keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Tuesday, November 29, 2011

masuk dalam hati


bila kita dengar cerita keduniaan maka tak perlu ulang banyak-banyak kali. sekali ulang saja terus masuk ke dalam hati.

berbeza

bila kita dengar cerita iman, ilmu dan amal. kena ulang banyak-banyak kali. lama-lama baru masuk dalam hati.




p/s 1 :
betul komen yardd kat entry sebelum nih. bila ada orang buat baik kat kita, punya melangit kita puji dia. tapi Allah hari-hari buat baik kat kita, sikit sangat kita puji Dia. isk3.


p/s 2 :
aku teringat dulu masa pegi pasar aku minum sambil berjalan. member aku tegur "awak tu kan wat usaha, bejanggut, kopiah, jubah. adab kita jaga. karang fitnah pulak". segan aq nak letak pic dress sunnah kat fb. takut bila aq komen masturat. fitnah la pulak kat usaha. (karkunah bole amek iktibar gak)

p/s 3 :
semalam kita ikram ust dok kuliah. pastu ust ikram kita balik dgn cerita iman. suka sgt dgr ttg surga. trimas atas ilmunya ust. moga Allah muliakan ustaz!

p/s 4 :
hati kita ni besar segenggam penumbuk. tapi macam2 bole masuk. tak caya tanya dak uitm, apa di hati diorang. isk3




Wednesday, November 16, 2011

puji brader


hari ini kalau ade orang buat baik kat kita, masyallah. kita puji dia punyalah banyak. kat kawan-kawan kita pun kita semua promote orang tu...

contoh lah kan...

satu hari member aku sorang ni bawak motor, nak balik rumah la kan. jadi hari pun dah malam. mamat ni pun mesti la dah penat. memang jarak rumah dengan tempat kerja agak jauh.

dengan motor honda ex-5 bapak dia yang dah 10 tahun berjasa dia meluncur menembusi jalanraya dengan suasana yang agak kelam. tengah melayan trothle. tiba-tiba...

POOOMMM!!!

hendal motor bergegar-gegar. namun masih sempat dikawal. tayar depan motor bapak dia bocor daa..langgar paku. (tak meletup pun, poom tu saja je)

dia pun mati kutu. taktau nak buat apa. tu la, masa bapak ganti tiub motor taknak tengok, cedok-cedok ilmu sikit. haa, nyesal tak sudah.

nak tak nak sorong je la dengan susah dan payah. haih. sambil mulut mintak pertolongan Allah. ya Allah saya susah ni, tolonglah saya.

Alhamdulillah Allah makbulkan doa mamat nih. ade sorang brader lalu kat situ. brader tu pun berhenti dan menghulurkan bantuan. "dik, kenapa motor?" brader. "tayar bocor bang"mamat. "oh, abang tolong eh.."brader. kebetulan brader ni memang selalu standby tiub spare dan alat-alat repair motor dalam box motor.

brader ni pun tolong la sedaya-upayanya. tolong tolong tolong. siap akhirnya. mamat ni dok tengok jer. malu la jugak, awak orang laki tak reti wat repair2 nih. huhu.

abes tangan brader ni kotor dengan minyak dan sebagainya. "bang, ambil lah" mamat tu nak belanja brader ni RM20. "erkk, takpe la bro..doa2"brader tu menolak pemberian dengan baik. "terima kasih bang, abang ni baik betul la..terima kasih le bebanyak."mamat.

kebaikkan brader tersebut ternyata memberi kesan kat hati mamat nih.

sampai d rumah belum sempat cakap apa-apa terus diceritakan pengalamannya tadi. dia bagitau kat mak dia. "mak, tadi time motor abang bocor ade brader ni tolong. baiknya lah dia.".

jumpa kawan kat warung pun di ceritakan jugak perihal brader ni. "ko tau, brader tu memang baik. dia tolong itu ini itu ini......"

sampai kat tempat kerja pun tak habis-habis dengan cerita bradernya tuh..haih..

haha...begitulah kisahnya..



p/s: sampai sini dulu. aku gi kelas dulu. member aku dah bising. tata.





