Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Tidaklah kalian masuk surga hingga kalian beriman. Dan tidaklah kalian beriman hingga saling menyayangi antara satu sama lain. Mahukah kalian aku tunjukkan suatu amalan yang jika kalian kerjakan niscaya kalian akan saling menyayangi antara satu sama lain? Sebarkanlah salam sebanyak-banyaknya diantara kalian" - (Muslim)
Assalamualaikum..
Tetiba aku teringat kenangan zaman muda-muda dulu. Di kala aku di tahun 1,2,3 sekolah rendah. Macam-macam hobi aku ketika itu. Main guli sampai poket penuh pasir, main gasing, main layang2, tangkap anak ikan longkang (bkn ikan tp berudu sebenarnya), main bola sampai merah muka, lumba besikal sampai bedarah2 siku, dan byk lagi… Dan di antaranya ialah memburu anak kucing.
Yaa..MEMBURU ANAK KUCING! Hahaha
Aku ingat lagi bila aku balik sekolah agama je (petang) tak sempat tukar baju. Kasut pun tak bukak. Sampai rumah letak beg terus mula operasi dengan member. Lokasi sasaran ialah di lorong2 belakang rumah orang. Haha..
Aku pun taktau kenapa, bila dan macam mana aku boleh suka kat makhluk Allah yg bernama kucing ni. Sedangkan sebelum tu aku memang seram kot dengan kucing. Oh, dengan kucing besar memang aku cuak sikit. Sebab tu nama operasi kitorang “MEMBURU ANAK KUCING”. Haha..
Kitorang akan bergerak dari lorong ke lorong. Memerhati dengan penuh tawajuh mencari kesan-kesan yang ditinggalkan oleh mana2 anak kucing. Kadang2 siap dengan umpan yang dibeli di kedai iaitu whiskas dalam tin. Gigih tuh..(x bley blah…ahaha)
Tapi kesilapan kitorang ialah terlalu buru-buru. Nampak je anak kucing terus terkam..alamat kucing tu speed 100 meter r..ahahaha..begitulah selalunya. Ish3.
Kadang2 kalau dapat kita akan bawak balik rumah dan bela dengan penuh kasih-sayang. Padahal tak fikir pon betapa kesiannya dia kene berpisah dengan mak dia…huhu..(kitorang kan budak..hehe)
aku ingat nak bela singa..tapi pikir2 balik kucing pun ade iras2 singa..ok ape!
Dulu time kat sekolah agama aku ingat lagi sampai sekarang ustazah aku cerita kat kelas bahawa kucing ialah binatang kesayangan nabi Muhammad saw. dan sahabat2 r.hu
Ustazah cerita suatu hari ketika nabi saw hendak solat lalu dilihatnya ada seekor ibu kucing sedang menyusukan anaknya di atas kain hamparan solat baginda saw. nabi saw. tidak halau pun kucing tersebut akan tetapi nabi saw telah memotong kain tersebut dan meninggalkan selebihnya yang di duduki oleh kucing itu…masyallah…indahnya akhlakmu ya rasulullah.
Begitu juga dengan sahabat nabi saw iaitu Abu Hurairah r.a. beliau juga merupakan seorang yang sangat sayang dan mengasihi kucing. Sehingga dikatakan beliau pernah membawa anak kucing di dalam jubah beliau kerana kasihan. Lalu mendapat gelaran daripada nabi Muhammad saw. iaitu Abu Hurairah (bapa kucing..kiut sangat!!)
Rupa-rupanya kasih kepada kucing ni pun merupakan sunnah nabi saw dan sahabat r.a!! bila kita niat sunnah dapat la pahala sunnah..wah mudahnya nak dapat pahala.
Cikgu aku kat sekolah pun selalu cakap bahawa bila kita sayang kucing dan kita bagi makan kat kucing, nanti kucing tu akan mendoakan kebaikkan untuk kita..(sambil mengajukkan bunyi kucing…meow2!)
Dalam sunnah mengasihi haiwan ni juga Allah letakkan ketenangan. Bila kita tertekan cuba kita usap dan belai kucing. Insyallah Allah akan tenangkan hati kita..jangan lupa, niat sunnah dan ikram makhluk Allah. Nanti dapat pahala juga, mudah-mudahan asbab pengampunan dosa juga.
