pencuri yang berubah melalui maulana Ilyas rah.
di zaman maulana Ilyas rah., setiap hari berlaku kecurian di markas Delhi. mereka yang kecurian datang membuat aduan kepada maulana rah. supaya bertindak menangkap pencuri. hadraji (maulana rah.) pula tidak mengambil sebarang tindakan. kecurian pun semakin kerap berlaku. apabila pengaduan dibuat lagi kepada hadraji rah., beliau berkata dengan hikmahnya, "jika tuan-tuan tidak suka berada di markas, tuan-tuan boleh meninggalkan tempat ini."
jawapan hadraji rah. telah sampai ke pengetahuan pencuri lalu memberi kesan kepada hatinya lalu beliau telah bertaubat lalu menjadi orang yang benar-benar warak. hingga ke hari ini, beliau masih membuat usaha agama.
p: hikmah adalah penting dalam kerja ini. dalam membuat kerja agama, tidak boleh menyakiti hati sesiapa. biar pecah usul, jangan pecah hati.
kisah 2.
pencuri yang bertaubat
pernah sekali di zaman Maulana Yusof rah., berlaku kecurian di markas. orang di markas bermesyuarat untuk menangkap pencuri. berbulan-bulan mereka berusaha tetapi masih gagal.
beberapa orang datang mengadu kepada hadraji (maulana yusof rah.). hadraji berkata, "tuan-tuan berusahalah untuk menangkap pencuri itu. saya pun akan berusaha. semoga Allah swt membuat satu keputusan."
dalam majlis di markas sepanjang hari itu, hanya diperkatakan tentang janji-janji Allah swt, perintah dan balasan Allah swt. maulana rah. tidak sedikit pun menyentuh berkenaan mencuri, membunuh, riba dan sebagainya. pada pagi esoknya, pencuri itu sendiri telah datang bertemu hadraji rah. dan memohon maaf kepadanya. pencuri itu dimaafkan.
apabila diperkatakan perintah dan kebesaran Allah swt., orang ramai akan menyedari kesalahan masing-masing lalu mengubah kehidupan mereka.
p: apabila perintah Allah swt. dilaksanakan, segala larangan Allah swt akan ditinggalkan. inilah kerja untuk menghidupkan perintah Allah swt di muka bumi.
Allahuakbar! masyallah! subhanallah!
moral of the stories i learned:
bila kawan kita buat kesilapan maka janganlah kita
Maulana saad rahimahullah menasihati supaya hendaklah kita “tidak sebutkan atau tidak menceritakan tentang sesuatu kesalahan itu”. Baik rakan usaha, rakan kelas, rakan lepak ataupun kesalahan umat ini. Kerana kalau kita cerita jugak, maka kesalahan itu akan tersebar ke mana2, merata2 tempat.
Contoh: isu mat rempit
Kalau kita tak cerita dan heboh2kan isu mat rempit maka insyallah mat rempit tidak akan menjadi suatu isu yang hangat dan lama-kelamaan akan hilang. Bahkan, kita kena cerita tentang kebaikkan kawan kita supaya keburukan dia tertutup dan lama-lama hilang.
Maulana saad rahimahullah juga menasihati supaya hendaklah kita “kecilkan kesalahan, menganggap kesalahan kawan kita tadi satu perkara yang kecil dan tak perlu dihebah2kan dan menganggap perkara itu seperti tidak ada apa2 pun”
Contoh: member kita suke mencarut
Kita anggap sahaja perkara ini kecil dan kita doa serta betulkan percakapan kita supaya menjadi asbab member kita tadi tak mencarut. Tak perlu kite nak sekolahkan member tadi sampai lebam telinga dia. Yang paling penting kita kene sedar bahawa setiap masalah yang berlaku pada umat ialah “salah saya” sebab saya tak doa dan dakwah.
