keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Tuesday, November 1, 2011

kawan aku kata



himpunan kata2 kawan2 aku.




kawan aku kata bila dia dengar kisah nabi Muhammad saw dan pengorbanan sahabat-sahabat nabi saw, mesti dia rasa sedih bebenar. tapi bila dia cerita kisah sahabat r.hum kat orang tak rasa apa-apa pulak...

ish3. kawan aku yang cakap.

kawan aku kata jemaah dakwah tabligh yang bergerak rumah ke rumah tu lebih ditakuti orang daripada polis. dari jauh nampak dah lari. tapi yang dasatnya saudara-saudara yang buat usaha dakwah tabligh pulak sangat takut dengan orang perempuan. kalau sesuatu tempat dipenuhi perempuan maka mereka segera meninggalkan tempat tu. ini bermakna orang perempuan ni lebih dasat daripada polis dan jemaah tabligh yang bergerak dari rumah ke rumah tu.

ish3. kawan aku yang cakap taw.

kawan aku kata islam bukan agama yang cintakan keamanan, tapi agama islam lah keamanan. kawan aku yang cakap. maknanya kalau orang islam tu sendiri tak aman dengan islam maka mesti ada sesuatu yang tak kena dengan iman dia. mungkin.

ish3. ini aku tambah sikit.

kawan aku kata kejayaan harimau di dalam hutan, kalau harimau keluar dari hutan maka dia akan ditembak oleh manusia. ini beerti dia gagal. macam tu juga kejayaan manusia, Allah letak dalam agama. kalau kita cari kejayaan di luar agama maka kita akan gagal seperti harimau.

ish3. kawan aku yang cakap taw.


siapa yang bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad saw hamba dan pesuruhNya dengan ikhlas maka pasti dia masuk surga.

ini nabi saw cakap.







2 comments:

  1. orang tabligh.. lariiii..

    mereka lari dari rahmat.. sy la tu

    ReplyDelete
  2. kawan saya kata

    dunia hanya sementara, akhirat yang abadi idaman jiwa, bekalkan dengan iman dan takwa supaya dapat ditempatkan di syurga yang bahagia..

    jaga aurat,jaga harta, jaga akhlak, jaga iman.. Allah pasti jaga kita.. (",)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...