Thursday, November 10, 2011

aku terharu





malam markas minggu lepas ialah malam markas yang mana aku rasa terharu sangat. (eceh, xleh blah)



sebelum malam markas iaitu jumaat malam ialah mesyuarat usaha agama halakah jalan kebun. semua rakan-rakan seusaha akan berkumpul (kalau semua rasanya ada la dalam 100 lebih). tak semua sebenarnya, hanya yang diberi taufiq dan pilihan Allah semata-mata.

jadi mesyuarat ni sebenarnya ialah perintah Allah dan sunnah nabi saw. maksud mesyuarat ialah untuk satukan fikir dan satukan hati. asbab mesyuarat Allah akan satukan hati di antara ahli mesyuarat. mesyuarat cara nabi saw pasti menyatukan umat. dalam mesyuarat ada seorang amir. segala keputusan di tangan amir. kakuzari daripada mahala masing-masing, bagaimana perkembangan usaha agama di kawasan masing-masing. takaza-takaza agama akan dibentangkan. segala permasalahan akan dimesyuaratkan. semua yang hadir ialah ahli mesyuarat. amir akan minta syor daripada semua yang hadir. amir boleh minta syor dari siapa-siapa saja dan amir boleh putus tanpa minta syor. sesiapa yang diminta memberi syor maka hendaklah dia memberi syor yang terbaik dengan meletakkan kepentingan agama di hadapannya dan membelakangkan kepentingan dunia dan dirinya sendiri. tidak ada langsung bangkang-membangkang di antara ahli mesyuarat.


mesyuarat ust. md rasul dan student di madrasah jln kebun



tiada juga sistem majoriti menang dan minoriti kalah. syor yang diterima maka orang yang memberi syor hendaklah beristigfar kerana takut-takut syornya menjadi asbab mudarat amnya. siapa yang syornya tidak diterima maka dia hendaklah ucap "alhamdulillah" kerna syukur dan risau kalau-kalau syornya diterima juga akan jadi asbab mudarat amnya. semasa amir hendak membuat keputusan maka dia dan ahli mesyuarat akan berselawat sebanyaknya mohon supaya Allah beri ilham yang baik kepada amir. apa keputusan amir itulah keputusan jemaah. kelebihan mesyuarat sangatlah banyak. antaranya jika Allah nak turunkan azab Allah akan tangguh dulu dan jika Allah nak turunkan rahmat Allah akan percepatkan. banyaklah lagi adab-adab sunnah mesyuarat. kena korban lagi dan lagi nanti Allah tambah lagi.

jadi malam itu antara yang dimuzakarahkan ialah tentang malam markas. kalau sebelum ni kebanyakan rakan usaha pergi secara infradi (sendirian). maka amir menekankan supaya setiap rakan usaha berusaha supaya pergi secara ijtimai iaitu berjemaah.

amirsab juga pesan supaya rakan usaha datang membawa bekalan makanan sendiri dari rumah. itu juga antara pesanan orang-orang tua kita. apabila tiba di markas maka bolehlah rakan-rakan usaha bergabung makanan di antara satu sama lain. hehe. dan amir minta supaya rakan usaha di jalan kebun akan makan bersama-sama dan iktikaf berjemaah di masjid sri petaling.

jadi hari sabtu tu aku pun bersemangat nak pergi. aku teringat pesanan amir tentang makan. iaitu kena bawa makanan dari rumah. bukan apa, kat masjid ada je kantin cuma nak mujahadah lebih kot.

sebelum bertolak dalam pukul 5 petang aku dah semangat dengan uniform serba putih. mestilah uniform nabi saw...aku tengok dalam tudung saji. emm, ada terung goreng. aku pun bungkus nasi putih dan terung tersebut. tiba-tiba mak aku perasan.


telur dadar



"eh, ko nak bawak ke mana tu?" mak

"nak bawak pergi masjid la. ustaz suruh bawak bekal makanan dari rumah. nanti sampai sana kita kongsi-kongsi dengan kawan" aku

"eh, ko tak malu. orang lain sume bawak macam-macam, ko bawak itu aje. kejap aku goreng telur dadar. apela ko ni" mak

"wah telur dadar. ok ok" aku

"mak, banyaknya telur dadar??" aku

"takpe, sampai sana ko makan dengan kawan" mak

"orang 3 orang je la" aku

"takpe.." mak



lepas dah siap semua aku pun pergi ambil rakan usaha yang menunggu dari tadi. aku terlewat sikit sebab mak aku sibuk pulak nak masakkan telur dadar special. aku cakap kat bapak yang aku nak pakai kereta kancil. bapak aku tak cakap apa-apa terus pergi kat kereta kemas-kemas. pastu check enjin bagai.

mak aku hantar aku sampai ke pintu pagar masa aku nak pergi masjid sri petaling.



NAMPAK TAK BETAPA TERHARUNYA AKU!!! haha


sebelum ni bila aku nak pergi markas hanya dua saja reaksi mereka.

1. buat tak tahu
2. tak bagi pergi (tapi aku pergi jugak)




malam itu selepas bacaan hayatussahabah oleh ustaz kami bertiga makan sampai lebam. huh. istigfar3. kami ada 3 orang.


terung goreng google




rakan 1 = nasi + telur dadar + terung goreng + ikan bulu ayam
rakan 2 = nasi + rendang ayam
rakan 3 = nasi + ikan-ikan goreng + ikan kicap + sayur

semua lauk-lauk ni bedebush dalam 1 talam. haha.








p/s : insyallah, nanti dah kawen boleh mintak zaujah sediakan bekalan utk ke malam markas. woha!