Maulana juga pesan dalam bayan bahawa kita perlu membuat baik pada kawan kita yang melakukan kesalahan. Kita buat baik kat dia sampai dia terpaksa ikut cakap kita. Kita ikram dia. Walaupun dia berkasar dengan kita, kita tetap buat baik dengan dia. Kita ajak dia ke masjid, kita urut dia, kita tolong angkat buku dia, kita belanja minum, kita cakap baik2 dengan dia, sampai dia dah takleh kata apa, kita tolong basuhkan pinggan dia. (ini bab yang paling susah…ikramul muslimin)
Bila dah ikram member tadi sampailah bab kita nak tegur pulak. Nak tegur orang pun Allah dah ajar. Maulana Husnul Hizam bagitahu sewaktu malaikat nak tegur nabi Daud a.s tentang suatu hal, malaikat jibril telah belai nabi Daud a.s dengan pujian.
Contoh: nak tegur kesalahan mencarut oleh member.
Abu: ali, kau ni baik, sopan-santun, pemurah, selalu solat awal waktu, hensem, selalu senyum, bla3….(cari kebaikkan dia semaksimum mungkin…walaupun sebesar debu)
Ali: (dah tersenyum dah…hehe, kembang la tuh…huhu)
Abu: semua baik2 dah kaw ni…cumeee sikiiitt jew…
Ali: haa..ape di abu?, cu cite2…??(tertanya2 …ape agknye yg x ok)
Abu: alaa…sikittt jew….cume tuan punye percakapan. Kan lebih comel kalau kurangkan sikit mencarut…
Ali: ops…a’ah la…
Haa…kan senang. Dah setel.
point2 penting:
1. Jangan cerita/sebarkan kesalahan atau keburukan
2. Kecilkan kesalahan atau keburukan
3. Buat kebaikkan
4. Tegurlah dengan hikmah
1. Jangan cerita/sebarkan kesalahan atau keburukan
2. Kecilkan kesalahan atau keburukan
3. Buat kebaikkan
4. Tegurlah dengan hikmah
paling penting kita niat untuk betulkan kesalahan diri sendiri. sebab aku pernah dengar orang alim kata "bila kita lihat keburukkan orang lain maka keburukkan itu akan datang kpd diri kite".
dia tak salah tapi yang salah ialah saya, sebab saya tahu perbuatannya salah tapi saya tak halang.
dan sentiasa berhati-hati dan doa.
dari awal amalan kita sampai akhirnya kawan kita jadi baik, kita mau yakin bahawa saya tidak buat apa-apa tapi yang buat segala-galanya hanyalah ALLAH!
dan Dulu waktu aku first time iktikaf dengan jemaah tabligh, ustaz telah berpesan bahawa:
“Janganlah sesekali kita menghina mereka yang buruk perbuatannya kerana kita tak tahu mungkin di masa depan kita akan jadi lebih teruk dan hina daripada mereka, bahkan kita kena kasihi mereka kerana mungkin bila mereka insaf mereka akan lebih mentaati Allah dan amal sunnah nabi saw lebih dpd kita.”
Akulah antara orang yang terkesan sebab akulah orang yang buruk perbuatanya.
isk3.
ya Allah, kurniakanlah saya hakikat ikramul muslimin. amin
p/s: dua tiga kucing berlari, final nak dekat la woi!...alang2 seluk pekasam, kawan2 doakan aku ye!
p/s: kisah 1 & 2 diambil dpd buku "1000 kisah hadraji rah." (baru beli kat sri petaling)
MasyaAllah tuan, sangat benar. ana baca pun leh terkesan ngan akhlak para maulana barkatuhum.
ReplyDeletekeberkatan dpd amalan sunnah...masyallah.
ReplyDeleteazam kuar 4 bulan cepat2. insyallah
Salam ziarah,menarik artikel yang di tulis.Saya menjemput tuan untuk memberikan pendapat,pandangan,komentar dan info tambahan di atas tulisan terbaru di blog saya berkaitan “Dakwaan makam Sahabat Nabi Saw ada di Malaysia”.Semoga Allah membalasi segala kebaikan tuan.Sekian,Terima Kasih.
ReplyDeleteto Anak Pendang Sekeluarga:
ReplyDeleteowh, cam ini artikel ek?
insyallah.