wahai tuan?"


pakcik "kamu ucaplah la ilaha illallah"


mamat tersebut terus ucap dan bergembiralah orang2 kampung.


asalnya nak lepak kat kampung tu untuk 3 hari jew. korang tahu akhirnya?



akhirnya 3 TAHUN dia lepak kat kampung tersebut.


dia tinggal di kampung tersebut untuk belajar mengenai agama. sehinggalah kemuncaknya dia telah keluar di jalan Allah 4 bulan ke India, Pakistan dan Bangladesh untuk belajar usaha dakwah nabi saw.

hingga beberapa masa. beliau terfikir akan nasib makwe dan keluarga di Australia. bagaimana mereka juga dapat beriman dengan Allah. beliau membuat keputusan untuk pulang ke Australia untuk mendakwahkan umat di sana kepada rabb yang maha agung iaitu ALLAH!

pendekkan cerita. sewaktu perjalanan untuk ke Australia, penerbangan telah transit di Singapore. dan ketika itu sedang berlansungnya jor ataupun ijtimak ataupun perhimpunan dakwah orang islam di singapore. mamat ni pun turut serta.

apabila tashkil dibuat maka mamat ni terus menyambut takaza!

dia telah dihantar untuk keluar 40 hari di sekitar Kuala Lumpur. jemaah tersebut dianggotai oleh orang2 baru. dan mamat tu telah bersama dengan sorang brader (x igt nama...huhu) ni dan telah menceritakan pengalamannya. dan brader ni telah kuar kat taman aku dan bersama sepupu aku. dan diriwayatkan kepada aku oleh sepupu aku.


dan dengar cerita nama beliau ialah Abdullah bin Abdullah (selepas islam). dan sekarang dia di antara pemikir umat di Australia.




*********************************************************************************




masyallah tuan! azam insyallah!








p/s: 10 april 2011 ni ade jor student kat masjid padang jawa klang/shah alam. sume jemput hadir.

kisah di atas telah ditokok tambah oleh aku dari segi penyampaian. yang penting maksud cerita sebenar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...