keinginan nabi saw.


Random Hadith Widget

Saturday, November 5, 2011

pencuri yang dihantar oleh Allah


Kisah ini dinukilkan oleh umar al-mujahid yang dikeluarkan daripada kawan kelasnya riwayat daripada lecturernya.

Kisahnya macam ini.

Ada la satu keluarga yang kaya yang tinggal di sebuah rumah yang mewah. Serba-serbi bukan sekadar cukup bahkan lebih. Maklumlah lumrah orang kaya kan. Jadi mereka pun hidup dengan gembira.

Hinggalah ditakdirkan Allah pada suatu malam. Rumah mereka telah dipecah dan dimasuki perompak. Jadi mereka sekeluarga panic dan tidak sempat berbuat apa-apa.

Namun ada satu perkara yang sangat menyentuh hati keluarga ini tentang sifat perompak tersebut.

Sewaktu perompak itu memulakan serangan. perompak itu telah meminta maaf kepada tuan rumah kerana dia merompak rumahnya. “maafkanlah saya sebab saya rompak rumah tuan”

Sekali lagi, sewaktu perompak itu ingin mengikat ahli keluarga mangsa. Perompak tersebut telah meminta maaf. “maafkan saya kerana tarpaksa ikat tuan”. Dan oleh kerana tidak ingin menyakiti ahli keluarga itu perompak itu telah mengikat mereka hanya dengan menggunaakan tali “bera”.

Ketika perompak itu mengambil barang-barang berharga di dalam rumah itu. Perompak tersebut sekali lagi memohon maaf kepada tuan rumah.

Akhir sekali, sebelum perompak itu meninggalkan ahli keluarga tersebut. Sekali lagi dia memohon maaf dengan berkata “maafkanlah saya, saya terpaksa rompak sebab saudara saya sedang sakit”.

Asbab rompakan tersebut membuat Tuan rumah tersebut sangat terkesan dengan sifat perompak itu. Lalu membuat keputusan untuk tidak membuat laporan.

Oleh kerana naluri hati tuan rumah tadi sangat terkesan sehingga teringat-ingat. Maka beliau membuat keputusan untuk bertanyakan hal ini kepada seorang ustaz.

Apabila diajukan soalan kepada ustaz. Maka ustaz itu telah menjawab dengan satu soalan kepada orang kaya itu.

AWAK BAYAR ZAKAT KE TAK?

Oh, baru si kaya tadi teringat bahawa selama ini dia tak pernah mengeluarkan zakat meskipun kehidupannya telah senang lenang.

Maka beliau pun terus bertaubat dan menunaikan zakat.

Segala yang dirompak oleh perompak tadi telah dihalalkannya.

Begitulah kisahnya seperti yang dinukil di dalam kitab blog penchacaiz. Isk3.

p/s: Mungkin ada perkara yang Allah SWT sayang kat si kaya lalu Allah hantar pencuri itu untuk menyedarkan dia.

3 comments:

  1. tinggi cerite nie...mashallah....

    ReplyDelete
  2. Allah hebat!!

    mudah bagi Allah untuk berikan hidayat pada hambaNya...

    Allah ada kuasa, makhluk tiada kuasa!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...