Saturday, November 5, 2011

pencuri yang dihantar oleh Allah


Kisah ini dinukilkan oleh umar al-mujahid yang dikeluarkan daripada kawan kelasnya riwayat daripada lecturernya.

Kisahnya macam ini.

Ada la satu keluarga yang kaya yang tinggal di sebuah rumah yang mewah. Serba-serbi bukan sekadar cukup bahkan lebih. Maklumlah lumrah orang kaya kan. Jadi mereka pun hidup dengan gembira.

Hinggalah ditakdirkan Allah pada suatu malam. Rumah mereka telah dipecah dan dimasuki perompak. Jadi mereka sekeluarga panic dan tidak sempat berbuat apa-apa.

Namun ada satu perkara yang sangat menyentuh hati keluarga ini tentang sifat perompak tersebut.

Sewaktu perompak itu memulakan serangan. perompak itu telah meminta maaf kepada tuan rumah kerana dia merompak rumahnya. “maafkanlah saya sebab saya rompak rumah tuan”

Sekali lagi, sewaktu perompak itu ingin mengikat ahli keluarga mangsa. Perompak tersebut telah meminta maaf. “maafkan saya kerana tarpaksa ikat tuan”. Dan oleh kerana tidak ingin menyakiti ahli keluarga itu perompak itu telah mengikat mereka hanya dengan menggunaakan tali “bera”.

Ketika perompak itu mengambil barang-barang berharga di dalam rumah itu. Perompak tersebut sekali lagi memohon maaf kepada tuan rumah.

Akhir sekali, sebelum perompak itu meninggalkan ahli keluarga tersebut. Sekali lagi dia memohon maaf dengan berkata “maafkanlah saya, saya terpaksa rompak sebab saudara saya sedang sakit”.

Asbab rompakan tersebut membuat Tuan rumah tersebut sangat terkesan dengan sifat perompak itu. Lalu membuat keputusan untuk tidak membuat laporan.

Oleh kerana naluri hati tuan rumah tadi sangat terkesan sehingga teringat-ingat. Maka beliau membuat keputusan untuk bertanyakan hal ini kepada seorang ustaz.

Apabila diajukan soalan kepada ustaz. Maka ustaz itu telah menjawab dengan satu soalan kepada orang kaya itu.

AWAK BAYAR ZAKAT KE TAK?

Oh, baru si kaya tadi teringat bahawa selama ini dia tak pernah mengeluarkan zakat meskipun kehidupannya telah senang lenang.

Maka beliau pun terus bertaubat dan menunaikan zakat.

Segala yang dirompak oleh perompak tadi telah dihalalkannya.

Begitulah kisahnya seperti yang dinukil di dalam kitab blog penchacaiz. Isk3.

p/s: Mungkin ada perkara yang Allah SWT sayang kat si kaya lalu Allah hantar pencuri itu untuk menyedarkan dia.

Tuesday, November 1, 2011

kawan aku kata



himpunan kata2 kawan2 aku.




kawan aku kata bila dia dengar kisah nabi Muhammad saw dan pengorbanan sahabat-sahabat nabi saw, mesti dia rasa sedih bebenar. tapi bila dia cerita kisah sahabat r.hum kat orang tak rasa apa-apa pulak...

ish3. kawan aku yang cakap.

kawan aku kata jemaah dakwah tabligh yang bergerak rumah ke rumah tu lebih ditakuti orang daripada polis. dari jauh nampak dah lari. tapi yang dasatnya saudara-saudara yang buat usaha dakwah tabligh pulak sangat takut dengan orang perempuan. kalau sesuatu tempat dipenuhi perempuan maka mereka segera meninggalkan tempat tu. ini bermakna orang perempuan ni lebih dasat daripada polis dan jemaah tabligh yang bergerak dari rumah ke rumah tu.

ish3. kawan aku yang cakap taw.

kawan aku kata islam bukan agama yang cintakan keamanan, tapi agama islam lah keamanan. kawan aku yang cakap. maknanya kalau orang islam tu sendiri tak aman dengan islam maka mesti ada sesuatu yang tak kena dengan iman dia. mungkin.

ish3. ini aku tambah sikit.

kawan aku kata kejayaan harimau di dalam hutan, kalau harimau keluar dari hutan maka dia akan ditembak oleh manusia. ini beerti dia gagal. macam tu juga kejayaan manusia, Allah letak dalam agama. kalau kita cari kejayaan di luar agama maka kita akan gagal seperti harimau.

ish3. kawan aku yang cakap taw.


siapa yang bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad saw hamba dan pesuruhNya dengan ikhlas maka pasti dia masuk surga.

ini nabi saw cakap.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...