Cuma aku sedih jugak dengan sedikit tingkah laku manusia yang berperikehantuan kebelakangan ni…(hantu ju on kejam tau). Melayani binatang ini dengan kasar.
Pernah sekali aku pegi kedai makan. Ada la seekor kucing ni nak panjat2 kerusi. Ada ke patut mamat waiter tu nak pijak kucing tu. Korang leh bayangkan tak betapa bangang bengangnye aku. Kalau aku ikutkan hati, mati mamat tu aku pijak! Alhamdulillah aku boleh bersabar..kucing t upon sempat selamatkan diri.
Mak aku selalu pesan. “ko seksa la kucing..kat akhirat nanti ko kira la bulu kucing tu selai-selai (sehelai2)”…isk3
Member mak aku merangkap ex jiran yang mana kitorang memang rapat. Sanggup selamatkan kucing dari mana ntah bawak balik rumah. Anak beliau bila lihat anak kucing tepi jalan pun dah tersentuh. Apalagi bawak masuk beg tangan la, bawak naik bas daripada Melaka sampai ke kelang. Kesian punya pasal. Sebab tu kucing kat rumah dia diberi nama sempena tempat kucing tersebut dijumpai. Contohnya si Melaka..haha
Sejak aku darjah 4 sampai sekarang rumah aku tak pernah miss kucing. Taktaw la dah berapa ratus kucing yg pernah dok kat umah ni..(agk2 r ratus…nmpak beno nipu.)
Kucing aku yg sulong nama dia apok. Dia dah lama menghilang. So, sekarang kucing aku yang paling tua ialah si Ona. Si Ona ni sejak aku darjah 5. Dia sebaya dengan adik sedara aku yang darjah 4 sekarang. Haha..dah bercicit2. Sekarang ni dia disahkan bunting lagi..ahaha..
Dulu dalam family besar yang bela kucing aku dan sorang arwah makcik aku je. Sekarang ni boleh dikatakan ke sembilan2 famili belah mak aku bela kucing.
Antara nama2 kucing yang aku ingat sampai sekarang ialah ;
Si Apok, Si ad, si ad 2, si ad3, si tonje, si ona, si bob, si tuah, si teraya, si buruk, si tompok, si param, si param2, si panjang, si tam, si syawal, si sapar, si shaaban, si tompang, si cik, si noni, si cicak, si tutik, si kesep, si lucy, si jebat, si jebat 2, si abu, si….aarghhh…si sapa2 ntah lagi. (penat aku nak ingat..huh)
sewaktu aku khuruj 20 hari belajar usaha dakwah tabligh. kita ziarah sebuah rumah ni. sewaktu hendak pulang kucing tn rumah(serius comel) tersebut telah mengekori kami sehingga agak jauh dpd rumah tuannya. puas kami halau suruh balik. dia akan dok diam kemudian dia ekori semula. akhir sekali pakcik Musa yg bersama kami membaca beberapa ayat dan dengan yakin kepada Allah dia mengarahkan kucing itu pulang. lalu kucing itupun kembali pulang.
selepas kejadian itu ada dengar kakuzari/laporan bahawa pernah satu jemaah dakwah tabligh yang menjalankan ziarah ber rahabakan(penunjuk jalan) kucing. subhanallah. Allah maha kuasa!
asssalamua'laikum...
ReplyDeletecite ni kiut sesangat!
saya pon pencinta kucing. :)
to Muhammad Fahmi:
ReplyDelete- waalaikum salam wbt.
tnnye pon kiut taw..
pencinta kucing yang bertaqwa dan buat usaha agama.. hehe
;)
pandai sungguh kamu bercerit psal kucing ye farid..kamu tu sama je dgn makcik ni..dari kecik smpilah dah tua skrang ni x pernah berenggang dgn kucing..ada yang datng ada yg pergi..klu nak ikut entah berapa bnyak dah yg dikutip ditepi .
ReplyDeleteto anonymous:
ReplyDelete- hehe...kucing suka datang rumah saya. dulu kawan2 saya sampai gelar rumah saya ni zoo kucing. huhu..
farid kucing2 tu nk susu la sebab tu die bising
ReplyDeletemane mak kucing tu???
anony:
ReplyDelete- sbenarnya anak2 kucing ni sumenye telah meninggalkan dunia yang fana ini. kesian. isk3