keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Tuesday, June 14, 2011

susah-payah nabi saw.


assalamualaikum.
(bg salam sunnah nabi saw. taw)


Allah maha besar, Allah maha agung, Allah maha suci. segalanya dalam pentadbiran dan kawalan Allah. tidak lalai ataupun penat walau sesaat. segala-gala makhluk faqir dan Allah maha kaya. Allah tidak memerlukan siapa-siapa, benda-benda. tapi segala-galanya berhajat kepada Allah.




dengan keizinan Allah petang tadi marhala kami telah menjalankan jaulah ataupun ziarah kedua di kampung jiran di surau al-hidayah, jalan kebun.

syukur walaupun dalam keadaan yang serba lemah dan menanggung dosa Allah masih pilih untuk perkara yang mulia iaitu kerja ummat nabi saw. iaitu dakwah dan tabligh. hendaklah difahamkan bahawa ini bukan kerja orang berjanggut saja tetapi orang yang takda janggut pun kena buat selagi dia ada kalimah La ilaha ilallah.

sepanjang ziarah Allah telah temukan dengan 3 orang umat nabi saw. yg mempunyai kalimah al-haqq. 1 warga emas, 1 belia, 1 dewasa. mereka semua menerima kami dengan baik. Alhamdulillah. saudara2 di situ semuanya bagus2 dan ramah-ramah.

selepas maghrib tiada bayan tetapi amirsab putus untuk buat taklim panjang hingga 10 minit sebelum isyak. beberapa orang tempatan bersama ambil bahagian. Alhamdulillah Allah telah mudahkan kerja kami.




semasa taklim dibacakan kami telah disentakkan dengan sebuah hadis yang berbunyi (aku nk kongsi hadis ni sbenarnya).




hadhrat Munib Azdi r.a berkata bahawa:
aku pernah melihat rasululllah saw. pada zaman jahiliyyah bilamana Baginda bersabda: "wahai manusia!, katakanlah "La ilaha illallah", kamu akan berjaya. aku melihat orang ramai; di antara mereka ada yang meludahi wajah baginda, ada yang menabur tanah di atas baginda dan ada pula yang memaki baginda. (keadaan begini berterusan ) hingga berlalu setengah hari, kemudian telah datang seorang budak perempuan kecil membawa satu mangkuk air dan dengan air itu baginda telah membasuh muka dan kedua-dua tangan baginda dan baginda telah bersabda: "wahai anakku!, jangan khuatirkan bahawa bapamu tiba-tiba akan dibunuh dan jangan takutkan apa-apa kehinaan". aku telah bertanya: siapakah budak ini? orang ramai telah menjawab bahawa ia adalah puteri baginda saw, hadhrat Zainab r.ha, beliau adalah seorang budak perempuan yang cantik. (HR Tabrani Majmauz Zawaid)




aku sempat nampak mata amirsab aku mulai kemerahan akibat menanggung muatan air mata yang mungkin memenuhi kelopak mata. begitu juga hal yang sama berlaku pada sepupu aku si pembaca taklim. namun aku? aku terus kontrol cool. isk3.



teringat kisah sheikh Ilyas apabila beliau ditegur kerana sibuk dengan kerja dakwah dan tabligh oleh seseorang. beliau telah menjawab dengan satu jawapan yang sangat mengesankan hati ini. "tuan, bagaimana saya boleh bersenang-senang (berehat) sedangkan nabi saw telah mengalami kesusahan dan penderitaan atas kerja ini"



Hari ini kita telah bersenang-senang amal agama di atas penderitaan sahabat2 r.a



MashaAllah quwata illa billah



kata alim ulama. kerja yang kita buat disiang hari jumpa manusia hanya 10% saja. 90% lagi tahajjud di malam hari. semoga Allah beri taufiq dan hidayah kepada kita untuk sempurnakan kerja yang mulia ini. Amin.





"siang hari pujuk rayu depan manusia,


malam hari merayu merintih depan Allah"






p/s: bulan sya'ban ni kami azam kuar jln Allah 40 hari. mhn doa kalian. trimas!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...